IQBAL mengangkat stok jubah dan kurta yang baru untuk di
sangkutkan pada penyangkut pakaian. Afzan sudah lama menghilang di dalam bilik
kerja mereka untuk menyiapkan rekod stok dan pengiraan perbelanjaan butik.
Iqbal perasan ada perubahan pada perangai Afzan. Kalau dulu Afzan seorang
lelaki yang sangat suka termenung dan menggelamun, tapi kini dia lebih ceria
dan fokus. Iqbal mengucap syukur dalam hati. Mungkin itu salah satu rahmat
selepas Afzan kembali ke pangkuan keluarganya.
Pintu
butik yang berbunyi tanda ada pelanggan melangkah masuk membantutkan kerja
Iqbal. Dia menoleh memandang ke arah pintu. Rasanya aku belum tukar sign
‘CLOSE’ kepada “OPEN’ lagi. Pekerjanya yang ingin menghampiri, di halang. Biar
dia yang melihat sendiri. Kalau ada yang tak elok, biar dia yang berdepan
dengan masalah itu. Bukan pekerjanya. Susuk tubuh seorang wanita menangkap
tubir mata Iqbal sebaik sahaja dia menghampiri kaunter.
“Ya cik,
ada apa?” tanya Iqbal. Dah kenapa perempuan ni? Takkan nak cari jubah atau
kurta pula. Tapi, mana tahukan? Kalau-kalau dia beli untuk buah hati dia.
“Afzan
ada?” tanya gadis itu sedikit gugup. Iqbal termangu. Afzan? Siapa perempuan ni?
Girlfriend Afzankah? Tak bagitahu pun.
“Afzan
ada, dekat office. Boleh saya tahu cik siapa? Kenapa nak jumpa Afzan ya?” bukan
dia mahu menyibuk, tapi sekadar berjaga-jaga. Afzan kalau tengah sibuk dan dia
diganggu, mudah saja amarahnya naik.
“Saya
ada hal nak jumpa dia. Saya Dina,” mendengar nama itu, Iqbal ukir senyuman
manis. Oh, inilah Dina. Erm, boleh tahan comelnya. Kecik molek je orangnya.
“Sekejap
ya, saya beritahu dia,” serentak dengan itu, Iqbal melangkah ke belakang untuk
memberitahu kehadiran Dina kepada Afzan.
Pintu
pejabat dibuka. Afzan mengintai dari balik komputer. Melihat wajah Iqbal, laju
dia memalingkan muka kembali menghadap komputer. Iqbal tersenyum nakal. Kerusi
di hadapan Afzan ditarik.
“Dah kenapa
kau ni? Dah siap susun baju ke?” tanya Afzan langsung tak mengangkat muka dari
memandang skrin komputer.
“Ada
yang lagi menarik dari komputer tu. Stop la buat kerja tu kejap,” pintas Iqbal
langung tak menghiraukan pertanyaan rakannya sebentar tadi. Afzan kerut kening.
Fail di hadapannya di tutup dan dia memandang Iqbal yang tersengih bagai kerang
busuk.
“Apa
dia? Kau ni, tersengih macam kerang busuk ni dah kenapa? Syila dah terima cinta
kau ke?” usik Afzan. Iqbal segera mencapai pemadam yang kebetulan berada di
hadapannya sebelum mencampakkannya ke arah Afzan yang sudah tersenyum melihat
perubahan wajahnya.
“Ini
bukan kes aku, ini kes engkau,”
“Apa
kesnya? Eh, engkau ni buat aku peninglah. Cuba cakap bahasa manusia sikit,
jangan pusing-pusing,” rungut Afzan geram. Iqbal masih tersengih. Langsung tak
hirau dengan rungutan Afzan.
“Girlfriend
lama kau ada kat depan,” beritahu Iqbal akhirnya. Kali ini giliran Afzan pula
kerut kening. Siapa pula girlfriend lama aku?
“Tak
payah buat muka blur la. Keluar je, dia ada tunggu dekat kaunter. Dah, aku nak
sambung arrange baju. Bye,” Iqbal pantas meninggalkan Afzan yang masih termangu
sendirian. Biar betullah si Iqbal ni, siapa pula girlfriend aku? Girlfriend
yang dulu tu dah selamat jadi isteri orang dah dan tak tinggal kat Malaysia
pun. Ini girlfriend mana pula ni? Afzan pandang skrin komputer sekilas sebelum
bangun keluar menuju ke kaunter.
“Dina?”
soal Afzan sedikit terkejut sebaik saja dia mendekati kaunter butiknya itu.
“Afzan,
saya ada benda nak cakap dengan awak,” ucap Dina senafas sebaik saja wajah Afzan
menyapa matanya. Afzan hanya mampu menganggukkan kepala. Dia masih belum dapat
mencerna apa yang terjadi.
“Zan,
pergilah minum dekat kedai sebelah tu. Kau pun belum sarapan lagi, kan?” suara
Iqbal membuatkan Afzan menganggukkan kepalanya. Dia mengajak Dina ke kedai
makan yang terletak berhampiran butiknya.
“MEWAH juga butik awak,” Dina memulakan bicara sebaik sahaja
pelayan selesai mengambil pesanan. Afzan tersenyum nipis, tak tahu apa yang
hendak dibualkan.
“Awak
berjaya buktikan yang awak mampu untuk berjaya,” Dina bersuara lagi mengisi
kebisuan. Melihat Afzan yang tiada tanda untuk bersuara, Dina mengeluh.
“Afzan,
sebenarnya saya nak minta maaf. Saya tahu bukan awak yang cuba perkosa saya
dulu tapi masa saya sedar dari pengsan tu, saya terkejut. Lagi-lagi bila awak
pekup mulut saya. Saya minta maaf Afzan, saya dah buat orang salah sangka pada
awak,” akhirnya Dina jumpa kekuatan untuk berbicara hal yang sebenarnya tentang
tujuan dia mencari lelaki itu.
“Awak
nak minta maaf sampai cari saya di KL?” soal Afzan tidak percaya. Dia memandang
gadis di hadapannya dengan padangan sedikit sinis.
“Afzan,
saya…” tak sempat Dina bersuara, Afzan memotong.
“Dina,
untuk kisah lama tu saya dah maafkan. Saya pun dah tak nak lalu lagi memori tu.
