HANNAH merenung lelaki yang sedang duduk tidak jauh daripadanya. Hanya beberapa meter jarak mereka namun dipisahkan dengan kerumunan tetamu yang turut sama hadir menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Lelaki itu kelihatan tenang namun gelojak jiwanya, siapakan tahu?
Hazim merenung
lelaki separuh abad yang duduk di hadapannya. Peluk merecik keluar membasahi
tubuhnya meskipun dia berada dalam suasana yang dingin. Tangan yang dihulurkan
disambut teragak-agak.
‘Sempat lagi
kalau nak tukar keputusan ni,’ hatinya bersuara sambil merenung gadis yang
sedikit terlindung dengan kehadiran teman-teman karib si gadis itu. anak mata
mereka bertaut dan Hannah faham erti pandangan lelaki itu. Hannah memandang
kiri dan kanannya. Apa yang difikirkan Hazim memang terlintas di fikirannya
saat ini. Hannah ingin membuka mulut.
“Dah sedia?” soal
lelaki separuh abad itu. Hazim kembali fokus ke arah lelaki yang duduk di
hadapannya. Dia mengangguk dengan teragak-agak.
“Siapa nak
nikahkan? Ayah pengantin atau nak serah hak pada saya?” suara lelaki itu
menampar gegendang telinga Hannah. Hannah pandang arah itu dan dia lihat lelaki
yang dipanggil ‘ayah’ itu menganggukkan kepala tanda ingin mengambil tugas
mengakadkan anak gadis tunggalnya itu.
Hannah jadi
hilang arah. Idea di mindanya tiba-tiba hilang bila terpandang wajah
bersemangat ayahnya untuk menjadi wali dan wajah ceria ibunya bersama bakal
besannya yang dari tadi sibuk berkongsi cerita. Hannah menundukkan kepalanya
memandang lantai. Tak apalah Hannah, berkorbanlah untuk kebahagiaan orang yang
dah memberikan kebahagiaan pada kau.
“Muhammad Hazim
Fitry bin Danial, aku nikahkan dikau dengan anakku Hannah Masyitah binti Mazlan
dengan mas kahwinnya RM 300, tunai,” sebaik sahaja ucapan itu keluar dari mulut
En. Mazlan, suasana dalam masjid itu bertukar sepi. Hanya suara Hazim
kedengaran menjawab akad itu.
“Sah?” tanya tuan
kadi kepada 2 orang saksi yang duduk bersebelahan dengan pengantin lelaki.
Kedua-dua lelaki itu mengangguk tanda membenarkan ucapan akad ijab dan kabul
itu. Hazim menutup matanya erat-erat. Ya ALLAH, tugas berat buatku sudah
bermula. Pesannya pada hati.
Usai bacaan doa,
Hazim melangkah ke ruang yang tersedia untuk menunaikan solat sunat. Dia yang
berpakaian serba putih itu berlalu selamba melintasi tempat yang diduduki
Hannah. Hannah pandang, dia buat tak tahu. Bila sedar yang Hazim ingin
menunaikan solat sunat, Hannah mengukir senyuman kecil. Hailah lelaki ni,
ingatkan nak tinggalkan aku lepas majlis akad ni.
“Ehem…” suara
deheman mematikan lamunan Hannah. Dia memandang arah suara itu. Hazim? Bukan
dia tengah solat ke? Hannah kembali merenung tempat Hazim mendirikan solat
sebentar tadi. Tak ada? Dia dah siap solat ke?
Kerutan di dahi
Hazim menandakan dia bertanya ‘kenapa’ pada gadis di hadapannya itu. Hannah
menggeleng bersama senyuman yang dibuat-buat untuk menutup malunya. Hazim
kemudian menyarungkan cincin di jari manis gadis yang baru sahaja bergelar
isterinya itu. Kemudian dia memegang ubun-ubun Hannah dan membacakan doa yang
di ajar oleh Nabi SAW. Selesai, dia mendekatkan muka ke arah telinga Hannah.
“Kenapa kau tak
lari? Kata tak nak kahwin dengan aku?” bisik Hazim sinis membuatkan Hannah
terpaku. Belum sempat Hannah menjawab, Hazim kembali ke posisi asalnya. Hannah
pula bertindak menyalami dan mengucup tangan Hazim selepas di arahkan oleh ibu
dan Puan Hanum. Eh, salah… bukan Puan Hanum tapi mama.
MALAM itu, Hannah duduk sendirian dalam bilik pengantin yang
berhias indah. Cantik biliknya tapi malang kerana malam ini bilik itu hanya
dipandang sebagai sebuah bilik. Tidak lebih daripada itu. Hannah menjeling ke
arah pintu yang terbuka dari luar. Wajah lelaki berbaju Melayu lengkap berwarna
maroon dipandang sekilas. Malas mahu beradu mata, Hannah bangun dari duduknya
dan melangkah menuju ke pintu untuk keluar dari bilik itu.
“Kau nak pergi
mana?” tanya Hazim menggenggam erat lengan Hannah. Hannah cuba melepaskan diri
tapi tak berjaya.
“Lepaslah.
Sakit!” bentak Hannah sedikit kuat. Hazim tersenyum sinis.
“Kuatlah lagi
suara tu. Biar mama, abah, ibu dengan ayah tahu yang kita ni tak sehaluan,”
gertak Hazim. Hannah menutup mulut dengan sebelah lagi tangannya. Dia masih
meronta meminta Hazim melepaskan tangannya. Tapi sebaliknya yang terjadi,
Hannah ditarik masuk menghampiri katil. Mata Hannah membulat. Mindanya
terbayang adegan-adegan yang tak sepatutnya.
“Tak payah nak
bulat sangatlah mata kau tu. Jangan fikir aku nak buat bukan-bukan kat kau. Aku
Cuma nak tanya, kenapa kau tak larikan diri tadi? Sebelum aku jabat tangan ayah
kau, kenapa kau tak bangun keluar dari masjid tu?” tanya Hazim geram. Hannah
buat muka selamba.
“Kenapa pulak
saya kena lari? Sepatutnya awak tu yang kena hilangkan diri. Awak yang
mengganggu kebahagiaan saya. Awak yang muncul di tengah-tengah antara saya dan
Ridhuan,” marah Hannah dalam nada terkawal.
“Kalau dah tahu
kau sayangkan si Ridhuan tu, kau patut blah dari awal lagi. Taklah menyemak
sampai aku kena kahwin dengan kau,” selamba Hazim bersuara. Dia sebenarnya
terasa dengan ucapan ‘mengganggu kebahagian’ yang diucapkan Hannah sebentar
tadi.
“Oh, saya kena
lari? Supaya apa? Supaya nampak saya ni macam perempuan yang tak
pentingkan maruah keluarga? And awak
pulak jadi penyelamat keluarga saya. Macam tu?” marah Hannah. Jari telunjuknya
ditunjal ke dada Hazim. Hazim menangkap tangan kecil itu.
“Kau kena lari
sebab kau ada benda nak dipertahankan. Cinta kau! Aku ni, tak ada apa. Sebab tu
aku bagi kau peluang untuk tarik diri tadi. Tapi kau…” Hazim tak menghabiskan
ayatnya. Hannah terpana. Itu rupanya alasan Hazim menyuruhnya untuk lari semasa
majlis pernikahan mereka tadi. Hannah menggigit bibir bawah. Dia fikir Hazim
mahu memalukan keluarganya dengan menyuruh dia lari tapi rupanya lain perkara
yang berada di minda Hazim.
“Saya tak lari
sebab saya tak nak ibu dengan ayah terluka. Saya harap awak faham,” Hannah
bersuara perlahan sebelum berlalu ke pintu untuk keluar ke bilik mandi.
“Tapi, untuk
pengetahuan awak. cinta saya untuk Ridhuan tak pernah mati. Tak mungkin awak
dapat gantikan tempat dia,” bersama dengan itu, pintu kayu bilik tertutup
rapat. Hazim memandang pintu yang tertutup itu dengan perasaan berbalam. Kenapa
kau tak pernah faham perasaan aku Hannah? Aku buat semua ni sebab sayangkan
kau. Tapi di hati kau hanya Ridhuan…
###
TIGA BULAN SELEPAS PERISTIWA ITU…
HANNAH mengangkat pakaian yang berjemur di garaj rumahnya. Hari
ini hari Sabtu, jadi dia punyai masa untuk menjemur pakaian di luar rumah.
Kalau hari biasa, Hannah hanya menjemur di dalam bilik laundry gara-gara takut
kalau cuaca tidak panas atau hujan pada waktu dia dan Hazim keluar bekerja.
Susuk tubuh yang baru memasuki rumah semi-D itu dipandang dengan pandangan
kosong.
