“JANGAN mainkan perasaan orang,” terngiang-ngiang ayat itu di
telinga dan minda Atiqah. Dia mengerutkan dahinya. Mindanya menerawang entah ke
mana. Mainkan perasaan? Perasaan siapa yang dia permainkan? Ada hati yang
sedang terluka kerana diakah?
Atiqah tergelak
kecil dengan telahannya sendiri. Takkanlah ada yang terluka sebab dia? Siapalah
yang nak bagi perasaan pada Atiqah? Bagi perasan adalah! Gadis berperwatakan
tomboy, tidak pernah kenal erti jatuh cinta dan selama 23 tahun ini tak pernah
sekali pun dia melalui pengalaman bercinta. Jadi, mana mungkin ada yang terluka
kerana dia.
Atau, aku
ada bagi harapan palsu pada seseorang? Atiqah mengimbas memorinya dan sekali
lagi dia tergelak kecil. aku layan semua sama je. Tak ada lebih, tak ada
kurang. Tak kira lelaki atau pun perempuan, semua aku kawan. Sampai pernah satu
ketika, dia dipulau dan dihina gara-gara berkawan baik dengan anak bekas
penagih dadah. Atiqah pelik, kenapa sahabatnya itu perlu menanggung cemuhan dan
cacian orang ramai hanya kerana dia anak bekas penagih dadah? Lagipun ayahnya
sudah bertaubat. Tapi, Atiqah tak kisah. Malah, dia rajin ke rumah sahabatnya
itu dan belajar bersama-sama. Ayahnya juga baik. Walaupun pernah jadi penagih
dadah tapi ayahnya tak pernah memukul atau mengherdik isteri dan anak-anaknya.
Berbalik
kepada soal harapan tadi. Mustahil sungguh. Mustahil Atiqah Amira nak bagi
harapan pada orang bila dia sendiri tak pernah terima apa-apa lamaran atau
luahan hati. Secret admire? Hah, lagilah mengarut! Dia bukannya secantik Mia
Ahmad untuk dapat secret admire. Atiqah meraup mukanya kasar. Serabut!
“Woi,
pagi-pagi dah termenung? Sampai planet mana kau pergi? Marikh? Zuhal? Atau nak
adventure lagi sampai ke Pluto?” sergah Hazri. Atiqah mengurut dadanya
perlahan. terkejut dengan sergahan teman karibnya itu. Belum sempat Atiqah
membuka mulut, seorang lagi kawan baiknya menyampuk.
“Aku tak
rasa sampai sejauh tu. Paling tinggi pun dia mampu capai, paras bintang di
langit je,” Fiqry tersengih-sengih. Atiqah mencebikkan bibirnya. Dia panggung
kepala dan buat muka bosan bila dikutuk teman-teman karibnya itu. sekarang dia
menunggu giliran Hafif pula untuk membuka mulut. Lelaki ni, mulutnya berbisa
sikit. Jadi tahan sajalah hati. Mujur dah kenal lama, kalau tak memang lebam
muka pak cik ni dibalunnya.
“Aku kenal
Atiq. Takkan sejauh tu fikirannya. Sekarang ni kalau ikut ramalan aku yang
benar belaka ni, Atiq tengah termenung dekat atas pelamin je,” serentak dengan
itu, suara gelak tiga lelaki itu bergabung menggelakkan Atiqah. Atiqah menggetap
gigi.
“Kau fikir
apa, Tiq? Warna pelamin?” Hazri menyambung usikannya.
“Atau kau
tengah fikir tema wedding kau? Kalau kau nak cadangan aku boleh bagi. Aku rasa
wedding kau nanti sesuai dengan tema ‘Ma Gangster Love’ sebab kau kan agak…
gangster sikit,” wah, siap dengan gaya lagi Hafif bersuara mengenakan dia.
Atiqah memandang temannya dengan pandangan geram. Terasa? Memang taklah. Kalau
orang lain yang bercakap memang patutlah dia mengamuk. Tapi setakat lelaki 3
orang ini dia sudah lali. Telinganya sudah kebas dengan usikan dan sindiran tak
berbayar mereka.
“Eleh Tiq,
tak payah coverlah. Aku tahu kau tengah fikir apa sebenarnya. Kau tengah fikir
siapa yang bakal duduk dekat sebelah kau atas pelamin nanti, kan?” Fiqry
angkat-angkat kening. Ewah budak ni, dah macam Ziana Zain aku tengok. Atiqah
mengecilkan matanya menunjukkan bahawa dia sudah mula marah tapi balasan yang
dia dapat hanyalah bunyi tawa yang menyakitkan telinganya.
“Korang
kalau bab mengusik, membahan aku memang nombor satu, kan? Tak boleh nak
challenge langsung,” Atiqah bersuara geram. Tiga lelaki itu mencebik sebelum
mereka berbisik sesama sendiri dan tergelak kecil.
“Korang dah
kenapa berbisik-bisik ni? Mengutuk aku lagilah tu, kan?” marah Atiqah. Tak suka
betul bila orang main bisik-bisik depan dia. Buat dia macam tunggul kayu pula
nak main bisik-bisik.
“Kau PMS ke? Garang semacam je aku
tengok,” bersama itu Atiqah membulatkan matanya. Tangannya mencapai kertas yang
sudah dikeronyoknya sebelum melemparkan ke arah Hafif yang masih leka mengelakkannya.
“Kau jangan
macam-macam, Fif. Aku campak kau dari tingkat tiga ni nanti,” Atiqah mula
geram. Sudahlah fikirannya serabut dengan pelbagai persoalan, teman-temannya
menambah pula sakit di hati.
“Dah agak
dah. Suara korang berempat sampai hujung balkoni saya boleh dengar,” suara En.
Syed pensyarah Hematologi kedengaran. Mereka berempat mengalih pandang ke arah
pintu masuk bersama sengihan.
