LAPANGAN terbang KLIA sesak. Penerbangan dari United Kingdom baru
sahaja tiba beberapa minit lalu. Rizal tertinjau-tinjau mencari kelibat adik
kembarnya, Rafiq. Isterinya, Aleeya sudah mula keletihan. Dia duduk di kerusi
menunggu sambil mengusap perutnya yang makin membulat.
“Assalamualaikum,”
sapa satu suara yang cukup dikenali Rizal. Rizal mengalihkan pandang ke arah
suara itu sambil tersenyum lebar. Dia memeluk bahu lelaki yang berdiri di
hadapannya itu dengan erat dan mesra.
“Waalaikumussalam,”
balas Rizal kemudiannya. Rafiq masih lagi berbalas pelukan dengan abangnya.
Senyuman di bibir mereka berdua masih lagi belum mati. Lega benar dapat
melepaskan rindu dengan kembarnya sejak 5 tahun terpisah gara-gara si adik
melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Rizal menarik
tangan Aleeya untuk menghampirinya. “Ni kakak ipar kau, Aleeya,” Rizal
memperkenalkan Aleeya kepada Rafiq. Rafiq terkejut. Dia tersentak dan terpempan
melihat wajah wanita di hadapannya saat ini. Aleeya cuba mengawal perasaannya
yang mula berkocak. Kenapa dia mesti wujud semula dalam hidup aku?
“Woii!!” sergahan
Rizal mematikan lamunan mereka berdua. Rafiq tersengih menutupi perasaannya.
“Sorrylah bro.
terkejut tengok kakak ipar sendiri,” Rafiq buat-buat ketawa. Rizal sengih
tayang gigi. Dia memeluk bahu adiknya.
“Amacam? Comel
tak?” ujar Rizal bergurau. Rafiq tergelak.
“Bahaya soalan
tu, bang. Tak perlulah dijawab kot,” Rafiq paksa senyum. Rizal tergelak kecil
dengan jawapan adiknya itu. Aleeya lebih kepada mendiamkan dirinya. Dia mula
tak senang duduk. Tingkahnya terasa bagai salah sahaja. Dia ingin cepat-cepat
balik ke rumah. Tapi, kalau balik pun, dia masih terpaksa menghadap wajah
lelaki yang dibencinya itu. Maklumlah, diakan tinggal di rumah mertuanya.
“Abang, bila kita
nak balik ni? Leeya penatlah. Tak selesa,” Aleeya mula bersuara. Benci sungguh
dia melihat wajah adik iparnya itu. Wajah yang pernah menghancurkan hati
perempuannya. Rizal tersenyum manis. Pelukan di bahu adiknya dilepaskan dan dia
memeluk lembut bahu isterinya.
“Kesian wife
abang. Tulah, suruh tinggal rumah tadi, tak mahu,” usik Rizal. Aleeya ukir
senyum nipis. Mulanya memang teruja nak kenal dengan adik ipar sendiri, tapi
bila dah kenal rasa macam nak sembunyikan diri. Lari dari pandangan lelaki itu.
Lari dari mengenali lelaki yang membawa gelaran adik ipar itu. Benci dia
melihat senyuman yang terukir di wajah lelaki itu. Kalau boleh, rasa ingin saja
dia menoreh tepi bibir lelaki itu. Biar jadi macam Joker.
“Jomlah, bang.
Balik rumah boleh sembang panjang lagi. Mama pun ada sekali,” ajak Rafiq. Rizal
menganggukkan kepalanya. Bahu isterinya dipeluk erat sambil memerhatikan
adiknya yang menolak troli berisi luggage dan beg barangannya.
“Sayang nak duduk
depan ke belakang?” soal Rizal prihatin tentang keadaan isterinya. Rafiq yang
sedang memasukkan barangan ke dalam bonet jelas mendengar soalan abangnya itu.
terasa terbakar pula hatinya dengan panggilan sayang yang digunakan. Sabar Fiq,
kau bukan siapa-siapa dalam hidup Aleeya. Dia milik abang kau. Hati Rafiq
memberi rasional kepada dirinya saat ini.
“Tak kisah
sayang,” balas Aleeya lembut menghancurkan lagi hati Rafiq yang sudah sedia
hancur. Rafiq yang selesai memasukkan barang ke dalam bonet pantas berlalu
menuju ke pintu belakang sebelum memboloskan dirinya. dia perasaan Aleeya
teragak-agak untuk membuka pintu hadapan jadi baik dia sahaja yang memberi
laluan kepada Aleeya untuk duduk di sebelah abangnya, kan?
“Oi, siapa suruh
kau duduk belakang?” sergah Rizal yang baru membuka pintu tempat pemandu. Rafiq
yang baru merehatkan kepalanya memandang abangnya aneh.
“Habis tu, abang
nak suruh Fiq duduk mana? Dalam bonet ke?” soal Rafiq blur. Aleeya turut sama
memandang suaminya pelik. Betul juga soalan Rafiq tu, Rizal nak suruh Rafiq
duduk mana?
“Sini tempat kau.
Jadi driver, biar abang jadi big boss pulak,” balas Rizal sebelum menghidupkan
enjin keretanya. Rafiq senyum nipis. Matanya dipejamkan.
“Banyaklah kau,
bang. Cuba kesian sikit dengan adik kau ni. Penat tau duduk dalam flight tu
lama-lama. Jet leg ni,” balas Rafiq meminta simpati. Rizal tergelak kecil.
kereta Mazda 6 itu dipandu keluar dari kawasan parkir.
“Eleh, jet leg
konon. Padahal mata kau tu tak tahu penat sebab dok sekodeng pramugari dalam
flight tadi kan? Bukannya abang tak tahu,” serentak dengan itu, Rafiq
menghamburkan gelaknya. Dia menumbuk bahu abangnya perlahan.
“Merepek!” bidas
Rafiq bersama sisa tawanya. Rizal turut sama tergelak. Sesekali matanya
memerhati ke arah isterinya yang duduk di sebelah. Isterinya memejamkan mata.
Tidur barang kali. Sebenarnya Aleeya hanya berpura-pura tidur. Malas dia mahu
menyampuk perbualan dua beradik itu. bukannya dia tahu apa yang mahu dibualkan.
Lebih-lebih lagi dengan Rafiq.
“Bang, sorrylah
masa weeding kau hari tu Fiq tak balik,” Rafiq bersuara tiba-tiba bila suasana
mula sepi. Aleeya tersentak. Patutlah dia tak perasaankan Rafiq masa hari
persandingannya dengan Rizal tempoh hari, rupanya lelaki itu tiada. Sibuk
sungguh nampaknya lelaki itu, sampaikan perkahwinan kembarnya sendiri dia tidak
menunjukkan muka. Sibuk dengan girlfriends yang bersusunkah?
“Tak de hallah,
dik. Lagi pun kau tengah sibuk praktikal kan. Tapikan, abang bersyukur gak kau
tak balik,” usik Rizal bersama suara nakal. Rafiq kerut kening. Dah kenapa
abang aku ni, dia tahu ke aku ada dark history dengan wife dia?
“Hah? Kenapa
pulak?” soal Rafiq cemas.
“Kalau kau balik,
abang risau tetamu salah pengantin,” Rizal tergelak-gelak tanpa dapat ditahan.
Rafiq melepaskan keluhan geram dan menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Kau ni
macam-macamlah, bang. Kita bukannya kembar seiras pun sampai orang nak
tertukar,” akhirnya Rafiq turut tergelak kecil dengan lawak kurang cerdik
abangnya itu.
“Manalah tahukan?
Kau kan selalu lagi macho dari abang,” mendengar kata-kata suaminya itu, Aleeya
mencebikkan bibir dengan matanya yang masih terkatup. Macho konon! Hubby aku
1000 kali macho and handsome compare to you, Mr. Playboy.
“Sudahlah kau,
bang. Erm, ni bila Fiq nak jadi uncle ni?” Rafiq mengubah topik perbualannya.
Malas nak bercerita tentang hari persandingan, elok pula kalau tukar mengenai
masa depan.
“In
another four months, In Shaa ALLAH. Just wait and prepare the nice gift for my
beautiful princess, okay?” serentak dengan itu, Rafiq ketawa lagi. Mana pula
dia nak cekau hadiah untuk bakal anak saudaranya itu? dia sudahlah belum
bekerja. Pinjam duit mama, kira hadiah daripada diakah? Dan Rafiq kembali
ketawa.
MACAM-MACAM jenis hidangan yang disediakan untuk anak yang baru pulang dari perantauan itu. dari pukul 6 petang hinggalah kini, jarum sudah menginjak ke angka 8, Datin Hanora masih sibuk di dapur. Dia hanya berhenti seketika untuk menunaikan solat maghribnya sebentar tadi. Dan kini, dia kembali sibuk menyusun pelbagai jenis juadah di atas meja makan.