“Assalamualaikum,”
sapa Hazim dengan nafas yang masih belum begitu stabil. Hannah menjawab salam
yang dihulur dengan nada yang perlahan. Cukup untuk pendengarannya dan
baik-baik didengari Hazim. Hazim tidak tunggu lama di situ. Dia menghampiri
kawasan lapang berhampiran garaj dan mula membuat exercise cool down
untuk menyejukkan tubuhnya yang baru selesai berjoging.
Hannah melangkah masuk
ke dalam rumah bersama bakul berisi pakaian. Dia buat tak endah dengan Hazim.
Bukan hanya hari ini, malahan sejak hari pertama bergelar suami isteri dia
hanya melayan Hazim apa yang perlu. Jadi, Hazim juga seakan terbiasa dengan
perangai Hannah yang tak pernah peduli tentangnya. Malah, kadang-kadang sengaja
Hazim pulang lewat ke rumah kerana dia tahu, Hannah bukannya perasan kecuali
kalau dia melihat ke garaj kereta.
Setelah lelahnya
hilang, Hazim melangkah masuk ke dalam rumah. Tempat pertama yang ditujunya
adalah peti sejuk. Dia mengeluarkan botol air mineral yang sengaja disejukkan
sebelum menuang ke dalam gelas jernih. Baru dia ingin meneguk air yang
dituangnya, ada tangan merampas gelas itu dari pegangan Hazim.
“Apa?” tanya
Hazim tidak puas hati.
“Orang lain balik
joging minum air biasa. Tak sejuk, tak panas tapi awak ni pergi bantai nak
minum air sejuk kenapa?” tanya Hannah sedikit garang. Dia merenung lelaki yang
sedang memandangnya dengan riak yang jelas tidak berpuas hati.
“Suka hati sayalah.
Orang lain ikut cara diorang, saya ikut cara sayalah,” bantah Hazim. Dia ni dah
kenapa, tiba-tiba concern fasal aku.
“Masalahnya, air
sejuk lepas joging boleh buat awak lelah, asma. Faham?” tegas Hannah persis
seorang doktor yang sedang merawat pesakitnya. Hazim sedikit ternganga. Dia
memandang kiri dan kanan rumah semi-D dua tingkat itu.
“Apa yang awak
pandang kiri kanan tu?” tanya Hannah keluar dari topik yang didebatkan sebentar
tadi.
“Mama dengan abah
datang ke? Or ibu dengan ayah?” soal Hazim tiba-tiba membuatkan Hannah
mengerutkan keningnya.
“Kenapa? Diorang
ada call awak ke bagitahu diorang nak datang?” giliran Hannah pula bersuara
aneh. Lelaki ni dah kenapa? Tiba-tiba tanya fasal parent pulak.
“Tak adalah. Awak
biasanya concern bila diorang ada je. Kalau tak, saya buat apa pun awak bukan
pernah ambil peduli,” berdesing telinga Hannah mendengar sindiran yang terbit
dari mulut lelaki itu. Wajahnya memerah menahan marah tapi pada siapa hendak
dihemburkan? Pada Hazim? Tak mungkin sebab apa yang keluar dari mulut lelaki
itu benar sekali.
“Suka hati
awaklah. Nah ambil balik air awak ni. Minum sampai puas,” Hannah menyerahkan
kembali gelas lut sinar berisi air itu kepada Hazim sebelum berlalu keluar dari
dapur. Hazim memandang gadis itu aneh. Pelik! Fikir hatinya.
Baru Hazim ingin
meneguk air yang sudah tersedia dituang, dia berhenti dan memandang gelas itu
kembali. Kata-kata Hannah kembali berlegar di mindanya. Hazim kemudian
meletakkan gelas itu ke sinki dan mencapai gelas baru. Air masak di tepi rice
cooker diambil dan dituang ke dalam gelas sebelum dia meneguknya untuk
menghilangkan dahaga.
“Dengar jugak kau
cakap cikgu sekolah tu, kan Hazim?” Hazim tergelak sendiri.
HAZIM mengemas meja makan. Sudah menjadi rutin, Hazim akan makan
terlebih dahulu sebelum giliran Hannah pula mengisi perut. Hannah yang buat
peraturan begitu. Dia yang tak mahu duduk semeja dengan Hazim. Hazim pula malas
nak bertekak. Jadi diikutkan sahaja idea mengarut Hannah itu.
Bukan setakat
tidak makan semeja, malah tidur pun tidak sebilik. Hannah tidak mahu. Dia takut
dia akan terjatuh hati jika setiap hari berdepan dengan lelaki itu. Dia tidak
mahu perasaan cintanya pada kekasih hatinya hilang gara-gara Hazim. Dia
sayangkan Ridhuan dan dia hanya inginkan Ridhuan. Hazim tahu tentang hal cinta
Hannah itu. Sudah pelbagai cara dia buat untuk membuktikan dia lebih baik dari
Ridhuan tapi malangnya dia masih di tangga tercorot carta hati Hannah Masyitah.
“Errr…” Hazim
tersentak. Dia memandang Hannah yang sudah lengkap berpakaian tidur. Nafasnya
ditarik dalam-dalam. Hazim menggaru belakang telinga yang tidak gatal.
“Duduklah. Saya
nak naik atas dulu,” Hazim meloloskan dirinya. dia tak mahu lebih lama di situ.
Berada di atmosfera yang sama dengan Hannah hanya buat dia bertambah terluka.
Di bibir Hannah bagai tiada nama lain. Hanya Ridhuan dan siapa dia di hati
Hannah? Benar dia memberikan Hannah masa, tapi sampai bila? Dia juga ada hati,
dia juga ada jiwa.
Hannah yang
bersendirian di dapur sudah hilang selera untuk makan. Kata-kata teman baiknya
kembali berlegar dimindanya.
“ Sampai bila kau nak hidup begini, Hannah?
Berpura-pura bagai suami isteri yang asyik bercinta tapi hakikatnya, kau dan
dia… Sampai bila kau nak menagih cinta lelaki yang tak pernah munculkan diri?
Entah mana dia pergi, masih hidup atau tak, kenapa kau masih menanti yang tak
pasti? Yang ada depan mata, kau nak lepaskan?” Aida memprotes dalam nasihat.
Geram dengan perangai Hannah yang masih mengejar cinta yang tak pasti.
“Aku sayangkan Ridhuan, Aida. Tak mungkin aku
lupakan dia,” Hannah bersuara sayu seakan meminta sokongan dari temannya itu.
“Kau tak boleh
lupakan dia sebab kau tak nak. Bukan kau tak boleh, tapi kau tak nak. Sudahlah,
Hannah. Kau nak menanti apa lagi? Dia dah tak ingatkan kau agaknya,” Aida
bersuara geram. Dia merenung Hannah yang masih mencari idea untuk membalas
kata-katanya.
“Tak! Tak
mungkin! Aku yakin Ridhuan takkan lupakan aku. Kitorang dah janji…”
“Janji apa? Janji
yang korang akan bersama bila dia habis belajar? Hannah, dah 3 tahun dia
sepatutnya habis belajar di States tapi ada kau nampak bayang dia? Ada kau
terima berita dari dia? Selama dia belajar pun dia tak pernah contact
kau, kau harap sekarang dia akan cari kau? Hannah, please wake up!
Jangan sia-siakan hidup kau,” Aida separa merayu. Tangan Hannah yang terletak
di meja di genggam lembut.
“Aida, aku tahu
dia akan kembali,” Hannah bersuara perlahan membuatkan Aida menarik kembali
tangannya yang menggenggam tangan Hannah tadi.
“Hannah, stop
lying to yourself. Aku tahu, kau pun dah putus harapan nak tunggu dia tapi
kau terus dengan kepura-puraan kau kononnya kau setia sebab janji korang tu,
kan? Sudahlah Hannah. Aku tak nak tengok kau sakit lagi. Kau dah cukup
menderita bila dia pergi States dan tinggalkan kau tanpa pesan. Sekarang ni,
kau nak teruskan penderitaan kau dengan menunggu dia yang entah kat mana. Macam
tu?” Aida merenung temannya yang sudah mula menundukkan wajah.
“Hannah, aku tahu
kau kahwin dengan Hazim bukan dasar suka sama suka tapi sebab permintaan
keluarga kau. Tapi Hannah walau apa pun penyebab perkahwinan ni, kau kena ingat
Hazim suami kau. Syurga kau bawah tapak kaki dia sekarang ni. Berdosa seorang
isteri mencintai lelaki selain suami dia Hannah. Kau jangan lupa apa yang
pernah Ustaz Hadi sampaikan masa usrah dulu, ‘sabda Nabi SAW, Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.’ Kau tak
nak ke?” kata-kata Aida buat Hannah tersentap sendirian.
“Fikirkanlah
Hannah. Suami kau dah cukup baik dah. Apa lagi yang kau nak? Lupakan Ridhuan.