Melihat
langkah En Syed yang menghampiri meja pensyarah, Hafif meminta izin untuk
keluar ke kelasnya pula. Hafif bukan sama course dengan teman-temannya itu.
mereka rapat kerana Hafif sudah mengenali Atiqah dari sekolah menengah lagi,
manakala dua teman mereka yang lain pula hanya saling mengenali sewaktu di alam
universiti ini.
Tiq, kalau
ada masalah kongsi. Bagitahu pada kami. Jangan simpan seorang-seorang.
Mesej yang
diterima daripada Hafif buat Atiqah melepaskan keluhan. Perlu ke dia cerita
pada kawan baiknya itu? mereka lelaki dan mungkin mereka tahu apa maksud yang
tersirat daripada masalahnya itu. Ah Atiq, benda kecil je, tak payah nak
kecoh-kecoh. Bisik hati kecilnya membuatkan Atiqah terdiam. Tak payahlah
bagitahu, bukan masalah sangat pon. Putus Atiqah akhirnya. Dia kemudian
mencapai buku Hematologinya, menunggu pembelajaran dimulakan.
###
ATIQAH meletakkan buku nota yang diambilnya sebentar tadi ke
tempat asal. Aduh, malasnya! Kenapalah ketua MPP kegilaan perempuan ni suka
sangat buat event? Gemar betul menambah kerja dia untuk merancang dan
menguruskan event yang dirancangnya. Atiqah duduk di meja ketua MPP itu bersama
buku nota dan pen di tangan. Mencari idea merancang idea untuk majlis terbaharu
itu. nanti masa meeting, senang. Dah ada draft.
Tekun Atiqah
menulis sehingga tak perasan pintu bilik MPP itu dibuka dari arah luar. Tubuh
tegap lelaki melangkah masuk menghampiri meja yang diduduki Atiqah membuatkan
Atiqah mengalih pandang ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Tanpa
diundang, dia melabuhkan duduk di hadapan Atiqah yang kembali ralit menghadap
buku notanya seolah-olah lelaki itu tidak wujud di hadapannya kini.
TOKK!!
TOKK!!
Bunyi meja
diketuk mengganggu konsentrasi Atiqah. Dia memandang lelaki di hadapannya.
Kening diangkat bertanyakan ‘kenapa’ dengan riak muka tidak puas hati. Lelaki
itu sekadar tersenyum sinis. Atiqah melepaskan nafas geram sebelum menyambung
kerjanya. Meja diketuk sekali lagi. Atiqah menutup buku notanya tiba-tiba.
“Jangan
kacau boleh tak? Pergilah duduk tempat lain,” marah Atiqah. Lelaki itu tidak
menjawab. Baru saja Atiqah hendak membuka buku notanya kembali, suara lelaki
itu kedengaran di telinganya.
“As far as
my concern, this is my table. so, suka hati akulah nak duduk sini. Nama aku pun
ada dekat meja ni menandakan ini meja aku dan hak aku untuk duduk kat sini.
Jadi, silah buat kerja engkau, tanpa perlu menghalau aku ke tempat lain,” sinis
bunyi suara itu. Atiqah menarik nafas dalam-dalam melegakan amarahnya sebelum
bangun dari duduk menyebabkan pandangan lelaki itu terdorong ke arahnya.
“Where are
you want to go?” tanya lelaki itu sedikit terkejut.
“As far as
my concern, ini adalah meja Qusyairy Naqiudin a.k.a Ketua MPP a.k.a Que
kegilaan ramai kecuali saya. So, saya tak de hak nak duduk sini. Jadi saya nak
pindah ke meja sana tu,” Atiqah membalas sinis. Meja yang tidak jauh dari Que
didekati dan dia duduk di situ. Belagak punya ketua MPP. Meja kerja pun nak
berkira! Kutuk Atiqah.
Que bangun
dari duduknya. Dia menghampiri meja yang diduduki Atiqah.
“Anything
else Mr. Que?” tanya atiqah tanpa mengangkat muka. Mindanya sudah hilang idea
untuk mengembangkan aktiviti yang ingin dirancang untuk event terbaharu mereka.
Que tidak menjawab sebaliknya dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Atiqah
memerhatikan gadis itu menconteng di atas buku notanya.
“Awak nak
apa En. Que? Jangan kacau saya boleh?” pinta Atiqah. Hilang moodnya untuk
mencari idea bila diganggu lelaki ini.
“I’m not
disturbing you. I’m just watching you,” ucap Que membuatkan Atiqah bulat mata.
Perhatikan aku? Untuk apa?
“I mean,
watching your work to avoid any silly mistakes,” lindung Que. Atiqah mengangkat
bahunya. Malas nak ambil tahu sama ada apa yang dikatakan Que itu betul atau
tidak. Atiqah panggung muka sebelah tangan. Sebelah lagi tangannya mula
memusing-musingkan pen. Dia sudah kehabisan idea. Ketua MPP ni pula dia tengok
selamba saja main handphone. Bukan nak membantu dia memberikan idea untuk event
ini. Sudahlah dia yang rancang event ini, tapi satu idea pun tak disumbangkan.
“Tak boleh
fikir,” rungut Atiqah yang sudah mula geram. Que mengalihkan pandangannya.
“Berhentilah
dulu. Nanti sambunglah semula,” Que memberikan cadangan. Atiqah menutup matanya
rapat-rapat dan bersandar di kerusi yang didudukinya. Seronoknya kalau dapat
main basketball sekarang ni.
“Okaylah Mr.
Que. Nanti saya sambung ye. Bye,” Atiqah bersuara sambil tangannya ligat
mengemas buku nota dan pen yang digunakan menyebabkan Que tercengang-cengang.
“Kau nak
pergi mana?” tegas suara lelaki itu tapi Atiqah hanya tersenyum. Langsung tiada
gentar mendengar suara lelaki itu yang sedikit tinggi.
“Saya dah
tak boleh berfikir jadi saya nak release tension. Esok saya sambung fikir lagi.
Sekarang saya nak have fun. Bye,” ucap Atiqah menghampiri pintu utama. Elok
saja dia meloloskan badan, dia terdengar namanya dipanggil. Atiqah mengintai
dari luar.