Semua dah jadikan. Lagipun, kalau bukan sebab saya keluar dari kampong tu, saya
takkan jadi macam saya hari ini. Saya takkan mampu nak buktikan kejayaan saya
pada orang kampong. Jadi semua yang berlaku tu saya ambil hikmah
dibelakangnya,”
“Saya
tahu awak datang sini bukan semata-mata sebab awak nak minta maaf je kan? Tapi
sebab umi paksa awak untuk datang sini dan pujuk awak untuk terima saya?” Dina
menundukkan wajah. Tak mampu nak angkat bila rasa suara Afzan bagaikan pisau
menyiat hatinya.
“Macam
nilah Dina, kita berdua sama-sama tahu yang awak tak ada perasaan pada saya.
Kita berdua tahu yang ada dalam hati awak hanya simpati pada saya. Dina, jujur
saya katakan kalau kita bercinta sekali pun takkan ke mana kalau yang ada dalam
diri awak hanya simpati pada saya,”
“Tak perlu
paksa diri awak untuk terima saya kalau awak sebenarnya hanya rasa terhutang
budi pada saya. Pergilah cari bahagia awak Dina, saya yakin awak akan jumpa.
Jangan bagi harapan palsu pada saya Dina, saya tak mahu,” sinis ayat Afzan.
Dina memandang lelaki itu sekilas. Matanya berkaca tapi sedaya upaya
disembunyikan.
“Afzan,
saya tahu saya salah. Tapi saya…”
“Dina,
kalau saya macam Afzan yang dulu, saya yakin awak takkan terima saya. Kalau
saya masih Afzan yang jual burger dekat tepi jalan besar, saya yakin awak
takkan pandang saya. Saya ni Dina, tak nak perempuan yang terima saya sebab
saya dah berjaya. Saya nak isteri yang tahu masa lalu saya tapi masih mampu
terima saya. Sebab isteri macam tu, pasti ada waktu susah dan senang saya!”
selamba Afzan bersuara langsung tak dipedulikan perasaan wanita yang ada di
hadapannya itu.
“Sudahlah
Dina. Kalau awak anggap saya akan terima awak sebab itu yang umi minta, saya
minta maaf. Kalau dulu Fawzan tolak awak sebab saya, sekarang saya tolak awak
sebab Fawzan! Lelaki yang awak suka adalah lelaki macam Fawzan bukan macam
Afzan! Saya tak nak terima awak semata-mata awak boleh hidup dalam fantasi
untuk dekat dengan Fawzan. Saya sayangkan Fawzan, saya tak nak rumah tangga dia
rosak,” serentak diakhir ayat itu, Afzan rasa pipinya pijar. Dia pandang gadis
molek yang sudah berdiri di hadapannya itu.
“Awak
boleh benci saya, awak boleh tak terima saya tapi awak tak boleh buat
kesimpulan yang saya nak kahwin dengan awak sebab saya nak dekat dengan Fawzan!
Awak langsung tak tahu cerita sebenar, jangan pandai-pandai buat kesimpulan.
Saya benci awak!” Afzan hanya mampu memandang kelibat wanita itu yang
menghilang disebalik dinding kedai. Afzan raup muka, dia sendiri terkedu dengan
apa yang keluar dari mulutnya.
“KENAPA angah cakap macam tu dengan kak Dina? Angah ni dah
kenapa?” marah Faizah. Geram sungguh dia bila mendengar cerita abangnya itu.
Kalaulah Afzan ada di depan matanya saat ini, laju saja tubuh abangnya itu
dicubit. Biar berbirat!
“Benda
betul kot. Dulukan dia suka along, bukan angah. So…”
“So,
angah buat kesimpulan yang dia nak kahwin dengan angah sebab nak dekat dengan
along? Rosakkan rumah tangga along dan rampas along dari kak Yani?” potong
Faizah geram. Teddy bear yang berada di hadapannya dipukul-pukul membayangkan
itu adalah angahnya.
“Why
you are so dense, brother?” keluh Faizah kuat. Terkedu Afzan mendengarnya.
“Angah,
kak Dina la orang yang paling sibuk cari angah bila angah keluar dari kampong.
Memang betul dia dan mak ayah dia datang untuk lamar along jadi suami dia tapi
itu bukan pilihan kak Dina. Pak cik Man dengan Mak Cik Aisyah yang minta along
jadi suami kak Dina, bukan kak Dina,”
“Ya,
memang along tu ciri-ciri lelaki kesukaan dia tapi cuma peribadi along yang dia
suka, bukannya along!” marah Faizah habis-habisan. Geram sungguh dia dengan
abangnya itu.
“Bukan
ke kalau suka peribadi tu tandanya kita suka orangnya?” bidas Afzan. Kedengaran
bunyi tepukkan kuat. Afzan tahu, pasti adiknya menepuk dahi.
“Suka
keperibadian dengan suka orang tu sendiri adalah dua benda yang berbeza
Muhammad Afzan Hj Ismail!” kuat suara Faizah menjerit membuatkan Afzan
menjauhkan telefon dari telinganya. Uih, esok lusa pekak aku dengan perangai
budak kecik ni.
“Tapikan
dia tak suka angah dulu,” Afzan mengeluarkan faktanya. Kedengaran dengusan
Faizah.
“Angah,
masa lepas angah keluar dari kampong, kak Dina ada beritahu Pak Cik Man yang
dia rasa bukan angah yang cuba nak perkosa dia. Kak Dina berperang besar dengan
mak ayah dia sebab dia yakin yang angah ada kat situ cuba untuk selamatkan dia.
Tapi sebabkan tindakan refleks angah yang pekup mulut dia, sebab tu dia tak
berani nak jujur masa kejadian tu tentang apa yang dia rasa. Sebab dia tak ada
alasan kenapa angah pekup mulut dia kalau betul angah nak selamatkan dia,”
“Soal match-making
dengan along tu, itu keputusan Pak Cik Man. Pak Cik Man memang nak berbesan
dengan babah. Tapi sebab angah dah buat ‘masalah’, that’s why along adalah
pilihan seterusnya. Masa umi kata kak Dina sukakan along tu, anggap jelah umi
main serkap jarang je. Kak Dina memang tak suka angah dulu, tapi dia juga tak
suka along,” panjang lebar Faizah bercerita. Kedengaran keluhan dari talian
sebelah sana.