Bina kehidupan baru dengan Hazim. In shaa ALLAH, kau akan bahagia,” Aida
menepuk lembut tangan Hannah. Hannah yang sedari tadi menunduk mengangkat muka
memadang ke arah teman karibnya itu.
“Kau yakin aku
akan bahagia?” tanya Hannah pendek.
“Kalau itu
ketentuan ALLAH, kenapa tidak? Cuma kau kena berusaha mencari kebahagiaan tu.
Cara dia mudah je Hannah,” Aida kulum senyum. Hannah kerut kening.
“Apa dia?” tanya
Hannah penuh minat.
“Lupakan
kenangan, cipta masa depan,” Aida bersuara dengan maksud tersirat membuatkan
Hannah terdiam lama.
“JAUH termenung. Dah sampai States ke?” soal Hazim sarkastik
membuatkan Hannah terkedu. Nasi di pinggan dipandang sepi. Tak berusik langsung
nasi aku ni?
“Dekat sejam saya
tinggalkan awak makan seorang-seorang, tapi satu apa pun tak terusik lagi?” Hazim
menggelengkan kepalanya perlahan. pinggan Hannah dicapai menyebabkan Hannah
tersentak. Dia belum makan lagi, takkan Hazim nak kemas dah kot. Kesianlah pada
si isteri yang termenung memikirkan masa depan ni.
Hazim merengus.
Sudu di meja dicapai, dan dia mula menyuakan sudu ke mulut Hannah. Hannah
pandang Hazim dengan riak tidak percaya. Sekali lagi Hazim menyuakan sudu
menandakan dia tidak main-main. Hannah membuka mulutnya membuatkan Hazim
tersenyum. Dan lelaki itu terus menyuapnya sehingga habis. Selesai makan, air
dalam gelas pula disuakan ke mulut Hannah. Bagai anak kecil, Hannah hanya
mengikut. Sepanjang masa, matanya tak putus-putus memerhatikan wajah Hazim.
Bagai ada tarikan magnet di situ. Langkah Hazim ke sinki masih lagi
diperhatikan Hannah. Bila Hazim mula membuka pili air, barulah dia tersedar dan
bersuara.
“Awak, tak
payahlah basuh. Biar saya buat,” serentak dengan itu, Hannah bangun dan menuju
ke sinki. Hazim tersenyum lembut.
“Tak apalah
Hannah. Biar saya buat. Biarlah saya tolong awak untuk tempoh yang suntuk ni,”
Hazim bersuara penuh maksud tersirat. Hannah mengerutkan kening tanda tidak
faham.
“Apa maksud
awak?”
“Nanti awak akan
tahu,” Hazim memilih untuk berahsia menyebabkan Hannah jadi tak keruan. Hazim
nak ceraikan aku ke? Sebab aku tak pernah bagi perhatian pada dia? Atau sebab
aku masih tak boleh lupakan Ridhuan? Atau Hazim ada perempuan lain? Padan muka
kau, Hannah. Tiga bulan ni kau buat dia tak wujud, sekarang kau terimalah
balasannya. Hannah menutup telinganya dengan kedua tapak tangannya. Hazim merenung
Hannah pelik.
“Hannah? Kenapa
ni?” Hazim menyoal prihatin.
“Saya benci
awak!” Hannah terus berlari ke bilik dengan linangan air mata meninggalkan
Hazim yang terkedu sendirian.
###
SEMINGGU berlalu, Hannah masih memencilkan dirinya. Pergi kerja
awal pagi dan pulang lewat petang. Balik ke rumah pun, Hannah mesti dah makan
terlebih dahulu. Hazim makin pelik dengan perangai isterinya. Hari ni, by
hook or by crook Hazim mesti bertemu isterinya. Nak tahu apa yang disimpan
dalam fikiran gadis itu sampai marah begitu sekali.
Pintu bilik
diketuk. Tiada balasan. Hazim mengetuk sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Bunyi
kunci terbuka membuatkan Hazim tersenyum. Wajah Hannah yang sembab dan merah
dipandang penuh kasih.
“Hannah, what’s
wrong? Tell me,” Hazim bersuara lembut membuatkan Hannah makin teruk
menangis. Hazim terkedu. Tak tahu apa yang sepatutnya dibuat, Hazim menarik
Hannah ke dalam pelukannya. Bahu Hannah diusap lembut.
“Shhhh… stop
crying. Cakaplah apa masalah awak. saya tak sanggup tengok awak macam ni,”
Hazim terus memujuk. Hannah masih kaku di pelukan Hazim. Membalas tidak,
menjauh pun tidak.
“Awak… please
jangan tinggalkan saya,” pinta Hannah tiba-tiba selepas dua-duanya hanya
mendiamkan diri. Hazim kerut kening.
“Apa maksud
awak?”
“Saya tahu saya
tak sempurna. Saya bukan isteri yang terbaik untuk awak. Saya banyak lukakan
hati awak, saya buat tak peduli dengan awak, saya tak pernah ambil kisah fasal
awak. Kadang-kadang sampai awak tidur dekat luar rumah sebab saya tak tahu awak
belum balik. Saya tahu saya selalu sakitkan hati awak. Saya tak pernah concern
fasal perasaan awak. Saya asyik fikir pada orang yang tak ada sedangkan awak
yang depan mata, saya tak pernah cuba nak cintai. Tapi, please jangan
tinggalkan saya. Saya tengah belajar untuk sayangkan awak, cintakan awak. Saya
nak jadi isteri awak. Please… jangan ceraikan saya,” akhirnya terkeluar
juga ayat-ayat yang menyerabutkan fikiran Hannah. Hazim terdiam. Usapan di bahu
Hannah dibiarkan mati. Tak percaya dengan kata-kata yang baru dia dengar.
Sebelah hatinya rasa bahagia, sebelah lagi rasa takut. Takut dengan keadaan
yang dihadapinya kini.
“Hannah, kan kita
pernah janji dulu..” belum sempat Hazim menghabiskan kata-kata, Hannah
memotong.
“Saya tahu, saya
pernah cakap yang kita akan bercerai bila tiba masanya tapi sekarang ni saya tak
nak. Saya tahu saya dah banyak lukakan hati awak tapi please bagi saya
satu peluang,” Hannah kembali mengongoi di pelukan Hazim. Hazim kaku, beku. Tak
mampu nak menjelaskan situasi sebenar kepada Hannah. Dia sebaliknya hanya mampu
mengangguk mengiakan permintaan Hannah.
“Betul awak bagi
saya peluang ni?” bersinar-sinar mata Hannah memandang Hazim. Tak pasti kerana
air matanya atau memang dia gembira dengan peluang yang diberikan.
“Kalau itu yang
awak mahu…” perlahan suara Hazim. Hannah tersenyum gembira. Spontan, dia
mengucup pipi Hazim. Terpana Hazim seketika dengan perbuatan lepas gadis itu.
HAZIM meraup mukanya kasar. Edward yang baru melangkah masuk
merenung temannya dengan kening yang bertaut.
“Hey bro,
what’s wrong?” tanya Edward prihatin. Dia melabuhkan duduk di kerusi
berhadapan Hazim tanpa diberi kebenaran.
“Aku… buntu!”
hanya itu yang terluah di bibir Hazim. Edward mengecilkan matanya. Tak pernah
dia nampak Hazim kehilangan kosa kata sebegini. Pasti masalah yang agak besar
sedang dihadapinya saat ini.
“Kalau kau tak
cerita, macam mana aku nak tolong,” Edward bersuara lagi. Dialek Sabah masih
jelas kedengaran walaupun lelaki itu sudah hampir 5 tahun bekerja di
semenanjung.
“Aku tak tahulah,
Ed. Serabut. Semua tak jadi macam mana yang aku nak,” Hazim mengeluh lagi.
Edward menggelengkan kepala perlahan.
“Im, you
should know that sighing is not a good thing. Kalau kau asyik mengeluh
saja, bila masalah mau selesai?” Edward menasihati. Hazim mengangkat muka yang
disembunyikan di sebalik tangan yang terletak di atas meja.
“Ed, she ask
me to give her a chance,” mendengar ayat itu, senyuman terbit di bibir
Edward.
“So, that’s
the thing that you want. Go and grab it, bro,” Edward menepuk lembut bahu
Hazim. Hazim menutup matanya dan bersandar kembali ke kerusi kerjanya.
“Nope… you
don’t understand, Ed. It’s complicated,” Hazim bersuara lemah. Edward
kembali mengerutkan kening. Hendak ditanya kenapa, Hazim tak nampak macam nak
cerita. Tapi bila pakai bahasa macam ni, otak masing-masing kena pandailah buat
kesimpulan.