Rafiq yang baru
turun memandang meja makan dengan mata yang membulat. Mama ni nak jemput satu
taman makan sekali dengan merekakah? Masak sudah mengalahkan orang mahu buat
jamuan. Tapi Rafiq hanya diamkan sahaja. Tak mahu bersuara kerana bimbang
ibunya berkecil hati dengannya.
“Amboi ma, macam
buat kenduri,” tegur Rizal yang baru turun bersama isterinya. Rafiq hanya
menyengih menunjukkan barisan giginya. Kejap lagi adalah telinga yang kena
tarik tu.
“Kamu ni, mama
masak banyak salah, mama masak sikit salah. Eh, kalau macam ni, mama tak nak
masaklah lepas ni,” balas Datin Hanora seakan berjauh hati. Rizal dan Rafiq
bergabung gelak. Tahu dengan gurauan yang dilakonkan mamanya saat ini.
“Ma, janganlah
macam tu. Fiq baru arrive ni, mama dah tak nak masak. Lidah Fiq ni terasa-rasa
lagi nak makan air tangan mama tau. Kempunanlah Fiq kalau mama gantung lesen
masak mama. Abang tu lainlah ma, dah ada tukang masak baru. Fiq ni?” Rafiq
memujuk mamanya sekali gus mengenakan abangnya. Rizal menjelir lidah tanda
geram dan tak berpuas hati.
“Kalau macam tu,
awak carilah tukang masak juga. Boleh mama letak jawatan chef,” usik Datin
Hanora. Tangannya ligat menumis sambal di dalam kuali.
“Tukang masak
a.k.a bibik bolehlah, ma. Tapi kalau nak cari tukang masak merangkap pengurus
rumah tangga tu, nanti dululah ma. Fiq ni, kerja pun belum lagi, mana ada yang
nak pandang. Lainlah abang, dah ada life sendiri,” ujar Rafiq perlahan. dia
duduk di kerusi makan. Tangannya menuang air ke dalam cawan sebelum dia meneguk
perlahan. rizal tersengih. Di mindanya ada idea jahat bersarang.
“Fiq, nak abang
bukakan borang cari jodoh tak? Mana tahu ada yang berminat nak isi,” Aleeya
yang membantu ibu mertuanya mencuci pinggan mencebikkan bibirnya. Menyampah
mendengar kenyataan yang dikeluarkan suaminya. Sedangkan tak buka borang cari
jodoh pun dah beratur yang menunggu, kalau dibuat betul-betul borang tu,
agaknya sesak jalan sampai ke Singapura dengan orang beratur menunggu giliran.
“Amboi,
mentang-mentang dia dah lepas. Suka hati mencadangkan yang pelik-pelik. Apa,
kamu ingat cari jodoh tu macam cari kerja jawatan tea lady dekat office kamu
tu?” soal Datin Hanora. Tangannya menarik cuping telinga anak sulongnya itu.
Rafiq yang memandang tersengih. Kan dah cakap! Dia menaikkan ibu jari ke arah
abangnya yang memegang cuping telinga yang sudah merah.
“Sakitlah, ma,”
adu Rizal.
“Tulah akibat
kalau bagi idea mengarut,” balas Datin Hanora selamba. Rizal merapati adiknya
yang hanya buat muka selamba. Rafiq hanya memandang mamanya yang leka
menghidangkan udang sambal ke dalam mangkuk sebelum terasa perit di bahagian
pinggangnya. Dia merenung abangnya yang sudah berlalu ke arah isterinya di
sinki dapur.
“Sakitlah abang,”
marah Rafiq. Giliran Rizal pula yang menunjukkan thumbs up kepada adiknya.
Aleeya menggelengkan kepalanya perlahan. begini rupanya perangai suaminya di
rumah. Sungguh tak matang. Aleeya tergelak kecil. lebih baik tak matang dari
kasanova. Sekurang-kurangnya tak menyakitkan hati orang lain.
MAKAN malam terasa ceria bagi tiga beranak itu. tapi bagi Aleeya makan malamnya sungguh hambar. Umpama dia dipaksa menelan pasir dan meminum air hujan. Sungguh sakit rasanya. Sakit hati dengan lelaki di sebelah ibu mertuanya saat ini.
“Fiq, lepas ni
apa plan kau?” tanya Rizal ingin tahu. Dia mengambil potongan buah naga yang
dipotong isterinya sebentar tadi sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
“Lepas ni, of
course nak cari kerja, maintainkan kewangan and baru nak fikir benda lain,”
beritahu Rafiq selepas meneguk air entah untuk kali keberapa. Dia menuang
kembali air ke dalam gelas lut sinar yang digunakannya. Entah kenapa, berada
dalam ruang yang sama dengan Aleeya buat hatinya rasa terbakar, mungkin kerana
cara penerimaan gadis itu yang jelas terpaksa. Jadi, cara untuk menghapuskan
rasa panas itu, dengan meminum air berbaldi-baldi.
“Kenapa nak cari
kerja? RH holdings ada. Kerjalah dengan abang,” Datin Hanora bersuara sedikit
tidak berpuas hati. Rafiq tersenyum memandang ibunya.
“Memanglah RH
Holdings ada. Tapi, kalau boleh Fiq nak start dari bawah. I mean, Fiq nak rasa
susah senang pergi interview, perasaan happy dapat jobs and kerja dengan apa
yang Fiq usahakan. Biarlah Fiq cari pengalaman kat tempat orang dulu. Bolehkan,
ma?” lembut suara Rafiq memberitahu perancangannya. Aleeya tersenyum sinis.
Cari pengalaman kerja ke cari pengalaman menggatal? Sudah-sudahlah nak menipu!
“Alah, ma. Fiq tu
bukan apa sebenarnya. Dia takut kalau dia kerja dengan abang, dia tak boleh nak
menggatal dah. 24/7 bawah pengawasan abang, kan?” usik Rizal. Ayat yang keluar
dari mulut Rizal seolah memahami apa yang berada di minda isterinya saat itu.
Rafiq lepas gelak.
“Tak ada
maknanya, bang. Kalau nak menggatal sangat, baik aku jadi ulat beluncas. Lagi
best,” Rafiq membalas sarkastik. Dia bukan berselindung atau menjaga imejnya di
depan Aleeya atau ahli keluarganya yang lain tapi itulah hakikat sebenarnya.
Sejak hubungannya hancur dengan Aleeya, dia sudah tiada hati lagi nak mencari
mana-mana gadis. Padanya biarlah masa yang menentukan segala-galanya.
Keterujaannya
untuk pulang ke Malaysia berbaloi. ALLAH permudahkan segala-galanya. Dia tidak
perlu bersusah payah mencari Aleeya, ALLAH pertemukan dia dengan Aleeya dari
hari pertama dia menjejakkan kaki di bumi bertuah ini. Aleeya ada di depan
matanya tapi dengan status berbeza. Status isteri orang atau lebih tepat lagi,
status isteri abang kembarnya!
“Orang bercakap,
dia mengelamun pula? Dah sampai ke mana? US?” sindir Rizal. Rafiq tersengih.
Dia memandang mamanya yang duduk di sebelah. Ada perkara yang ingin
dibincangkan.
“Bukan
mengelamun tapi baru habis buat
kira-kira,” kata-kata Rafiq membuatkan abang dan mamanya melakarkan wajah
beriak aneh. Cuma Aleeya yang masih selamba. kata-kata Rafiq dari mula
sehinggalah kini langsung tidak menarik minatnya.
“Fiq rasa buat
masa sekarang ni, Fiq nak cari kerja luar dari Selangor dengan Wilayah. Fiq nak
try tempat baru. Maybe Pantai timur or Pantai Barat,” kata-kata spontan yang
keluar dari mulut Rafiq menyentakkan semua termasuklah Aleeya.
“Fiq… Fiq nak
tinggalkan rumah ni ke?” soal Rizal tidak percaya. Baru saja dia melepaskan
rindu pada kembarnya itu, adiknya sudah buat keputusan untuk keluar pula.
“Bukannya Fiq tak
balik langsung, Fiq Cuma nak cari rezeki di tempat orang. Tu je. Bolehkan?”
ujar Rafiq berharap. Dia tahu mama dan abangnya susah untuk melepaskan dia
pergi tapi dia tekad. Dia mahu keluar dari rumah ini. Keluar dari pandangan
tajam Aleeya. Buat apa tinggal di rumah sendiri kalau hati rasa tak tenang,
rasa sakit? Dia tahu Aleeya marahkannya, jadi dia tak mahu menambah kemarahan
di hati wanita itu. dia takut kalau makin lama hal ini makin besar dan abang
serta mamanya tahu mengenai hubungan lama mereka yang dulu. Dan lebih tepat
lagi dia tak mahu Aleeya pergi dari rumah ini, pergi meninggalkan hati milik
Rizal.