“Jangan
mainkan perasaan orang lain,” sekali lagi ucapan itu keluar dari mulut ketua
MPP. Atiqah kerut kening. Tak boleh jadi ni, dah dua kali dia cakap benda yang
sama. Apa maksud dia?
“What do you
mean, Mister?” tanya Atiqah aneh. Amboi tiba-tiba fluent je lidah tu nak cakap
bahasa Inggeris. Kalau tak, tergeliatlah lidah tu nak bercakap walaupun guna
simple English.
Que sekadar
mengangkat bahu. Tangannya mencapai kertas kerja di meja dan dia berpura-pura
membaca. Petanda dia tidak mahu bersoal jawab dengan Atiqah. Atiqah merenung
lelaki itu geram tapi dia tahu. Macam mana memberontak pun dia, dia tetap tak
akan dapat jawapan yang dia inginkan. Malas mahu bergaduh, Atiqah menutup pintu
dan berlalu ke gelanggang bola keranjang. Menantikan kehadiran 3 teman karibnya
dengan perasaan dan fikiran bercampur baur.
“TERMENUNG lagi?” tanya Hafif dengan nada tidak percaya.
Sepanjang perkenalan mereka, tak pernah Hafif melihat Atiqah gemar termenung.
Selalunya gadis itu periang dan gembira. Atiqah merenung wajah sahabat
terkaribnya itu.
“Kau ni dah
kenapa?” Hafif bersuara prihatin. Risau melihat Atiqah yang hanya diam sedari
tadi. Atiqah seperti memendam sejuta masalah.
“Fif, aku
pernah mainkan perasaan kau ke?” tanya Atiqah senafas. Hafif yang baru hendak
duduk di gelanggang memandang Atiqah dengan riak tidak percaya. Matanya
terkebil-kebil dengan mulut sedikit melopong.
“Kau ni dah
kenapa? Tanya soalan pelik-pelik,” ujar Hafif aneh. Wajah Atiqah direnung lama
mencari kalau-kalau dia tahu punca soalan pelik temannya itu.
“Alah jawab
jelah. Aku Cuma nak tahu je,” bentak Atiqah. Belum sempat Hafif buka mulut,
suara Hazri kedengaran menegur mereka berdua.
“Sorry I’m
late. Biasalah busy dengan peminat. Maklumlah orang hot,” Hazri tergelak-gelak
kecil. bila sedar tiada sahutan dari dua temannya itu, Hazri merenung mereka
dengan pandangan pelik.
“Oi, korang
ni dah kenapa?” tanya Hazri keanehan. Spek mata hitamnya dibuka dan diselitkan
di sport bag yang digalasnya.
“Ez, aku ada
mainkan perasaan kau ke?” serentak dengan itu juga, Hazri berhenti melangkah.
Tidak jadi menghampiri dua temannya yang sedang duduk di tepi gelanggang. Bila
perasaan terkejutnya mula hilang, barulah Hazri menghampiri mereka berdua.
“Soalan apa
tu?” tanya Hazri tidak percaya. Atiqah mengeluh kuat.
“Boleh tak
korang jawab je without asking any further. Aku nak tahu je,” Atiqah menjawab
bersama keluhan. Hazri melemparkan pandangan ke arah Hafif. Hafif mengangkat
bahu tanda tidak tahu.
“Okay, aku
jawab. Kau tak pernah mainkan perasaan aku. Untuk apa kau nak mainkan perasaan
aku, bukannya kita ni bercinta pun. Kita Cuma kawan baik je, tak lebih dari tu.
Kalau setakat kutuk mengata tu, takkan nak simpan dalam hati juga kot,” Hazri
bersuara. Botol air Revive dikeluarkan dari beg sebelum dia meneguk perlahan
air itu.
“Betul cakap
Ez. Kita best friend, jadi tak ada istilah mainkan perasaan tu. Lagipun kita ni
dah macam adik-beradik. Ada masalah kita share sama-sama. Cuma yang membezakan
sebab pergaulan kita terbatas sebab kita bukan mahram. Tapi aku, Ez dengan Fiq
dah anggap kau macam adik kitorang. Tak adalah wujud isu perasaan bagai ni,”
Hafif menyambung kata-kata Hazri. Hazri mengangguk mengiakan apa yang dikatakan
Hafif.
“Assalamualaikum.
Sorry I’m late,” suara Fiqry mengejutkan mereka bertiga. Fiqry mengerutkan
keningnya. Dia menghampiri mereka bertiga sebelum duduk di sebelah Hafif.
“Apahal
korang ni? Tegang semacam je aku tengok,” soal Fiqry. Atiqah berkira-kira untuk
bertanya pada Fiqry pula. Mindanya kata tak perlu tapi hatinya berkeras mahu
tahu. Jadi…
“Fiq,
sepanjang kita kenal aku pernah mainkan perasaan kau tak?” tanpa sebarang
mukadimah, Atiqah terus mempersoalkan apa yang terbuku di mindanya. Fiqry bulat
mata, terkejut.
“Kenapa kau…
tiba-tiba…” Fiqry yang terkenal sebagai pendebat universiti itu bagaikan
kehilangan kosa kata bila disoal Atiqah. Dia terkebil-kebil memandang gadis itu
dan dua teman mereka yang lain.
“Jawab
jelah, Fiq,” Hazri mencelah sebelum Atiqah sempat membuka mulutnya. Belum
sempat Fiqry menjawab, Hafif mencelah.
“Wait-wait-wait…
Atiq, I have one question for you. Are you planning to ask this question to
every single man who close with you? Atau kau nak tanya satu uni?”
“Aku pun tak
tahu, Fif. Buat masa ni, aku Cuma nak jawapan dari korang bertiga je. So,
please answer me,” Atiqah separa merayu. Fiqry tarik nafas panjang. Dia
berbalas pandangan dengan Hazri dan Hafif. Mereka berdua membuat gaya supaya
Fiqry menjawab soalan Atiqah itu.
