LOVE

L : Love everything about your love one
O : Often show your love
V : Value the time you have together
E : Embrace the memories together

Saturday, 16 March 2013

HARGAI AKU =,



Meja-meja kecil yang berada berhampiran stall burger itu ditutup. Amir mengemas gerai kecilnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul satu malam. Amir mengeluh keletihan. Selesai mengemas, dia duduk sebentar di atas motosikalnya.
“Ramai gak pelanggan hari ni,” komen Danny.
            “Tau tak pe. Tak menang tangan hari ni nak sediakan semuanya,” Afid membalas komen. Amir sekadar tersenyum mendengar komen-komen sahabat baiknya itu.
                “Okeylah tu. Ni kan semua rezeki. Untuk kita juga,” balasnya mudah. Dua sahabatnya kelihatan terangguk-angguk.
Sebuah kereta Mitsubishi Lancer berhenti betul-betul di hadapan mereka. Mereka sekadar menoleh sekilas melihat lelaki yang keluar dari perut kereta itu. Fariq Aiman rupanya.
                “Lah, korang dah tutup stall ke? Aku baru ingat nak beli sebungkus dua,” Fariq terus menyertai mereka tanpa di ajak.
                “Agak-agaklah bro, dah pukul satu pagi ni. Kitorang bukannya adik-beradik burung hantu nak berjaga sampai subuh,” Afid membalas dengan sindiran. Yang lain sekadar tertawa kecil mendengar sindiran Afid pada Fariq.
                “Yang kau ni kenapa? Dah tak jumpa jalan balik rumah ke? Tetiba muncul join kitorang dekat sini,” Danny menyoal Fariq. Fariq tersengih kelat.
                “Korang ni macam tak sudi je nak bagi aku join korang,” Fariq bersuara sayu. Berjauh hatilah kononnya. Amir tersenyum nipis.
                “Sudahlah kau, Fariq. Tak payah nak buat ayat sedih. Memang patut pun kitorang pelik. Selalu kau datang gerai kitorang ni waktu kitorang berniaga. Ni kitorang dah tutup baru kau muncul ni apa hal?” Amir pula bersuara. Dia juga pelik sebenarnya dengan kehadiran Fariq pada waktu begini.
                “Kalau aku datang waktu korang berniaga bukannya aku boleh lepak-lepak dengan korang. Aku cuma bosan. Yelah, dah lama tak borak dengan korang. Tapi kalau korang tak suka nak buat macam mana kan,” Fariq bersuara sayu persis orang merajuk. Temannya yang lain sudah mula mencebikkan bibirnya.
              “Sudahlah kau. Kalau nak merajuk-rajuk bagai, kau jangan melepak dekat sini. Pergi lepak dengan awek kau. Paling-paling boleh jugak dia pujuk kau,” Danny membalas selamba membuatkan Fariq pula yang mencebik. Yang lain tersenyum sinis.
                “Yelah Danny,” Fariq mengetus geram. Mereka terus berbual sehinggalah jarum jam hampir menginjak ke angka tiga.

ZAHRA merenung pintu gate banglo dua tingkat milik keluarganya. Kelibat Mitsubishi Lancer milik alongnya masih belum kelihatan. Zahra mengeluh berat. Ish dia ni, macam perempuan. Marah sikit nak merajuk. Sajalah nak buat aku geram ni. Ni mesti dia pergi lepak dengan mamat-mamat jual burger tu. Entah apa yang menarik fasal diorang sampai along suka sangat lepak dekat situ. Takkan lah dia tak sedar tempat tu tak sesuai untuk orang berada macam diorang ni.
                “Along dekat mana ni?” Zahra bertanya kasar sebaik sahaja talian telefonnya bersambung dengan abangnya.
                “Suka hati along lah along nak pergi mana. Yang kau sibuk apa hal? Along bukan kacau urusan kau pun,” Fariq membalas geram. Dia masih lagi marah dengan perangai adiknya itu.
                “Dah tak reti balik ke? Dah pukul berapa ni?” Zahra masih lagi tidak merendahkan nada suaranya. Suara Fariq melepaskan keluhan geram kedengaran dengan jelas.
                “Eh, suka hati akulah, aku nak balik pukul berapa. Kalau kau balik lewat aku bising, kau tahu nak marah aku. Sekarang ni kau jangan nak bising kalau aku balik lambat. Faham?” Fariq bertambah geram. Panggilan diri mereka berdua juga sudah bertukar.
                “Along melepak dengan budak-budak burger tu ye? Eii, please lah along, tempat tu kotor tau tak. Disgusting,” Zahra bersuara seakan-akan geli dengan persekitaran gerai tersebut.
                “Eh, kau jangan pandai-pandai nak hina orang ye. Perangai kau ni makin hari makin kurang ajar aku tengok. Kau cakap lagi benda buruk fasal member-member aku, nahas kau aku kerjakan,” serentak dengan itu, Fariq memutuskan talian. Zahra merengus geram. Macamlah kawan-kawan dia tu baik sangat. Zahra mendengus lagi.
Dia terus mendaki anak tangga untuk naik ke biliknya yang terletak di sebelah bilik alongnya itu.
                “Lantak kau lah along. Zahra nak tidur, pandai-pandailah nak masuk sendiri,” Zahra membebel seorang diri sewaktu melintas bilik tidur abangnya itu.

###

“ZIE, kau tengok budak lelaki tu, dari tadi asyik pandang kau je,” Bella, teman Zahra memberitahunya. Zahra memandang sekilas. Dia kemudiannya kembali sibuk dengan telefon bimbitnya.
                “Mamat tu? Selekeh macam tu kau nak suruh aku tengok? Please lah. Ni Zie tau. Taste kenalah tinggi,” Balas Zahra tanpa memandang wajah temannya. Bella sekadar mencebikkan bibirnya.
                “Zie, tu Shark,” Bella menunjuk ke arah lelaki yang menjadi idaman Zahra sejak kali pertama dia melangkahkan kaki ke kolej itu. pandangan mata Zahra terus tertumpu ke arah lelaki yang di tunjukkan oleh Bella. Matanya mengamati setiap langkah lelaki itu sehinggalah lelaki itu berhenti betul-betul di hadapannya. Zahra tersenyum memikat. Rambutnya yang berjurai diselitkan di belakang telinganya.
                “Hai sweet. Boleh I join?” Shark atau pun nama sebenarnya Shakir bertanya. Dengan senyuman yang masih tak lekang di bibirnya, Zahra menganggukkan kepalanya.
                “You buat apa dekat sini?” Zahra bertanya lembut. Bella kembali menghadap buku account yang diletakkan di atas meja sebentar tadi. Dia malas nak ambil tahu hal mereka berdua ini. Bella pun sebenarnya semakin tertekan dengan perangai Zahra yang semakin berubah semenjak dua menjak ini. Perangainya menjadi makin tergedik-gedik dan berlagak. Bukan seperti Zahra yang dikenalinya satu ketika dulu.
Suara gelak Zahra dan Shark yang bersatu membuatkan Bella mengalih pandang ke arah mereka. Amboi baru bertegur dah pegang tangan? Ni kalau abang Fariq nampak memang sahlah kena tonyoh kepala budak perempuan ni. Hati Bella mengutuk geram.

