Villa Idaman terasa berbahang. Izzul masih lagi meneliti gambar
gadis yang diserahkan oleh mamanya sebentar tadi. Maklumat ringkas mengenai
gadis itu yang diletakkan di atas meja di capai. Dia merenungnya tajam.
“Itu Zahra.
Fatima Zahra. Anak tunggal Tan Sri Halim, share partner arwah daddy,” Datin
Raznah bersuara mematikan suasana bisu di villa mewah itu.
“Ma nak Izz buat
apa?” soal Izzul sambil mengangkat keningnya. Senyuman sinis terukir di bibir
merah jambunya.
“Ma tak nak
apa-apa. Ma cuma nak pastikan yang mereka sekeluarga akan dapat balasan yang
setimpal atas setiap perbuatan mereka. Ma tak mahu mereka hidup senang,”
beritahu Datin Raznah penuh dendam. Izzul mengangguk-anggukkan kepalanya tanda
memahami setiap arahan yang diberikan oleh mamanya.
“Tu semua kerja
senang, ma,” Izzul bersuara penuh yakin.
“Mama nak Izzul
pastikan yang Izzul akan buat mereka merana. Buat anak dia jatuh cinta pada
Izzul tapi ingat jangan Izzul pula yang jatuh cinta pada budak Zahra tu. Zahra
hanya satu alat untuk kita sampai ke matlamat kita. Ma nak dia percaya pada
Izzul, sayangkan Izzul,” Datin Raznah menyambung arahannya. Izzul masih lagi
mengangguk. Wajah ayu milik Fatima Zahra direnung lagi.
“Then?” tanya
Izzul bila mamanya hanya diam tak bersuara. Datin Raznah memandang anak
bujangnya bersama senyuman.
“Bila dia dah
mula sayangkan Izzul, dia akan percayakan Izzul. The she will attract her
parent to love you too. Bila mereka dah mula percaya, sedikit sebanyak mereka
akan mula serahkan saham mereka pada Izzul. Mama tak nak Izzul terburu-buru.
Dapatkan sepenuhnya saham milik daddy kemudian baru Izzul tinggalkan dia. Buat
apa sahaja hingga dia dan keluarga dia menderita. They need to pay,” sinis
suara Datin Raznah bersalut dengan dendam yang memuncak. Izzul kembali merenung
maklumat gadis itu. 25 tahun, pensyarah. Wow, quite interesting. Let’s see,
macam mana bijaknya seorang pensyarah dalam kes ni. Izzul tersenyum jahat dan
penuh kebencian.
“Don’t worry, ma.
Setakat budak mentah ni apalah sangat. Small matter je,” Izzul sememangnya
sudah lama menyimpan dendam kepada keluarga Tan Sri Halim. Sejak kematian
daddynya lagi dan kini dendamnya semakin memuncak cuma menunggu masa untuk
dilaksanakan.
“Mama tak kisah
langsung fasal harta tu. Mama tak nak pun. Apa yang ma nak hanyalah keadilan.
Ma nak mereka rasa apa yang kita rasa. Berpuluh tahun arwah daddy bangunkan
syarikat tu, semudahnya mereka nak bolot semua harta lepas daddy meninggal?
It’s insane!” tegas Datin Raznah. Izzul hanya diam. Di mindanya dia sudah mula
mengatur strategi peperangannya.
“Don’t worry, ma.
I will let them pay every single penny for every single thing they did,” Izzul
kembali tersenyum sinis. Dendamnya semakin membara. Gambar gadis yang
diletakkan di atas meja diambil semula. Cantik orangnya tapi sayang, kau anak
Tan Sri Halim. Keluarga kau harus tanggung semua kesakitan yang kami lalui.
Jadi kau juga salah seorang mangsanya. Bisik hati jahat Izzul. Dan malam itu
syaitan bertepuk kegembiraan kerana hasutannya untuk misi membalas dendam
berjalan lancar di hati dua beranak itu.