“Dah tu
yang tiba-tiba hari ni dia jumpa angah kenapa? Takkanlah tiba-tiba dia suka
angah pula?” sinis Afzan bertanya.
“Angah
ni kan, kalau ada depan adik, memang dah adik tarik-tarik telinga angah, tau
tak? Angah, kak Dina tu start fall in love dengan angah lepas angah tolong
selamatkan dia, tahu? Dia rasa angah tu macam superman pada dia,” geram suara Faizah.
Macam nak dihentaknya lelaki yang sedang berbual dengan dia itu.
“Takkanlah
sebab tu semata-mata. Angah tak percayalah,”
“Angah,
hati tu ALLAH yang pegang tau. Sifat hati, bolak balik. Bila-bila masa boleh
bertukar. ALLAH sebut Kun Faya Kun je ngah, hati tu dari benci boleh tukar jadi
suka. Angah, pemegang hati kita ALLAH, ngah. DIA tahu apa yang ada dalam hati
kita,”
“Ya, betul dulu dia tak sukakan
angah. Tapi lepas kejadian tu dia bersyukur sangat sebab angah ada selamatkan
dia. Bila dia tahu angah kena halau dengan babah, dia cari angah tapi tak
jumpa. Memanglah Malaysia ni bukannya besar sangat, tapi tak jugak sebesar
kampong kita. Dia cari angah merata, tau tak. Sampai akhirnya dia jumpa angah,”
sengaja Faizah tak mahu bercerita lanjut.
“Dia jumpa angah? Dekat mana?
Bila?” bertalu-talu soalan dilemparkan Afzan. Faizah enggan buka mulut. Katanya
kalau angah nak tahu, angah kena tanya Faizah sendiri. Afzan mengeluh, mampu ke
dia nak tunjuk muka depan Dina lepas dia menghina gadis itu?
“Bagi nombor telefon dengan
alamat kedai baju dia,” pinta Afzan akhirnya. Faizah berjanji akan menghantar
nombor telefon dan alamat gadis itu secepat mungkin. Selesai berbalas salam,
Afzan mematikan taliannya.
Afzan : Jumpa saya di Restu Bonda pukul 2.00 esok
(Afzan)
Dina : Buat apa? Mana awak dapat nombor saya?
Sebaik
saja Faizah menghantar nombor telefon bimbit dan alamat Dina kepadanya, laju
Afzan menghantar Whatsapp kepada gadis itu. Tak peduli kalau dia dimaki Dina
sekali pun. Dia mahu menyelesaikan semuanya secepat mungkin, kemudian kalau
memang sudah tertulis jodohnya dengan Dina, pasti saja dia tersenyum suka.
Crush dari zaman sekolah woii!
Afzan : Esok cerita semuanya.
Sengaja
Afzan bertegas. Malas mahu bercerita panjang lebar di Whatsapp. Bercerita tanpa
suara boleh jadi pergaduhan. Tersalah baca emosi dan cara penghantaran ayat si
penghantar, lain cerita yang terjadi nanti.
Dina : Tak mahu!
Afzan : Please, saya nak selesaikan semuanya.
Dina : Semua dah selesaikan, awak dah buat
keputusan tadi. Buat apa nak jumpa lagi?
Afzan : Please Dina. I’m begging you!
Dina : Huh, pandai pula nak merayu
Tengok,
kalau salah baca apa yang di hantar Dina, pasti Afzan rasa yang Dina sedang
merajuk sedangkan hakikat sebenarnya gadis itu sedang marah!
Afzan : Boleh la…
Afzan : Please….
Afzan : Dina…
Afzan : Saya akan tunggu sampai awak datang…
Afzan : Tak kisah la rebut petir sekali pun, saya
tetap tunggu!
Huh,
romeo sungguh cara ayatnya! Pasti Dina sedang menyumpah dia saat ini. Sekelip
mata, perkataan ‘online’ bertukar kepada ‘last seen at 9.52pm’. Afzan merengus
geram. Aduh, macam mana ni! Harap-harap Iqbal ada teknik melembutkan hati
wanita.
*#*#*
DINA menyiapkan jahitannya. Sebaik saja selesai dia
memeriksa dengan rapi setiap jahitan yang ada pada jubah moden itu. Puas hati
dengan hasil kerjanya, Dina meletakkan jubah itu ke tepi. Baru saja ingin
menarik kain yang sudah siap di potong untuk dijahit, pintu depan kedainya
ditolak perlahan. Dia dapat melihat seorang lelaki membawa sejambak bunga
melangkah masuk dan berurusan dengan pekerjanya.
“Cik
Dina Amani?” soal lelaki itu menghampiri. Dina bangun dari meja jahitannya
menghampiri lelaki itu.
“Siapa
bagi?” soalnya lebih untuk diri sendiri tapi didengari lelaki penghantar bunga
tersebut. Laju lelaki itu mengangkat bahu tanda tidak tahu. Bunga bertukar
tangan. Benda pertama dicapai Dina adalah kad di tengah-tengah bunga itu.
Maaf untuk kata-kata semalam. Please forgive me!!
Jumpa saya di Restu Bonda at
2.00pm, please… Boleh kan?
Dina
mengeluh. Aduh lelaki ini, kenapa kau susahkan benda yang aku cuba mudahkan?
DINA duduk dengan tenang. Jarum jam dipandang. Sudah 2.15
petang. Mana lelaki ini? Mahu mempermainkan diakah? Telefon bimbit dicapai.
Icon Whatsapp ditekan dan nama lelaki itu ditekan agak kuat menunjukkan
kemarahannya.
Dina : Where are you?!
Dina
berkira-kira hendak menghantar mesej itu. Butang backspace ditekan lama
menghilangkan akrasa yang ditaip sebentar tadi. Bersama keluhan, Dina tolak
telefon ke atas meja.
“Kalau
iya pun marahkan saya, janganlah buang telefon tu,” suara yang menegur
membuatkan Dina merenung tepat ke arah lelaki itu. Kalau saja pandangan mampu
membunuh, pasti Afzan sudah mati saat ini.
“Apasal
lambat?” marah Dina selamba. Benci sungguh dia dengan orang yang tak pandai
menepati masa.
Afzan
buat muka selamba. Malah boleh lagi dia memesan makanan dan minuman. Langsung
tak ambil tahu kemarahan yang dilontarkan Dina. Dina mengeluh kuat. Beg tangan
dicapai dan dia berdiri bersedia untuk keluar. Tapi tak sempat, bila tangan
milik Afzan mengenggam lengannya.