“FASAL tu je kau sanggup datang melepak sampai tidur rumah aku?” Amir bertanya persis tak percaya selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Fariq. Fariq menganggukkan kepalamya.
                “Tadi aku tegurlah perangai dia tu, lepas tu kemain dia nak melenting dengan aku balik. Nyaris je nak aku lempang budak tu. Aku geramlah dengan perangai dia sekarang ni. Makin hari perangai makin teruk. Aku sayangkan dia. Aku tak nak apa-apa yang tak baik jadi dekat dia. Masalahnya, dia anggap aku ni mengongkong kebebasan dia,” Fariq meluahkan lagi perasaannya pada Amir. Tadi, selepas mereka habis berkumpul, Fariq memberitahu yang dia ingin menumpang tidur di rumah Amir. Mulanya Amir keberatan. Maklumlah, rumahnya sekadar rumah kampung yang kecil, sempit dan panas kalau nak dibandingkan dengan rumah Fariq yang mewah dan lengkap itu. tapi akhirnya, dia membenarkan juga.
                “Kau nasihatkan lah dia baik-baik. Bukan kau pergi tengking dia tak bertempat macam tu. Kalau aku pun, aku mengamuk balik dekat kau,” Amir memberi nasihat. Fariq meraup rambutnya ke belakang.
                “Penat dah aku cakap baik-baik. Bukannya dia nak dengar,” Fariq memberitahu.
                “Tu yang kau salah tu. Dalam menasihatkan orang, kita tak boleh sekali pun rasa penat. Kalau tak, macam nilah jadinya. Bergaduh,” Amir bercakap selamba. Fariq terdiam.
                “Aku bukan apa, aku tak nak dia jatuh dalam mulut buaya darat tu. Kau bukan tak kenal Shark tu, play boy paling besar dekat kolej tu. Aku rasa rata-rata budak kolej tu kenal dia. Bella pun mesti pernah cerita fasal dia kan?” Fariq bertanya. Amir menganggukkan kepalanya. Memang Bella, teman karib Zahra dan juga adik sepupunya itu pernah bercerita tentang si buaya darat itu. buaya darat tu pun memang pernah cuba menawarkan ayat manis pada Bella, namun mujur Bella makan nasihat. Kalau tak…entahlah…
                “Macam ni lah. Kau tengokkan je lah perangai adik kau tu dulu. Kalau dah melarat, kau tegurlah dia betul-betul. Benda macam ni pun sebenarnya kau tak boleh tegur dia sendiri, kau kena minta back up dari parent kau,”
                “Tapi kau tahukan parent aku macam mana? Busy dengan kerja diorang sampai lupa anak-anak. Ni pun nasib baik aku tahu lagi nak balik rumah, kalau tak… entah apa pulak yang jadi dekat adik aku yang sorang tu,” Fariq memberitahu. Amir tersenyum nipis. Memang dia selalu lihat Fariq hanya berdua dengan adiknya dan dua orang pembantu rumah mereka di banglo mewah itu. mama dan papa mereka? Tak payah tanya. Busy kerja, outstations, holidays and macam-macam lagi. Sebab itulah Fariq dan Zahra lebih rapat dengan pembantu rumah mereka kalau nak dibandingkan dengan parent mereka yang jarang mereka jumpa.
Laungan azan subuh menyentak lamunan Amir. Amir menoleh ke kiri memandang ke arah Fariq yang masih lena di buai mimpi. Amir bangun menuju ke bilik mandi untuk mengambil wudhu’. Selesai berwudhu’ dia pantas ke ruang tamu untuk menunaikan solat subuh. Usai solat, dia kembali semula ke dalam biliknya. Baru sahaja ingin melangkah masuk, dia lihat Fariq sedang bersolat. Amir kembali menutup pintu biliknya. Dia melangkah ke luar rumah. Bunyi cengkerik masih lagi kedengaran di subuh hening ini. Amir masuk semula untuk melihat adiknya, Aisha dan ayahnya yang mungkin masih tidur.

###

“APA masalah kau ni?” Fariq menyoal Zahra garang.
                “Apa dia?” Zahra berpura-pura bertanya.
                “Yang kau kurang ajar sangat dengan kawan-kawan aku tu kenapa? Hina sangat ke diorang tu?” suara Fariq makin meninggi.
                “Ei, please lah ye. Mamat macam Amir tu tak layak langsung dengan Zahra okay. Setakat kerja jual burger tu, boleh ke dia nak support Zahra beli barang-barang Zahra yang harga dia ribuan ringgit tu?” Zahra bersuara sinis.
                “Kau jaga sikit mulut kau tu Zahra. Aku dah lama tahan dengan perangai kau yang jauh makin teruk dari dulu. Kau jangan sampai aku lempang kau,” Fariq semakin bengang. Ruang tamu banglo mewah itu kelihatan bahang dengan keadaan mereka.
                “Along nak lempang? Lempanglah! Zahra tak kisah. Orang kat dalam rumah ni sibuk dengan hal masing-masing sampai tak pernah nak peduli hal Zahra. Sekarang ni Zahra buat hal Zahra sendiri, jadi jangan pulak nak sibuk. Zahra tak ganggu hidup along pun. Cuma satu yang Zahra nak, along tolong cakap dengan kawan along yang tak sedar diri tu, Zahra ni tak hadap pun dengan lelaki macam dia tu. Lainlah kalau dia ada Mercedes ke, BMW ke, atau paling cikai pun ada Honda, Zahra pandang lah,” serentak dengan itu, Zahra menginjak satu persatu anak tangga untuk ke biliknya. Fariq menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kesian Amir. Semua kerana salahnya, Amir yang menjadi mangsa. Dia teringat permintaannya pada Amir sewaktu dia menumpang tidur di rumah lelaki itu tempoh hari.