“One thing
for sure, sepanjang aku kenal kau tak pernah sekali pun aku nampak kau rapat
dengan mana-mana lelaki dengan niat nak permainkan diorang. Tak pernah aku
nampak Amira Atiqah mempermainkan mana-mana lelaki. Sebelum kau tanya kitorang,
kau patut soal diri kau dulu. Ada pernah kau reject cinta lelaki? Ada pernah
kau bagi harapan palsu? Ada lelaki yang luahkan perasaan kat kau? Kalau kau
boleh jawab soalan ni, kau tahulah sama ada kau pernah mainkan perasaan orang
atau tak,” Atiqah terdiam. Dia merenung
langit biru. Walaupun Fiqry tak memberi jawapan jelas tapi ayat Fiqry boleh
membuatkan dia tenang. Tapi, pertanyaan hatinya masih tidak jelas. Hati siapa
yang dia permainkan.
“Tiq, kalau
ada masalah share dengan kitorang. Jangan diam macam ni. Risau kitorang
dibuatnya,” Hafif memujuk Atiqah untuk meluahkan masalahnya.
“Betul Tiq.
Kitorang ni kawan kau, abang kau. Kau diam macam ni, tak senang hati kami ni,”
Hazri bersuara penuh prihatin. Atiqah meraup mukanya. Dia diam tidak bersuara.
“Jomlah main
basket,” ajak Atiqah tiba-tiba. Dia bangun dan berjalan ke tengah gelanggang
meninggalkan temannya terkebil-kebil memerhatikan dia. Mendengar nama
masing-masing dijerit Atiqah barulah mereka bertiga bangun dan berjalan
menghampiri gelanggang dan bersedia untuk bermain bola keranjang.
###
HAFIF melangkah masuk ke dalam kelas. Dia mandang tempat duduk di
sebelah Que yang masih kosong. Tanpa undangan, dia melabuhkan duduk di sebelah
ketua MPP itu.
“Awal hari ni,”
tegur Que. Hafif sekadar tersenyum. Dia memang selalu lambat ke kelas pagi.
Biasanya Atiqahlah yang jadi jam locengnya untuk mengingatkan kelasnya setiap
hari. Tapi hari ini, belum sempat Atiqah menelefon, dia sudah pun bersiap dan
bergerak ke universiti.
“Saja je. Asyik
masuk lambat je, nak juga rasa perasaan masuk awal,” balas Hafif sarkastik. Que
menggelengkan kepalanya. Telefon bimbitnya masih ralit diperhatikan. Sesekali
dia tersenyum nipis.
“Apa yang seronok
sangat dekat skrin kau tu sampai dok sengih sorang-sorang ni?” tanya Hafif
selamba. serentak dengan itu Que menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg
menyebabkan Hafif mengerut kening.
“Kau ni dah
kenapa? Cuak semacam aku tengok. Apa yang kau simpan dalam phone tu?” tanya
Hafif dengan perasaan ingin tahu. Que sekadar angkat bahu. Tidak mahu menjawab
soalan yang ditanya Hafif.
“Kalau dengan
Atiq, cara angkat bahu kau memang berkesan. Tapi dengan aku, memang taklah,”
Hafif tersengih jahat. Que sudah menunjukkan muka cuak. Dia takut rahsia yang
disimpannya terbongkar.
“Kau ni, tak ada
apalah Fif,” selindung Que. Hafif masih dengan senyuman jahatnya. Tangannya
mengacah-acah untuk mencapai beg Que yang disembunyikan di sebalik tangan
katangnya. Bila sekali lagi Hafif mengacah, buku nota MPP Que jatuh ke lantai.
Hafif yang rasa serba salah membongkokkan badan untuk mengambil buku nota itu
tapi apa yang dilihat di halaman yang terselak membuatkan Hafif bulat mata.
“A…Atiq?” suara
Hafif kuat, tak sedar yang dia sudah menjerit. Que menutup mulut temannya itu.
matanya meliar memandang kiri dan kanan. Bila rasa keadaan agak tenang, Que
laju membongkok mengutip buku nota MPP dilantai.
“Kenapa…” Hafif
tidak mampu bersuara disebabkan rasa terkejutnya. Dia memandang Que tunak.
Jarinya menunjuk-nunjuk ke arah Que tapi tiada suara yang dapat dikeluarkan.
Que meraup mukanya kasar.
“Okay, aku tahu
kau nak tanya kenapa gambar Atiqah ada dekat aku, kan?” Hafif angguk. Matanya
masih tepat merenung wajah Que.
“How can I say
this? Err… I… I guess, I had…” Que tak tahu hendak menyusun kata. Memanglah dia
dengan Hafif rapat tapi kalau nak dibandingkan rapat lagi Hafif dengan Atiqah,
Fiqry dan Hazri.
“Fall in love
with her?” tanya Hafif garang. Que terkedu. Dia hanya mampu mengangguk dan
berharap Hafif tidak marah. Dia bukan tidak tahu bagaimana sayangnya Hafif pada
kawan baiknya itu. mereka sudah berkawan sejak sekolah menengah. Hafif pandang
muka Que tunak.
Suara gelak Hafif
memenuhi bilik pengajian aras 2 itu. Que merenung kawannya pelik. Tadi bukan
main macam nak marah, sekarang ni gelak suka pula dia?
“Kau ni, tak ada
perempuan lain ke? Adik aku si tomboy tu juga yang kau minat,” sekali lagi
Hafif melepaskan tawa. Que getap gigi.
“Kau ni, tak
baiklah cakap Atiqah tu macam tu,” entah kenapa Que membela Atiqah membuatkan
tawa Hafif yang sudah reda kembali kuat.
“Oi, kau ni kena
sampuk ke apa?” Que tak senang duduk. Marah pun ada juga bila ada yang menggelakkan
pilihan hatinya.