“If your
problem is complicated, then make it simple. God don’t send you the problem
unless He knew you can through it,” Edward memberi nasihat yang membuatkan
Hazim terkedu. Ya ALLAH, betul cakap Edward. KAU takkan uji aku kalau aku tak
mampu. Wajah Hazim bertukar ceria. Dia memandang jam yang tergantung di dinding
pejabatnya. Jarum jam menginjak ke angka 1.
“Ed, busy ke?
Kalau tak jom aku payung lunch,” ajak Hazim. Edward mengangkat kening meminta
kepastian. Melihat Hazim mengangguk bersungguh-sungguh, Edward bersetuju juga.
“KAU rasa dia akan menyesal?” tanya Edward sebaik sahaja Hazim
selesai menceritakan masalahnya. Kata Hazim sebagai balasan dia belanja makan,
Edward kena dengar luahan hati dia dan Edward membalas memberitahu yang dia
tidak ikhlas.
“Ya. One fine
day. When she know the truth, she will. And the worse is she honestly will hate
me. Aku tak nak macam tu Ed,” air tembikai laici yang dipesannya disedut.
Lega dengan kesejukan ais dalam air itu.
“Hazim, sekarang
ni soal Ridhuan balik ke Malaysia tak ada kena mengena dengan kau. Bukannya kau
dan Ridhuan saling mengenali pun. Kau tahu yang Ridhuan dah balik Malaysia pun
dari Raven yang kebetulannya kawan Ridhuan masa di States dulu. So, tak ada
istilah kau sembunyikan rahsia or what-so-ever dari wife kau,” Edward
memberikan pendapatnya. Hazim menutup mata rapat.
“Im, aku bukan
nak ajar kau jadi jahat. But, this is your opportunity. Hannah nak cuba
mencintai kau, kenapa kau nak bunuh perasaan tu? Im, bukan semalam aku kenal
kau, dari dulu lagi kau dah simpan perasaan dekat Hannah, kan? Kau pura-pura
tak nak kahwin dengan dia sebab kau tahu dia sayangkan Ridhuan tu, kan?
Sudahlah Im. Give yourself and her the chance. Korang berhak untuk
bahagia,” Edward menarik nafas seketika.
“Lagipun nobody
know status Ridhuan. Dah kahwin ke, bujang ke, nobody ever know.
Cuba kau bayangkan, kau lepaskan Hannah and suddenly kau dapat tahu
Ridhuan tu dah kahwin. Sanggup kau tengok Hannah sengsara? Sanggup kau tengok
Hannah menderita? Suka ke kau tengok Hannah hilang arah? Come on, bro. give
yourself the opportunity to love her, to hold her and to let her know that you
are the one for her. Not that guy,” Edward merenung lelaki di hadapannya
itu. Hazim meraup wajahnya sekali lagi. Tiada apa yang mampu dibalas pada
Edward bila semua yang dikatakan lelaki Sabahan itu benar belaka.
“Kalau kau masih
tak yakin, solat. You have your God, ask HIM what to do. HE know and HE will
answer all your problems,” sekali lagi Edward membuatkan Hazim terkedu. Ya,
Edward! Dia bukan muslim tapi apa yang keluar dari mulutnya membuatkan Hazim
sendiri malu dengan lelaki itu. kata-katanya penuh ilmiah. Ucapannya bukan
sia-sia.
“Buat yang
terbaik untuk kau dan Hannah. Bukan terbalik,” pesan Edward sewaktu mereka
berdua melangkah keluar dari kedai makan tepi jalan untuk pulang semula ke
pejabat. Hazim tidak menjawab sebaliknya hanya menarik nafas dalam-dalam dan
melepaskan perlahan-lahan.
###
HUJUNG minggu itu Hazim sengaja mengajak Hannah berjalan-jalan.
Niatnya mahu menenangkan fikiran dan mengosongkan minda. Dari taman rekreasi
sehinggalah ke shopping complex, mereka berdua seakan tidak tahu penat. Hannah
melangkah dengan riang keluar dari lif menuju ke kaunter tiket.
“Nak tengok
cerita apa?” tanya Hazim lembut. Wajahnya dipalingkan menghadap ke arah Hannah
dan disebabkan paras ketinggian Hannah, dia terpaksa menunduk sedikit untuk
menatap wajah comel itu.
“Errmm, cerita
tu,” Hannah menunjuk ke arah poster yang memaparkan wajah Aaron Aziz dan Lisa
Surihani. Alamak, cerita romantik ke? Layankan jelah.
“Bukan dah ada ke
novel dia dekat rumah?” sengaja Hazim bertanya.
“Tu novel, ni
movie tapi tak apalah kalau awak tak nak tengok. Kita tengok cerita lain
jelah,” Hannah bersuara seakan berjauh hati. Hazim cepat-cepat memegang tangan
Hannah yang sudah ingin berpusing ke arah lain. merajuklah tu.
“Ada saya kata
tak nak tengok ke? Saya tanya je, kan?” Hazim bersuara bersama senyuman
manisnya. Hannah terdiam. Dia memandang ke arah Hazim untuk memastikan lelaki
itu tidak bergurau.
“So, ‘Suamiku
Encik Perfect 10!’. Dua tiket dewasa,” ucap Hazim sebelum berlalu ke kaunter
meninggalkan Hannah bersendirian di depan kaunter popcorn.
Hannah mengukir
senyum melihat gelagat Hazim. Seronok dapat suami macam Hazim. Dia tahu Hazim
tak ada hati nak menonton cerita yang dipilihnya itu tapi sengaja dia meminta
dan tak percaya pula yang Hazim akan bersetuju. Sebenarnya Hannah bukan nak
sangat menonton cerita itu hari ini, esok dia masih boleh keluar dengan Aida
untuk menonton. Dia juga sudah puas membaca novelnya sehingga naik lunyai buku
itu dikerjakannya. Tapi tak sangka Hazim sanggup mengorbankan minatnya untuk
melayan dia menonton cerita romantik itu. bukan dia tak tahu Hazim hendak
menonton Insurgent. Jahat kau Hannah, kesian Hazim. Dalam diam, Hannah mengutuk
dirinya sendiri yang gemar mengenakan orang lain.
Hannah memandang
ke arah kaunter tiket. Ramainya orang, pukul berapalah dapat beli tiket ni.
Bosan melihat pemandangan yang sesak dengan manusia yang beratur untuk membeli
tiket, Hannah mengalihkan pandangannya ke pintu masuk pawagam pula. Satu
pasangan kekasih menarik minat Hannah. Dia terus memfokuskan pandangan ke arah
pasangan yang mengenakan baju sedondon itu. matanya membulat. Dia kenal lelaki
itu.
Baru sahaja dia
ingin melangkah ke arah pasangan itu, tubuhnya terdorong ke belakang akibat
tolakan dari pengunjung di situ. Dan bila dia mengangkat kepala sekali lagi,
pasangan itu sudah hilang dari pandangannya.
“Hannah, kenapa
ni?” soal Hazim pelik melihat isterinya yang memandang ke kiri dan ke kanan
seolah-olah mencari sesuatu.
“Eh, err… tak ada
apa-apalah,” Hannah menutup rasa ingin tahunya. Kalau ikutkan hatinya, mahu
sahaja dia berlegar di kawasan pawagam itu untuk mencari pasangan yang
dilihatnya sebentar tadi tapi demi menjaga hati si suami, Hannah membatalkan
niatnya.
“Dah beli tiket?”
soal Hannah penuh teruja. Melihat muka Hazim yang serba salah, keterujaan
Hannah mula hilang.
“Tiket dah habis
ekk?” Hannah meneka. Dengan kuantiti manusia seramai ini, tak mustahil tiket
akan ‘sold out’. Lagi-lagi cerita ini baru 3 hari berada di pawagam. Pasti
ramai yang berpusu-pusu untuk menontonnya dengan orang tersayang. Sama macam
dirinya saat ini.
Melihat wajah
Hannah yang mencuka, Hazim menayangkan kertas yang disorokkannya sedari tadi.
Hannah mengecilkan matanya. Dia memandang tiket yang digawangkan di hadapannya.
Matanya membulat dan dia memukul lembut lengan lelaki di hadapannya. Hazim
tergelak kecil dan membiarkan lengannya terus menjadi mangsa cubitan dan
pukulan manja isterinya. Hannah pula, fikiran yang melayang mengingatkan
seseorang sebentar tadi terus hilang dengan gelagat Hazim yang pandai mengambil
hatinya itu.
SELESAI menonton wayang, Hazim mengajak Hannah untuk mengisi perut
mereka. Seoul Garden tempat yang dituju mereka. Walaupun Hazim bukan penggemar
makanan Korea tapi diturutkan juga kerana sayangkan isteri. Hannah pula hanya
tersenyum dengan kebaikan Hazim yang sentiasa membenarkan dia membuat
keputusan.
“Awak tak kisah
ke makan dekat sini? Awakkan tak suka makanan Korea?” tanya Hannah. Hazim
tersenyum. Kimchi dimasukkan ke dalam mulut.