***
IZZUL melangkah masuk ke banglo mewah dua tingkat itu. Penat
seharian bekerja menguruskan syarikat. Dia duduk sebentar di sofa melepaskan
lelah.
“Abang baru balik
ke?” lembut suara isterinya menampar gegendang telinga Izzul. Izzul membuka
matanya yang mula terkatup memandang isterinya yang baru dinikahi dua bulan
lalu. Dia tersenyum nipis.
“Erm, baru je
sampai,” balas Izzul lemah. Hari ini dia terasa bagai robot. Mana tidaknya.
Awal pagi lagi dia sudah melawat tapak, tengah hari membawa ke petang dia mulai
sibuk dengan meeting yang tidak berhenti. Eagles Holdings memang sangat sibuk.
Entah berapa juta agaknya yang dikaut keluarga mertuanya ini sejak 15 tahun
lalu. Mengingatkan itu, hati Izzul menjadi panas tiba-tiba.
“Penat ke? Nak
Zahra buatkan air?” tanya Zahra manja. Izzul menggelengkan kepalanya. Dia
bangun dari sofa dan mengambil briefcase hitam miliknya yang diletakkan di
lantai.
“Tak apalah. Saya
nak naik dulu. Nak mandi, segarkan badan,” Izzul bersuara senada. Serentak
dengan itu, kakinya dihayun ke tangga dan selamba dia melangkah naik
meninggalkan isterinya bersendirian di sofa.
Zahra mengeluh
lagi. Kenapalah dengan suaminya itu? Susah benar mahu melembutkan hati suami.
Pelbagai cara cuba dilakukan tapi langsung tidak berjaya. Suaminya sudah ada
kekasih hatikah? Tapi, tak pernah pula Zahra lihat suaminya bercakap mengenai
perempuan atau berhubung dengan mana-mana perempuan. Atau suaminya seorang
lelaki gay? Zahra bulat mata. Segera dia beristighfar. Ya ALLAH, sampai ke mana
fikiran kau ni Zahra? Tak baik fikir bukan-bukan. Dia suami kau. Marah hatinya.
“Zahra, kenapa
termenung ni?” tanya Puan Sri Ruby yang baru melangkah masuk dari taman mini
miliknya. Dia hendak ke dapur tapi terperasankan anaknya yang duduk
bersendirian. Fikirannya seperti dibawa jauh melayang. Sebab itulah dia
bertanya apa yang tidak kena pada anaknya itu.
“Tak ada apalah,
ma. Zahra terkhayal sikit je,” Zahra beralasan. Puan Sri Ruby tersenyum. Dia
duduk di sebelah anak perempuannya itu.
“Zahra, walau apa
pun masalah yang melanda Zahra yakinlah pada ALLAH. Apa jua masalah yang Zahra
hadapi, ALLAH ada penyelesaiannya,” nasihat Puan Sri Ruby. Zahra mengangguk dan
tersenyum nipis. Dia tidak mahu membebani ibu bapanya dengan masalah rumah
tangganya. Dia mahu menyelesaikannya sendiri dengan suaminya.
“Papa mana,
mama?” tanya Zahra aneh. Rasanya tadi papanya pulang dari pejabat bersama
suaminya tapi sampai sekarang kelibat papanya masih belum kelihatan.
“Papa tengah
bertelefon. Dengan peguam syarikat rasanya. Tak tahulah pula mama fasal apa,”
beritahu Puan Sri Ruby. Zahra tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk
beberapa kali. Pembantu rumah yang tiba menghidangkan air diberikan senyuman
manis.
“Zahra, Ruby,”
panggil Tan Sri Halim yang baru keluar dari bilik kerjanya. Sengaja dia membuat
panggilan dari bilik kerjanya kerana di situ lebih privasi dan orang luar susah
mahu mendengar apa yang diperkatakan dari dalam bilik itu.