“AMIR, aku nak minta kau tolong aku satu benda boleh tak?” Fariq berbahasa sewaktu mereka duduk di pangkin bawah pokok kelapa di rumah Amir.
                “Apa dia? Kalau boleh tolong, Insya-Allah aku tolong,” Amir membalas mudah. Fariq kelihatan teragak-agak.
                “Cakaplah. Apa dia?” Amir menyoal kembali.
                “Couple dengan adik aku,” mendengar kata-kata Fariq, Amir terdiam. Seketika cuma sebelum dia melorek senyum dan kemudiannya ketawa besar. Ketawa yang tanpa dapat di tahan.
                “Wei, aku serious ni,” marah Fariq. Amir cuba menahan tawanya namun tak berhasil. Dia ketawa lagi dan lagi dan lagi sehingga hampir hilang suara.
                “Sorry…sorry…sorry… kau ni kan, manalah aku tak ketawa. Permintaan yang mengarut yang pernah aku dengar,” Amir berkata jujur.
                “Tolonglah, Mir. Aku rasa Cuma kau je yang boleh tolong aku untuk settle kan semua masalah aku ni. Kau je lah satu-satunya manusia yang aku rasa yang paling boleh untuk nasihatkan adik aku,” Fariq bersuara serius. Amir terdiam lama.
                “Mana kau tahu yang aku takkan mainkan adik kau? Macam mana kau boleh percaya kat aku sangat-sangat?” Amir bertanya laju.
                “Sebab aku memang yakin yang engkau takkan mainkan hati orang. Aku tahu perangai kau. Walau pun kau nampak macam ni, tapi sebenarnya kau ada satu benda yang kau simpan. Kau terkesan dengan perangai ex-girlfriend kau kan? Sebab tu kau tak nak couple lagi? Kau lelaki yang baik, setia. Kau…” belum sempat Fariq menyambung kata, Amir pantas memotong.
                “Dah-dah-dah. Kau ni memuji ke apa? Panjang berjela. Aku cuba tolong. Tapi kalau tak berkesan jangan marah pulak ye?” Amir akhirnya memberikan kata putus.
                “Thanks, Mir. Aku tau kau memang baik. Kaulah sahabat aku dunia akhirat,” dengan wajah yang gembira, Fariq mengucapkan terima kasih kepada sahabat baiknya itu.

KESIAN Amir. Tak fasal-fasal kena ‘makan’ dengan adik aku. Fariq mengeluh berat. Samsung Note II nya dikeluarkan dari poket. Nama Amir dicari dalam list phone number nya. Dia cuba mendail berkali-kali, tapi langsung tidak berangkat. Matanya menyorot jarum jam. Pukul lapan. Mesti dekat stall. Patutlah tak angkat phone. Fariq sekadar menghantar mesej akhirnya.
Bro, sorry for everything.
Sebaik sahaja menekan butang send, Fariq mula berbaring cuba memejamkan matanya. Baru sahaja ingin terlelap, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Fariq membukanya.
No worry. Sorry for not help u out from this prob.
Melihat balasan dari Amir, Fariq kembali melunjurkan kakinya dan berbaring senang. Dia berfikir bagaimana cara untuknya menasihati adiknya yang semakin degil itu. perlu ke dia ikut nasihat Amir untuk memberitahu masalah ini pada mama dan papanya. Alah, mama dengan papa bukan pernah peduli apa yang jadi. Diorang sibuk sangat dengan business. Dari kecil, Fariq tak pernah rasa yang mama dan papanya sentiasa beri perhatian padanya macam keluarga orang lain. jadi, kalau dia ajukan masalah ini pun, belum tentu mama dan papanya akan kisah dengan masalah mereka.

###

“BABE, what’s wrong with you. Dari tadi I tengok you monyok je. Ada apa-apa yang tak kena ke?” Shark bertanya persis prihatin. Dia memegang dagu Zahra yang sedari tadi cuba untuk tidak memandangnya. Zahra melepaskan pegangan tangan Shark di dagunya.
                “Along I tu lah. Ada aje point dia nak buat I bergaduh dengan dia. Ada ke petut dia nak kenalkan I dengan kawan dia yang selekeh tu. Dah lah kerja cuma jual burger je. Please la,” Zahra mengadu pada Shark. Shark pula berpura-pura prihatin. Dia sebenarnya sedang menjalankan satu rancangan. Dia sudah berhabis RM1000 ringgit dengan beberapa orang temannya untuk mengajak gadis itu keluar dan ke satu tempat pada malam itu. kalau berjaya, dialah pemenang habuan itu.
                “Alah, you buat tak peduli jelah dengan along you tu. Eh, I ada idea, apa kata malam ni you hang out dengan I. nanti I hantarlah you balik,” Shark cuba memancing.
                “Tak naklah. Nanti kalau abang I tau lagi teruk kitorang bergaduh,” Zahra menolak.
                “alah you ni. You duduk kat rumah pun, you kena marah. You keluar pun, you kena marah. So what? Jomlah sayang. Spend your time with me. Please,” Shark memujuk berhabis-habisan. Lembut sungguh suaranya meresap ke dalam jiwa Zahra. Zahra diam berfikir sejenak sebelum tersenyum menggoda.
                “You ambil I pukul lapan. Lambat, I tak nak keluar,”
                “I’ll be there on 7.55. believe me honey,” Shark tersenyum jahat. Akhirnya..

“EH, malam ni aku lambat sikit tolong dekat kedai. Aku nak pergi cocok duit jap. Dah keringlah,” Amir memberitahu dua temannya. Danny dan Afid sekadar terangguk-angguk.
Amir pantas menaiki motosikalnya dan berlalu dari gerai mereka. Sewaktu dia berhenti seketika di stesen minyak dia perasan seorang perempuan sedang bergaduh dengan seorang lelaki di hadapan kereta. Amir sekadar buat tak tahu. Dia kemudiannya terus menuju ke mesin ATM yang berada di dalam stesen minyak tersebut. Sebaik sahaja dia keluar, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Tolong belikan mayones. Stock dah habis
Mesej dari Afid itu membuatkan Amir terus memusingkan motosikalnya ke arah yang berlawanan dengan jalan menuju ke stall burger mereka. Dia singgah sebentar di 99 Speedmart untuk mencari mayones. Mujur ada. Kalau tak, tak tahulah dia ke mana hendak di tuju.
Selesai membeli, Amir terus menuju ke motosikalnya untuk pulang ke gerai burger. Sewaktu dia menunggang, gadis yang bergaduh sebentar tadi tiba-tiba merempuh bahagian hadapan motosikalnya. Amir terkejut. Dia pantas turun untuk mendapatkan gadis itu.
                “Zahra?” tanya Amir tidak percaya. Zahra turut terkejut. Dia memandang seketika ke arah belakang. Mukanya berubah pucat. Dia tahu dia hanya boleh selamat dengan bantuan Amir.
                “Abang Amir, tolong bawak Zahra lari dari sini,” mendengar permintaan Zahra, Amir terkedu. Namun, diturutkan juga. Tanpa memakai helmet, Zahra membonceng Amir menuju ke stall burger mereka.