“Tak, aku bukan
apa. Kau tu good looking, ketua MPP, kegilaan semua orang. Kenapalah adik aku
yang tak seberapa tu yang kau minat?” tanya Hafif bila tawanya mula reda. Dia
memang gemar memanggil Atiqah dengan panggilan ‘adik’ kerana keakraban mereka
dan membuktikan pada orang lain bahawa mereka tidak lebih dari seorang kawan
baik.
“Aku tak tahulah
Fif. Yang aku pasti, aku suka dia,” jawab Que polos. Hafif sembunyi senyum.
“Well, love
doesn’t need any reason and explanation,” Hafif bersuara lagi. Nadanya seakan
gembira tapi ada juga nada mengutuk. Melihat kelibat yang melangkah masuk ke
dalam kelas, Hafif kulum senyum sambil mencuri pandang jejaka di sebelahnya
yang sudah memerah muka.
“Awal kau pagi
ni?” kutuk Atiqah.
“Kalau tak awal,
tak dapatlah aku tahu rahsia besar,” Hafif kembali tergelak-gelak. Atiqah kerut
kening. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hafif. Dia pandang Que yang
kononnya fokus membaca buku anatomi. Que tidak menunjukkan sebarang reaksi, jadi
rahsia siapa yang dikatakan Hafif saat ini.
“Suka hati
kaulah, Fif. Nah, Ipad kau. Lain kali tinggalkan lagi kat gelanggang tu ye,”
Atiqah menghulurkan Ipad silver milik Hafif. Hafif tersengih menampakkan
barisan giginya yang putih itu.
“Thanks Tiq. Ni
yang buat aku sayang kat kau ni,” sengaja Hafif berkata bergitu. Balasannya,
dia terasa kaki kanannya dipijak Que. Kuat. Sekali lagi tawa Hafif pecah.
“Kau ni okay
tak?” Atiqah bertanya pelik. Aku masuk tadi dia ketawa, aku dekat sini pun dia
ketawa, lelaki dekat sebelah dia elok je diam. Kawan aku ni dah kenapa? Risau
Atiqah dibuatnya.
“Don’t worry,
Tiq. I’m absolutely fine,” Hafif membalas ceria namun matanya sempat menjeling
Que yang duduk tenang di sebelahnya. Tahu juga kau jealous, kan Que? Kuat betul
penangan Amira Atiqah ni.
“Dahlah, malas
nak layan kau. Aku masuk kelas dulu,” Atiqah ingin berlalu keluar. Hafif
sekadar mengangguk sebelum mindanya tiba-tiba mendapat idea nakal.
“Eh Que, bukan
kau kata ada benda ke nak cakap dengan Atiq tadi?” Hafif bertanya bersama
senyuman yang jelas menunjuk dia ingin mengenakan dua orang itu. Atiqah kerut
kening. Mr. MPP ni nak cakap apa pula? Dia memandang Que yang terpinga-pinga.
Bila masa aku ada benda nak cakap dengan Atiqah? Confirm ni idea Fif nak kenakan
aku ni.
“Ada apa?” tanya
Atiqah senada. Sudah, apa aku nak cakap ni. Fif, siaplah kau!
“Tak. Aku nak
bagitahu, kem next week dibatalkan sebab pihak universiti tak nak apa-apa
perkara yang tak diingini berlaku. Maklumlah kawasan kem tu bahaya sikit,” beritahu
Que sedikit tersekat-sekat. Mujur kepalanya berfungsi dengan elok saat ini jadi
dia mampu mencari jawapan pada soalan Atiqah sebentar tadi.
“Okay. Kalau
macam tu nanti aku inform dekat ahli MPP yang lain dan peserta yang join kem
tu,” beritahu Atiqah. Que sekadar mengangguk namun matanya sempat menjeling
lelaki di sebelah kirinya. Dia perasan senyuman yang cuba disembunyikan Hafif.
Siap kau, Hafif! Jaga kau!
“Aku keluar
dulu,” Atiqah kemudiannya berlalu. Elok sahaja kelibat Atiqah hilang dari pandangan,
tawa Hafif pecah. Senaknya tahan gelak dari tadi. Sakit perutnya saat ini. Que
menjeling geram.
“Alah comelnya
Que jeling-jeling macam ni. Kalau Atiqah nampak mesti jatuh cinta,” sengaja
Hafif mengusik membuatkan wajah Que yang putih berubah kemerah-merahan. Dia
menumbuk bahu Hafif yang langsung hilang deria sentuhannya membuatkan dia
langsung tak rasa sakit dengan tumbukan padu dari Que.
“Aduh Que, kalau
macam nilah hari-hari. Tak mustahil Atiq boleh jatuh cinta balik dengan kau.
Hailah Atiq, ilmu apa yang kau pakai sampai ketua MPP boleh syok kat kau, dik
oii,” Hafif masih tergelak dan gelaknya makin kuat bila perasan riak wajah Que
yang bertambah bengang. Mereka langsung tak sedar Atiqah yang berada di balik
pintu kelas itu.
Atiqah sengaja
bersembunyi di sebalik pintu kerana nak mencuri dengar apa yang membuatkan
Hafif ketawa senang hati dan Que diam tak berkutik. Tapi dia rasa menyesal pula
bila dengar namanya disebut-sebut dan dia langsung tidak percaya bila dengar
kata-kata Hafif saat ini. Takkan ketua MPP yang macam singa tu jatuh cinta
dengan aku??!!
ATIQAH membaling bola tepat masuk ke dalam jaring. Mindanya masih
mengingati usikan Hafif pada Que pagi tadi. Gila! Takkanlah lelaki ketua MPP tu
boleh jatuh cinta dengan dia? Mustahil. Mereka macam anjing dan kucing, pantang
bertemu mesti nak bergaduh. Takkanlah ketua MPP tu boleh jatuh cinta dengan
orang yang tak pernah sehaluan dengan dia. Tak betul ke apa?
“Jangan mainkan
perasaan orang,” bagai pita rakaman, suara lelaki itu berulang-ulang berlegar
diruang kepalanya. Mainkan perasaan? Takkan maksud Que selama hari ini, aku
mainkan perasaan dia? Biar betul? Dia tak pernah luahkan perasaan pada aku,
tiba-tiba nak kata aku mainkan perasaan dia? Ah, confirm dia nak daftarkan
lelaki itu ke wad Hospital Tanjung Rambutan. Lelaki itu sudah senget. Kutuknya.