“Tak suka bukan
tak boleh makan. Saya makan je makanan Korea ke Itali ke Cuma saya tak berapa
gemar,” beritahu Hazim. Hannah tersenyum. Satu lagi yang disukai dengan
perangai Hazim adalah kerana sikapnya yang jujur. Ikhlas dia menuturkan setiap
apa yang dia rasa.
“Cuba rasa ni,”
Hannah meletakkan daging yang sudah siap di grill ke dalam pinggan Hazim. Hazim
tersenyum dan mengangguk. Dia kemudian memasukkan daging tadi ke dalam
mulutnya.
Sambil makan,
mereka berkongsi cerita. Dan sejujurnya untuk kali pertama Hannah merasakan
yang dia begitu dekat dengan lelaki yang bergelar suaminya itu. setelah hampir
4 bulan melayari bahtera perkahwinan, Hannah dapat rasa yang dia mengenali
lelaki yang bernama Muhammad Hazim Fitry. Lelaki yang sentiasa ada di sisinya
walaupun dia tidak ambil endah tentang lelaki itu.
Hazim bangun
menuju ke water dispenser untuk mengambil minuman untuk dirinya dan
Hannah. Hannah yang bersendirian mula merenung ke luar restoran Korea itu.
matanya melilau entah apa yang menarik dipandangnya. Dan sekali lagi bebola
matanya berjaya mengesan satu pasangan yang diperhatikan semasa di panggung
wayang tadi. Lelaki berbaju biru sedondon dengan gadis di sisinya yang sedang
memeluk erat lengannya. Dia kenal lelaki itu, dia pasti! Tapi melihat tautan
tangan antara lelaki itu dengan wanita di sisinya, Hannah jadi tak keruan.
Bagai hilang
arah, Hannah bangun dan menghampiri pasangan yang baru ingin membuat bayaran
bufet mereka. Makanan yang diambilnya sebentar tadi dibiarkan sahaja di atas
meja dan suaminya juga tidak dipedulikan. Hannah makin menghampiri pasangan
itu.
“Ridhuan…”
panggil Hannah perlahan. lelaki itu memalingkan wajahnya menghadap ke arah
gadis di hadapannya. Matanya membulat, tubuhnya kaku, mulutnya bisu. Gadis di
hadapannya tersenyum.
“Terima kasih…
terima kasih untuk segala-galanya,” ucap Hannah sebelum berlalu keluar dari
restoran itu. tindakan refleks Ridhuan di luar jangkaannya. Ridhuan melepaskan
pegangan erat tangan teman wanitanya dan berlari mengejar langkah Hannah. Hazim
pula hanya bertindak sebagai pemerhati bersama segelas jus oren ditangannya.
Hazim tersenyum sayu dan bertukar menjadi gelak kecil. gelak yang mengutuk
dirinya sendiri kerana kebodohannya.
Hannah berjalan
laju. Tangannya mula melambai menahan teksi yang lalu di hadapannya sebelum
tangannya ditarik membuatkan dia terpusing dan menghadap lelaki di hadapannya.
Susuk tubuh lelaki itu tegap, tidak seperti Hazim yang kurus dan tinggi
membuatkan Hannah sedar siapa di hadapannya tika ini.
“Awak nak apa
lagi?” tanya Hannah cuba mengawal tangisannya.
“Hannah, tolong
dengar penjelasan saya,” Ridhuan separa merayu.
“Penjelasan?
Penjelasan apa? Awak pergilah dengan kehidupan awak. Saya minta maaf
menganggu,” Hannah bersuara sayu.
“Hannah, saya tak
pernah lupakan apa yang terjadi antara kita. Saya sayangkan awak Hannah,”
Ridhuan bersuara penuh semangat.
“Sayangkan saya?
Tapi mana awak pergi? 6 tahun awak hilang tanpa khabar berita tiba-tiba hari ni
awak muncul dengan seorang perempuan dan awak mengaku awak sayangkan saya? Stop
that stupid games, Ridhuan,” marah Hannah. Ridhuan masih tidak mengalah.
Dia memaksa Hannah untuk dengar apa yang ingin disampaikannya. Bagaikan dalam
novel, bunyi guruh kedengaran berdentum menandakan hujan bakal turun sebentar
saja lagi.
“Hannah, awak tak
tahu macam mana sakitnya saya seorang diri di States. Saya rindukan awak tapi
saya kena bertahan, saya tak mampu nak contact awak lepas saya
tinggalkan awak seorang diri tanpa pesan. Saya tahu awak marah, saya tahu awak
terluka tapi hati saya lagi terluka, Hannah,”
“Lepas saya habis
belajar, saya dapat peluang pekerjaan di sana. Saya bukan sengaja. Saya buat
semua tu sebab saya nak kumpul duit nak pinang awak. Yes, sue me again!
Saya tak contact awak sebab saya tak ada keberanian nak buat semua tu. Saya tak
tahu macam mana penerimaan awak bila lelaki yang awak sayang menghilangkan diri
dan tiba-tiba muncul semula. Saya takut,” hujan mula turun membasahi bumi.
Tangisan Hannah bersatu dengan air hujan yang mencurah turun.
“Kemudian saya realize,
kalau saya asyik takut dengan penerimaan awak saya tahu saya akan kehilangan
awak. sebab tu saya buat keputusan untuk pulang semula ke Malaysia. Saya nak
cari awak, saya nak bagitahu yang saya rindukan awak. tapi, all of sudden
saya dapat tahu awak dah kahwin. Awak kahwin dengan lelaki pilihan keluarga awak.
saya kecewa, saya marah. Saya tak kecewa dan marahkan awak tapi saya kecewa dan
marah dengan diri sendiri. Disebabkan ketakutan saya, saya kehilangan insan
yang saya sayang,” Ridhuan masih menjelaskan keadaannya kepada Hannah yang
kelihatan sudah tidak bermaya untuk mendengar alasannya.
“Hannah,
please give me one more chance. I still love you and I know you still love me
too. Please Hannah,” Ridhuan memohon. Hannah menggelengkan kepalanya.
“Awak jangan buat
gila, saya isteri orang Ridhuan,” Hannah masih lagi dalam keadaan warasnya
walaupun baru seketika tadi di bertindak di luar kawalan tapi dia masih ingat
status dan maruah dirinya.
“Hannah please,
saya sanggup buat apa saja asalkan awak terima saya semula,” Hannah terdiam.
Serta-merta dia teringat janji yang pernah dia buat dengan Hazim dulu. Hannah
tunduk ke bawah.
“Saya… saya nak
balik,” Hannah pantas meleraikan tautan tangan Ridhuan di bahunya dan dia
berlalu meninggalkan lelaki itu keseorangan.
HANNAH melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyinya… mana Hazim. Nak
kata tak balik lagi, kereta dah terparkir elok digaraj. Hannah masih menggigil.
Mana tidaknya, hampir setengah jam di bawah tangisan hujan, teksi pula tiada
yang hendak berhenti bila lihat dia kebasahan begini. Sudahnya dia menghubungi
Aida dan meminta temannya itu untuk menghantar dia pulang. Mujur Aida tidak
berkira walaupun dia tahu Aida pelik melihat dia yang lencun dan keseorangan
sedangkan Aida tahu dia keluar dengan Hazim hari ini.
Hannah mengalih
pandang ke arah tangga bila terdengar bunyi derapan kaki. Dia merenung Hazim
yang turut sama merenung ke arahnya. Beberapa saat kemudian, Hazim berlalu
menyebabkan Hannah terkedu. Dia marah ke? Hazim marahkan aku ke?
Belum sempat
Hannah memikirkan penyelesaiannya, dia terasa ada sesuatu membaluti tubuhnya
yang kesejukan. Hazim di hadapannya hanya mempamerkan muka kayu tiada
perasaannya. Hannah membetulkan balutan tuala dibahunya. Belum sempat Hannah
bersuara, Hazim meninggalkannya bersendirian menuju ke dapur.
Hannah menggigit
bibir bawahnya. Apa aku nak buat ni? Belum sempat Hannah memikirkan
penyelesaiannya, dia terbersin. Mungkin kerana keadaannya yang kesejukan saat
ini. Hannah pantas berlalu ke biliknya untuk membersihkan diri.
Selesai mandi,
Hannah keluar untuk mencari Hazim. Dia ingin memohon maaf pada lelaki itu dan
jelaskan semua yang berlaku akibat tindak balas refleks yang terkejut melihat
lelaki itu. dia tiada maksud lain. lagi pun perasaan cinta pada Ridhuan telah
hilang dan digantikan dengan perasaan untuk Hazim. Turun ke dapur, suasana
sunyi. Hanya ada sesuatu di bawah tudung saji ungu di meja makan. Tiada kelibat
orang di sekitar ruangan itu. Hannah terdiam. Mana dia ni?
