ENAM BULAN KEMUDIAN…
GAMBAR kahwin mereka ditatap lama. Sudah enam bulan Izzul menghilangkan
diri. Setiap malam, Zahra tidur bertemankan air mata. Tidak mampu rasanya
menahan rindu yang menggunung di dada. Rindu mahu mendengar suara suaminya.
Rindu mahu melihat wajah kejung milik suaminya. Sungguh dia rindu!
Pendrive yang
diberikan Khalif pada hari Jumaat lalu dikeluarkan dari tas tangannya. Sungguh,
Zahra kasihankan Khalif. Setiap kali bertemu dengannya, pasti Zahra akan
memujuk Khalif untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dan setiap kali
itulah, Khalif akan mengelak. Pernah juga Khalif hampir-hampir give up dan
memberitahunya tapi kemudian tidak jadi bila Yazid muncul untuk bertemunya. Dan
dalam hati Zahra sudah menyumpah-nyumpah marah. Kenapa mesti Yazid muncul waktu
itu?
Pendrive hitam
pemberian Khalif dicucukkan ke USB port televisyen di biliknya. Kata Khalif itu
hadiah sempena hari lahirnya pada hari Khamis itu dan Zahra menjawab tiada
hadiah yang setimpal buatnya kecuali Izzul. Dan Khalif terus berpura-pura
menyibukkan dirinya. Hari minggu ini, barulah Zahra berpeluang untuk melihat
isi kandungannya. Entah apalah yang diberikan Khalif kepadanya.
Wajah mamanya
yang melangkah masuk ke biliknya dipandang bersama senyuman manis. Sudah
menjadi rutin Puan Sri Ruby akan menjenguk anaknya sebelum dia masuk tidur. Dia
tahu anaknya sedih tapi apa yang mampu dia lakukan untuk memujuk satu-satunya
menantu mereka pulang semula ke banglo itu? Hendak dihubungi, talian tidak
pernah bersambung. Entah Izzul menukar nombor telefon ataupun Izzul menutup
telefon bimbitnya.
“Tengok apa tu?”
tanya Puan Sri Ruby.
“Entahlah Khalif
ni, tak tahu apa isinya. Dia bagi hari Jumaat hari tu,” file yang berlabel
Fatima Zahra dibuka. Dan sebaik sahaja butang play ditekan, wajah Izzul
terpapar di skrin LCD 45 inci itu mengejutkan Puan Sri Ruby dan Zahra. Mereka
berpandangan sesama sendiri.
“Assalamualaikum
buat insan teristimewa, Fatima Zahra. Happy belated birthday sayang. Semoga
awak berada dalam lindungan ALLAH selalu. Maaf saya tak mampu nak berdepan
dengan awak. saya takut awak tak nak dengar. Ini pun saya risau kalau awak off
sebaik sahaja awak nampak muka saya,” wajah Izzul nampak cengkung. Tidak
sihatkah suaminya itu? Air mata Zahra mula menitis perlahan. Puan Sri Ruby
memeluk bahu anaknya erat.
“Maafkan saya.
Tiada hadiah yang mampu saya berikan. Saya cuma mampu hadiahkan doa untuk awak
moga awak sentiasa dalam rahmat-NYA di mana jua awak berada. Saya sayangkan
awak, Zahra. Maafkan saya kerana pernah lukakan hati awak.,” air mata Zahra
makin lebat. Bantal kesayangan Izzul diambil dan dipeluk erat persis memeluk
tubuh suaminya.
Izzul kemudian
mengambil gitar yang diletakkan di sebelahnya. Dia tersenyum manis. Bunyi
alunan gitar mula kedengaran. Zahra memandang ke dalam anak mata lelaki
kesayangannya itu. Dia terasa ada rindu yang tersembunyi dalam mata itu.
I’m not a perfect person
There’s many things I wish I didn’t do
But I continue learning
I never meant to do does thing to you
And so I have to say before I go
that I just want you to know
I found the reason for me
To change who I used to be
The reason to start over new
And the reason is you
To change who I used to be
The reason to start over new
And the reason is you
I’m sorry that I hurt you
It’s something I must live with every day
All the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That’s why I need you to hears
It’s something I must live with every day
All the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That’s why I need you to hears
I found the reason for me
To change who I used to be
The reason to start over new
And the reason is you
And the reason is you…
To change who I used to be
The reason to start over new
And the reason is you
And the reason is you…
-The Reasons (Hoobstank)-
“The reason is
you, sayang,” ucap Izzul tulus. Serentak dengan itu, video berdurasi 3 minit 30
saat itu mati. Zahra menutup muka dengan kedua tangannya. Dia menangis
teresak-esak. Puan Sri Ruby menarik anaknya ke dalam pelukan, cuba
menenangkannya.