“EH, sejak bila pulak beli mayones ada percuma awek kaya ni?” soal Danny selamba. Zahra menundukkan wajahnya.
                “Entahlah. Yang aku pelik tu, elok pulak dia `mencemar duli’ kekayaan dia tu untuk datang stall buruk kita yang nak roboh ni,” perli Afid selamba.
                “Ish korang ni. Dah-dah lah tu,” Amir menenangkan keadaan. Kesian pulak dia tengok mak cik tu kena bantai dengan kata-kata pedas budak dua orang ni. Amir kemudiannya memberikan kerusi untuk Zahra duduk.
                “Kau ni kenapa sebenarnya? Kalau abang kau tahu, silap-silap dia cakap aku bawak lari adik dia,” Amir bertanya setelah menyerahkan minuman milo suam kepada Zahra. Perlahan-lahan Zahra menyisip milo suam itu. Danny dan Afid yang melihat seakan tak percaya. Selama hari ni mengutuk-mengata kedai ni, tiba-tiba boleh pulak dia minum dari cawan tu? Tak risau ke cawan tu kotor?
                “Kalau kau tak cerita, macam mana aku nak tolong kau?” Amir masih lagi bersuara sopan.
                “Tadi Zahra gaduh dengan along. Lepas tu along cakap dia tak izinkan Zahra keluar. Tapi Zahra dah janji dengan orang. Zahra pun keluar jelah. Lepas tu, mana Zahra tau yang budak lelaki tu cuba…cuba…” Zahra tak mampu menyambung katanya. Air matanya mengalir bagai sungai yang deras membuatkan Amir, Afid dan Danny berpandangan sesama sendiri.
                “Budak lelaki tu buat apa dekat kau?” soal Afid laju. Dia menghulurkan tisu pada Zahra.
                “Dia cuba nak…perkosa…” sekali lagi ayat Zahra tergantung tapi kali ini jelas mereka bertiga faham.
                “Siapa budak tu? Shark?” Amir bertanya lagi. Melihat anggukan Zahra, Amir mengeluh.
                “Kau ni memang degil! Dah berapa kali along kau cakap yang Shark tu buaya darat, jerung dan segala yang bersangkut pautlah. Shark tu akan umpan mana-mana perempuan untuk keluar dengan dia. Lepas tu, macam yang kau nyaris terkena tulah,” Amir bersuara tegas. Geram pula dengan perangai adik sahabatnya ini yang tak pernah nak dengar nasihat abang sendiri.
                “Cuba kau dengar cakap along kau tu. Kau tak rugi apa pun. Cuba kau bayangkan kalau tadi kau tak dapat lari dari dia. Apa yang jadi? Kalau kau dapat lari dari dia pun, kau jumpa dengan orang yang lebih kurang je perangai dengan budak tu. Apa jadi?” Danny pula mengambil peluang untuk bersuara.
                “Bila orang macam kitorang ni bercakap, kau tak nak dengar. Sebab kitorang ni orang miskin. Tak layak bagi nasihat dekat kau. Tapi sebenarnya, nilah benda yang jadi bila kau degil sangat, tak nak langsung dengar walau sepatah nasihat orang. Kau sedar tak?” Afid menyambung marah teman-temannya itu. Zahra masih menunduk dan menikuskan dirinya.
                “Dahlah tu. Benda pun dah jadi. Cuma lepas ni tolonglah dengar nasihat orang lain. biar aku telefon abang kau, suruh ambil kau kat sini,” Amir mula mencari nombor telefon Fariq dalam handphonenya. Namun pantas ditahan Zahra. Amir memandang Zahra aneh apabila tangan Zahra menindih tangannya yang sedang memegang telefon bimbit.
                “Tolong jangan call along. Kalau dia tau apa yang jadi lagi teruk. Please,” Zahra merayu.
                “Habis tu, kau nak tidur kat sini ke malam ni?” sinis Danny menyoal. Zahra kembali membisu.
“Kalau kau tak nak aku call along kau, nanti aku hantar kau rumah Bella lah. Kau tidurlah sana malam ni,” Amir memberi kata putus. Dia kemudiannya bangun membantu temannya yang lain di gerai mereka. Dari kejauhan, Shark memandang kelibat Zahra dengan dendam yang mendalam. Jaga kau Zahra!