“Astaghfirullah.
Tak baik Atiqah. Kau tak ada hak nak perlekehkan perasaan orang lain. berdosa,”
Atiqah mengingatkan dirinya sendiri. Dia duduk di tengah-tengah gelanggang itu.
Patutnya kau tu
sendiri yang mendaftar ke Tanjung Rambutan. Tengah-tengah hari panas terik ni,
kau boleh pula main basketball. Akal waras Atiqah mula bersuara memarahi
tuannya. Atiqah menggaru belakang telinganya.
Biarlah, tengah
hari panas terik ke, sejuk ke, dah aku minat, nak buat macam mana. Hati Atiqah
pula membalas. Atiqah masih duduk di tengah gelanggang itu. matahari
betul-betul tegak di atas kepalanya. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa
pandangannya berpinar. Atiqah menarik nafas dalam-dalam. Bila rasa sedikit
lega, dia bangun perlahan-lahan.
Entah di mana
silapnya, Atiqah merasakan tubuhnya terdorong ke belakang. Matanya memberat.
Perkara terakhir yang dia dengar seseorang menjeritkan namanya. Siapa lelaki
itu?
PERLAHAN-LAHAN Atiqah membuka matanya. Dia mengecilkan sedikit
matanya bila silau cahaya lampu pendarfluor masuk ke retinanya.
“Bangun dah tuan
puteri? Ingatkan nak tunggu putera raja datang bagi ciuman ajaib,” sinis suara
Hazri memerlinya. Atiqah cuba bangun. Tangannya memegang kepala yang terasa
berdenyut.
“Kau sorang je
ke, Ez?” tanya Atiqah polos.
“Habis tu kau
harap siapa lagi ada dekat sini?” Hazri tersenyum senget. Air mineral
dihulurkan kepada gadis itu. atiqah membetulkan tudung Arianni yang sedikit
senget.
“Habis tu siapa
yang bawa aku ke klinik ni?” tanya Atiqah sebaik saja selesai meneguk air
mineral yang diberi Hazri.
“Orang yang
selamatkan kaulah,” Hazri bersuara penuh rahsia.
“Siapa?” entah
kenapa Atiqah merasakan dia perlu tahu siapa yang menghantarnya ke klinik.
Bagaikan ada hubungan yang menghubungkan mereka berdua. Tapi siapa lelaki itu.
“Lelaki,” Hazri
memberi sedikit klu bersama senyuman nipis.
“Kau kenal ke?”
tanya Atiqah memandang tepat wajah temannya itu.
“Kenal,” Hazri
jawab sepatah. Atiqah getap gigi. Dia mula geram.
“Aku kenal lelaki
tu?” Atiqah bertanya lagi.
“Kenal,” bagai
tak terkesan dengan riak geram yang ditunjukkan Atiqah, Hazri masih lagi
menjawab pertanyaan Atiqah dengan sepatah kata.
“Kau ke lelaki
tu?” tanya Atiqah akhirnya. Mendengar soalan itu, Hazri tersenyum lebih lebar.
Mulutnya masih dikuncikan. Dia sekadar menjungkitkan bahu tanda tidak mahu ikut
campur dengan soalan itu. Atiqah memuncungkan bibirnya.
“Sorry cik Atiq.
Tak berkesan taktik duck face kau tu. Kau ingat kau comel? Dah macam itik dalam
kolam depan tu aku tengok,” Hazri mengutuk Atiqah. Dia bukan peduli yang
kawannya itu baru bangun dari pengsan. Kalau dia rasa dia nak kutuk, dia redah
saja.
“Susah sangat ke
nak jawab soalan aku tu?” ujar Atiqah sedikit berjauh hati. Kalau soal lain dia
tak kisah Hazri hendak berahsia. Tapi ini soal nyawanya. Bayangkan kalau tiada
orang yang nampak dia pitam tadi, tidakkah isu lain pula yang timbul?
“Atiq, listen to
me. Kau kena rehat, badan kau letih, otak kau penat. Doktor cakap kau kurang
rehat beberapa hari ni dan doktor tak bagi kau terlampau fikir each and every
problem kau. Jadi aku tak nak tambahkan lagi benda untuk kau sumbat dalam otak
kau. So, please Atiq. Let it finish here,” Hazri cuba memujuk. Atiqah terdiam.
Dia menundukkan wajahnya.
Ya ALLAH Atiq, kebudak-budakannya
engkau. Patutnya kau berterima kasih pada Hazri sebab temankan kau. Ni tidak,
kau bangun-bangun membebel dekat dia.
“Ez, sorry. Aku
tak ada niat pun,” Atiqah bersuara perlahan. Hazri tersenyum.
“Tak pe Tiq, aku
faham. Tapi aku minta maaf, aku tak tambah tekanan pada kau lagi. Kau relaks je
ya. Nanti sampai masanya aku akan beritahu kau juga,” Hazri tersenyum manis.
Dia tidak ambil kisah pun dengan marah Atiqah sebentar tadi. Dia tahu Atiqah
hanya mengikut naluri ingin tahunya untuk mengetahui siapa yang menghantarnya
ke klinik sebaik sahaja dia pengsan.
###
ATIQAH menghempas pintu bilik MPP itu. semua mata yang berada
di dalam bilik itu memandangnya tanpa berkelip. Atiqah tidak peduli. Tempat
pertama yang dituju adalah meja ketua MPP, Que.
“What is
this?” tanya Atiqah garang. Kertas yang separa renyuk itu digawangkan di
hadapan Que. Que hanya memandang dengan pandangan kosong.
“Surat
pemecatan jawatan awak sebagai setiausaha dan ahli MPP,” Que bersuara tenang.
Di belakang mereka suara berbisik-bisik sudah kedengaran.