Hannah mengangkat
tudung saji. Perutnya sudah berkeriut. Dahlah makan tadi tak kenyang, kena
hujan pula bertambah laparlah perut. Mengingatkan kembali kejadian di restoran
makanan Korea itu, Hannah mengeluh sendirian. kesian Hazim, sudahlah mahal
sedikit sahaja yang dimakan mereka berdua.
Saya buatkan bubur panas. Makanlah, biar badan tu panas sikit. Tak
payah tunggu saya malam ni. Saya tidur rumah Ed. Esok saya akan failkan
penceraian kita. Perjanjian tetap perjanjian.
“Assalamualaikum,”
suara salam dari luar rumah tidak bersambut sebaliknya…
PRANGGGG!!!
Aida berlari
masuk ke dalam rumah sebaik sahaja mendengar bunyi kaca pecah. Mujur pintu
hadapan tidak berkunci. Dia menuju ke dapur mewah rumah itu dan matanya
menangkap tubuh Hannah yang terbaring di lantai.
“Hannah!!!”
###
“HANNAH, makanlah sikit. Dah dua hari kau tak makan ni. Nanti kau
pengsan lagi,” pujuk Aida. Sudu berisi bubur nasi itu di bawa ke mulut Hannah.
Hannah memalingkan mukanya tanda tidak mahu. Aida mengeluh lemah.
“Hannah,
janganlah macam ni. Kau kena makan, kalau tak kau tak ada tenaga. Macam mana
kau nak pujuk Hazim?” Aida bangun dan merapati Hannah yang masih tidak mahu
makan dan minum itu. dia duduk di tepi katil Hannah. Tangan gadis itu digenggam
lembut.
“Kalau aku pujuk
dia bukan dia layan pun,” perlahan Hannah bersuara.
“Cepatnya kau
putus asa? Kau belum pernah pujuk dia lagi, mana kau tahu dia tak layan?” Aida
bertanya. Hatinya sedikit tenang bila melihat Hannah sudah mahu berbual.
“Dia marah sangat
dengan aku, Aida. Tak mungkin dia nak maafkan aku,” air mata Hannah mula
menitik. Sayu hatinya mengenangkan diri yang ditinggalkan suaminya. Semua salah
dia, kalau dia tak buat adegan dalam hujan itu pasti keadaan tak jadi begini.
“Kenapa kau kata
macam tu? Hazim yang aku kenal tak pernah tak maafkan orang. Dia akan maafkan
kau. Percayalah cakap aku,” Aida masih berusaha memujuk temannya itu.
“Tapi dia dah
failkan penceraian kami. Semalam peguam dia dah telefon aku. Dia dah benci aku
Aida, dia dah bencikan aku,” Hannah kembali mengongoi menangis. Aida memegang
bahu temannya erat. Dia merenung ke dalam mata gadis itu.
“Kau sayangkan
dia?” Hannah jawab dengan anggukan
“Kau cintakan
dia?” Hannah angguk lagi.
“Kalau kau sayang
dan cintakan dia, kau kena berusaha dapatkan cinta dia. Bukan mengalah,” Aida
memberikan kata semangat. Hannah memandang temannya dengan pandangan penuh
harapan.
“Tapi, untuk kau
buat semua tu kau kena ada tenaga. Now, eat!” arah Aida. Bubur yang
diletakkan di sisi katil dicapai semula dan disudukan ke mulut Hannah. Hannah
terus makan tanpa sebarang bantahan. Dia perlukan kekuatan untuk memujuk hati
jejaka yang luka itu.
###
AIDA masuk dengan wajah yang mencuka. Tanpa memberitahu kepada
setiausaha yang sedang duduk bergosip di tepi meja kerja, Aida melangkah masuk
ke bilik Hazim. Pintu bilik dibuka kasar. Hazim yang sedang berbincang tentang
permasalahan syarikat dengan Edward terkejut.
“Err, anything?”
tanya Edward bila perasan Hazim terkejut.
“Nothing with
you but everything with him!” Aida bersuara tegas. Edward terdiam. Aida
menalakan jarinya sama level dengan wajah Hazim yang masih berlagak tenang.
“Apa masalahnya
cik Aida? Saya rasa semua dah clear, tak ada apa lagi masalah kan?”
Hazim bersuara tenang. Pandangannya langsung tidak ke arah Aida. Sebaliknya dia
hanya memandang kosong pintu yang tertutup setentang dengannya saat ini.
“Tak ada apa
masalah, kau cakap?! Aku tak sangka lelaki macam kau ni sanggup nak mainkan
hati perempuan! Kau ingat Hannah tu anak patung ke untuk kau main
passing-passing macam tu? Hannah ada perasaan, tapi apa yang kau buat dengan perasaan
dia? Kau hancurkan perasaan dia! Kau pijak lumat macam batu. Kau buat dia
menderita!” marah Aida. Edward memandang Hazim yang tiada riak ingin membalas.
Hazim masih duduk tenang di meja kerjanya.
“Lelaki macam kau
ni tak gunalah hidup kat atas muka bumi ni. Menyakitkan hati je! Kau dengan
Ridhuan tu sama je! Lelaki tak guna!” jerkah Aida. Edward terkejut. Dia ingin
membalas namun pandangan mata Hazim menghentikan perbuatannya.
“Aku tak sangka
macam mana Hannah boleh bagi hati dia pada lelaki macam kau ni. Dahlah tak tahu
nak hargai, kau injak pulak atas hati dia tu kan. Lelaki jenis apa kau ni?”
suara Aida mengendur tapi masih dalam nada marah. Hazim masih membatu. Telefon
bimbit Aida berbunyi. Panggilan dari hospital. Hannah sekali lagi masuk ke rumah
sakit itu bila dia mogok untuk makan selepas Hazim langsung tak ambil peduli
dengan apa yang cuba dia terangkan. Malah Hazim sempat mengatakan yang dia
hanya membuang masa sebab Hazim langsung tak ada hati nak dengar apa yang dia
terangkan.
“Kalau apa-apa
jadi dekat Hannah, aku takkan maafkan kau. Ingat Hazim. Aku takkan maafkan
kau!” dan Aida berlalu meninggalkan bilik kerja itu. Sewaktu pintu dibuka,
Hazim nampak dengan jelas para pekerjanya berkerumun di hadapan bilik untuk
mendengar pertengkaran mulut Aida itu.
“Hazim…”panggil
Edward bila melihat Hazim hilang dalam lamunannya.
“Kita ke
hospital,” arah Hazim sebelum bangun dari kerusi dan mencapai telefon bimbitnya
di atas meja kerja. Edward terkejut tapi seketika cuma sebelum dia turut bangun
dan menuju ke pintu bilik untuk menemani Hazim ke hospital.
WARD Anggerik sunyi. Hazim melangkah masuk perlahan-lahan. Risau
menganggu tidur Hannah dan lebih risau lagi kalau ada Aida bersembunyi dalam
bilik itu. Kalau ikut kata Edward, Aida keluar ke surau. Hazim masuk sendirian.
Edward hanya menunggu di luar untuk menjaga ‘jalan’. Takut pula Aida muncul
tiba-tiba. Mahu terbalik hospital ini dikerjakannya.
Hazim menatap
sekujur badan yang terbaring lemah. Hampir menitis air matanya melihat tangan
comel itu bercucuk jarum. Ya ALLAH, kenapa kau seksa badan sendiri, Hannah?
Hazim bukan tak tahu Hannah bencikan jarum. Bukan setakat jarum malah kalau
luka sedikit pun Hannah takut. Dia ingat pernah satu masa dia luka akibat jatuh
semasa balik dari joging. Hannah membebel menyuruhnya balut dan yang melucukan
Hannah hanya membebel tapi tidak membantu kerana fobianya pada darah.
Hazim duduk
dikerusi bersebelahan dengan katil Hannah. Tangan yang tiada drip dipegang dan
dielus lembut. Hazim menarik nafas panjang. Matanya merenung sayu ke arah gadis
itu. Selimut yang menyelimuti tubuh gadis kesayangannya itu dibetulkan. Hazim
memandang lama ke arah gadis yang masih lena di peraduannya tanpa sedar ada
sepasang mata di sebalik pintu turut memerhatikan gerak gerinya.
“Apa korang buat
dekat sini?” tanya Aida kasar tapi perlahan. Tidak mahu Hazim sedar yang dia
sudah berada di situ. Dia mahu tengok setinggi mana ego Hazim melayani gadis
kesayangannya itu.
“Tanya Hazim,”
jawab Edward mudah membuatkan Aida mencebik. Baru saja Aida ingin membuka
mulut, Edward meletakkan jari telunjuk dibibirnya sendiri menandakan Aida perlu
diam. Dia kemudian menunjuk ke arah dalam ward Hannah.