###

AMIR bersendirian di pangkin bawah pokok rambutan rumahnya. Adiknya sedang seronok belajar memasak dengan ayah. Amir berfikir sendirian. sampai bila aku nak sorokkan si Zahra tu dekat rumah Bella. Hari ni dah masuk dua hari dia duduk kat rumah tu. Fariq mesti risau gila ni.
                “Hai,” suara lembut dari arah belakang membuatkan Amir berpaling. Wajah Zahra dan Bella yang tersenyum manis dipandang.
                “Pak long mana abang?” soal Bella.
                “Dekat dalam. Tengah ajar Aisha masak,” mendengar kata-kata Amir, Bella terus meminta izin untuk masuk ke dalam melihat pak long dan adik sepupunya itu.
                “Awak macam mana? Dah okay?” Amir bertanya sebaik sahaja Zahra duduk di sebelahnya. Zahra sekadar mengangguk perlahan.
                “Awak..” mereka bersuara serentak. Amir memberi laluan untuk Zahra bercakap terlebih dahulu. Mereka saling berbalas senyum. Amir menggaru belakang telinganya yang tidak gatal. Entah kenapa bila bersama Zahra, hatinya rasa lain macam.
                “Saya nak minta maaf,” Zahra bersuara pendek. Amir pandang Zahra tanda tak percaya.
                “Maaf? Sebabnya?”
                “Saya selalu hina awak. Rendahkan awak dengan kawan-kawan awak. Saya tak pernah pun bersopan dengan awak. Saya selalu buat awak sakit hati dan yang paling penting saya rendah kan perasaan awak,” Zahra berbicara senafas.
                “Dahlah. Saya tak pernah fikirkan pun fasal tu. Awak dah berubah macam ni pun dah cukup baik,” Amir membalas kata-kata Zahra.
                “So, your turn,” Zahra memberi ruang untuk Amir bercakap.
                “Saya harap lepas ni awak tolonglah belajar hormati dan  menghargai semua orang yang ada di sisi awak. Belajarlah untuk hargai orang yang selalu risaukan awak, belajarlah hargai orang yang selalu sayang awak dan belajarlah untuk hargai orang yang selalu cintakan awak,” sebaik sahaja ayat terakhir meluncur di bibir Amir, Zahra yang sibuk menguis tanah dengan hujung jari kakinya menghantar pandangan ke arah Amir. Bagai terkena panahan petir, kedua-duanya hanya kaku. Seketika mereka bisu tanpa suara sehingga bunyi kereta membrek laju mematikan lamunan keduanya. Amir memandang Mitsubishi Lancer berwarna hitam itu. Fariq Aiman!
            Amir bangun menghampiri. Tanpa sebarang kata, Fariq menghampiri Amir dan menghadiahkan sedas tumbukan ke wajah lelaki itu. amir yang langsung tidak bersedia, jatuh terduduk akibat tumbukan padu Fariq. Datin Mona dan Dato’ Hisyam tidak mampu membuat apa-apa.
                “Amir Hafiz, aku tak sangka kau buat aku macam ni. Aku percaya kat kau tapi kau betray aku. Aku tak sangka kau sanggup nak rosakkan adik aku sendiri,” mendengar kata-kata Fariq, Amir tersentak. Dia langsung tak bersedia bila sebuah lagi hayunan penumbuk hinggap ke mukanya.
                “Apa bising-bising ni?” Bella, En. Rahman dan Aisha yang baru keluar rumah terkejut dengan kejadian yang tak di duga itu.
                “Abang!” jerit Aisha sebaik sahaja sebuah tumbukan hendak di jatuhkan ke arah Amir sekali lagi. Zahra yang tidak tahan melihat keadaan Amir pantas menerpa abangnya untuk menahan tindakan lanjut Fariq. Aisha pantas berlari merapati abangnya yang sudah terduduk di atas tanah.
                “Kau lepaskan aku, Zahra. Biar aku ajar sikit lelaki macam ni,” suara Fariq kedengaran lagi. Amir pula lebih kepada diam tidak berbuat apa-apa. Dia hanya duduk di atas tanah menahan sakit akibat di tumbuk Fariq. Sesekali dia mengelap darah yang mengalir dari tepi bibir.
                “Along, sudahlah,” pinta Zahra. Fariq langsung tidak mengalah. Sekali lagi dia cuba menerpa ke arah Amir mujur sempat ditahan oleh Afid yang kebetulan tiba di rumah Amir.
                “Fariq! Kau dah gila ke?” laung Afid kuat. Dia sedaya upaya cuba menahan Fariq dari terus menibai sahabat baiknya sendiri. Zahra pula sudah mula mengalirkan air matanya.
                “Along… cukuplah… Abang Amir tak buat apa-apa pun. Malah dia yang selamatkan Zahra,” Zahra cuba menerangkan keadaan yang sebenar sebaik sahaja Fariq kelihatan sedikit tenang berbanding tadi.
                “Kalau abang Amir tak lalu depan hotel tu, agak-agaknya entah apalah nasib Zahra malam tu,” Zahra bersuara lagi. Air matanya mula mengalir. Seram memikirkan apa yang bakal berlaku sekiranya Amir tiada pada malam itu.
                “Apa maksud Zahra?” Fariq bertanya laju. Amir pula cuba untuk bangun dari duduknya dibantu oleh adiknya dan Afid.
                “Malam tu sebenarnya Zahra keluar dengan Shark. Dia yang ajak Zahra pergi hotel tu. Dia kata dia cuma nak borak-borak je, tapi bila Zahra tak nak dia marah. Dia paksa Zahra untuk masuk. Dia lempang Zahra untuk ikut dia. Zahra cuba lari. Waktu tu lah Zahra terlanggar moto abang Amir. Zahra terus je ikut dia. Dia yang selamatkan Zahra. Malah dua hari ni pun Zahra tak tidur dekat rumah dia pun, Zahra tidur dekat rumah Bella,” Zahra menerangkan perkara sebenarnya bersama linangan air mata. Bella memeluk sahabatnya itu untuk menenangkan dirinya.
                “Habis tu, yang Shark datang cakap nampak kau dengan Amir tu kenapa? Siap peluk-peluk, cium-cium semua?” tanya Fariq garang. Semua yang ada di situ terkedu. Tahulah mereka bahawa Shark lah yang membuat onar tentang perkara ini. Amir dan Afid berbalas pandang sebelum sama-sama menggelengkan kepala mereka.
                “Sejak bila along lebih percaya pada lelaki tak guna tu dari kawan baik abang sendiri? Along sendiri pernah cakap yang perangai lelaki tu teruk. Along jugak yang nasihatkan Zahra jangan rapat dengan Shark tapi sekarang ni along yang lagi percayakan cakap dia daripada kawan baik along sendiri. Kawan yang sentiasa ada untuk bantu along,” Zahra mula merasa geram dengan tingkah abangnya yang percaya pada kata-kata lelaki kurang ajar itu.