“Atas alasan
apa?” Atiqah cuba mengawal kekerasan suara yang keluar dari kerongkongnya namun
hampa. Amarah lebih menguasainya saat ini menyebabkan nada suaranya automatik
meninggi tanpa dia sedari.
“Everything
is in the letter. It’s clearly state there,” Que menunjukkan ke arah kertas
yang dipegang Atiqah. Atiqah merengus geram. Aku rasa pagi tadi aku sarapan
roti bakar tapi kenapa aku macam terasa yang pagi tadi aku tertelan sarang
tebuan?
“It is not
clear! Awak cakap saya tak buat kerja, saya ada prove yang membuktikan kerja
saya on time. Awak cakap kerja saya tak teratur, but every event under me are
going smoothly without any biggest mistakes or even a simple stupid mistake. Awak
cakap saya tak tepati masa, recall balik Mr. Qusyairi Naqiuddin, siapa yang
selalu ada di bilik meeting sebelum waktu meeting bermula? Me or you?” marah
Atiqah. Sengaja dia menghurai setiap satu alasan yang dikemukakan oleh Que
kerana dia rasa alasan itu tidak munasabah.
“Stop the
nonsense, Mister! Saya tahu awak faham dengan apa yang saya cakap. Sekarang ni,
saya nak one valid excuse yang menyebabkan saya dipecat jawatan,” nafas Atiqah
tidak stabil kerana marahnya yang sudah mula tak terkawal.
Que masih
berlagak tenang. Di hatinya, dia terluka sendiri. Terluka melihat hati gadis
kesayangannya dihancurkan oleh perbuatannya.
“The one
valid excuse that you want is with me. With all of us, the MPP’s. Do you want
to know why? Coz the majority of MPP’s think that you are no longer capable and
suitable in this committee. Is it clear enough?” tanya Que dengan nada suara
yang tegas. Matanya memanah tajam mata Atiqah. Tanpa di duga ada manik halus
jatuh dari mata coklat itu. atiqah tersenyum sinis.
“Yes! It’s
enough. Thank you Mr. Qusyairi Naqiuddin,” dan Atiqah terus keluar dari bilik
itu. keluar tanpa berpaling ke belakang walau sekali. Terima kasih Que untuk
remukkan hati aku.
Que terduduk
di kerusinya, lemah. Matanya dipejam rapat-rapat. Everything I do, I do it for
you, Atiqah. Dan dia merasakan hatinya mula tidak tenang dengan perbuatannya,
sebelum air matanya menitik di hadapan orang lain, Que menghilangkan diri ke
taman mini berhampiran bilik MPP.
“SO, what was that?” tanya Hafif sebaik sahaja menghampiri
taman mini itu. kepalanya masih lagi merenung kelibat teman baiknya yang sudah
lencun dengan air mata. Bukan tidak mahu memujuk teman rapat, tapi dia kenal
Atiqah. Atiqah bukan gadis yang suka menunjukkan kelemahan diri. Kalau dia
bersedih atau menangis, dia tidak mahu sesiapa tahu. Jadi langkah yang terbaik
adalah buat tak tahu dengan air mata yang mengalir di pipi gadis itu. lagipun
dia pasti, Atiqah tak nampak dirinya.
“Don’t ask
me coz I never know,” ucap Que lemah. Suaranya jelas menunjukkan betapa
kesalnya dia dengan perlakuannya pada Atiqah. Hafif melepaskan keluhan. Dia
menghampiri Que yang berdiri merenung kolam ikan.
“Que kalau
kau sayangkan dia, buktikan. Buktikan bukan setakat dengan apa yang kau buat
sekarang ni, tapi dengan sesuatu yang lebih bermakna,” Hafif menepuk lembut
bahu temannya itu. Que memandang Hafif dengan pandangan kosong.
###
ATIQAH duduk di bangku taman rekreasi itu dengan perasaan
menggila. Amarahnya tidak terbendung. Dia rasa hendak mengamuk dan hanya pada
seseorang saja yang hendak dia lepaskan perasaannya saat ini. Mr. MPP a.k.a
abang sado a.k.a Qusyairi Naqiuddin. Atiqah menarik nafas panjang-panjang
sebelum melepaskan perlahan-lahan. Perkara itu diulang beberapa kali dengan
harapan dapat melegakan hatinya yang penuh dengan amarah tak bertepi.
“Assalammualaikum,”
suara garau yang memberi salam membuatkan amarah Atiqah yang mula turun kembali
meninggi. Dia buat lipat maut pandang ke arah belakang. Que berwajah selamba.
dia langsung tak tahu apa penyebab Atiqah mahu berjumpanya di sini. Tapi
memandangkan wajah masam mencuka dan merah gara-gara menahan marah itu, Que
rasa dia dah boleh buat kesimpulan sendiri kot.
“Apa yang
parents kau buat dekat kampung aku?” tanpa mukadimah, Atiqah terus
menghamburkan amarahnya. Hafif dan Hezri yang berada di belakang Que terkejut.
“Atiq…”
tegur Hezri yang jelas tidak senang dengan situasi yang berlaku di hadapannya
saat ini. Bimbang juga dia kalau-kalau ini akan berlarutan ke keadaan yang
lebih teruk.
“Aku tanya,
apa hal parents kau masuk meminang aku?” tengking Atiqah tanpa langsung peduli
dengan teguran Hezri sebentar tadi. Que masih diam tanpa suara. Dia sekadar
memandang Atiqah dengan riak polos.
“Kau ingat
aku ni apa, Que? Anak patung? Tak ada perasaan? Suka-suka kau buat keputusan
bagi pihak aku? Macam tu?” suara Atiqah mula kendur. Dari nadanya, jelas
menunjukkan dia sudah mula ingin mengalirkan air mata.
“Setiap hari
kau cari fasal dengan aku, kau marah aku, kau paksa aku buat macam-macam kerja,
kau pecat aku tanpa sebab yang munasabah, kau saja buat aku marah dan tiba-tiba
hari ni parents kau datang rumah aku dan masuk meminang sebab kau suruh? Kau
ingat aku ni hamba abdi kau ke?” tersentak Que dengan ucapan yang keluar dari
mulut Atiqah. Hafif mula tidak senang duduk. Dia boleh rasa apa yang bakal
berlaku lepas ni.