“Papa dah
pindahkan 30% saham Eagles Holding ke atas nama Izzul,” beritahu Tan Sri Halim.
Zahra dan Datin Ruby mengerutkan kening mereka. Banyaknya? Fikir keduanya.
“Kenapa pa?”
tanya Zahra ingin tahu. Tan Sri Halim tidak menjawab sebaliknya dia mencapai
air kopi yang dihidangkan dan mula menyisip perlahan-lahan.
“Mana Izzul,
Zahra?” tanya Puan Sri Ruby. Dia tidak melihat kelibat menantunya sejak dari
pulang kerja lagi. Zahra yang melayan perasaannya terkejut.
“Err, dekat atas
ma. Nanti Zahra panggilkan dia,” baru sahaja kaki Zahra ingin mendaki anak
tangga, dia mendengar namanya dipanggil Tan Sri Halim.
“Zahra tolong
beritahu sekali mengenai saham tu, ya?” pesan Tan Sri Halim bersama senyuman.
Tidak tahu hendak membalas apa, Zahra hanya menganggukkan kepalanya.
IZZUL meraupkan wajahnya. Ah Izzul, fokus! Jangan hanyut dengan
godaan Zahra. Apa yang tak kena dengan kau ni? Baru diusik sikit dah melatah?
Mana janji kau nak buat mereka menderita? Ingat matlamat kau, Izzul. Marah
hatinya. Izzul bangun menuju ke balkoni. Gazebo rumah mewah itu dipandang dari
atas. Tiada siapa di situ. Mana mertuanya? Selalu mereka akan berkumpul minum
petang di gazebo itu.
Izzul memandang
langit. Mindanya mula memainkan memori lampau. Izzul ingat lagi sewaktu dia di
tingkatan tiga, masa itu dia bersekolah di MRSM Arau, dia mendapat berita
mengejutkan tentang kematian daddynya. Secepat mungkin dia di bawa pulang ke
villa mereka.
Namun disebabkan
jarak yang jauh, Izzul hanya sempat tiba sewaktu jenazah arwah daddy sudah mahu
dikebumikan. Bagaikan hilang akal, Izzul menangis dan meraung memanggil
daddynya. Pak Ngah Ali yang bertindak menenteramkan dirinya. Kelibat Tan Sri
Halim langsung tidak kelihatan waktu itu. Malah, tiga malam majlis tahlil juga,
Tan Sri Halim dan keluarganya tidak menunjukkan diri.
Selesai tahlil
malam ketiga, Izzul dan mamanya dikejutkan dengan kehadiran peguam syarikat.
Tiada satu pun harta arwah daddy diterimanya sebaliknya diambil terus oleh Tan
Sri Halim. Terkedu Datin Raznah dengan berita yang diterimanya. Dia tidak
menyangka lelaki yang sudah dianggap sebagai abang itu sanggup membolot semua
harta milik suaminya. Semenjak dari itu, Datin Raznah dan Izzul hidup dalam
dendam. Dendam yang melarat sehingga sanggup menghancurkan kebahagian orang
lain.
“Abang, kenapa
termenung ni?” lembut suara Zahra menyentak lamunan Izzul. Air mata yang
bertakung di tubir matanya disapu kasar.
“Tak ada apalah.
Kenapa cari saya sampai ke sini? Kejap lagi saya turunlah,” dingin suara Izzul.
Zahra tersenyum manis sambil melangkah menghampiri suaminya. Melihat senyuman
Zahra, Izzul pantas mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak mahu cair
melihat senyuman manis itu. Dia tidak mahu hanyut. Dia punyai dendam yang harus
dilaksanakan dan dibuat perhitungan.
“Sorry kalau
Zahra ganggu abang. Zahra tunggu abang dekat bawah tadi tapi abang tak
turun-turun. Sebab tu Zahra naik tengok abang,” manja suara Zahra memberi
penjelasan. Izzul menarik nafas panjang. Dia hanya tersenyum hambar.