###

“ZAHRA nak minta maaf. Kalau bukan sebab Zahra mesti perkara macam ni tak jadi, kan? Zahra bersuara semasa membantu Amir mengubati lukanya akibat dipukul Fariq. Fariq pula berhadapan dengan En. Rahman dan ahli keluarganya yang lain untuk memohon maaf. Amir yang masih lagi menahan sakitnya cuba untuk tersenyum.
                “Sudahlah tu. Hari ni je, dah dua kali Zahra minta maaf. Tak de benda pun yang buat Zahra nak minta maaf,” balas Amir perlahan dan lembut. Zahra tertunduk.
                “Tapi, kalau bukan sebab Zahra, abang Amir mesti tak kena pukul habis-habisan dengan along,”
                “Alah Zahra, anggap je benda tu dah nak jadi. Lagi pun semua benda tu benda kecil je lah. Saya rasa kalau saya dekat tempat Fariq pun, saya mesti akan buat macam tu jugak. Maruah ahli keluarga tu satu benda yang paling besar dalam hidup. Jadi selaku abang, dia mesti akan buat apa sahaja untuk pertahankan maruah keluarga dia,”
                “Lagi pun, awak patut bersyukur yang dia buat macam tu. Sekurang-kurangnya dai dapat buktikan yang dia sayangkan awak. Dan selama hari ni, di bukan sengaja nak mengongkong awak, tapi dia buat macam tu untuk kebaikan awak,” Amir cuba menyokong tindakan Fariq.
                “Walaupun abang Amir yang sakit?” Zahra bertanya aneh. Amir tersenyum manis. Zahra terkedu. Comelnya dia. Bisik hati kecil Zahra.
                “Mungkin. Saya Cuma nak awak tahu yang selama hari ni, dia selalu risau dengan awak. Lebih-lebih lagi bila awak mula berhubung dengan Shark. Macam-macam cara dia cuba untuk buat awak tinggalkan Shark. Termasuklah…”
                “Suruh abang Amir jadi boyfriend Zahra?” Zahra memotong percakapan Amir. Melihat senyuman yang terukir di bibir Amir membuatkan Zahra sedikit hampa. Kalau dulu mungkin dia akan melompat gembira bila Amir kata apa yang dia buat itu sekadar lakonan, tapi kini dia sedikit terkilan. Mungkin kerana dia sudah mula menyukai lelaki ini. Ops!!
                “Tapi apa pun, Zahra bukan sengaja nak buat semua ni. Zahra buat macam ni sebab Zahra nak perhatian. Zahra rasa sejak kecil Zahra terabai. Terabai dengan cara mama dan papa. Terabai dengan kegarangan along. Sebab tu Zahra memberontak,” Zahra memberitahu perkara sebenar kepada Amir. Amir masih lagi mengekalkan senyuman di wajahnya. Dia mengalihkan pandangan ke arah Zahra.
                “Saya tahu. Saya tahu yang Zahra bukan jenis degil. Tapi cara yang Zahra buat ni, semuanya salah. Silap-silap boleh jadi teruk lagi daripada sekarang ni. Satu perkara yang saya rasa Zahra perlu tahu. Mama dengan papa Zahra memang langsung tak de niat untuk abaikan Zahra. Mereka Cuma silap. Mereka lupa yang Zahra perlukan perhatian walaupun Zahra dah besar.”
                “Mereka sibuk sebab untuk mencari keselesaan untuk Zahra. Tapi mungkin mereka terlalu sibuk buat Zahra rasa yang Zahra terabai. Kalau bab along Zahra tu pulak, saya tahu dia memang macam tu. Dia seorang yang overprotected. Lelaki yang sentiasa nak protect adik dia dari apa sahaja. Tapi sebab along tu panas baran so, tu yang you guys selalu bertekak tu,”
             Mendengar kata-kata Amir buat Zahra tersedar. Ya, hari ini dia sedar yang tindakannya dengan memberontak itu membuat semua benda ini jadi kelam kabut. Zahra memandang simpati pada Amir. Kesian.                      Gara-gara kehilangan dia, Amir pula yang dipersalahkan dan di salah ertikan.
          Zahra menoleh ke arah belakang. Dia terkejut melihat papa, mama dan abangnya berdiri di belakangnya bersama En, Rahman, Aisha, Bella dan Afid. Mereka dengar ke apa yang dia dan Amir bincangkan tadi? Serta-merta wajah Zahra berubah. Melihat langkah abangnya menghampiri, Zahra diam tidak berkutik.
                “Zahra, along minta maaf. Along tak sangka tindakan along buat Zahra jadi macam ni,” Fariq memohon maaf dan memeluk tubuh adiknya. Zahra tersenyum nipis bersama linangan air mata. Fariq berlalu menghampiri Amir. Amir memandang dengan pandangan kosong. Dalam hati risau jugak kalau satu penangan terkena lagi padanya.
               “Mir, aku minta maaf. Patutnya aku dengar dulu penjelasan kau bukannya terus tuduh kau melulu. Sorry, Mir,” pohon Fariq. Amir tersenyum dalam payah. Sakit di tepi bibirnya buatkan dia susah nak melorekkan senyum.
                “Tak de apalah. Aku faham perasaan kau. Aku pun ada adik perempuan jugak. Kalau ada orang buat Aisha macam tu, aku pun akan buat perkara yang sama macam kau buat,” Amir menenangkan perasaan temannya yang serba salah itu. amir memeluk tubuh adiknya yang berdiri berhampiran mereka. Aisha dengan manjanya melentokkan kepala ke bahu abangnya.
                “Auntie dengan Uncle pun nak minta maaf. Kami memang kurang bagi perhatian pada anak-anak kami. Hari ni baru kami sedar. Terima kasih Amir,” mendengar kata-kata Dato’ Hisyam itu, Amir sekadar tersenyum nipis.

###

“MIR, sejak bila kita ada pelanggan tetap yang amat tetap ni?” soalan Danny buat Amir mengerutkan kening tanda tidak mengerti. Cakap belit-belit pulak mamat ni.
                “Apa yang kau merepek ni, Danny?” Afid turut sama pening mendengar soalan yang diajukan Danny.
                “Tu minah tu,” Danny memuncungkan mulut menyoroti langkah Zahra yang baru tiba bersama Bella.
                “Kalau si Bella tu aku tahulah kenapa tapi kalau si Zahra tu apasalnya?” Danny terus menyoal sebaik sahaja tidak mendapat sebarang reaksi dari kedua teman rapatnya itu.
                “Sengan lah tu,” Danny terus mengusik ketika melihat wajah kedua temannya itu berubah merah.
                “Hai, apalah nasib badan. Sampai sekarang tak de orang nak,” Danny meneruskan lagi bebelannya. Kali ini diselitkan sekali dengan keluhan.
                “Kenapa abang Danny ni? Lain macam je?” Zahra menyoal sebaik sahaja tiba di depan tempat memasak burger itu. Danny berpura-pura mengeluarkan keluhan berserta senyuman tawar.
                “Yalah Zahra. Orang tu tak lama lagi berdua. Kita ni tinggal seorang je,” mendengar kata-kata Danny, wajah kedua gadis itu pula yang berubah merah. Mereka mengalih pandang ke arah dua jejaka yang sibuk di meja buat air. Wajah mereka turut berubah merah. Dalam diam Zahra tersenyum nipis. Nampaknya macam dia tak bertepuk sebelah tangan.
                “Boleh tak kau berhenti mengarut?” serentak dengan itu, sebiji air batu tepat mengenai kepala Danny.
                “Macam nilah nasib orang macam aku. Dah lah keseorangan, sekarang ni kena baling pula,” Danny meneruskan lakonannya.
                “Kalau layan kau ni, sampai besok pagi pun burger tu tak masak lagi. Nasib baik customer belum ramai lagi,” Afid terus menolak Danny ke tepi sedikit. Dia mengambil tempat Danny. Danny terus mencebik. Amir pula sekadar tersenyum.
                “Korang nak burger apa?” soal Afid lembut.
                “Ceh, boleh kata tiap malam diorang tu datang, tapi nak tanya jugak. Macamlah tak tahu. Saja je nak mengada-ngada depan aku, kan?” mendengar kata-kata Danny, Amir ketawa lepas tanpa dapat di tahan. Wajah Afid jelas bengang. Zahra memandang Amir yang ketawa. Comelnya dia.
                “Amir, kau tak nak tanya diorang nak minum apa? Mana tau kalau kau lupa,” dari cara Danny bercakap, jelas dia mahu mengenakan dan memerli Afid.
                “Milo ais dengan sirap limau,” Amir menjawab sendiri soalan yang diajukan oleh Danny. Dia kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala melihat kerenah Danny. Telefon bimbit Zahra yang berbunyi membuatkan semua mata tertumpu kepadanya. Setelah berbual beberapa ketika, Zahra menghampiri Bella.
                “Kejap lagi Nadia sampai,” Zahra memberitahu Bella. Bella kelihatan terangguk-angguk.
                “Nadia?” Afid bertanya aneh. Belum sempat salah seorang mereka menjawab, Danny menyampuk.
                “Afid, Nadia tu sah-sah lah nama perempuan. Takkan kau nak jeles jugak,” sebaik sahaja berkata begitu, Danny berlari menuju ke surau berhampiran tapak gerai mereka. Afid yang tidak sempat membuat apa-apa hanya mampu menggetap bibir tanda geram.
                “Elok jugak dia pergi surau. Biar dia sembahyang, tenangkan otak dia yang asyik nak mencari akal mengenakan orang tu,” rengus Afid geram. Amir sekadar tersenyum. Macam-macam gelagat teman-temannya ini.