“Lepaslah.
Apa awak ni?” kemarah Dina bertambah. Mujur saja lengannya berlapik. Kalau
tidak, sudah biru mata lelaki itu dikerjakan.
“I’m
sorry okay. Duduk dulu, please,” Afzan bersuara lembut. Dia tahu salahnya, jadi
tak ada guna mahu bergaduh. Dina melepaskan keluhan sebelum kembali duduk
berhadapan dengan lelaki itu. Tangan disilangkan di hadapan dada.
“Saya
minta maaf dengan apa yang saya cakap semalam. Betul cakap awak, saya tak ada
hak untuk nilai awak. Saya minta maaf,” ucap Afzan akhirnya. Matanya di pandang
lembut ke wajah gadis itu. Dina gigit bibir, kemarahan reda tiba-tiba bila
mendengar suara Afzan yang lembut itu.
“Ada
apa yang awak nak jumpa saya sebenarnya?” tangan diletakkan di atas meja. Mata
memandang gelas berisi air di hadapannya.
“Semalam,
Faizah ada beritahu saya awak cari saya sebelum ni. Kenapa?” hamek kau,
straight to the point soalan aku bagi! Dina telan liur. Aduh, dah kenapa Faizah
bocor rahsia ni?
“Kenapa
perlu tahu?” dalih Dina menutup rahsia hati.
“Please
Dina. Kalau awak tak jujur, macam mana saya nak tahu apa yang ada dalam hati
awak?” pinta Afzan penuh harap. Dina ketap bibir, serba salah. Takut pun ada
juga. Dia diam sekejap, mengumpul kekuatan sebelum mula bercerita.
“Lepas…
lepas awak keluar kampong, saya cuba cari awak tapi tak jumpa. Mama dan ayah
minta saya kahwin dengan along awak tapi saya tak nak. Fawzan bukan lelaki
pilihan saya. Ya, dia ada ciri-ciri lelaki idaman saya, tapi bukan dia orang
yang saya suka,” Afzan mendengar dengan teliti. Tak ingin langsung menyampuk
bicara.
“Memang
mula-mula saya pun tak suka dengan awak. Entah, saya sendiri tak tahu kenapa.
Yang saya tahu, saya memang tak suka awak, kalau boleh langsung tak nak dekat
dengan awak,” sentap! Itu perasaan Afzan bila dengar luahan jujur Dina.
“Tapi
lepas awak tolong saya dekat sungai, saya mula terfikir pasal kebaikan awak.
Betul, awak suka buat hal awak sendiri. Antara awak dengan Fawzan, Mak Cik Mah
selalu komplen pasal awak. Tapi, awak juga ada side baik awak sendiri. Kalau
bukan sebab awak mesti saya dah jadi mangsa Burn dengan Todi,” air mata Dina
mula bergenang di kelopak mata. Seriau rasanya memikirkan kejadian yang tak
elok itu. Mujur ada Afzan.
“Lepas
seminggu awak keluar dari kampong, saya mula tertanya-tanya sendiri. Kalau
betul awak yang buat, kenapa muka awak cemas? Kalau betul awak nak perkosa
saya, kenapa awak tak belasah ayah saya waktu ayah hambat awak? Kalau betul
awak nak rosakkan saya, kenapa baru masa tu awak buat? Sedangkan, kita tinggal
sebelah-menyebelah. Awak tahu bila parents saya ada dan bila masa saya tinggal
sendiri. Dan yang paling penting, benda terakhir yang saya ingat sebelum
pengsan,” Dina berdehem, melegakan rasa tersekat di tekaknya.
“Lelaki
yang tangkap saya, cuba buat benda tak baik dengan saya tu pakai baju warna
hitam tapi awak pakai baju warna biru masa tu,” Afzan tersentak. Mak aih dia
ni, sampai warna baju aku pun dia ingat.
“Saya
cuba jelaskan pada mama, ayah dan keluarga awak. Tapi ayah terlampau marah
sampaikan tak percaya apa yang saya cakapkan. Pada dia memang awak berniat yang
tak baik sebab mereka rasa yang awak dah lama suka pada saya, cuma saya yang
buat tak layan. Lepas tu mereka nak jodohkan saya dengan along awak pula, mujur
Fawzan tolak,” panjang lebar Dina bercerita. Langsung tak ada tanda nak
berhenti. Afzan pula tak mahu menyampuk.
“Lepas
kebenaran terbongkar, yang kejadian tu semua adalah penganiayaan Burn dan Todi,
saya keluar dari kampong. Saya sambung belajar di Shah Alam dan mungkin rezeki
saya di tempat orang, saya dapat buka kedai jahit di sana. Mulanya buat untuk
suka-suka je, sekarang ni dah jadi punca rezeki pula,” tersenyum Afzan
mendengarnya. Aku buka butik pakaian lelaki, dia menjahit pakaian perempuan.
Uih kena dah tu, kalau berjodoh memang aku buat dia jadi share-partner baru
aku. Gelak Afzan dalam hati.
“Faizah
kata awak ada jumpa saya. Bila? Dekat mana?” barulah Afzan membuka mulut
bertanya. Dina tarik nafas lega. Ada juga suara lelaki ni rupanya. Ingatkan dah
tak boleh bercakap tadi.
“Saya
pernah ternampak awak dekat SOGO. Masa tu saya dah start give up untuk cari
awak. Yelah, KL bukannya kecil nak saya jelajah satu persatu. Saya pula masa tu
baru lagi hidup luar dari kampong. Sedangkan di Shah Alam saya boleh sesat,
inikan pula dekat KL. Lastly, ALLAH gerakkan saya untuk pergi kawasan Jalan TAR.
Niat asalnya nak pergi jalan-jalan cuci mata je di SOGO. Entah macam mana
ternampak pula awak,” beritahu Dina bersama senyuman kecil. Afzan
mengangguk-anggukkan kepalanya. Memang waktu dia tiada komitmen sebesar
sekarang, dia selalu merayap di kawasan berhampiran SOGO.
“Tapi
masa tu awak dengan seorang perempuan dan awak sangat ceria. So saya decide
untuk tak tegur awak dan terus balik,” beritahu Dina di akhirnya. Afzan
tersentak. Mesti Dina nampak dia dengan bekas kekasihnya, Syu.