“Abang ada
masalah ke?” tanya Zahra prihatin. Izzul menggelengkan kepalanya laju. Takkan
dia mahu memberitahu Zahra yang dia sekeluarga merupakan masalah Izzul?
Mustahil!
Melihat gelengan
Izzul, Zahra hanya mengangkat bahu. Satu perangai suaminya yang memang jelas
sejak hari pertama mereka bernikah. Suaminya sangat perahsia dan pendiam. Jarang
sungguh Zahra mendengar Izzul berbual. Kalau berbual pun susah, inikan lagi
mahu berkongsi masalah.
“Tadi papa ada
beritahu Zahra, dia suruh pesan dekat abang yang saham Eagles Holdings dah 30%
dipindahkan ke atas nama abang,” terkejut Izzul mendengar kata-kata isterinya.
Dia merenung belakang tubuh isterinya yang sedang membetulkan susunan bunga
plastik di meja kecil dalam bilik tidur mereka.
“30% ? Banyaknya.
Kenapa papa buat macam tu?” soal Izzul ingin tahu. Dia tidak percaya. Takkan
semudah itu Tan Sri Halim memberikan bahagiannya kepada Izzul? Kalau begini
caranya, tak sampai 6 bulan usia perkahwinan mereka, anak perempuan Tan Sri
Halim boleh memegang tittle janda. Getus akal jahat Izzul.
“Zahra pun tak
tahu. Yang tu abang kena tanya papa sendiri,” balas Zahra ringkas. Dia yang
baru duduk di sebelah suaminya mula memicit lembut bahu lelaki itu. Izzul
terdiam. Terkejut dengan kelembutan tangan milik Zahra. Baru dia ingin
menikmati urutan lembut itu, telefon bimbitnya berdering kuat, mematikan Izzul
dari khayalannya.
“Mama,” sebut
Izzul perlahan sebaik sahaja nama mamanya terpapar di skrin telefon bimbitnya.
Zahra bangun dari duduk.
“Zahra keluar
dulu. Zahra tunggu abang di gazebo untuk minum petang,” beritahu Zahra sekali
gus memberi privasi pada suami dan ibu mertuanya untuk berbual.
“Hello,
assalamualaikum ma,” ucap Izzul sebaik sahaja talian mereka bersambung.
“Izzul sihat,
alhamdulillah. Ma sihat tak?” Izzul diam kembali. Memberi ruang untuk ibunya
menjawab dan bertanyakan soalan.
“Ma, I have a
great news to share. 30% of Eagles Holdings share is in my hand now,” Izzul
memberitahu berita gembira itu kepada mamanya. Dia kemudian diam sebentar
sebelum menyambung bicaranya.
“Yes ma, I know.
Tinggal sikit je lagi. Mama jangan risau, Izzul akan bereskan semuanya. They
will pay for every pain they caused, ma. I promise you,” serentak dengan itu,
Izzul mendengar bunyi kaca jatuh dari depan pintu biliknya. Izzul tergamam. Ada
yang mendengar perbualannya, kah?
“Ma, I think… I
got to go, ma. I call you later,” beritahu Izzul seraya memutuskan
panggilannya. Pintu biliknya dikuak cemas. Tiada siapa di situ. Yang ada hanya
pecahan kaca seramik yang datang dari pasu bunga mama Ruby di lantai. Izzul
menggetap bibir. Rahsianya sudah bocorkah? Izzul mengeluh dan berdecit sebelum
mula mengutip dan membersihkan serpihan kaca di lantai. Dia mula berpeluh.
***
IZZUL melangkah masuk ke ruangan dapur banglo mewah itu. Dia sedar
Zahra menjelingnya tajam tapi dia hanya buat tidak nampak. Dia menyapa mama dan
papa mertuanya yang baru menarik kerusi meja makan tidak lama selepas dia tiba.