###

“KAMI datang ni nak berhajat,” Dato’ Hisyam mula berbahasa. Semua yang ada di ruang tamu mula memandang wajah Dato’ Hisyam, Datin Mona dan Fariq bersilih ganti.
                “Apa hajatnya? Nak jugak kami ni tahu,” balas En. Rahman mudah. Amir mengerutkan kening melihat senyuman nakal Fariq. Lain macam je si Fariq ni.
                “Macam nilah pak cik. Cakap bunga-bunga pun susah jugak. Biar saya cakap straight to the point je la,” Fariq mula bersuara bila melihat mama dan papanya seperti kehabisan idea.
                “Cakaplah Fariq. Kalau boleh kami tunaikan hajat tu, kami cuba tunaikan,” Amir pula membalas bagi pihak ayahnya. En. Rahman kelihatan terangguk-angguk.
                “Aku nak meminang kau untuk Zahra,” senafas, Fariq bersuara. Amir jelas terkejut. Matanya membulat.
                “Kau ni kuat mainlah Fariq. Serius la..” Amir ketawa kecil menutup gugup dihatinya.
                “Kami serius. Kami tahu yang kamu berdua saling menyukai tapi tak pernah nak ucap,” Dato’ Hisyam memandang tunak anak mata Amir. Amir serba salah. Memang dia sukakan Zahra tapi mampu ke dia nak sediakan keperluan yang cukup untuk gadis itu?
                “Kami minta maaf, Dato’, Datin, Fariq. Pak cik bukan nak menghalang. Pak cik tahu yang Amir memang sukakan Zahra. Cuma pak cik risau yang amir tak mampu nak sediakan keperluan yang cukup untuk Zahra. Maklumlah, Amir ni cuma berniaga kecil-kecilan je. Berapalah sangat yang mampu Amir sediakan? Pak cik takut Zahra tak mampu tahan dengan kehidupan kami nanti,” en. Rahman menjawab perlahan. Fariq memandang wajah kedua ibu bapanya.
                “Lagi pun auntie, uncle, saya memang tahu yang saya takkan mampu untuk semua perkara ni. Kalau nak suruh saya tukar kerja saya, entah siapa pula yang nakkan saya ni? Setakat Diploma Hotel & Tourism ni, saya tak tahulah apa yang saya mampu dapat,” Amir merendah diri. Fariq yang duduk di sebelahnya mula menepuk lembut bahu temannya itu.
                “Mir, kau jangan cakap macam tu. Aku tahu kau sebenarnya risau dengan fulus kau yang tak menentu tu, kan? Bukan ke kau pernah cakap dekat aku, yang rezeki tu datangnya dari Allah. Mungkin sekarang perniagaan kau kecil je. Mana tau berkat usaha korang bertiga, boleh jadi restoran pulak ke? Rezeki tu kita tak tahu, Mir. Lagi pun, aku rasa adik aku buat pilihan yang tepat, kau jelah satu-satunya manusia yang buat dia ikut cakap,”
                “lagi pun, aku dah tanya Zahra, dia sendiri mengaku yang sekarang ni dia tengah nak belajar jadi sederhana. Insya-Allah, dia boleh terima keluarga kau. Orang kata, kalau dah cinta, semua boleh saja,” ayat terakhir Fariq berbaur usikan. Amir tersenyum tawar. Dia memandang wajah ayahnya yang duduk bertentangan dengannya.
                “Ayah tak kisah. Pilihan di tangan Amir. Kalau Amir dah sedia dan mampu jadi suami yang terbaik, Amir teruskanlah. Jangan risau fasal ayah dengan Aisha. Kami boleh jaga diri kami,” lembut En. Rahman menasihati. Amir tertunduk lemah.

SELESAI solat Zuhur berjemaah, keluarga Fariq meminta diri untuk pulang. Amir sekadar menghantar ke muka pintu sahaja. Dia masih lagi rasa serba salah. Dia duduk menghadap televisyen yang tertutup sewaktu ayahnya melangkah masuk dari luar.
                “Amir, jangan rasa terbeban dengan permintaan mereka. Amir dah besar, dah matang. Boleh fikir rasionalnya. Kalau rasa tak boleh buat keputusan, Allah kan ada. Semua perkara yang jadi di dunia ini datangnya dari DIA. Kalau DIA boleh bagi masalah, DIA juga boleh bagi penyelesaiannya. DIA kan maha Mengetahui. Kenapa Amir tak tanya pada-NYA?” En. Rahman menepuk bahu anak lelakinya perlahan sewaktu dia duduk di sebelahnya. Amir meraup muka kasar.
                “Entahlah, ayah. Amir memang buntu. Sebelah hati Amir kata setuju, sebelah lagi kata tidak,” Amir meluahkan rasa hatinya. En. Rahman tersenyum manis.
                “Perasaan was-was tu datangnya dari syaitan. Dia yang hasut anak Adam untuk berfikiran begitu. Kalau Amir takut Amir buat keputusan yang salah, Amir buat istikharah. Insya-Allah, semua akan selesai dan yang paling penting Amir akan yakin dengan keputusan Amir sendiri,” mendengar nasihat ayahnya buat Amir mengangguk-angguk. Bunyi salam dari luar mematikan perbualan dua beranak itu.
Amir bangun membuka pintu. Wajah Aisha yang tersenyum manis buat hati Amir jadi tenang. Wajah manja adiknya itu di pandang dengan senyuman melebar. Wajah iras arwah ibunya itu memang sentiasa menenangkan dirinya. lagi-lagi kalau dia dilanda masalah dan kebuntuan.
                “Penat Aisha?” tegur En. Rahman sebaik sahaja gadis comel itu duduk di sebelahnya sambil terlentok manja di bahu ayahnya. Aisha mengangguk perlahan.
                “Adat belajar. Memang penat, tapi bila berjaya rasa kepuasannya,” Amir menggosok kepala adiknya lembut. Aisha tersenyum ke arah abangnya. Menjadi anak bongsu memang membuatkan dia terasa amat dimanjakan. Lagi-lagi dia anak perempuan yang hidup dengan dua lelaki yang begitu mengambil berat tentang keselamatannya.
            Amir menyandarkan kepalanya di kusyen. Cuba melupakan semua masalahnya. Dia mula melelapkan matanya saat terdengar suara adiknya mula membuka mulut bercerita tentang rutin hariannya di sekolah kepada ayah mereka.