“Atiq…
biarlah Que jelaskan dulu,” Hafif cuba meredakan marah temannya itu.
“Diam Fif!
Aku tak nak dengar apa-apa dari kau. Sampai hati kau tak bagitahu apa-apa pada
aku sedangkan kau tahu dari mula lagi yang Que nak hantar rombongan tu kan? Kau
betray aku Fif. Aku sayang kau, macam aku sayang abang-abang aku. Aku tahu kau
boleh protect aku, tapi apa yang kau buat? Kau biarkan aku macam ni. Sampai
hati kau, kan Fif?” air mata Atiqah mula menitik. Hafif telan liur, kesat.
“Atiqah,
semua ni tak ada kena mengena dengan Fif atau Hezri atau sesiapa pun. Biar aku
explain,” akhirnya Que membuka mulut. Tak mahu situasi ini berjadi bertambah
rumit.
“No… I heard
enough! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Kau dengar sini, Que. Aku takkan nak
ada apa-apa hubungan dengan kau. Kau ingat tu. And Fif, aku tak harap benda ni
jadi gini tapi kau yang lorongkan hubungan persahabatan kita jadi macam ni. Aku
minta maaf, Fif,” dan serentak dengan itu Atiqah berlalu meninggalkan mereka
bertiga termangu sendirian.
AIR mata Atiqah masih lebat menitis. Dia kesat dengan
belakang tangannya. Stop it, Atiq! Jangan menangis lagi. Atiq memarah dirinya
sendiri. Bunyi derapan tapak kaki dari arah belakang membuatkan Atiqah
berpusing. Wajah Fiqry yang tersenyum nipis menghiasi tubir matanya.
“Tiq, apa
kau buat dekat sini malam-malam macam ni. Bahaya Tiq. Risau kami cari kau,”
Fiqry memulakan bicaranya. Dia melabuhkan duduk bertentangan dengan Atiqah yang
masih mengelap tubir matanya. Sapu tangan yang di ambil dari poket belakang
dihulurkan pada Atiqah. Dengan ucapan terima kasih Atiqah mengusap tubir
matanya.
“Apa
masalahnya, Tiq? Ceritalah kat aku,” lembut suara Fiqry membuatkan Atiqah
kembali mengalirkan air mata. Dia dapat merasakan kebimbangan teman-temannya mengalir
melalui suara Fiqry.
“Sampai hati
Hafif buat aku macam ni. Aku ingat aku dah cukup kenal dengan dia. Tak sangka
dia sanggup betray aku,” sayu suara Atiqah meluahkan rasa. Fiqry tersenyum
nipis. Dia memandang sekelilingnya.
“Tiq,
sebelum aku cerita kat kau, jomlah kita pergi tempat lain. tempat ni sunyi Tiq.
Macam-macam cerita boleh timbul nanti. Kita pergi kedai depan tu, ya? Kau pun
aku rasa mesti dari pagi tadi tak makan, kan?” ajak Fiqry. Dia bangun dan
berlalu ke motosikalnya menunggu Atiqah untuk mengikuti langkahnya. Beberapa
minit kemudian, mereka berdua berlalu ke kedai makan di hadapan kolej kediaman
untuk berbual dengan lebih selesa.
“Tiq,
sebelum kau buat keputusan melulu fasal Hafif, aku nak bagitahu kat kau satu
perkara. Bukan Hafif seorang je yang tahu fasal hal meminang tu tapi aku dengan
Hazri pun tahu juga. Kalau kau nak marah, kau kena marah kitorang bertiga bukan
Fif seorang. Dan kalau kau nak putuskan persahabatan, kau kena putuskan
ketihga-tiga ikatan persahabatan bukan hanya antara kau dan Fif,” Fiqry
bersuara memulakan mukadimahnya. Dia memandang temannya yang meneguk air
tembikai yang dipesannya sebentar tadi.
“Kenapa
korang rahsiakan daripada aku?” tanya Atiqah perlahan. Tak ada daya lagi untuk
bersuara kasar dan tinggi. Kekuatannya sudah hilang bersama air mata yang
mengalir deras sejak pagi tadi lagi.
“Kitorang
rahsiakan untuk kebaikan kau, Tiq. Sebab kitorang tahu, kau akan jadi macam ni
kalau kau tahu fasal hal pinang-meminang ni,” Fiqry mengeluarkan rasionalnya.
“Kalau
korang bagitahu dari awal, aku boleh halang Que dari datang melamar aku,”
Atiqah masih tidak mahu mengalah. Fiqry tersenyum manis.
“Tiq, ada
perkara yang kau perlu tahu dengan sebetul-betulnya, Tiq. Tapi aku tak boleh
cerita seorang. Aku takut aku ter`make-up’ cerita ataupun aku tertukar jalan
cerita aku. Apa yang aku boleh bagitahu kau, Hafif tak salah, Tiq. Dia ada
sebab kenapa dia buat macam ni, Que pun ada sebab dia tersendiri. Kami semua ni
Tiq, ada sebab kenapa kami buat macam ni,” Fiqry memberitahu penuh rahsia.
Atiqah terdiam. Dia pandang lelaki di hadapannya dengan pandangan berbalam
gara-gara matanya yang sembab kerana banyak menangis.
“Tak ada
banyak soal, kejap lagi kau balik hostel rehat dan tidur. Esok jumpa aku dengan
Hazri dekat court basketball,” arah Fiqry. Atiqah hanya mengangguk sahaja malas
mahu berdebat lagi.
“Hafif mana?
Takkan dia langsung tak nak jumpa aku kot?” soalan Atiqah buat Fiqry tersenyum.
“Kalau kau
nak Hafif datang, aku ajak dia sekali,”
BERSAMBUNG~~~
No comments:
Post a Comment