“Fiq baru sampai
rumah sehari, sekarang ni Fiq nak keluar lagi?” soal Datin Hanora tidak
percaya. Rafiq tepuk lembut bahu mamanya.
“Ma, bukannya Fiq
nak keluar besok pun. Fiq nak try apply dulu. Kalau dapat, Fiq pergilah. Kalau
tak nampaknya terpaksalah buka pintu RH Holdings,” ucap Rafiq bersama senyuman.
Datin Hanora tersenyum nipis. Tahu yang dia tidak mampu menahan anak bujangnya
itu.
“Ikut Fiqlah.
Mana yang terbaik, ma restu saja,” ucap Datin Hanora akhirnya memberi
kebenaran. Rafiq tersenyum manis.
“Abang ada
contact dengan Syarikat Nautica Sdn. Bhd. Kau nak try tak? Tak silap abang
diorang tengah cari engineer,” Rizal yang diam tiba-tiba bersuara. Rafiq yang
sedang mencuci pinggan memandang abangnya dengan riak yang tak dapat
ditafsirkan.
“Kau ni macam
menghalau Fiq je, bang,” usik Rafiq. Rizal menggetap bibirnya.
“Jangan nak
mengarut, boleh tak?” balas Rizal. Walau pun pelik dengan perangai adik dan
isterinya, Rizal pendamkan saja. Padanya masing-masing punya sejarah silam.
Biarlah masa membongkarkannya jika perlu. Jika tidak, diamkan saja. Semua telah
berlalu, kenapa perlu diungkit?
Rizal
yang mendengar jawapan abangnya ketawa kecil. Dia berlalu ke ruang tamu rumah
untuk menonton televisyen meninggalkan ahli keluarga lain yang masih
berbincang. Di mindanya dia menimbang-nimbang tentang cadangan abangnya tadi.
Nak ke tak nak? Nak ke tak nak?
***
“TAHNIAH! Awak boleh mula kerja besok. Come, I show you, your
room,” suara Tan Sri Hadi menyentak lamunan Rafiq. Dia tersenyum dan menyambut
tangan tua itu. kemudian berlalu mengekori Tan Sri Hadi menuju ke bilik
kerjanya.
“This is your
room. Feel free to change anything. This is Ilham, your assistant,” Tan Sri
Hadi memperkenalkan seorang lelaki berpakaian kemas yang berada di kubikel
tidak jauh dari bilik kerjanya. Ilham dan Rafiq berbalas salam sebaik sahaja
Tan Sri Hadi meninggalkan mereka berdua.
“Ilham,” Ilham
memperkenalkan dirinya sekali lagi. Rafiq tersenyum dan mengangguk.
“Rafiq. Izral
Rafiq,” Ilham mengangguk tanda mengerti. Rafiq kemudiannya meringankan mulut
berbual dengan lelaki yang baru dikenalinya itu. ilham juga seorang yang
peramah, jadi memudahkan Rafiq untuk bekerjasama dengan lelaki itu. Rafiq mula
membuka fail-fail dan laporan syarikat. Bila tidak faham, ringan sahaja
mulutnya bertanya Ilham dan Ilham pula tidak kekok membantu.
“Kau tinggal
mana?” tanya Ilham sebaik sahaja mereka tiba di parkir kereta. Jarum jam sudah
menghampiri 5.30 petang. Walaupun di suruh masuk bekerja esok, tapi Rafiq bagai
disuntik semangat baru. Jadi seharian itu, dai hanya menilik laporan syarikat
dan beberapa perkara penting yang harus diketahuinya.
“Aku tinggal
dekat taman Serambai. Menyewa dekat situ,”
“Lah, satu
tamanlah ni? Erm, bolehlah lepak minum-minum nanti,” Ilham bersuara sambil
tergelak kecil. Rafiq mengangguk perlahan. Cantik, sudah ada teman minum
nampaknya!
“Okeylah, Fiq.
Jumpa esok,” pamit Ilham sebelum menderum laju meninggalkan Rafiq yang masih
leka dengan telefon bimbitnya.
RUMAH Datin Hanora kembali sunyi sepi selepas sebulan ceria. Datin Hanora melangkah keluar dari dapur menuju ke ruang tamu rumahnya. Entah apalah khabar anak bujangnya saat ini? Hendak di telefon, risau dianggap mengongkong pula. Tapi, tak ditelefon hati tuanya pula yang dilanda kebimbangan.
Wajah menantunya
yang baru melangkah masuk dari halaman dipandang pelik. Entah kenapa dia
merasakan yang Aleeya lebih tenang tanpa kehadiran Rafiq di dalam banglo mewah
itu. ada rahsiakah yang tersimpan antara mereka berdua itu? Datin Hanora
menarik nafas panjang. Moga apa sahaja rahsia itu, tidak menghancurkan hubungan
mereka semua. Doanya dalam hati.
“Ma, nak minum?”
soal Aleeya mencantas lamunan Datin Hanora. Wajah menantunya dipandang lembut
bersama gelengan menjawab pertanyaan menantunya itu. Aleeya berlalu ke dapur
untuk menyediakan minuman buat suaminya yang bakal pulang bila-bila masa saja.
Aleeya menarik nafas kelegaan. Sebulan dia hilang makna ketenangan, hari ini
dia bagai menikmatinya semula. Memanglah kalau diikutkan dia tiada hak untuk
meminta Rafiq keluar dari rumah itu, tapi Rafiq bagaikan tahu yang dia hanya menambahkan
sesak di hati Aleeya.
Suara salam dari
arah pintu mematikan lamunan Aleeya. Dia mengukir senyuman manis buat suaminya
sebelum mengajak lelaki itu duduk di meja makan. Air yang sudah siap di bancuh
di hidangkan untuk suaminya. Datin Hanora melangkah masuk ke dapur beberapa
minit kemudian.
“Ma, tadi abang
ada call Fiq. Dia pesan tak payah risaukan dia. Everything under control. He’s
doing fine,” beritahu Rizal sebaik sahaja mamanya melabuhkan duduk di
hadapannya.
“Ya ke?
Alhamdulillah. Risau juga mama dibuatnya dengan anak seorang tu. Nasib baiklah
Rizal call dia. Nak harapkan dia call rumah, memang tidaklah,” rungut Datin
Hanora menyebabkan Rizal tertawa kecil. dia faham dengan perangai adiknya itu.
jarang benar mahu menghubungi mamanya. Semasa dia di US dulu, sebulan hanya
sekali sahaja dia menghubungi mereka.
Rizal mengalihkan
pandang ke arah isterinya yang tiba-tiba membisu. Rizal kerut kening. Tadi
semasa dia sampai, wajah itu ceria sahaja. Sebaik nama Rafiq keluar dalam
perbincangan mereka, wajah Aleeya bertukar rupa. Statik dan tidak berperasaan.
Minda Rizal berlari mengingati peristiwa beberapa malam sebelum adiknya
bertugas di negeri orang.
“I DON’T need your kindness. I just need you to go away from my life,” herdik Aleeya. Rafiq mengerutkan keningnya. Perbualan yang pada awalnya biasa bertukar dingin bila Rafiq mula memohon maaf atas perbuatannya dahulu.
“Apa yang Leeya
nak Fiq buat? Leeya kahwin dengan abang Fiq, macam mana Leeya nak Fiq pergi
dari hidup Leeya?” tanya Rafiq cuba merasionalkan wanita di hadapannya itu.
mata Rafiq merenung langit malam. Aleeya pula sudah mencerlung pandangan
memandangnya.
“So, kau harap
aku tinggalkan abang kau? Macam tu? Tak mungkin Rafiq! Rizal tu lelaki terbaik
yang pernah aku jumpa. Dia datang waktu aku hilang punca. Dia bagi aku kekuatan
saat aku lemah dengan permainan kau. Dia bagi aku kepercayaan bila aku dah
benci mendengar perkataan cinta. Dia bangunkan aku bila aku jatuh sebab kau!”
Aleeya bersuara separa tertahan. Tidak mahu gara-gara marahnya dia mengejutkan
semua orang dalam rumah itu. dan lebih teruk semua orang mengetahui rahsia yang
disimpannya. Rafiq mendiamkan diri. Dia tahu Aleeya marah. Dari kata ganti diri
itu sudah menunjukkan betapa bencinya Aleeya pada dia.
“Fiq tak suruh
Leeya tinggalkan abang. Fiq tahu Leeya sayangkan abang, cintakan dia malah
lebih kuat dari cinta Leeya pada Fiq dulu. Fiq Cuma harap Leeya dapat lembutkan
hati Leeya, bagi ruang kemaafan pada Fiq,” Rafiq masih bersuara perlahan. dia
tahu dia bersalah. Dia bersalah kerana menjadi mata keranjang. Kalau bukan
perangai playboynya, tentu kini dia bahagia dengan Aleeya. Ah, itu semua sudah
terlambat. Aleeya milik abangnya kini.