Waktu bercinta dulu, mereka
memang bagai belangkas. Ke mana saja pasti berdua. Kesian Iqbal ditinggalkan.
Tapi itu waktu indah bercintalah. Bila dia sibuk membangunkan bisnes, Syu rasa
ditinggalkan. Sudahnya Syu mula berkawan dengan lelaki lain. Mula berkawan,
jadi skandal dan akhirnya bercinta. Tak lama lepas tu, Syu beritahu nak
putuskan hubungan. Puas Afzan desak, Syu tetap nak putus juga. Sebulan selepas
kejadian, Afzan dapat kad undangan ke majlis perkahwinannya. Hampir-hampir saja
Afzan nanar mujur Iqbal ada untuk menenangkannya. Membuatkan dia sedar pada
jodoh dan kekuasaan ALLAH.
“Afzan,”
panggil Dina bila Nampak Afzan bagai hanyut dengan dunianya sendiri. Afzan
tersentak. Hilang terus memori dia dengan Syu. Senyuman diukirkan untuk gadis
di hadapannya.
“Saya
minta maaf sebab saya buat assumption yang bukan-bukan pasal awak. Mungkin
sebab saya marah kot. Saya masih teringat perasaan awak yang dulu pada saya,
kan? Jadinya terbawa-bawa perasaan tu sampai saya tuduh awak nak dekat dengan
saya sebab nak rampas Fawzan. Sedangkan hakikatnya awak langsung tak ada
perasaan pada dia,” Afzan memulakan bicaranya. Dina mengangguk perlahan.
“Saya
tak salahkan awak untuk buat kesimpulan macam tu. Cuma saya marah je, sebab
awak langsung tak nak dengar penjelasan tapi tiba-tiba buat keputusan,” rungut
Dina membuatkan Afzan tergelak kecil. Wajah memuncung gadis itu dipandang
lembut.
“So
macam mana sekarang?” tanya Afzan penuh harap.
“Macam
mana apanya?” tanya Dina pelik. Kurang faham dengan maksud soalan Afzan. Afzan
tarik nafas dalam-dalam. Wajah gadis itu direnung lembut membuatkan Dina
mengalihkan anak matanya ke arah lain. Afzan tersenyum nipis.
“Macam
mana kita ni? Awak? Saya? Kita?” tanya Afzan sambil mengangkat-angkat keningnya.
Dina tergelak kecil. Mujurlah comel. Bisik hati wanitanya.
“Depends
on how well you play your card,” ujar Dina lagak jual mahal. Afzan sembunyi
senyum. Oh belagak ye cik kak, tak pe - tak pe.
“Alah
tak payah jual mahallah. Macam saya tak tahu awak mengaku dekat Faizah yang
awak rasa saya ni Superman awak kan?” usik Afzan. Lebih menggembirakan hatinya
bila nampak wajah Dina berubah kemerahan tanda malu. Dina pusing wajah, tak
mahu menghadapan makhluk ALLAH di hadapannya itu.
“Dina…”
panggil Afzan mengharapkan perhatian penuh dari Dina. Perlahan-lahan pandangan
Dina kembali kepada lelaki itu. Wajahnya masih memerah tapi ditahan saja.
“I’m
not having superpower to become superhero, I can’t be a Superman but I can
always be your man,” kali ini giliran Afzan pula yang alih pandang. Malu weh.
Dengar dek Iqbal, 7 keturunan dia kena kutuk. Kalau Fawzan dan Faizah pula yang
dengar, mati kering dia menahan telinga diketawakan dua beradiknya itu. Tapi
sebab Dina, sanggup pula dia keluar ayat jiwang tahap tak boleh simpan tu.
Tiada
balasan dari Dina buatkan hati Afzan kecut. Dia dah tak syok dekat aku ke?
Alamak, melepaslah nak bercinta dengan crush zaman sekolah aku ni.
Perlahan-lahan Afzan berpaling memandang gadis yang masih membisu itu. Sebaik
saja matanya memandang Dina, dia perasan ada air mata di pipi gadis itu tapi
bibir Dina masih tersenyum manis. Afzan hulur tisu. Nak dilapkan, masih belum
halal. Apa pula orang kata nanti.
“Saya
minta umi dengan babah jumpa mama dan ayah awak, ya?” Afzan meminta persetujuan
Dina. Kembang hatinya bila melihat Dina mengangguk laju bersama senyuman manis
dan air mata yang makin lebat membasahi pipi.
*#*#*
Aidil Fitri 2016
RIUH rumah kayu moden milik Encik Ismail. Tenggelam takbir
raya yang berkumandang di televisyen gara-gara suara tangisan yang
sambung-menyambung. Elok Adam diam, giliran Hani adiknya pula menangis.
Semuanya kerana masing-masing terasa tidak dilayan pagi itu. Mana taknya, ibu
dan ibu saudara mereka sibuk menghidang makanan, yang lelaki pula sibuk menyiapkan
diri untuk ke masjid bersolat sunat berjemaah. Jadi, tinggallah dua beradik itu
bermain sendirian di ruang tamu.
Afzan
mendukung kedua-dua anak saudaranya itu. Adam di kanan dan Hani di kirinya.
Sebaik berada di dukungan Afzan, kedua-duanya berhenti menangis.
“Wah
ciri-ciri bapa mithali,” usik Faizah yang muncul bersama mangkuk berisi rendang
daging. Afzan mencebik memandang adiknya.
“Kena
praktislah, dik. Tak lama lagikan dia bakal jadi bapa,” usikan disambung kakak
iparnya. Afzan masih mengekalkan cebikannya. Yani tersenyum melihat gelagat
Afzan.
“Kak
Yani, Zan ni memang child-magnet. Tak payah sibuk-sibuk nak beli jiwa macam
orang tu baru budak-budak nak,” Afzan bersuara memuji dirinya sendiri sekali
gus mengutuk adiknya. Faizah mengeluarkan muncung itiknya. Ni yang tak suka ni,
balik-balik dialah yang terkena.
“Hello,
adik bukan beli jiwa okey. Adik bagi hadiah untuk anak-anak saudara adik,”
bidas Faizah tak puas hati. Afzan sembunyi senyum.
“Eh
terasa ke? Angah tak sebut nama adik pun,” selamba Afzan bersuara. Lepas
gelaknya bila melihat adiknya melopong terkejut dengan balasan abangnya itu.