“Awak dekat mana?
Baliklah! Saya rindukan awak. Saya nak awak,” ucap Zahra syahdu. Tangisannya
makin kuat menyebabkan mamanya turut sama mengalirkan air mata. Pulanglah
Izzul, pinta hatinya tulus mengharapkan kebahagiaan akan kembali menyinari
rumah tangga anaknya.
IZZUL tersentak. Bau bubur jagung yang dimasak Mak Ngah menyentak
saluran pernafasannya. Izzul melangkah masuk ke dapur. Mak Ngah tersenyum
melihat langkah anak saudaranya menghampiri. Izzul melabuhkan duduk di meja
makan memerhatikan Mak Ngah yang masih leka mengacau bubur jagung di dalam
periuknya.
“Pak Ngah ke
mana, Mak Ngah?” tanya Izzul bila kelibat bapa saudaranya tidak kelihatan. Mak
Ngah tersenyum manis. Dia melangkah menghampiri Izzul bersama bubur jagung yang
sudah dimasukkan ke dalam bekas.
“Ke rumah Pak
Imam. Ada tahlil malam ni,” bubur jagung dihidangkan kepada Izzul. Izzul
tersenyum. Suatu masa dulu, mereka inilah yang membantu mama membesarkannya
selepas kematian daddy. Mereka inilah yang menyayanginya selain daripada mama.
Merekalah keluarga yang Izzul ada saat dia susah dahulu. Mak Ngah, Pak Ngah dan
Khalif tak pernah membuangnya dari hidup mereka. Keluarga yang tidak pernah
tamak dengan kasih sayang mereka.
“Izzul, makanlah.
Kenapa termenung ni?” tanya Mak Ngah lembut, penuh prihatin terhadap anak
saudaranya. Walaupun bukan dia yang melahirkan Izzul, tapi menjaganya walau
untuk masa yang pendek dia tahu bagaimana perangai Izzul. Dia sayangkan Izzul
sama seperti dia sayangkan Khalif.
“Izzul ada
masalah ke? Kalau Izzul keberatan nak cerita dengan Mak Ngah atau Pak Ngah,
Izzul cerita pada ALLAH. Ada jawapan untuk masalah Izzul. Semua yang ada di
muka bumi ini berpasangan. Masalah pasangannya penyelesaian. Siapa yang ada
penyelesaian tu? ALLAH. Manusia hanya diberi ilham untuk menyelesaikannya tapi
jawapan yang sebenar hanya ada pada ALLAH. DIA yang ciptakan masalah, DIA juga
punya jawapannya,” nasihat Mak Ngah lembut. Izzul menganggukkan kepalanya. Dia
sayangkan keluarga Mak Ngah. Keluarga yang tak pernah jemu memberi sokongan
untuknya saat dia jatuh dan bangun. Saat dia susah dan senang. Dan dia tidak
malu mengaku yang keluarga ini adalah satu-satu keluarga yang dia punya saat
ini.
“Makin hari Mak
Ngah tengok senyuman Izzul makin pudar. Kenapa? Rindukan orang jauh?” tebak Mak
Ngah membuatkan Izzul merasa bubur jagung yang enak itu hilang manisnya. Hanya
tawar dan panas membakar tekaknya.
“Mana ada Mak
Ngah,” balas Izzul tapi tidak bersemangat. Mak Ngah tersenyum melihat riak
Izzul. Dia meneguk perlahan air milo yang dituang ke dalam cawan.
“Izzul, tak salah
mengaku kalau rindu. Lebih-lebih lagi rindukan orang yang halal buat kita.
Jangan tipu diri sendiri,” zapp!! Kata-kata Mak Ngah umpama belati yang
mencucuk dalam ke hati Izzul. Terasa darah keluar dari organ yang bernama hati
itu. Izzul meletakkan sudu ke dalam mangkuknya. Dia berhenti menjamah seketika.
“Izzul tak ada
kekuatan Mak Ngah. Izzul risau dia masih tak mampu nak maafkan Izzul,” akhirnya
Izzul meluahkan perasaannya. Mak Ngah masih tersenyum. Pandangannya penuh
dengan kasih sayang.
“Izzul, perempuan
ni diciptakan dengan hanya 1 akal. Sebab tu mereka selalu bertindak lebih laju
daripada sepatutnya. Sebagai suami, Izzul kena tahan. Izzul ketua, Izzul kena
bimbing dia,” Mak Ngah mula berbicara.