“Ya! Memang aku
sayangkan Rizal lebih dari aku sayang kau dulu. Sama juga macam Rizal. Dia sayangkan
aku tanpa ada perempuan lain dalam hati dia. Bukan macam kau! In fact, lepas
aku buang semua perasaan aku pada kau, yang ada sekarang ni Cuma benci! Aku
benci tengok kau!,” air mata Aleeya mula mengalir di pipi. Amarahnya
meluap-luap tak dapat dibendung lagi.
“Untuk
pengetahuan kau, segala layanan baik aku pada kau semata-mata sebab aku nak
jaga hati Rizal dan mama. Kalau bukan sebab mereka, jangan harap aku nak
bercakap dengan kau. Nak tengok muka kau pun aku tak mahu. Orang macam kau ni,
hanya tahu buat perempuan menangis,” Aleeya mengesat pipinya. Ah, untuk apa dia
menangis lagi? Dia sudah bahagia dengan Rizal kini. Kenapa perlu dia
mengenangkan Rafiq? Aleeya melangkah menuju ke pintu dapur.
“Untuk maaf, ya!
Aku maafkan kau tapi untuk melupakan, maaf aku tak mampu. Aku bukan malaikat,
Fiq. Aku ada perasaan. Kalau bukan sebab Rizal, aku rasa saat ni aku masih lagi
bodoh menangis untuk kau dan aku masih lagi bodoh sebab sayangkan kau. Dan ya,
kau keluarga Rizal, sebab tu aku hormatkan kau lagi. Tapi maaf sekali lagi,
sebab layanan aku takkan sama untuk kau dan orang lain,” Aleeya terus berlalu
tanpa berpusing ke belakang lagi. Rafiq meraup wajahnya. Dia terasa bagai ada
pisau yang menikam-nikam dadanya saat ini. Dan lebih perit, di atas luka itu di
perah pula dengan limau. Ouch!
Rizal masih lagi
bersembunyi di ruangan kosong antara pintu sejuk dan dindidng. Tidak ada
kekuatan untuk keluar dari persembunyiannya. Memang dia mengharapkan untuk tahu
rahsia antara adik dan isterinya tapi dia tidak menyangka begitu besar rahsia
yang tersimpan antara mereka berdua. Rizal meraup muka. Apa yang perlu dia
lakukan saat ini? Membenci adiknya atau melukakan hati isterinya? Rizal buntu!
“ABANG, kenapa termenung? Minumlah, dah sejuk air tu,” lembut suara Aleeya mematikan lamunan Rizal. Rizal tersenyum sebelum menggelengkan kepala beberapa kali. Karipap di atas meja diambil sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Datin Hanora dan Aleeya berbelas pandang. Apa di fikiran Rizal agaknya?
***
RAFIQ berlari tidak tentu arah ke bahagian kecemasan. Wajah
mendung Datin Hanora dan Aleeya menampar tubir matanya. Aleeya kelihatan
sungguh lemah. Di badannya masih tersarung jubah pesakit berwarna merah jambu.
“Ma, abang macam
mana?” tanya Rafiq sebaik sahaja menyalami tangan wanita itu. Datin Hanora
melepaskan nafas berat.
“Abang masih lagi
kritikal. Doktor tengah jalankan pembedahan dan transfusi darah,” beritahu
Datin Hanora sayu. Rafiq menutup mata. Dia menarik nafas panjang. Dia tersedar
bila ada tangan yang menepuk bahunya dari belakang. Datin Hanora memandang
lelaki di belakang Rafiq.
“Ma, ni Ilham.
Assistant Rafiq,” beritahu Rafiq pendek. Datin Hanora hanya mengangguk dan
tersenyum ala kadar membalas sapaan Ilham. Rafiq dan Ilham kemudiannya duduk di
satu sudut agak jauh dari mama dan Aleeya menanti pintu kecemasan dibuka.
“Doktor, macam
mana dengan anak saya?” mendengar soalan itu, Rafiq pantas mendekati lelaki
berjubah hijau yang mempamerkan riak sayu.
“Kami minta maaf,
Datin. Kami dah cuba sedaya upaya kami tapi ALLAH lebih sayangkan En. Rizal,”
mendengar kata-kata itu, Rafiq rasakan dunianya berpusing dan gelap. Dia
tersedar bila doktor menepuk bahunya lembut menenangkan jiwanya yang mula
berkecamuk.
“Allahuakbar,”
hanya itu yang mampu keluar dari mulut Datin Hanora. Hati ibu mana yang tak
pedih bila mendapat berita kematian anaknya? Anak yang diharap dapat menjaganya
meniti hari-hari tua. Anak yang disayangi pergi terlebih dahulu menghadap
Ilahi, hati mana yang tidak hancur? Rafiq terduduk di bangku. Mindanya kosong.
Berita itu bagaikan angin lalu di mindanya. Dia merenung wajah wanita di
hadapannya yang sudah lencun dengan air mata.
Stretcher ditolak
keluar oleh pembantu perubatan. Ilham menepuk bahu temannya untuk
menyedarkannya. Rafiq bangun dari duduk dan menghampiri sekujur badan yang
sudah ditutupi dengan selimut putih. Rafiq menghapuskan air mata yang mengalir
keluar dari pipinya. Kain yang menutup wajah Rizal disingkap perlahan-lahan.
Dia menutup mata sebaik saja wajah abangnya singgah di tubir matanya. Wajah
Rizal pucat namun sungguh tenang, polos bagaikan anak kecil yang tertidur
kepenatan. Bibir Rizal mengukir senyuman seolah-olah redha dengan takdir yang
tertulis untuknya.
Pembantu
perubatan menepuk bahunya untuk menyedarkan Rafiq. Rafiq mengucup lembut dahi
abangnya sebelum berundur sedikit ke belakang untuk memberi ruang. Sebaik
sahaja kain putih itu menutup kembali wajah Rizal, air mata Rafiq kembali
mengalir. Deras, bagaikan sungai tak berempang.
Moga kau tenang
di sana, bang. Aku akan jaga keluarga kita. Aku jaga mama, Leeya dan anak kau.
Jangan risau, bang. Kau tunggu kami di sana. Kami bakal menyusul juga. Sayu
Rafiq berdoa di dalam hatinya saat stretcher yang membawa abangnya di bawa
pergi.
“Ya ALLAH,
Aleeya!” jeritan suara Datin Hanora membuatkan Rafiq mengalihkan pandangan ke
arah mamanya. Wajah Aleeya yang sudah rebah dipandang kaku dan suasana di
hadapan wad kecemasan gamat seketika.
“KAU pergi! Aku tak nak tengok muka kau! Pergi! Pergi! Kau penyebab semua ni! Kau penyebab suami aku mati! Pergi!” jeritan suara Aleeya menyebabkan Datin Hanora berjalan laju ke wad wanita itu. kenapa Aleeya menjerit? Setahunya tadi sewaktu dia keluar untuk bersolat, ada Rafiq dan Ilham menemani Aleeya yang masih belum sedarkan diri. Aleeya marahkan Rafiq, kah?
“Aku benci kau!
Kenapa kau balik?! Sebelum ni aku gembira dengan dia! Semua sebab kau! Kau
perampas kebahagian aku! Kau jahat! Aku benci kau! Aku benci kau…” Aleeya
menjerit dan mengongoi persis wanita hilang akal. Kaki Datin Hanora terpasak
kemas di pintu wad bersalin. Dia melihat Aleeya meraupkan muka dan
memanggil-manggil nama Rizal. Rafiq pula meraup rambutnya ke belakang persis
menyimpan seribu satu masalah. Sayu hati tuanya.
“Aku benci kau!
Aku benci! Kau pergi! Aku tak nak tengok muka kau! Kau pergi!” jeritan Aleeya
mengisi suasana sepi. Datin Hanora hampir menitiskan air matanya. Ya ALLAH,
dugaan apakah ini? Melihat Aleeya yang mula mengambil bantal untuk dibaling ke
arah Rafiq, Datin Hanora berlari mendapatkan menantunya itu. tubuh Aleeya di
sapa ke dalam pelukan. Dia memujuk Aleeya untuk bertenang.
“Ma, halau dia
ma. Aleeya tak nak tengok muka dia. Halau dia keluar, ma!” pinta Aleeya dalam
tangis. Datin Hanora memberi isyarat mata kepada Ilham. Ilham menepuk bahu
temannya dan menarik Rafiq keluar. Dengan langkah lemah, Rafiq mengekori.