Lagi bertambah dia suka bila lihat wajah adiknya memerah menahan marah dan
geram.
“Abang,
gemar buat adik marah tau,” tegur Dina dengan perangai kebudak-budakan suaminya
itu. Dia menghampiri suaminya sebaik saja bekas berisi ketupat yang sudah
dipotong di letakkan di atas meja makan. Adik iparnya itu sudah menghilang ke
dapur.
“Alah
bila lagi nak mengusik Faizah tu. Dahlah sekarang ni duduk jauh, nak belajar
berdikari pun takkanlah sampai ke Utara sana. Lepas ni nak kahwin pula dah.
Lagilah susah abang nak mengusik dia. Bila kumpul macam nilah, baru ada can,”
Afzan membela dirinya. Sememangnya dia rindu dengan adiknya itu. Gelagat manja
adiknya membuatkan dia dan Fawzan gemar mengusik gadis itu.
“Abang
asyik buat perangai macam tu, nanti adik tak nak bercakap dengan abang baru
abang tahu,” ugut isterinya. Afzan tersengih tunjuk gigi. Hani yang berada
didukungannya berubah tempat. Kini elok pula dia diam di dalam pelukan Dina.
“Biarkan
dia tu, kak. Biarlah orang tak bercakap dengan dia,” sampuk Faizah tiba-tiba.
Dari nada suaranya Afzan tahu adiknya masih merajuk.
“Sorry
la dik. Angah gurau je. Angah rindu adiklah,” pujuk Afzan.
“Rindu
konon. Semalam along cari pasal, hari ni angah pula. Macam ni ke cara tunjuk
rindu?” marah Faizah berjauh hati.
“Adik
ni kenapa? Dah tak boleh ke kami nak bergurau? Adik tulah satu-satunya adik
perempuan kami tau. Betul cakap angah, adik tinggal jauh, lepas ni jadi isteri orang
dah. Entah bila kita nak jumpa. Kalau sekali sekala berjumpa tapi tak boleh nak
bergurau, sedihlah kami,” Fawzan yang baru keluar dari bilik terus menyampuk
lembut. Dari tadi dia dengar apa yang dikatakan dua adiknya itu tapi dia
biarkan saja.
“Nak
gurau pun berpadalah. Semalam sampai tunang adik letak telefon sebab perangai
along, hari ni angah pula kata adik nak bribe anak-anak along. Apa ni?” sindir
Faizah. Fawzan getap bibir. Sejak adiknya betunang perangai adiknya mula
berubah. Sudah tak boleh nak diusik berlebihan seperti dulu.
“Dahlah
kalau adik tak suka, kami minta maaf. Lepas ni kami tak usik dah,” giliran
Afzan pula berjauh hati. Adam di dukungan diturunkan sebelum dia berlalu ke
pintu rumah. Keluar menuju ke perkarangan rumah. Fawzan mengekori di belakang
meninggalkan Faizah terkaku di ruang makan sendirian.
“Adik…kenapa
ni? Sejak bertunang ni adik cepat sangat terasa dengan abang-abang. Umi tak
sukalah. Cukuplah 7 tahun umi hilang angah, takkanlah nak bagi umi rasa hilang
adik pula,” lembut Puan Asmah bersuara. Faizah terdiam. Matanya menekur lantai.
“Umi
tahu adik marah apa yang along cakap semalam. Tapi itu hak along sebagai abang,
dia berhak untuk beri amaran pada Hakim supaya jaga adik, jangan mainkan adik,
layan adik dengan baik. Dan apa yang along cakapkan pada Hakim semalam semuanya
soal tanggungjawab. Tanggungjawab Hakim pada ibu bapa dia, pada adik dan pada
keluarga dia. Memanglah dekat akhir percakapan tu dia ugut Hakim tapi pada umi
tu ugutan seorang abang yang sayangkan adiknya,” lembut suara Puan Asmah
menasihati.
“Hakim
tak boleh terima atau Hakim terasa, umi tak tahu. Tapi Hakim letak telefon dan
tu yang buat adik marah pada along, kan? Adik rasa apa yang along cakap tu
melampau. Walaupun along kata bergurau, tapi adik tetap tak boleh terima, macam
tu?” air mata mula membasahi pelupuk mata Faizah.
“Hari
ni, adik marah angah pula. Adik, adik tahukan macam mana perangai abang-abang
adik tu. Adik tu memang mangsa gurauan mereka. Mereka paling suka menyakat
adik. Itu tanda mereka tunjuk kasih sayang mereka pada adik. Adik tak boleh
terima? Adik dah tak sayang mereka ke?” Faizah tersentak dengan pertanyaan Puan
Asmah. Sekejapan tubuh uminya dipeluk erat.
“Umi
adik minta maaf. Adik emosi dengan semua benda ni. Adik sayang angah, adik
sayang along,” ucapnya tersedu-sedu. Puan Asmah tersenyum. Bahu anaknya ditepuk
lembut.
“Tu,
along dengan angah ada dekat pangkin. Pergi minta maaf,” arah Puan Asmah.
Faizah berjalan perlahan menuju ke arah dua abangnya yang sedang berbual
kosong. Nama abangnya dipanggil perlahan.
“Sorry,”
hanya itu yang terkeluar dibibir Faizah sebelum air mata membasahi pipi putih
itu. Afzan dan Fawzan berpandangan. Macam mana nak marah lama-lama, kalau
adiknya dah mula tunjuk side manja? Tubuh Faizah dipeluk dua abangnya.
“Kitorang
yang patut minta maaf. Kitorang gurau lebih sangat. Dah, janganlah nangis,”
pujuk Fawzan. Faizah pandang abang-abnagnya.
“Adik
salah juga. Adik cepat terasa. Betul cakap umi, cara along dengan angah tunjuk
kasih sayang dengan cara cari gaduh. Adik lupa,” mata dikesat perlahan. Afzan
dan Fawzan kongsi gelak. Bibir muncung adiknya dicubit membuatkan adiknya
mengerutkan kening.
“Dah
tak marahlah kalau kami usik lebih-lebih lepas ni?” tanya Fawzan mengusap
lembut kepala adiknya.
“Marah
juga. Tapi tak lama,” bersama dua jari yang dinaikkan, Faizah tersengih. Afzan
dan Fawzan berpandangan sebelum berkongsi gelak.