“Assalamualaikum
sayang. Maafkan saya berkasar dengan awak. saya sayangkan awak. saya tak nak
awak terluka. Cinta dan hati saya hanya untuk awak, sayang. Saya tahu apa yang
saya buat ni tak adil. Tapi awak ingat tak, awak pernah bagitahu saya kalau
Ridhuan balik, awak yakin yang awak akan kahwin dengan dia,” Hazim duduk
kembali di kerusi menunggu.
“Masa awak cakap
macam tu, hancur luluh hari saya. ALLAH je yang tahu. Tapi hari ni saya faham
kenapa awak cakap macam tu. Cinta tu sakit, sakit bila diberi dan tak dihargai.
Tapi elok bila diberi dan disambut dan dijaga. Macam cinta saya pada awak, tak
ada makna sebab awak sayangkan Ridhuan. Saya tahu saya terburu-buru nak tawan
cinta awak, tapi saya sayangkan awak. saya tak nak awak kecewa,”
“Tapi rupanya
awak lagi kecewa bila saya muncul di tengah-tengah awak dan Ridhuan. Awak
mencintai Ridhuan sepenuh hati sedangkan saya, awak baru belajar nak kenal.
Saya tak terasa sebab saya tahu cinta tu satu perkara yang rumit. Hannah, saya
rela lepaskan awak sebab saya tahu awak akan berada pada lelaki yang terbaik,
yang sayang dan cintakan awak sama macam saya. Saya nak awak gembira, gembira
bersama cinta awak. saya nampak macam mana awak terluka bila awak nampak dia
dengan perempuan lain di Seoul Garden hari tu,”
“Untuk
pengetahuan awak, perempuan tu bukan siapa-siapa dalam hidup Ridhuan. Ridhuan
dah bagitahu saya semuanya. Termasuklah kisah cinta korang dulu dan perancangan
dia untuk meminang awak sebaik sahaja edah awak selesai. Saya sayangkan awak.
saya nak awak bahagia,” mendengar ayat itu, Aida terkedu. Patutlah Hazim
langsung tiada perasaan, rupanya Ridhuan dah merancang terlebih dahulu.
“Tapi saya hanya
bahagia dengan awak,” suara gemersik lembut itu membuatkan semua terpaku. Aida
memandang lebih fokus. Bulat matanya bila nampak Hannah menitiskan air mata.
“A…awak…” Hazim
kematian kata.
“Tak. Saya tak
tidur. Saya dengar setiap apa yang awak cakapkan,” air mata Hannah menitik
lagi. Hazim hanya berdiri kaku, tiada keberanian untuk melakukan apa-apa.
“Saya cintakan
awak. jangan tinggalkan saya. Please…” pinta Hannah. Hazim masih diam
tanpa respons. Aida di luar bilik mula geram. Mujur ada Edward yang
menjelingnya meminta dia untuk bertenang kalau tak mahu mematikan drama Akasia
yang sedang berlaku saat ini.
“Hazim, awak
dengar tak ni?” Hannah bertanya geram. Hazim mengangguk tapi riak mukanya masih
blur. Terkejut agaknya ditangkap sewaktu sedang meluahkan perasaan.
“Tapi, saya dah
janji dengan Ridhuan,” balas Hazim akhirnya.
“Perasaan saya
bukan mainan yang boleh dijual-beli. Hati saya bukan baton yang boleh di
passing-passing. Ridhuan masa lampau saya, awak masa depan saya. Saya sayangkan
awak Hazim,” ucap Hannah penuh perasaan.
“Ya saya mengaku
saya yang jumpa Ridhuan tapi percayalah masa tu saya didorong dengan perasaan
nakkan jawapan. Saya tak ada maksud lebih dari tu. Mana mungkin saya nak
kembali pada dia bila saat tu saya dah mula cintakan awak,” Hannah pegang
lengan baju Hazim.
“Percayalah, saya
cintakan awak,” Hannah bersuara dalam tangisan.
“Saya pun
cintakan awak,” Hazim membalas bersama senyuman namun masih statik di
tempatnya. Hannah tersenyum dan mengelap
air mata yang masih laju menuruni pipinya.
“Then?”
tanya Hannah menambahkan kebingungan Hazim.
“Then… what??”
“Hug me…”
pinta Hannah perlahan. Hazim tersenyum. Katil pesakit dirapati. Tubuh Hannah
ditarik ke dalam pelukan dan Hannah kembali menangis.
You’re my sunshine after the rain
You’re the pure against my fear and my pain
Coz I’m losing my mind when you not around
It’s all… it’s all because of you
Edward tersenyum
sambil mulutnya tak henti-henti menyanyikan korus lagu Because of You dari
kumpulan 98 Degrees itu. Aida turut tersenyum sambil melangkah masuk mengikuti
langkah Edward. Hannah melepaskan diri dari pelukan Hazim. Dia mengesat bekas
air mata yang mengalir di pipinya. Hazim hanya mampu menggelengkan kepala dengan
perangai pelik Edward itu.
“Eh…” Hazim
bersuara tiba-tiba. Semua mata memandang tepat ke arahnya.
“Kenapa?” Hannah
bertanya lembut. Tangannya masih dibiarkan dalam genggaman Hazim.
“Ridhuan? Macam
mana?” tanya Hazim membuatkan yang lain terdiam. Hanya Hannah yang masih tak
henti dengan senyuman.
“Don’t worry.
I’ll manage it,” balas Hannah penuh yakin
###
HANNAH merenung air biru kehijauan di hadapannya itu. Tasik
Titiwangsa dipenuhi dengan pengunjung. Ada yang beriadah, ada yang berpiknik
dan tak kurang juga ada yang menabur bunga membeli cinta. Hannah tergelak
sendirian. hari ini dia keluar bersama Aida menemankan gadis itu membeli belah
untuk majlis perkahwinannya dua bulan lagi. Mesti semua ingat dia kahwin dengan
Edward kan? Ops, sorry… no! Aida bertemu jodoh dengan seorang pilot.
Macam mana dia boleh jumpa pilot ni? Lain kalilah pulak kita cerita.
Edward dah revert
agama. Tak sangka kata-kata hikmah yang sering dia bagi pada Hazim satu ketika
dulu rupanya salah satu cabang hidayah untuk dirinya. alhamdulillah, kuasa
ALLAH siapakan tahu. Dengan bahagianya Edward kenalkan seorang perempuan yang
dikatakan sebagai tulang rusuk kanannya. Staff nurse yang dingoratnya waktu
menemankan Hazim ulang-alik ke hospital menjaga Hannah. Tak lama pun perkenalan
diorang, tapi sebab masing-masing serius dua minggu pun boleh dah jumpa
keluarga. Taku fasal penerimaan keluarga Edward? Tak pe, keluarga Edward okay!
Ridhuan? Mamat tu
sesuai digelar kasanova Melayu terakhir. Penipuan dia terbongkar. Perempuan
yang dengan dia masa kat Seoul Garden hari tu adalah one of his top 10
girlfriend. Selama 3 tahun dia ada di States adalah dengan sebab menambah
bilangan koleksi girlfriend. Macam mana pilihan hati dia? Gadis Melayu of
course. Adik-adik junior yang baru masuk adalah hasil tangkapan yang paling
menarik. Mujur Hannah tak termakan umpannya, kalau tak habislah cinta Hazim
buatnya.
“Oi, jauhnya
termenung,” sergah Aida. Hannah tersengih. Dia memandang Aida yang baru
memasukkan telefon bimbit ke dalam sling begnya.
“Cik abang depan
mata pun nak termenung-menung bagai. Lainlah macam aku ni, seminggu sekali pun
susah nak jumpa. Asyik fly je,” rungut Aida. Hannah tersenyum.
“Dah kau minat
sangat dengan abang pilot, nak buat macam mana? Terima jelah,” kutuk Hannah.
Aida mencebik. Dia mengerling ke arah jam ditangannya. Menghampiri 5 petang.
“Eh, jomlah
balik. Nanti husband kau bising pula kata aku bawak lari wife
dia,” mendengar kata-kata Aida, Hannah tergelak.
“Excuse me,
Hazim bukan macam tu, ok?” Hannah mempertahankan suaminya menyebabkan Aida
mencebik lebih lagi.
“THANKS Aida. Eh, jomlah masuk. Minum-minum dulu,” Hannah mengejak
teman karibnya masuk. Aida mengangguk bersetuju. Mereka melangkah beriringan
menuju ke pintu rumah semi-D dua tingkat itu.
“Assalamualaikum,
abang,” Hannah memberi salam. Pelik, kenapa senyap sunyi je ni? Hannah
melangkah masuk, Aida mengikut dari belakang.
POMPPP!!!
Bunyi mercun hari
lahir mengejutkan Hannah. Terbeliak matanya memandang suaminya yang muncul
entah dari mana. Belum sempat Hannah bersuara, suara nyanyian kedengaran.