“Selembut nama
Fatima Zahra, pasti lembut juga hatinya. Mak Ngah yakin dia boleh maafkan
Izzul. Kalau tak, takkanlah setiap hari anak bujang Mak Ngah tu membebel pada
kamu. Kata yang Zahra sibuk desak dia untuk bagitahu kamu ada di mana,” Mak
Ngah tergelak kecil. Lucu mengenangkan Khalif yang asyik membebel setiap kali
menghubungi Izzul. Semua gara-gara Fatima Zahra. Izzul tersenyum nipis. Kasihan
sepupunya itu.
“Izzul pernah
buat salah, mintalah maaf. Sebenci mana pun dia pada kesalahan Izzul, dia akan
maafkan. Tapi dengan syarat, jangan pernah Izzul ulang lagi. Kalau tidak, tiada
maaf bagimu,” Mak Ngah mengusik. Izzul tergelak kecil. Dia memandang Mak
Ngahnya.
“Telefonlah dia
Izzul. Dah sampai masanya Izzul munculkan diri. Tunjukkan pada dia yang Izzul
menghargai dia. Yang Izzul cinta dan sayangkan dia,” nasihat Mak Ngah sebelum
bangun menuju ke sinki untuk mencuci pinggan mangkuk yang digunakan sebentar
tadi. Izzul keseorangan kembali termenung.
“Terima kasih,
Mak Ngah,” ucapan tulus dari Izzul itu membuatkan Mak Ngah tersenyum manis. Dia
menganggukkan kepalanya perlahan.
Itu cerita petang
tadi, malam ni pula sekali lagi Izzul menahan telinganya bila dia dibebel
Khalif. Berbakul amarah yang diterima dari sepupunya itu.
“Memang bila kau
jejak je kaki kau kat KL ni, aku nak minta semua bayaran, setiap saat
ketenteraman hidup aku! Kau tahu tak, hari ni saja dah dekat 50 kali Zahra
paksa aku bagitahu kau dekat mana. Sampaikan aku terpaksa menyorok dalam
tandas, kau tau tak?” bebel Khalif. Izzul tergelak kecil. Bukan niatnya untuk
ketawa tapi bila Khalif sudah mula membebel, Izzul merasakan itu adalah hiburan
untuknya.
“Gelak-gelak?
Bahagia hidup? Aku jugalah yang menahan sakit tiap kali jumpa Zahra tau. Kali
ni entah malang apa agaknya, boleh kata tiap hari ada meeting dengan Eagles
Holdings. Yang aku pelik, kau kata Zahra lecturer. Habis apa yang dia buat
setiap hari dekat Eagles Holding tu? Dengan dia yang selalu desak aku, setiap
harilah aku terpaksa menahan diri dari buka rahsia kau dekat mana, tau tak?
Ikutkan hati aku, nak je aku bagi tau kau dekat Perhentian tu. Biar kau pula
rasa tak aman hidup kau,” Khalif diam sekejap. Bukan niatnya mahu memarahi
sepupunya cuma dia geram dengan isteri sepupunya itu. Dan setiap kali dia
luahkan pada Izzul, sama ada Izzul akan back up isterinya atau Izzul
mengelakkannya. Siapa yang tak panas hati? Mujur sajalah lelaki itu sudah
dianggap seperti abangnya sendiri. Tahankan sahajalah.
“Dah-dahlah tu
Izzul. Sampai bila kau nak tinggal di Perhentian tu? Setahun? Dua tahun? Atau
selama-lamanya? Kau nak buat apa di Perhentian tu lama-lama? Ibu dengan abah
tak bising ke kau tak balik KL langsung? Tak tengok isteri kau? Sudah-sudahlah
kes bawak diri a.k.a merajuk yang kononnya beralasan nak tenangkan diri tu,”
bukannya Khalif tak tahu Izzul sebenarnya bukannya nak menenangkan diri tapi
lebih kepada merajuk kerana isterinya buat tak endah kepadanya. Sebab tu dia
melepak sangat lama di Pulau Perhentian tu. Kalau nak menenangkan diri, sebulan
lepas Mak Long meninggal, dia dah tenang sebenarnya.
“Kasihankanlah
isteri kau tu, Izz. Patutnya tadi aku ambil gambar macam mana sembap dan
bengkaknya mata isteri kau menangis. Barulah kau sedar gamaknya. Kau nak tunggu
bila baru nak balik? Sampai dia buat laporan pada Jabatan Agama? Macam tu?”
sinis suara Khalif mempersoalkan tindakan Izzul. Izzul terdiam lama.