USAI solat sunat hari raya, mereka kembali berkumpul di
rumah untuk bermaafan. Selesai bersalaman dan bermaafan dengan semua yang ada,
Afzan menarik tangan isterinya turun ke halaman rumah.
“Abang,
apa ni? Semua dekat dalam rumahlah, yang abang tarik Dina keluar kenapa?” tanya
Dina geram. Suaminya masih buat tak tahu. Hanya senyuman dilemparkan kepada
isteri yang tersayang.
“Biarlah
mereka kat rumah. Abang nak cakap dengan Dina sekejap,” tangan isterinya diraih
dan berjalan mendekati pangkin. Kesian melihat isterinya. Walaupun usia
kandungan baru mencecah enam bulan tapi nampak jelas juga. Isterinya pun dah
mula mengadu sakit belakang.
Dina
hadiahkan senyuman buat suaminya sebaik saja dia melabuhkan duduk di pangkin.
Suaminya berdiri tegak di hadapan. Memandang tunak ke dalam anak mata Dina,
Afzan tersenyum manis sebelum lambat-lambat dia hadiahkan kucupan di dahi
wanita itu.
“Sayang,
selamat hari raya. Abang minta maaf atas segala silap abang sepanjang dari kita
kenal sampailah sekarang. Abang tahu abang tak ada ciri-ciri lelaki idaman
sayang, tapi seboleh mungkin abang berusaha untuk membahagiakan sayang. Abang
harap sayang halalkan segala yang abang terambil atau sengaja ambil dari
sayang. Titik peluh sayang memakmurkan rumah tangga kita, abang hargai sangat,”
ucap Afzan tulus. Mata Dina berkaca. Terharu dengan ucapan suaminya.
“Abang
tak pernah ada salah pun dengan Dina. Dina bahagia hidup dengan abang dan
ciri-ciri lelaki idaman Dina dah lama bertukar. Abang je yang tak pernah tahu.
Dina cintakan abang, abang lelaki paling sempurna yang Dina kenal. Dina yang
patut minta maaf dengan abang. Dina selalu rasa Dina kurang dalam melayani
abang. Perasaan tu buat Dina jadi insercure. Abang bahagiakan Dina sampai Dina
jadi tamak, Dina tak nak kongsi abang dengan sesiapa pun. Dina sayangkan
abang,” tangan suaminya dicapai dan dicium lama. Air matanya tumpah di tangan
lelaki itu.
“Dina
dah cukup sempurna. Tak perlu untuk abang cari lain. Ni, abang ada sesuatu
untuk Dina. Hadiah hari raya,” Afzan usap lembut kepala isterinya sebelum
ubun-ubun wanita itu dikucupnya. Kotak baldu berwarna merah dikeluarkan dari
poket jubahnya.
“Ya ALLAH,
cantiknya bang. Untuk Dina ke?” tanya Dina teruja sebaik saja kotak baldu itu
dibuka. Sebentuk cincin tersergam indah di dalamnya. Potongan yang simple tapi
cukup buat Dina rasa nak pakai tak nak buka!
“Eh
bukan…tu abang bagi sebab nak suruh Dina pinangkan someone untuk abang. Hadiah
Dina adalah bakal adik baru,” serentak dengan itu, Afzan rasa dadanya perit.
Kotak baldu yang dicampak Dina sudah jatuh ke tanah. Laju Dina bangun
meninggalkan lelaki itu.
“Eh
sayang…sayang…” Afzan mengejar isterinya. Tangan isterinya ditarik
memberhentikan langkah wanita itu. Sedaya upaya Dina menarik tangannya. Makin
kuat pegangan Afzan. Tak cukup dengan itu tubuh wanita itu pula ditarik dalam
pelukan.
“Abang
nak apa? Pergilah peluk bakal isteri abang tu. Tak payah sibuk-sibuk peluk
Dina. Lepaslah!” marah Dina tak membendung rasa. Afzan sembunyi senyum.
Sayang-sayang, baru tadi abang buat pengakuan tak nak cari isteri lain,
takkanlah sekarang ni abang nak menggila pula.
“Lepaslah!”
ronta Dina lagi. Makin kejap pelukan Afzan. Dina jeling suaminya marah.
“Abang
takkan lepaskan Dina sebab Dina dah pegang hati abang. Macam mana abang nak
teruskan hidup kalau abang lepaskan penjaga hati abang? Tadi tu abang gurau je,
sayang. Macam mana abang nak cari lain kalau siang malam abang hanya sayang
yang dalam fikiran abang? Abang nak jaga Dina, sayang Dina dan cintakan Dina
sampai Jannah. In shaa ALLAH, abang takkan duakan cinta kita. Abang sayang Dina
seorang je. Dari dulu, kini dan selamanya,” ucap Afzan lembut di telinga
isterinya sekali gus mematikan rontaan Dina. Air mata yang sudah berhenti,
menitik kembali mendengar tulusnya luahan hati seorang suami.
“Dina
pun sama. Dia sayang abang sampai syurga. Abang, janganlah buat lawak macam tu
lagi. Dina tak suka. Kan Dina dah kata Dina tamak, Dina tak boleh kongsi abang
dengan orang lain. Tak nak lawak macam tu lagi, please,” sayu mata bundar itu
menatap wajah suaminya. Afzan tersenyum nipis. Pipi isterinya dipegang dan
diusap lembut sebelum bibirnya dilabuhkan ke dahi wanita itu. Kemudian dahinya
dilagakan dengan dahi Dina. Matanya merenung lembut mata bundar isterinya
membuatkan Dina terasa bagai dipukau. Pinggang isterinya dipeluk.
‘I’m
sorry sayang. Abang janji lepas ni abang buat lawak lain pulak, ye? Sayang
tahukan abang memang suka bergurau,” mendengar kata-kata suaminya, Dina
menumbuk lembut dada Afzan menyebabkan dia tergelak kecil.
“Ni dah
kenapa bercengkerama dekat laman rumah ni? Bilik tidur rumah Babah kamu ni tak
cukup luas ke Zan? Kalau tidak, bilik kamu dekat rumah ayah tu ada. Tak payah
nak berromentik depan laman ni,” teguran Encik Sulaiman buat pasangan suami
isteri itu tersentak. Segera mereka menjauhkan diri. Terkulat-kulat Afzan dan
Dina menahan malu.