“Apa yang dah
jadi sebenarnya?” tanya Ilham. Bukan dia mahu menambahkan beban di bahu
temannya tapi dia pelik. Pelik melihat perangai Aleeya. Pasti ada yang terjadi
sehingga Rafiq mengjadi mangsa bambunya.
“Abang kemalangan
waktu dia nak ke hospital. Waktu tu, dia dapat panggilan yang menyatakan Aleeya
nak bersalin. Disebabkan dia rushing dia kemalangan dengan Toyota Hilux yang
memang tengah laju waktu tu,” Rafiq menerangkan serba sedikit. Dia pun tahu
sebab dia bertanya pada polis yang melepaskan jenazah abangnya untuk dibawa
keluar daripada hospital.
“Then, tu bukan
salah kau. Kenapa Aleeya macam tak boleh terima kenyataan?” mendengar soalan Ilham, Rafiq tersenyum
sinis. Dia menyandarkan kepalanya ke dinding. Wajah temannya dipandang dengan
ekor mata.
“Kau tahu, Am.
Aku ni manusia paling bodoh sekali,” Ilham tidak bersuara. Dia hanya mendengar
luahan hati sahabat karibnya itu.
“Aku… dulu, aku
playboy. Hidup aku hanya untuk menyakitkan hati perempuan. Pada aku, perempuan
ni hanya one-time-love je. Mana-mana aku pergi, aku dapatkan perempuan dan aku
putus lepas aku couple dalam sebulan dua. Aku biarkan diorang merana. Tak macam
Rizal. Dia lelaki yang setia, kalau bercinta dia akan sayang perempuan tu
sungguh-sungguh,” Ilham masih membisu. Walaupun sedikit aneh kenapa Rafiq
membuka hikayat cintanya diwaktu dia sedang bersedih, tapi Ilham layankan
sahaja.
“Sampailah satu
hari aku jumpa seorang perempuan ni. Dia baik, cantik, lemah lembut, sopan.
Pendek kata, full package untuk jadi isteri solehah. Waktu tu aku tekad, aku
nak hentikan perangai playboy aku dan fokus pada dia seorang je. But, things
when to worse bila aku still simpan sikit perangai playboy aku dan it ends up
bila dia tangkap aku dengan perempuan lain dan kitorang putus,” Rafiq
menyungging senyuman sinis. Mungkin mentertawakan kebodohan dirinya sendiri.
“Lepas aku putus,
aku bawa diri ke US sebab aku rasa aku manusia paling bodoh mainkan perasaan
perempuan sebaik dia. Aku hilang hubungan dengan dia. Aku tak pernah jumpa dia,
tak tahu khabar berita dia sampailah one fine day aku jumpa dia sebaik saja aku
arrive kat Malaysia. Tapi pertemuan tu sangat tragis. Dia nak mengelak dari
aku, dia bencikan aku dan the most sad story is dia isteri orang. Aku nampak
dia happy sangat dengan suami dia, dan aku tumpang gembira,”
“Aku bawak diri
lagi dengan harapan aku nak biarkan diorang hidup bahagia. Sampailah semuanya
punah. Suami dia meninggal dalam perjalanan nak ke hospital sebab nak temankan
dia di wad bersalin dan teruja dengan kelahiran anak sulung mereka,” mendengar
ayat terakhir itu, Ilham berpaling memandang temannya yang menutup mata tapi
masih mengukir senyuman sinis untuk dirinya sendiri. Ayat Rafiq sama dengan apa
yang menimpa Rizal, jadi takkanlah…
“Ya, apa yang kau
fikirkan tu betul. Perempuan tu Aleeya. Sebab tu dia marah sangat dengan aku,”
Rafiq meraup mukanya dengan tapak tangan.
“Patutnya aku
yang pergi, Am. Aku ni kejam, Rizal baik. Tapi biasalah orang yang baik, ALLAH
lebih sayang, kan? Aku tahu perangai Rizal, aku berkawan dengan dia sejak dalam
perut. Aku sayang dia, Am. Tak pernah terlintas dalam hati aku untuk rampas
Aleeya atau doakan yang bukan-bukan untuk diorang. Aleeya takkan maafkan aku,
Am. Takkan dan tak mungkin,” Rafiq bersuara sayu. Ilham menepuk bahu temannya
memberi semangat.
“Sabarlah Rafiq.
Ini ujian untuk kau dan keluarga kau. Redhalah,” Rafiq mengukir senyuman nipis.
Alhamdulillah, ALLAH hadiahkan dia dengan kehadiran Ilham di saat dia lemah
begini.
“Oh
ya, tadi ada staff nurse bagi ni dekat aku waktu kau balik uruskan jenazah
tadi. Dia kata jumpa dalam poket depan baju arwah. Dia rasa dia patut bagi ni
pada kau,” Ilham menghulurkan sampul surat berwarna putih kepada Rafiq. Lama
Rafiq memandang sampul surat itu sebelum dia mengambilnya. Dia mengukirkan
senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Ilham. Ilham hanya tersenyum dan
bangun dari duduknya bila Rafiq mula membuka surat itu. Dia mahu memberikan
ruang dan privasi kepada lelaki itu untuk membaca coretan terakhir kembarnya.
***
TIGA TAHUN LAPAN BULAN…
HAMPIR empat tahun kejadian
malang itu menimpa keluarga Datin Hanora. Rafiq masih bekerja di Nautica Snd
Bhd. meninggalkan Datin Hanora bersama Mak Melah, pembantu rumah yang digajikan
untuk menemani mamanya. Bukan dia tidak mahu bekerja di RH Holdings tapi Rafiq
masih tak mampu. Tak mampu untuk menghapuskan bayang-bayang Aleeya dalam
hidupnya walaupun kini Aleeya sudah kembali berpindah di rumah ibu kandungnya
di Melaka. Hendak membantah, Datin Hanora tahu peritnya rasa kehilangan suami.
Lebih-lebih lagi dengan anak yang belum mencecah usia 1 hari sewaktu kehilangan
suaminya. Sudahnya Datin Hanora biarkan sahaja.
Sudah menjadi
rutin mingguan Datin Hanora untuk ke Melaka melawat besan, menantu dan cucunya.
Kalau Rafiq sibuk dan tidak boleh membawanya ke Melaka, pasti Rafiq akan
gajikan Pak Mail untuk membawa mamanya melepaskan rindu pada menantu dan
cucunya.
“Assalamualaikum,”
laungan salam dari luar rumah menghentikan kerja Aleeya yang sedang leka
mencuci pinggan di dapur. Jam di dinding sudah menginjak ke 11.20 pagi.
Pastinya tetamu yang dinantinya sudah tiba. Aleeya berlalu keluar untuk
menjemput tetamunya masuk.
“Mama,” tegur
Aleeya apabila melihat ibu mertuanya leka berbual dengan ibunya. Rafiq yang
hanya diam dipandang sekilas.
“Eh, jomlah kita
masuk. Rafiq, jom,” pelawa Puan Asiah. Datin Hanora mengangguk bersama senyuman
tapi Rafiq menolak. Dia memilih untuk duduk di pangkin di bawah pohon rambutan.
Di situlah dia gemar menghabiskan masa setiap kali menemani Datin Hanora ke
rumah besannya. Dia jarang ikut naik ke rumah. Tak mampu bertemu pandang dengan
Aleeya. Bermacam-macam-macam perasaannya setiap kali melihat wajah itu. jadi,
Rafiq hanya naik pada waktu makan tengah hari. Lagi pun, waktu makan itu lebih
singkat dan tidak menyesakkan jiwanya.
“Ayah Rafiq,”
suara halus milik kanak-kanak perempuan menampar gegendang telinga Rafiq sekali
gus mematikan lamunannya. Dia tersenyum memandang Aimi Riana yang sedang
berlari mendapatkannya yang sedang duduk termenung dipangkin. Wajah Aimi yang
ceria dipandang penuh kasih.
“Anak Ayah Rafiq
dari mana ni?” soalnya lembut sebaik sahaja anak kecil itu berada dalam
dakapannya. Pipi montel Aimi Riana dicium lama.
“Jalan-jalan
dengan tok wan,” beritahu anak kecil itu dalam bahasa kanak-kanaknya. Rafiq
menyalami tangan ayah Aleeya yang menghampirinya di pangkin kayu itu.
“Lama sampai
Rafiq? Kenapa tak masuk dalam?” tegur En. Adam berbahasa. Rafiq berganjak
sedikit memberi ruang untuk En. Adam duduk.
“Tak adalah lama,
pak cik. Baru saja ni. Saja duduk di luar ambil angin,” selindung Rafiq. Encik
Adam tersenyum nipis. Dia tahu Rafiq berbohong. Bukannya dia buta, dia dapat
baca perilaku anaknya setiap kali Rafiq muncul. Encik Adam melangkah naik, mahu
bertemu dengan besannya sekali gus meninggalkan Rafiq berdua dengan Aimi di
pangkin kayu itu.