“Zahra, kenapa
masam aja ni? Tak baik monyok depan rezeki,” tegur Tan Sri Halim. Dia
berpandangan dengan isterinya seketika. Zahra tersentak, langsung mengukirkan
senyuman plastik di wajahnya. Dia kembali menyenduk nasi ke dalam pinggan.
“Nak kata
rindukan Izzul, tu ha Izzul depan mata. Kenapa nak masam-masam lagi ni?” usik
Puan Sri Ruby. Zahra diam tidak membalas. Dia hanya menangkap bunyi gelak kecil
dari mulut suaminya yang menyebabkan dia mencebik tanpa sedar. Meluat sungguh!
“Tak ada apalah
mama, papa. Zahra cuma penat sikit je. Banyak kira-kira kena buat,” ujar Zahra
penuh maksud. Dia tersenyum sinis memandang suaminya yang melihat ke arahnya
dengan pandangan penuh persoalan. Tapi Zahra hanya membisu. Belum masanya untuk
bersuara, bisik hatinya.
“Dahlah. Jom kita
makan. Asyik berbual, sejuk pula lauk tu,” ajak Tan Sri Halim. Dia tidak mahu
mendesak anaknya menceritakan masalah. Dia tahu anaknya sudah besar dan matang,
mampu menyelesaikan masalahnya sendiri. Zahra hanya mengangguk. Dia tiada mood
untuk makan mahupun bersembang. Dia masih terkejut dengan rahsia yang baru
diketahuinya.
“BOLEH saya tahu kenapa awak diam je dari tadi?” tanya Izzul.
Matanya memandang isterinya yang ralit membaca majalah yang baru dibelinya
siang tadi.
“Tak payahlah
awak nak buat concern dengan saya. Saya boleh jaga diri saya sendiri,” perlahan
suara Zahra namun penuh dengan sinis. Sengaja dia menggubah panggilan nama
mereka berdua. Izzul terdiam. Dia melangkah menghampiri Zahra di sofa. Tidak
selesa pula dengan keadaan yang dicetuskan Zahra.
“Awak marah sebab
saya selalu tak ambil peduli fasal awak ke? Awak, saya minta maaf. Saya cuma
busy…”
“Busy mengumpul
strategi untuk bolot harta Eagles Holdings, kan?” muka Zahra selamba namun
kata-katanya cukup berbisa. Izzul tergamam. Mana Zahra tahu? Diakah yang berada
di pintu tadi mendengar segala perbualannya dengan mama?
“Kenapa diam?
Terkejut saya tahu? Betulkan apa yang saya cakap tu?” marah Zahra. Dia menutup
majalah yang dibacanya dan diletakkan di atas meja, kasar.
“Saya tak sangka
saya akan berkahwin dengan lelaki yang hanya nak hancurkan keluarga saya. Saya
tak sangka langsung! Agaknya perkahwinan kita ni hanya satu alat supaya awak
capai apa yang awak nak, macam tu?” suara Zahra mula naik oktafnya namun masih
mampu dikawal. Bimbang amarahnya didengari papa dan mama di bilik mereka.
“Zahra, please
listen to me,” Izzul cuba memujuk. Sejujurnya dia tidak sedap hati melihat
perubahan Zahra.
“What? Apa yang
awak nak saya dengar? Penipuan apa lagi? Silakan tuan penglipur lara,” suara
Zahra penuh dengan sindiran. Hilang sudah hormatnya pada lelaki yang memegang
gelaran suami.
“Zahra, I can
explain all of this,” suara Izzul mula lemah. Dia tahu hati Zahra terluka. Dia
langsung tidak punyai niat untuk berbuat demikian. Semuanya hanya kerana
dendam.