Afzan
mendekat, menghulur tangan untuk bersalam dengan keluarga mertuanya. Merah
mukanya menahan malu bila tengok senyuman yang terukir di wajah ibu mertua dan
abang iparnya. Dina pula menggaru kepala yang tidak gatal sebelum turut sama
bersalaman dengan ibu bapanya.
“Hari
raya orang nak tengok drama bermaaf-maafan bukan drama cinta,” sempat Encik
Sulaiman mengutuk pasangan itu sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Senyuman
mengejek jelas di wajah lelaki separuh abad itu. Afzan usap belakang kepalanya
sebelum memandang isterinya yang sudah tertunduk malu.
“Jom.
Naik,” ajak Afzan. Tangan isterinya di capai dan mereka berpimpinan masuk ke
dalam rumah.
“ABANG, nak ke mana ni? Malam inikan ayah nak buat
makan-makan. Kenapa kita balik KL pula ni?” Dina seakan merungut bila sedar
kereta suaminya itu meluncur ke arah Kuala Lumpur. Tadi suaminya kata nak
keluar berjalan sekejap, alih-alih dah masuk highway.
“Ala
sekejap je. Kejap lagi kita balik kampong balik. Ada hal ni dekat KL,” Afzan
membalas tapi langsung tak mengalihkan fokus dari pemanduannya.
“Penting
sangat ke halnya sampai tak boleh tunggu esok atau minggu depan?” soal Dina
sedikit marah. Afzan hanya tersenyum tapi tak menjawab pertanyaan isterinya.
Dina melepaskan keluhan sebelum memandang ke luar tingkap. Entah bila masanya
dia tertidur.
“Sayang…
sayang… Dina,” panggil Afzan mengejutkan isterinya. Dina mencelikkan matanya.
Pandangannya dipasakkan ke blok kedai di hadapannya. Dina tarik muka. Sebab
butik dia je, dia sanggup nak balik ke KL hari raya pertama ni?
“Kat
mana ni?” Dina berpura-pura bertanya. Matanya digosok perlahan untuk
membetulkan fokusnya.
“Jom
keluar, abang ada lagi satu surprise untuk sayang,” ucap Afzan penuh
keterujaan. Dina kerut kening.
“Surprise
apa lagi ni bang? Tadi pagikan abang dah bagi hadiah pada Dina. Tak mahulah
macam ni, Dina tak ada apa-apa pun hadiah untuk abang,” Dina merungut kecil.
Kadang-kadang geram juga dia dengan perangai suaminya ini. Gemar sangat
memanjakan dia dengan hadiah.
“Abang
tak minta Dina sediakan hadiah pun untuk abang. Dina jadi isteri abang ni pun
dah hadiah terbesar dalam hidup abang tau. Abang tak minta lain dah,” ucap Afzan
penuh kasih. Dia koyak senyum untuk suaminya itu. Pipi suaminya diusap
perlahan.
“Jomlah
sayang, kita keluar kejap. Jap lagi dah nak balik kampong semula. Mujur jalan
tak jem,” ajak Afzan sekali lagi. Kali ini Dina mengangguk. Pintu kereta di
buka dan sekelip mata Afzan sudah berada di sisinya.
“Inikan
dekat butik abang. Apa kejutan yang abang cakap tu?” Dina pandang suaminya
pelik. Afzan senyum manis. Dia berdiri di belakang isterinya. Bahu wanita itu
ditepuk perlahan sebelum dia menundukkan wajahnya supaya sama paras dengan
telinga isterinya.
“Tengok
signboard sebelah butik abang tu tulis apa?” suara Afzan penuh rahsia. Dina
yang masih memandang suaminya perlahan-lahan mengalihkan pandangan matanya ke
arah yang diarahkan Afzan. Membulat matanya bila dia lihat apa yang terukir
cantik di papan itu.
“Abang
betul ke ni?” mata Dina mula berkaca. Suaminya sekali lagi dipandang. Kali ini
dengan penuh rasa cinta dan gembira.
“Ya,
betul. Ini butik sayang. Butik Cinta Dina. Sayang jual pakaian wanita dan abang
jual pakaian lelaki. Bila butik sebelah-sebelah ni, senanglah abang nak tengok
sayang. Tak adalah memendam rindu nanti,” ceria suara Afzan mengusik isterinya.
Kali ini Dina tak marah sebaliknya pipi lelaki itu menjadi sasarannya.
Berkali-kali wajah lelaki itu diciumnya sehingga ada kesan lipstick yang
melekat.
“Sayang
ni, agak-agak nak cium tu. Habis melekat lipstick,” Afzan mengelap pipinya bila
terasa pipinya melekit kesan lipstick isterinya itu. Dina hanya ketawa melihat
gelagat suaminya itu.
“I love
you abang. Terima kasih kerana jadikan mimpi Dina satu kenyataan,” ucap Dina
penuh romantis. Matanya masih menatap papan tanda yang tersergam hebat itu.
“I love
you too, sayang. I’ll do everything for you coz you are my dream come true,”
balas Afzan memeluk isterinya dari belakang. Lama mereka berkeadaan begitu.
Mujur tiada orang di kawasan parker itu.
“Jom,
kita balik. Nanti lambat pula sampai kampong,” ajak Afzan. Dina mengangguk. Sebelum
pelukan dilepaskan suaminya, Dina berpaling dan mengucup sekali lagi pipi
lelaki itu. Afzan tersenyum dan membalas dengan mengucup hidung dan dahi wanita
yang dicintainya itu.
“Indahkan
takdir cinta kita?” ucap Dina bersama senyuman sebelum meloloskan diri ke dalam
kereta. Afzan turut tersenyum. Ya, indah sungguh tulisan cinta ALLAH untuk
mereka berdua. Benar kata yang bijak pandai, ‘bila kita kejar cinta manusia,
manusia akan lari tapi bila kita kejar cinta ALLAH, cinta yang hakiki ALLAH
beri hadiah yang kita nanti’. Semoga cinta mereka terus mekar. Biar hanya
bahagia yang mengiringi hari mereka…
*# TAMAT #*
Finish... the end... finito! akhirnya, tamat juga selepas seminggu bergaduh dengan cerita ini.. tak masuk cuti hari raya lagi.. hehehe.. silalah komen, jangan malu-malu.. saya budak baru belajar.. hehehe.. :) *KUDOS*