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan Hannah Masyitah..
ALLAH selamatkan kamu..
Hannah memandang
ke arah muka-muka yang menyanyikan lagu hari lahir untuknya itu. mama, abah,
ibu, ayah, Edward dan bakal isterinya dan tak terkecuali Aida dan Mr. pilot
kesayangannya. Hannah menjeling geram ke arah Aida.
“Kau dah tahu
ye?” soal Hannah geram. Aida tergelak kecil. jari telunjuk dan jari hantunya
diangkat membuat tanda ‘peace’. Hannah hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Happy
birthday, sayang,” ucap Hazim penuh romantis. Hannah tersenyum lebar.
Tangannya diangkat sehingga ke arah dada lelaki itu. Hazim angkat kening.
“Hadiah?” tanya
Hannah polos. Hazim tersenyum penuh makna. Dia mencapai gitar yang terletak
elok di tepi meja televisyen. Bila hazim mula memetik gitar, mata lain mula
merenung ke arahnya.
Lonely, that's not how we're meant to be
But looking in your eyes I see
A heart that was abandoned
by a world that used to show you love
You feel like you're the only one
Whose day begins without the sun
You're left to turn and face it all alone
Well, I know sometimes it seems as if
fate has done you wrong
But if you look inside your heart
you'll find the strength to carry on
You've got to leave it all behind you
Break through those lonely chains that bind you
'Cause love's not far away, it's gonna find your heart someday
And when you feel it's warmth surround you
You'll realize that love has found you
So turn away your fears
'Cause the love that you've been looking for is here
Suddenly, your broken heart begins to see
a love that lasts eternally
Just look ahead and never ever let a single tear drop from your eye
It breaks my heart to see you cry
The pain that haunts you every night
Because of all the emptiness inside
Well, I know sometimes it seems as if your heart is caving in
But if we look inside the soul we'll find the love we have within
I know sometimes when things go wrong
You search for strength carry on
But all we need to take control
Is the love within my soul
'Cause you know that love will find a way
To reach your heart again someday
You must believe it's true
Now all you have to do
But looking in your eyes I see
A heart that was abandoned
by a world that used to show you love
You feel like you're the only one
Whose day begins without the sun
You're left to turn and face it all alone
Well, I know sometimes it seems as if
fate has done you wrong
But if you look inside your heart
you'll find the strength to carry on
You've got to leave it all behind you
Break through those lonely chains that bind you
'Cause love's not far away, it's gonna find your heart someday
And when you feel it's warmth surround you
You'll realize that love has found you
So turn away your fears
'Cause the love that you've been looking for is here
Suddenly, your broken heart begins to see
a love that lasts eternally
Just look ahead and never ever let a single tear drop from your eye
It breaks my heart to see you cry
The pain that haunts you every night
Because of all the emptiness inside
Well, I know sometimes it seems as if your heart is caving in
But if we look inside the soul we'll find the love we have within
I know sometimes when things go wrong
You search for strength carry on
But all we need to take control
Is the love within my soul
'Cause you know that love will find a way
To reach your heart again someday
You must believe it's true
Now all you have to do
(98 degrees – The
Love That You’ve Been Looking For)
Hannah tersenyum sebaik sahaja Hazim
selesai menyanyikan lagu kegemarannya. Hazim menghampiri Hannah yang mula
menitiskan air mata.
“The love you’ve been looking for
is here,” Hazim mengulang semula lirik lagu itu membuatkan Hannah
tersenyum. Kepalanya mengangguk tanda setuju. Dia menghampirkan bibirnya dengan
telinga Hazim.
“I love you,” bisiknya
perlahan dan dia berlalu ke arah keluarga mereka yang berkumpul menikmati
hidangan makan malam yang ditempah khas oleh Hazim untuk isterinya dan keluarga
mereka.
HANNAH menutup
matanya rapat. Menghayati hembusan angin yang menampar lembut pipinya. Tenang,
dia sungguh tenang. Bibirnya menguntum senyuman bila teringat kejutan hari
lahirnya semalam. Dia gembira. Walaupun Hazim bukan jenis lelaki yang romantik
tapi Hazim masih ingat hari lahirnya dan yang paling penting nyanyian Hazim
sangat bermakna untuknya. Kalau boleh record, memang dia dah record dah. Buat
tatapan waktu-waktu sunyi nanti.
“Hei,” lembut suara garau menyapa
dari arah belakang. Hannah berpusing seketika dan tersenyum. Dia kemudian
kembali memandang ke arah jalan raya yang masih sibuk dengan kenderaan. Hazim
menghampiri isterinya itu. tubuh kecil isterinya dipeluk erat dari arah
belakang. Hannah membalas dengan meletakkan tangan di atas tautan tangan Hazim.
“Abang…” panggil Hannah tiba-tiba.
“Ermm… kenapa?” tanya Hazim perlahan
tapi cukup untuk buat Hannah tersenyum.
“Thank you for everything,”
ucapan Hannah buat Hazim terkedu.
“Kenapa tiba-tiba ni?” tanya Hazim
dengan penuh aneh. Hannah tersenyum nipis. Dia memandang wajah suaminya dari
ekor mata.
“Dah lama Hannah nak cakap
sebenarnya. Abang suami yang baik. Abang sentiasa utamakan perasaan Hannah
sebelum abang buat apa-apa keputusan. Abang hargai kehadiran Hannah di sisi
abang. Hannah isteri yang bertuah sangat, abang. Terima kasih sebab hadir dalam
hidup Hannah walaupun kehadiran abang bukan kehendak Hannah pada awalnya. Tapi
percayalah, sekarang ni Hannah memang perlukan abang dalam kehidupan Hannah.
Untuk bimbing Hannah ke jalan yang diredhai-NYA. Hannah sayangkan abang. Hannah
harap kita bersama sampai ke Jannah-NYA,” ucap Hannah penuh sayu. Hazim diam.
Dia masih memeluk isterinya erat.
“Sayang, abang pun nak ucapkan
terima kasih sebab Hannah sudi bagi hati Hannah peluang untuk mencintai abang.
Walaupun perkahwinan kita hanya sebagai merapatkan hubungan orang tua kita,
tapi percayalah from first day abang jumpa Hannah, abang dah jatuh
cinta. Walau macam-macam ujian perasaan yang kita hadapi abang gembira jodoh
kita masih kuat. Abang happy ALLAH masih bagi abang peluang untuk jadi suami
Hannah. Dan abang selalu berdoa supaya Hannah adalah bidadari abang disyurga
nanti. I love you, sayang,” Hazim semakin mengeratkan pelukannya. Hannah
tersenyum Cuma. Matanya masih ralit memerhatikan jalan raya walaupun hatinya
sudah tiada di situ. Hatinya sudah terbang diawangan bila mendengar ucapan
penuh romantis Hazim.
“I love you too, abang,”
Hannah berkata tiba-tiba.
Ya, jodoh bukan semestinya dengan
siapa yang kita cintai. Kadang-kadang, pertemuan pertama tak begitu indah tapi
dialah rupanya yang ditakdirkan untuk kehidupan kita. Betul kata orang
dulu-dulu, jangan bercinta bagai nak rak, takut nanti diri sendiri merana.
Hannah bersyukur, walaupun separuh
mati dia mencintai Ridhuan tapi dia tidak merana bila tahu Ridhuan sudah
berhenti menyayanginya kerana ada hati lain yang sudah mengambil tempat
menggantikan Ridhuan.
Kadang-kadang jodoh tu depan mata, tapi tak pernah kita perasan.
Hannah mengaku, dia tidak pernah perasan cinta Hazim buatnya sejak dari hari
pertama mereka bertemu hinggalah ke perkahwinan mereka. Tapi Hannah gembira.
Gembira kerana cinta Hazim akhirnya dia berjaya membalasnya. Dan dia
benar-benar gembira kini bila tahu ada orang baharu bakal muncul dalam
kehidupan mereka.
Manusia tak sempurna, begitu juga dengan cinta. Tapi kalau saling
melengkapi, manusia dan cinta itu lebih dari sempurna. Kerana setiap kekurangan
akan nampak indah bila saling melengkapi dengan kelebihan yang ada.
Hannah tersenyum lebih lebar. Terima kasih Ya ALLAH. Alhamdulillah
atas kurniaan cinta-MU. Satukanlah kami hingga ke Jannah-MU. Memang, jodoh itu
unik dan aku bersyukur cinta yang aku cari ada di depan mata.
#TAMAT#
p/s : Saya masih lagi baru belajar menulis. Maaflah kiranya cerita x menarik/bosan/x paham jalan cerita. Harap boleh komen supaya saya dapat betulkan lagi penulisan saya... :)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA
Best. Sayu hati membaca. Ending pun cantik. Susunan cerita ok
ReplyDelete