###

“ABANG, menungkan apa tu?” sapaan halus dari belakang membuatkan Amir menoleh. Wajah isterinya yang sedang berdiri dibelakangnya itu dipandang lama.
                “Tak de apa, sayang. Teringat kisah dulu je,” balas Amir pendek.
                “Kisah dulu?”
                “Yelah. Waktu sayang sombong dengan abang,” Amir mengusik isterinya. Wajah Zahra serta-merta berubah masam.
                “Tak naklah ingat yang tu. Tak best,” Zahra mula merengek. Amir tertawa kecil.
                “Habis tu? Nak ingat time bila? Rasanya memang wife abang ni sombongkan dengan abang?” Amir mengangkat-angkat keningnya.
                “Yelah. Zahra mengaku. Zahra sombong dulu. Selalu buat tak peduli dengan abang. Selalu hina abang. Selalu…” belum sempat Zahra meneruskan katanya, jari telunjuk Amir sudah menutup bibirnya.
                “Dah-dah-dah… Tak mahu cakap macam tu lagi. Abang gurau je tadi. Abang tak de niat pun nak buat sayang abang ni terasa,” Amir memujuk isterinya yang sudah menarik muncung. Air mata pun macam dah nak jatuh je rupanya.
                “Tapi memang betul pun Zahra ni teruk,” Zahra bersuara sayu. Air mata yang cuba ditahan mula menitis.
                “Sayang, dahlah tu. Tak mahu cakap macam tu lagi. Biar siapa pun sayang yang dulu, abang tak kisah. Yang abang kisah, sayang abang yang sekarang ni,” Amir memeluk tubuh kurus isterinya itu.
                “Maksud abang?” Zahra bertanya aneh.
                “Maksud abang, abang suka dan cintakan isteri abang yang sekarang ni. Yang pandai jaga diri, jaga adab, hormat orang lain dan ada banyak perangai baik dalam diri dia. Isteri abang yang sentiasa ada di sisi abang walau pun abang ni tak kaya dan hanya penjual burger,” mendengar kata-kata suaminya, Zahra pantas mengeratkan lagi pelukan.
                “Abang, Zahra pun sayang dan cintakan abang. Zahra nak minta maaf kalau dulu Zahra selalu sakitkan hati abang,”
                “Abang tak kisah pun. Kita ni manusia. Sama-sama ada lakukan kesilapan. Abang tak perfect dan sayang pun macam tu jugak. Bila kita sedarkan hal tu, kita akan sama-sama cuba untuk lengkapkan kekurangan masing-masing. Abang tahu yang sayang abang ni baik dan dah berubah dari Zahra yang dulu. Dan abang sukakan Zahra ni lebih dari Zahra yang dulu,” Amir bersuara sambil tersenyum manis. Zahra turut tersenyum. Air mata yang mengalir di pipinya di sapu perlahan.
                “Tak mahulah sedih-sedih macam ni. Nanti anak ayah ingat ayah suka buat mama dia menangis pulak,” Amir bersuara nakal sambil mengusap perut isterinya yang mula menampakkan bentuk. Zahra tertawa kecil. Dia mengucup pipi suaminya lama. Amir tersenyum senang.
                “I love you abang. I always do,” ucap Zahra perlahan dan penuh makna. Amir tersenyum manis.
Ya! Betul cakap Fariq. Rezeki tu datang dari Allah. Dari perniagaan pasar malam sehingga mempunyai stall burger sendiri, Amir, Afid dan Danny akhirnya berjaya membuka Restoran Burger milik mereka. Kehidupan mereka bertambah baik dengan keadaan ini.
           Fasal Afid? Afid akhirnya selamat diijabkabulkan dengan Bella, dua bulan sudah. Tak silapnya sekarang mereka berada di Rome untuk bulan madu dan akan balik hujung minggu ini. Perangai Afid yang suka bertangguh akhirnya hilang jugak bila Amir menipunya yang kononnya Bella bakal dipinang orang. Tak sampai seminggu, afid terus hantar rombongan meminang. Bella pulak masa tu tak payah cakap, terkejut mengalahkan beruk. Mana taknya, tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba ada orang masuk meminang.
                 Danny? Danny tengah menunggu hari disandingkan dengan pilihan hatinya, Fatin. Mana dia jumpa si Fatin ni? Waktu majlis kahwin Amir dengan Zahra lah. Fatin ni cikgu baru dekat sekolah tempat Aisha belajar. Yang peliknya, selama hari ni tak pernah pulak diorang bertiga nampak bayangan cikgu ayu ni sampailah hari persandingan Amir dengan Zahra. Aisha kata mungkin sebab cikgu tu tak biasa lagi dengan kawasan kampung ni. Erm?? Mungkin kot.
                  Last but not least, Aisha sekarang ni sedang menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di Ireland. Kos pelajaran ditanggung beres oleh abangnya yang memang sentiasa nak tengok adik comelnya berjaya. Dengar cerita, bila dia balik Malaysia nak bawak someone. Mat saleh ke? Habislah terbelit lidah nak bercakap dengan mamat mata biru tu nanti.
                 Tapi dalam diam Amir mengucapkan syukur. Biar pun kehidupan mereka tak semewah orang lain sekurang-kurangnya mereka bahagia. Ya! Amir benar-benar bahagia. Punyai isteri, sahabat dan keluarga yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua yang dia lalui benar-benar membuatkan dia tidak pernah lupa melafazkan kata syukur setiap detik.
           Amir memandang wajah isterinya yang leka memerhatikan keindahan alam dari balkoni rumah mereka. Wajah itu masih manis walaupun dia sudah tidak memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata. Amir leka memandang wajah isterinya yang masih dengan senyuman manis yang tak lekang di bibir. Kepala isterinya ditarik untuk bersandar di dadanya. Amir memeluk isterinya kemas. Dalam hati, dia mengucap seribu kesyukuran kerana kini mereka saling menghargai, menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Langit yang bertukar warna kemerahan membuatkan matanya turut tertumpu ke arah itu sambil tersenyum bahagia.






No comments:

Post a Comment