“Baliklah Izzul,”
pujuk Khalif sebelum dia memutuskan talian mereka. Izzul mengeluh. Dia memegang
dahinya. Tu tak masuk lagi tazkirah dari Pak Ngah yang memang boleh melemahkan
egonya. Memikirkan yang itu, Izzul mengeluh lagi.
“Tanggungjawab
seorang suami adalah di sisi isterinya sama macam tanggungjawab seorang isteri
kecuali bila ada keadaan yang diharuskan oleh syarak. Pak Ngah tahu Izzul bagi
duit bulan-bulan pada Zahra tapi itu tak cukup. Macam mana dengan makan,
pakaian, hati Zahra, Izzul tak jaga yang itu. Kalau Zahra tuntut fasakh, macam
mana? Dah enam bulan Izzul tinggalkan dia, dia boleh tuntut fasakh kalau dia
mahu. Izzul nak kehilangan Zahra?” terkedu Izzul dibuatnya. Lembut tutur kata
Pak Ngah tapi boleh membunuh Izzul dalam diam. Izzul telan liur. Kesat!
“Pak Ngah tak
halang Izzul di sini, malah Pak Ngah lagi suka. Pak Ngah dan Mak Ngah ada
kawan. Tak adalah kami sunyi. Tapi Izzul kena ingat, Izzul ada tanggungjawab di
KL. Tanggungjawab yang besar. Bukan hanya pada Zahra dan mertua Izzul tapi juga
pada syarikat arwah mama Izzul. Pak Ngah tahu Izzul dah amanahkan Khalif tapi
itu syarikat Izzul, tanggungjawab Izzul. Pak Ngah tak marah Izzul suruh Khalif
jaga, malah Pak Ngah senang hati sebab Pak Ngah tahu Izzul percayakan dia. Tapi
apa kata Ahli Lembaga Pengarah yang lain?” Izzul masih diam tak menjawab. Dia
memandang Pak Ngahnya yang masih leka memandang bulan di langit.
“Izzul, hidup
berumah tangga ni macam pelangi. Izz nampak pelangi tu cantik, menarik
pandangan tapi Izz kena ingat apa yang berlaku sebelum terjadinya pelangi tu?
Ada hujan, kilat, petir dan matahari yang hilang di sebalik awan. Bila muncul
semula matahari dan hilangnya hujan, barulah terciptanya pelangi. Jangan putus
asa dalam rumah tangga. Rumah tangga memang ada pasang surutnya. Baru kita
matang dalam meniti usia bersama-sama. Buang semua dendam yang Izzul cipta.
Sudahlah kaburkan hidup Izz dengan dendam tu. Tak ke mana perginya. Hanya buat
Izzul merana,” Pak Ngah tepuk bahu Izzul perlahan. Izzul menarik nafas dan
menutup mata. Saat itu, wajah Zahra menyinggah di mindanya. Ya ALLAH, kejamnya
aku pada dia. Aku rindu dia, Ya ALLAH. Beri aku peluang untuk bersamanya lagi.
BANYAK nasihat yang dia terima buat dia give up. Sudahnya, pukul 2
pagi Izzul masih belum lagi melelapkan matanya. Telefon bimbit yang dipegangnya
sedari tadi di pandang. Nak call ke tak nak? Nak call ke tak nak? Izzul
menimbang-nimbang ideanya. Akhirnya dia membuat keputusan yang drastik.
Sabar Izzul
menunggu talian bersambung. Zahra dah tidur ke?
“Hello…” ucap
Izzul sebaik sahaja talian bersambung. Dan hanya sunyi yang kedengaran sebelum
bunyi esakan membalas panggilannya.
“Ab…Abang?” halus
suara itu menampar gegendang telinganya. Izzul yakin dengan keputusannya. Dan
malam itu Izzul rasakan malam yang sungguh tenang untuknya.
***
ZAHRA terduduk lemah bersandar di kepala katil. Wajahnya
masih ayu walaupun wajah mulusnya bertukar pucat gara-gara muntah yang
berterusan. Zahra terpaksa memohon cuti hari ini. Dia langsung tak larat untuk
melakukan apa jua kerja. Dia rasa lemah seluruh badan. Baru hendak melelapkan
mata, bunyi pintu biliknya ditutup kuat menyebabkan Zahra terjaga.
“Abang,
kenapa ni?” wajah cemas suaminya dipandang. Tangan suaminya dicapai dan
disalam. Izzul membalas dengan mengucup dahi isterinya.