Rafiq
memerhatikan Aimi yang masih leka dengan mainannya. Dia mengukir senyuman sayu.
‘Bang, ni anak kau. Aimi Riana nama dia. Comelkan? Macam kau kecik-kecik dulu.
Jangan risau bang, aku tak pernah lupa tunjuk gambar kau tiap kali aku datang
sini. Aku nak dia kenal dengan papa dia. Lelaki yang paling baik di dunia ni,’
“Aimi… kenapa
duduk luar tu? Aimi tak jumpa nenek lagi ni,” panggilan Aleeya mematikan
lamunan Rafiq. Dia memandang ke arah pintu kayu rumah dua tingkat itu sebelum
menurunkan Aimi dari pangkin. Bersama wajah masam, Aimi berlalu mendapatkan
ibunya. Dia sebenarnya belum puas melepaskan rindu pada Rafiq tapi ibunya pula
seakan menghalang. Aleeya bagaikan mahu menghadkan hubungan antara Rafiq dan
Aimi.
PETANG itu sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur, Rafiq membawa Aimi berjalan-jalan di sekeliling kampung. Gelagat Aimi yang lincah membuatkan Rafiq tercungap-cungap mahu mengejar langkahnya. Sebaik sahaja berjaya menghampiri Aimi, tubuh kecil itu digendong ke dalam pelukan yang erat. Apa lagi, ketawa gembiralah si kecil itu.
“Ayah Rafiq,
kenapa Ayah Rafiq tak tinggal dekat sini?” tanya Aimi polos. Rafiq mengerutkan
kening. Soalan yang sama ditanya setiap kali Rafiq ingin pulang semuala ke
Kuala Lumpur dan setiap kali itulah Rafiq mengeluarkan jawapan yang sama.
“Ayah Rafiq
kerja. Mana boleh tinggal sini,” pujuk Rafiq lembut. Dia berjalan lambat-lambat
menuju ke rumah ibu Aleeya. Satu, disebabkan kepenatan berlumba lari dengan si
lincah itu. dua, sebab dia tak mahu berpisah dengan Aimi terlampau cepat.
“Aimi nak main
dengan Ayah Rafiq selalu. Macam ni tak best,” komen Aimi. Pipi anak saudaranya
itu dicium Rafiq lama.
“Kenapa pula tak
best?” tanya Rafiq
“Yalah, Ayah
Rafiq datang kejap-kejap. Aimi tak puas main lagi, Ayah Rafiq dah balik KL,”
rungut Aimi. Badannya di lentokkan menghampiri tubuh Rafiq dan dengan penuh
kasih sayang, Rafiq memeluk tubuh kecil itu erat.
“Alah, nanti Ayah
Rafiq datang lagi, kan? Aimi tunggulah,” pujuk Rafiq lagi. Aimi melentokkan
kepalanya ke bahu Rafiq pula. Rafiq mengusap rambut anak itu dengan penuh
kelembutan. Dia tahu Aimi merajuk tapi apakan daya, dia tiada kuasa untuk
mengubah takdir yang sudah tertulis.
Bukan keluarganya
dan keluarga Aleeya tak pernah mencadangkan supaya mereka bersatu sekali gus
menjadi ayah kepada Aimi tapi Aleeya yang tidak mahu. Berbagai-bagai alasan
direka dan dicipta untuk menentang cadangan itu. rafiq pula hanya menurut. Dia
tidak mahu memaksa Aleeya. Aleeya membenarkan dia untuk berjumpa Aimi pun sudah
dikira bernasib baik untuknya. Tapi untuk memaksa Aleeya berkahwin dengannya
untuk menggantikan tempat Rizal sebagai ayah Aimi? Memang dia tak akan buat.
“Ha, dah balik
pun cucu nenek! Pergi mana tadi?” soal Datin Hanora ceria. Dia melihat wajah
cucu dan anak bujangnya yang cukup mesra pada pandangan mata tuanya. Rafiq
menurunkan Aimi dari dukungan dan anak kecil itu laju berlari ke pokok bunga
kertas yang di tanam opahnya.
“Tak ke mana pun,
ma. Pusing-pusing je,” balas Rafiq melabuhkan duduk di sisi Encik Adam. Melihat
langkah Aleeya yang menghampiri bersama dulang di tangan, Rafiq hanya memandang
dengan pandangan kosong. Sebaik saja Aleeya melabuhkan duduk di sisi Pn Asiah,
Rafiq bangun mendapatkan anak saudaranya yang leka bermain dengan kuntuman
bunga kertas yang bertaburan di tanah.
Aleeya sedar
Rafiq bangun. Dia merenung lelaki itu seakan meminta penjelasan. Kenapa Rafiq
begini? Separuh hatinya seakan terseksa dengan cara Rafiq melayannya kini. Dia
teringat kata-kata yang pernah diucapkan pada Rafiq beberapa bulan lalu.
“SALAH ke family kita nak kita bersatu?” tanya Rafiq perlahan. dia masih duduk di tepi kolam milik Encik Adam. Bajunya yang kotor terkena tanah langsung tidak diendahkan.
“Salah! Sangat
salah!” bangkang Aleeya tegas.
“Cuba Aleeya
bagitahu, apa salahnya?” Rafiq meminta penjelasan. Main tarik tali dengan Aleeya
sampai bila pun takkan habis. Wanita itu takkan pernah berhenti. Aleeya
memandang lelaki itu dengan pandangan cukup tegas.
“Banyak sebabnya.
Pertama, Aleeya tak nak disakiti lagi. Kedua, Aleeya benci Rafiq. Ketiga,
Aleeya tak nak perjudikan masa depan Aleeya dan Aimi. Keempat, Aleeya masih
sayangkan Rizal. Kelima, tak ada siapa yang mampu gantikan tempat Rizal sekali
pun orang tu adalah adik dia,” Aleeya bersuara sinis. Rafiq mengurut batang
lehernya. Dia melepaskan keluhan.
“Sekalipun bukan
dengan saya, takkan Aleeya tak pernah terfikir untuk berkahwin semula,” Rafiq
mengalah memujuk Aleeya untuk menjadi isterinya. Dia tahu Aleeya betul-betul
membencinya atau pada kamus hidup Aleeya, dia adalah perampas kebahagiaan
wanita itu. tapi untuk memujuk Aleeya berkahwin lagi, dia takkan mengalah. Dia
ada amanat yang digenggam kemas.
“Kenapa saya kena
kahwin lagi? Saya bahagia sekarang ni,” tegas Aleeya. Benci betul dia bila soal
kahwin ini berbangkit. Rafiq tersenyum nipis.
“Aleeya bahagia
atau tidak, saya tak tahu. Yang saya tahu Aimi tak bahagia. Dia perlukan
perhatian seorang ayah, Aleeya,” komen Rafiq. Aleeya menggeleng. Matanya tajam
memandang Rafiq.
“Tak! Dia tak
perlukan ayah. Cukup dengan kasih sayang yang saya berikan. Dia tak perlukan
ayah. Lagi pun, papa Aimi Rizal. Hakikat tu tak akan berubah,” Aleeya masih
bertegas.
“Yes! Memang
Rizal papa Aimi. Tak ada siapa mampu sangkal hal itu. tapi awak yakin Aimi
bahagia tanpa seorang ayah?” suara Rafiq sedikit tinggi. Hilang kesabarannya
mahu berlawan cakap dengan wanita ini.
“Enough! I said
enough! I hate this discussion. Aimi tak perlukan ayah dan saya tak akan kahwin
lagi. Titik!” putus Aleeya. Rafiq menggeleng perlahan. dia menghembuskan nafas
berat.
“Berhenti hidup
dengan ego, Aleeya. Fikirkan tentang perasaan orang lain. paling tidak fikirkan
tentang Aimi, dia anak awak. sanggup awak lihat dia membesar tanpa kasih sayang
seorang ayah? Sampai hati awak tengok dia sedih bila kawan-kawan dia yang lain
ada ayah? Saya tahu saya bukan sesiapa dalam hidup awak, saya tak ada hak nak
menentukan apa yang betul dan apa yang salah. Tapi saya ayah saudara Aimi. Saya
ada hak untuk tengok yang terbaik buat dia. Saya sayangkan dia, saya nak yang
terbaik untuk dia,” Rafiq bangun dari duduknya. Bersedia untuk melangkah pergi.
“Dan yang pasti,
saya sayangkan awak dan tak pernah berhenti cintakan awak,” ucap Rafiq sebelum
berlalu menuju ke pintu kayu, meninggalkan Aleeya termangu sendirian.
Dan sejak hari
itu, Rafiq menjauhkan dirinya dari Aleeya. Meninggalkan rasa sedih di lubuk
hati wanita itu.