“I don’t need any
explanation. I heard enough! Awak masuk dalam keluarga ni semata-mata kerana
dendam? Dendam terhadap keluarga saya. Ya ALLAH, I can’t believe it! Mama dan
papa sayang dekat awak. Saya sayangkan awak tapi ini yang awak bagi pada kami?”
air mata Zahra mula tumpah. Pedih hatinya. Dia merenung Izzul yang membisu.
“Kenapa diam?
Cakaplah!” marah Zahra.
“Cakap Izzul.
Cakap apa yang awak nak? Kenapa awak buat kami macam ni? Kenapa awak seksa
saya?” tengking Zahra. Dia mula mendesak Izzul yang masih diam membatu. Izzul
yang duduk statik mula bangun. Mindanya mula hilang rasional. Dia mahu
meluahkan segala-galanya yang dia pendam selama hari ini.
“OK, fine! Saya
cakap. Nak tahu sangat, kan?” bulat mata Izzul sambil bersuara.
“Listen here
carefully. Memang aku kahwin dengan kau sebab dendam. Dendam yang aku simpan
sejak arwah daddy aku meninggal. Dendam yang disebabkan oleh papa kau! Aku nak
kau dan keluarga kau rasa apa yang aku rasa selama hari ini. Apa yang keluarga
kau buat pada kami hingga tiada satu sen pun duit daddy yang kami terima lepas
daddy meninggal! Papa kau bolot semuanya,” merah mata Izzul menahan amarah yang
menggila. Zahra sudah teresak. Tangisannya makin jelas kedengaran.
“Kau rasa
terseksa? Kau patut tahu yang aku lebih terseksa. Mengemis pada keluarga
sendiri, hilang maruah diri hanya kerana kami tak de apa-apa. Kau hidup senang
atas harta yang papa kau bolot dari kami. Sedangkan aku dan mama? Kami bekerja
keras untuk kehidupan kami. Ya, memang aku dan mama nak tengok kau sekeluarga
menderita. Perlahan-lahan aku nak buat kau dan keluarga kau sengsara sama macam
mana papa kau buat pada aku dan mama aku,” Izzul bersuara kejam.
“Awak kejam Izz,”
jerit Zahra tidak percaya. Izzul tersenyum sinis. Dia melurut rambutnya ke
belakang.
“Aku kejam? Kau
lupa apa yang papa kau buat pada aku dan mama aku tu lebih kejam? Aku tinggal
dengan sisa duit arwah daddy dan simpanan mama yang tak seberapa. Bila aku
besar, mudah benar papa kau tarik aku masuk Eagles Holdings. Siapa yang kejam
sebenarnya?” sinis Izzul bersuara. Zahra terduduk sayu. Dia memandang Izzul
yang duduk di hadapan dengan wajah tidak bersalah.
“Awak nak apa
lagi Izz? Awak dah dapat 30% saham syarikat. Jangan seksa saya Izz. Saya tak
kuat,” rayu Zahra. Sedih hatinya menjadi bahan mainan lelaki yang dicintainya.
“Aku tak nak
apa-apa. Aku cuma nak apa yang patutnya menjadi hak keluarga aku. Itu je. Tapi
sementara menunggu tu semua, aku akan pastikan kau merana,” Izzul masih lagi
bersuara sinis. Baru saja dia memegang tombol pintu, dia mendengar Zahra
bersuara sayu.
“Izz, saya tak
sangka ini balasan awak pada cinta yang saya berikan,”
“Too bad Zahra,
aku boleh cintakan kau tapi dendam yang bersarang dalam hati aku bunuh semua
perasaan sayang dan cinta aku pada kau. Kau anggap jelah semua tu hanya mainan
mimpi. The sweet nightmare,” Izzul terus keluar bersama senyuman di bibirnya.
Dan malam itu, Zahra tidur bertemankan air mata yang tidak berhenti.
BERSAMBUNG~~~
P/s : Part 2 menyusul.. In Shaa ALLAH
No comments:
Post a Comment