“Mama kata
sayang tak sihat. Jom, abang bawa pergi klinik,” ajak Izzul. Tergesa-gesa dia
balik selepas ibu mertuanya memberitahu isterinya tidak sihat. Sekali lagi
Khalif terpaksa menjadi kambing hitamnya dengan menghadiri meeting yang
sepatutnya dia wakili. Zahra tergelak kecil. Tangan suaminya ditarik
menghampiri.
“Mama
sihatlah, papa. Mama muntah-muntah je. Tak teruk pun,” ujar Zahra penuh rahsia.
Dia kulum senyum melihat suaminya mengeluh.
“Sebab
sayang muntah-muntahlah abang nak… wait! Sayang cakap apa tadi?” senyuman Zahra
makin lebar melihat suaminya yang mula gelisah. Kening suaminya bertaut rapat.
“Papa?
Mama?” muka blur suaminya begitu mencuit hati Zahra. Gelak yang dia tahan
akhirnya terlepas juga.
“Are you…”
entah kenapa, pengarah muda itu kehilangan kosa katanya. Dia hanya merenung
Zahra yang masih ralit menggelakkan suaminya.
“Ya, Zahra
pregnant,” penuh semangat Zahra bersuara. Seketika kemudian dia terasa tubuhnya
disapa dalam pelukan penuh kasih suaminya. Kemudian dia menghadiahkan ciuman di
pipi dan dahi isterinya. Zahra tersenyum senang.
“Terima
kasih sayang sebab sudi kandungkan zuriat abang. Terima kasih beri abang
peluang untuk jadi papa. I really appreciate it! Thanks sayang. I love you,”
tak cukup rasanya ucapan terima kasih ingin dia berikan kepada isterinya. Zahra
tersenyum manis. Pipi suaminya diusap lembut.
“Terima
kasih juga pada abang sebab terima Zahra jadi mama untuk anak-anak abang,” ucap
Zahra tulus. Izzul menarik tangan isterinya dan mencium lembut.
“Wait, apa
dia? Anak-anak? Means lepas ni…” belum sempat Izzul menghabiskan bicaranya, dia
terasa pinggangnya perit. Dia memandang isterinya yang sudah berubah merah
wajahnya. Izzul tergelak senang hati. Dia menarik isterinya untuk bersandar ke
dadanya.
“Abang,
bukan abang ada meeting ke hari ni?” tanya Zahra melihat suaminya bersenang
lenang menemaninya.
“Nope.
Khalif ganti,” beritahu Khalif. Zahra bulat mulutnya dan menggelengkan kepala.
Kasihan Khalif. Pasti membebel lagi sepupu suaminya itu. Baru Zahra ingin
bersuara, Izzul menarik kepala Zahra supaya bersandar kembali ke dadanya. Zahra
ingin memprotes tapi Izzul lebih cepat. Dia menyanyikan lagu kegemaran
isterinya yang membuatkan Zahra mengulum senyum.
I’m not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I found the
reason to show
A side of me you didn’t know
A reason for all that I do
And the reason is you…
A side of me you didn’t know
A reason for all that I do
And the reason is you…
Zahra
tersenyum gembira. Terima kasih Ya ALLAH kerana memanjangkan hubungan kami.
Doaku, moga cinta kami hingga ke Jannah-MU. Aku ingin menjadi bidadari yang
terindah buatnya. Kekalkan cinta kami kerana-MU, ya ALLAH. Zahra sayang abang
selamanya.
Izzul
tersenyum. Syukur atas hadiah kurniaan ALLAH buatnya dan Zahra. Dia berjanji
untuk menjaga hadiah itu sebaik-baiknya. Ya ALLAH, ampuni dosaku, dosa ibu
bapaku, isteriku, mertuaku dan muslimin serta muslimat. Terima kasih atas
segala nikmat-MU. Masukkanlah aku dalam golongan orang yang bersyukur. Terima
kasih untuk tulang rusuk yang KAU cipta untukku. Jadikanlah dia pendampingku di
dunia dan di akhirat-MU. Aku sayangkan dia, ya ALLAH. Doa Izzul kudus. Dia
memandang isterinya yang masih tidak berhenti tersenyum.
Zahra
mengangkat muka berbalas pandang dengan suaminya. Pipi suaminya dicium lembut. Kemudian
dia kembali merehatkan kepalanya di dada bidang suaminya. You are the reason
for the rainbow in my life. I love you. I always do.
-TAMAT-
FINALLY, it's the end.. & as always the happily ever after always come to them... Terima kasih kerana sudi membaca cerita yg membosankan ini.. Maaf, saya tak mampu berpuitis. saya bukan si penulis puisi. Cerita saya kosong dan membosankan. Itu saya pasti.. ^_^
No comments:
Post a Comment