“ALEEYA, mama balik dulu ya. Nanti senang-senang datanglah ke rumah,” Datin Hanora menghulurkan tangan untuk berpamitan dengan menantunya. Aleeya tersentak. Jauh benar dia mengelamun.
“In Shaa ALLAH,
ma. Nanti Aleeya ke sana,” ucap Aleeya entah untuk ke berapa kali. Setiap kali ucapan
itu keluar dari mulut Datin Hanora, setiap kali jugalah Aleeya membalas dengan
jawapan yang sama.
Aleeya
memandang ke arah Rafiq yang menggendong Aimi. Dia lihat Aimi menangis sama
seperti selalu dan Rafiq dengan lembut memujuk si kecil itu. hati Aleeya jadi
sesak dan sayu. Ya ALLAH, apa makna semua ini?
***
ALEEYA duduk di muka pintu memerhatikan pangkin rehat di bawah
pokok rambutan yang selalu menjadi tempat Rafiq berehat setiap kali datang ke
rumah keluarganya. Seakan terbayang wajah Rafiq yang duduk bersendirian dan
bergelak ketawa dengan anak kecilnya, Aimi. Ah, sudah Aleeya! Baru sekejap
Rafiq balik, kau dah nanar? Tulah, sombong lagi dengan dia.
“Jauh termenung?”
tegur Pn Asia. Aleeya memandang wajah ibunya yang turut sama duduk di
sebelahnya di muka pintu rumah.
“Orang tua-tua
kata, jangan duduk depan pintu rumah, jodoh lambat sampai nanti,” usik Pn
Asiah. Aleeya tersenyum nipis.
“Boleh pakai ke
ibu pesan orang tua-tua tu,” balas Aleeya tergelak kecil. Pn Asiah turut sama
tersenyum. Dia kemudian memerhatikan anaknya yang kembali merenung pangkin kayu
itu.
“Aleeya fikirkan
apa tu?” soal Pn Asiah mengorek isi hati anak perempuannya itu. aleeya
menggeleng. Bukan tidak mahu berkongsi cerita tapi dia malu. Mana tidaknya,
dulu dia yang paling kuat membangkang bila ibu dan mama mahu satukan dia dan
Rafiq.
“Aleeya, Aleeya
tahu tak kenapa manusia tu diciptakan lelaki dan perempuan?” tanya Pn Asiah.
Soalan mudah! Getus hati Aleeya. Dia merenung ibunya yang masih tidak lekang
dengan senyuman manis.
“Sebab ALLAH
ciptakan manusia berpasang-pasangan dan saling lengkap-melengkapi,” jawab
Aleeya. Senyuman Pn Asiah makin melebar.
“Pandai pun anak
ibu! Jadi kenapa Aleeya menolak untuk berpasangan?” tanya Pn Asiah akhirnya.
Aleeya merenung ke arah ibunya lama. Tak terjangka soalan itu akan keluar dari
mulut ibunya.
“Sedangkan ALLAH
sendiri berfirman dalam surah Adz-Dzariyaat, ayat 49 ‘Dan
segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran
ALLAH.’ Ada juga ALLAH
nyatakan dalam surah Al-Fathir, ayat 11 ‘Dan ALLAH menciptakan kamu dari tanah kemudian
dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan
perempuan). Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula)
melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak
dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi
umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya
yang demikian itu bagi Allah adalah mudah’.” lembut suara Pn Asiah menasihati
anaknya. Aleeya terkedu.
“Maksud ibu?” tanya Aleeya polos dan
kurang mengerti.
“Ibu tahu Aleeya masih cintakan dan
sayangkan arwah Rizal tapi Aleeya kena ingat Rizal dah tak ada. ALLAH lebih
sayangkan dia. Hidup Aleeya masih panjang. Aleeya kena fikirkan semua dugaan
yang akan mendatang. Mampu ke Aleeya nak membesarkan Aimi dalam zaman yang
serba mencabar ni tanpa suami di sisi?” Pn Asiah memulakan mukadimahnya. Lembut
suaranya meresap jauh ke dasar hati Aleeya.
“Ibu tahu Aleeya setia. Ibu tak
marah malahan ibu bangga. Bangga dengan anak ibu yang pandai menghargai kasih
sayang dan cinta seorang suami. Tapi ibu kecewa bila Aleeya mula menidakkan
perasaan Aleeya sendiri,”
“Aleeya jangan ingat ibu tak tahu.
Aleeya dah mula sayangkan Rafiq, kan?” Pn Asiah bertanya santai. Aleeya
terkedu. Dia memandang ibunya tunak.
“Mungkin ibu tak pernah tahu apa
yang berlaku antara Leeya, Rafiq dan Rizal satu masa dulu. Tapi ibu bukannya
bodoh untuk nak tahu perasaan Aleeya sekarang. Aleeya sayangkan Rafiq, Aleeya
cintakan Rafiq tapi kenapa Aleeya tak nak mengaku? Kenapa Aleeya nafikan
perasaan Aleeya? Kenapa Aleeya malu mengaku? Buat Rafiq sedih, buat Aimi
kecewa, kenapa? Kenapa tegar sangat Aleeya buat macam tu?” lembut suara Pn
Asiah namun kedengaran sungguh tegas. Bukan dia mahu buat anaknya berjauh hati,
tapi dia mahu menyedarkan anaknya itu. bukan dia tak sedar kesedihan di mata
Aleeya dengan apa yang berlaku tapi Aleeya masih lagi berpura-pura tidak
menyedarinya.
“Aleeya masih sayangkan Rizal,
bu,”jawab Aleeya akhirnya. Pn Asiah menarik kepala anaknya ke bahu. Dilentokkan
kepala itu dan tangannya mengusap bahu Aleeya penuh rasa kasih.
“Leeya sayang, mencintai orang lain
tak bermakna Leeya kena padam ingatan Leeya pada Rizal. Mengahwini orang lain
tak bermakna Leeya hilangkan perasaan cinta dan sayang Leeya pada Rizal. Biar
rasa tu hidup dalam hati Leeya. Dalam lubuk jiwa Leeya yang paling dalam. Tak
ada siapa mampu melupakan orang yang dia sayang tapi jangan sampai menyeksa
diri sendiri, Leeya,”
“Betul, Leeya cintakan Rizal tapi
Leeya kena buka pintu hati Leeya untu terima cinta orang lain. baru Leeya rasa
bahagia,” pujuk Pn Asiah lagi. Aleeya melepaskan keluhan lemah. Air matanya
mula bertakung.
“Kalau lelaki tu cintakan Aleeya,
tapi Leeya masih cintakan Rizal. Tu tak adil untuk lelaki tu, bu,” Aleeya
mengeluh berat. Dia memejamkan matanya. Dalam kelam, wajah Rizal dan Rafiq
saling berganti membuatkan Aleeya kembali mengeluh.
“Aleeya dengar cakap ibu sayang. Buka
hati Leeya untuk terima cinta baru dan Leeya akan dapat membalas cinta tu,”
Aleeya menundukkan kepalanya. Dia buntu.
“Dalam surah Al-Baqarah ayat 216 ‘Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula
kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui’. Kan jelas penerangannya tu,” rambut anak
perempuannya diusap manja. Barang yang disimpan di belakangnya dibawa ke peha
anak perempuannya.
“Ini, Rafiq bagi sebelum balik
tadi,” Aleeya memandang bunga tulip putih kegemarannya. Pn Asiah bangun
meninggalkan anaknya yang masih sibuk termenung mengenangkan orang jauh. Aleeya
mengambil bunga tulip putih dari pehanya. Kad ucapan yang dikepilkan bersama
dibuka.
‘LOVE is 143
Give me the chance to be with u’
-Rafiq-
Aleeya
menatap kad di tangannya itu dalam-dalam. Dia menarik nafas panjang. Dia yakin!
Dia tekad! Ini keputusannya!
***
MAJLIS perkahwinan yang berlangsung cukup meriah walaupun hanya
sederhana. Jemputan hanya terdiri dari keluarga, sahabat dan tetangga. Rafiq
merenung isterinya yang berdiri di sisi. Aleeya masih lagi dengan senyuman
manis yang tidak lekang dari bibirnya tanda lega dengan keputusannya.
Suara tangisan
anak kecil menyentak lamunan keduanya. Rafiq memandang ke arah munculnya suara
tangisan itu.
“Alah, kenapa
anak ayah ni? Mengantuk ke sayang?” sejak mereka memutuskan untuk berkahwin,
Aleeya telah meminta Rafiq untuk membuang perkataan ‘Rafiq’ di belakang
panggilannya dan mereka mengajar Aimi untuk membahasakan dengan cara yang sama.
Aleeya yang masih
berdiri di sebelah Rafiq mengusap kepala Aimi yang berada dalam dukungan Rafiq
dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dia masih lagi tersenyum. Entah apa
dimindanya, Rafiq tak tahu.
“Nak balik rumah
mama bila?” tanya Aleeya memandang Rafiq yang leka menepuk belakang anaknya
yang sudah mula melelapkan mata.
“Petang sikit
kot. Tapi sebelum balik rumah mama, saya nak ajak awak singgah satu tempat
dulu,” beritahu Rafiq bersama senyuman penuh rahsia. Aleeya kerut kening.
“Ke mana?”
soalnya ingin tahu.
“You will know
soon,” ujar Rafiq sebelum bangun melangkah masuk ke dalam rumah mahu meletakkan
anaknya ke atas tempat yang lebih selesa. Aleeya di luar hanya menggelengkan
kepala.
“ASSALAMUALAIKUM, abang,” Rafiq memberi salam sebaik sahaja tiba di sebuah pusara yang berhias indah. Aleeya yang memimpin tangan Aimi turut melakukan perkara yang sama. Sayu hatinya, lama rasanya dia sudah tidak datang menziarahi pusara arwah suaminya ini.
Rafiq menarik
tangan Aimi untuk duduk di pangkuannya. Aleeya pula mengambil tempat di sisi
suaminya beralaskan tikar yang dibentangkan Rafiq sebentar tadi. Rafiq
kemudiannya mengetuai bacaan yassin. Sesekali dia memandang ke arah isterinya
yang mengelap tubir mata. Rafiq sendiri hakikatnya tidak mampu menahan sebak
setiap kali membacakan yassin buat arqah abangnya itu.
“Abang, ini Aimi
anak kau. Dia dah besar, cantik, pandai jaga diri. Tapi jangan risau, Fiq akan
jaga dia macam anak Fiq sendiri. Fiq akan jaga Aleeya juga. Amanah abang, Fiq
akan pegang dan simpan sampai bila-bila. Kau jangan risau, bang. Fiq jaga mama,
jaga company kita. Kau tenang kat sana. Tunggu kehadiran kami yang bakal
menyusul ni,” Rafiq bersuara sebaik sahaja selesai bacaan yassin. Dia turut
sama mengelap tubir matanya yang berair.
“Abang, Leeya dah
jadi milik Rafiq. Tapi cinta abang pada Leeya, Leeya akan simpan buat kenangan.
Leeya nak simpan semua kenangan kita. Leeya sayangkan abang, Leeya sayangkan
Rafiq. Leeya akan jaga Aimi dan anak kami dengan baik. Leeya janji Leeya akan jadi
isteri yang baik,” luah Aleeya bersama air mata. Rafiq di sisi memeluk bahu
isterinya cuba menenangkan perasaan isterinya yang bersedih. Aimi tiba-tiba
bangun dari pangkuan Rafiq. Rafiq memandang aneh gelagat anak itu yang
menghampiri pusara Rizal. Batu nisan itu di usap lembut dek tangan kecil milik
Aimi.
“Papa, papa
jangan sedih-sedih tau. Aimi dah ada ayah. Ayah akan jaga Aimi dengan mama sama
macam papa jaga kami dulu. Aimi takkan lupakan papa. Aimi sayang papa. Ayah
cakap papa selalu doa supaya Aimi jadi anak yang baik dan Aimi pun selalu doa
supaya Aimi dapat tunaikan impian papa. Aimi selalu doakan papa, mama dengan
ayah. Nanti satu hari, kita boleh jumpakan, papa? Waktu tu Aimi nak peluk papa
kuat-kuat. Aimi akan selalu doakan papa, mama dan ayah. Aimi akan jadi anak
yang baik,” ucapan tulus yang keluar dari mulut si kecil itu menambahkan rasa
hiba di hati Aleeya dan Rafiq namun lekas-lekas mereka mengelap tubir mata
mereka.
“Sayang, jom kita
balik. Kita jumpa nenek dengan Nek Melah ya,” ajak Rafiq. Aimi mengangguk
bersama senyuman lebar.
“Bye papa. Nanti
Aimi datang lagi dengan mama dan ayah,” ucap Aimi polos sebelum meninggalkan
pusara yang bertanda Izral Rizal Bin Mohd Riduan. Fiq balik dulu, bang. Nanti
Fiq bawa buah hati kau datang lagi. Ucap Rafiq saat matanya memandang sekilas
ke arah pusara itu. Aleeya mengendong anaknya bersama senyuman. Dalam hatinya
tertanya-tanya, amanah apa yang dikatakan Rafiq tadi?
MALAM selepas menidurkan Aimi, Rafiq berlalu ke bilik tidurnya. Dia sudah berhenti bekerja di Nautica Sdn Bhd krn mahu memberikan tumpuan sepenuhnya pada RH Holdings. Ilham pula telah diambil bekerja dengannya sebagai cara membalas jasa sahabat baiknya yang selalu ada di saat dia susah dan senang.
“Kenapa berdiri
depan pintu ni?” tegur Aleeya. Lamunan Rafiq mati. Dia menggelengkan kepala
sebelum membuka pintu bilik dan melangkah masuk diikuti dengan Aleeya di
belakangnya.
“Awak okay tak
ni?” tanya Aleeya kehairanan dengan perilaku Rafiq. Rafiq masih lagi berdiri
tegak. Tadi depan muka pintu bilik sekarang depan almari pakaian pula. Rafiq
tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum dan membongkok mengeluarkan sesuatu
dari dalam laci bajunya.
Rafiq memanggil
Aleeya untuk menghampiri. Bila Aleeya menghampiri, kertas putih yang berlipas
kemas itu disua kepada Aleeya petanda menyuruh Aleeya untuk membacanya. Sebaik
saja Aleeya membuka kertas itu, Rafiq berlalu ke balkoni meninggalkan Aleeya
untuk menghayati tulisan tangan milik arwah Rizal.
Assalamualaikum buat adikku Rafiq.
Kelakarlah tiba-tiba jadi skema. Maaflah dik, abang kau ni memang
kayu sikit. Bab-bab skema-mema ni abang tak reti. Huh, dahlah panjang betul
repekan abang.
Fiq, abang tak tahu kenapa tapi abang rasa abang kena tulis juga
surat ni. Mesti kau rasa abang ni pelikkan? Hehehe… Dik, seriously abang rasa
masa abang dah tak lama. Abang harap sangat kau mampu jaga satu amanah abang
ni. Amanah yang agak berat untuk kau, tapi apa ada hal kau kan hebat!
Dik, abang tahu kau pernah bercinta dengan Aleeya. Abang pernah
terdengar (terdengar ok, bukan sengaja) perbualan korang dekat taman belakang
rumah hari tu. Tapi korang tak perasan sebab abang menyorok balik peti sejuk
(well, abangkan kurus). Tak apalah, abang tak kisah dan abang faham sebab semua
orang ada sejarah silam masing-masing. Tapi abang kecik hati sebab kau tak
pernah nak bincang dengan abang. Alih-alih kau buat keputusan sendiri, keluar
dari rumah. Abang tak salahkan kau atau pun Aleeya dalam hal ni. Kau adik abang
yang baik. Sebab sayangkan abang, kau mengalah. Kan?
Fiq, lepas abang dah tak ada kau baliklah semula ke rumah. Jaga
mama. Mama tu dah tua, dik. Tak ada apa yang dia nak lagi selain dari kasih
sayang anak-anak. Dia perlukan teman. Kau temankan mama, ye? Kau budak baik,
kan? Kau mesti dengar kata abang kau ni. Senangkan hati mama, dik. Jangan buat
dia sedih. Kalau mama nak apa-apa, kau cubalah tunaikan walaupun susah. Jangan
buat mama kecik hati dengan kau. Syurga seorang anak lelaki selamanya berada di
tapak kaki seorang ibu. Ingat tu, dik. Dari kecik, arwah babah dah pesan jaga
mama, senangkan hati dia. Abang tahu kau takkan lukakan hati mama, abang dan
arwah babah, kan? Jadi kau kena ambil alih RH Holdings. Jangan bagi alasan Fiq.
Babah bina RH Holdings untuk kita, kau kena buktikan pengorbanan babah bukan
sia-sia.
Dik, yang ni permintaan dan amanah. Kau tolonglah anggap ni
sebagai permintaan abang yang terakhir. Kau tolong jaga Aleeya dan anak abang.
Jaga mereka baik-baik. Tolong sayang anak abang macam kau sayang abang (tak
boleh, kau selalu cari fasal dengan abang. Kau sayang macam sayang Leeya.
Hehehe..) Jaga dia, besarkan dia dalam kehidupan yang penuh agama. Bolehkan,
dik? Kalau boleh, abang harap sangat kau dapat kahwin dengan Leeya. Abang tau
kau tak pernag berhenti cintakan Leeya kan? Sebab tu kau jauhkan diri dari dia.
Sebab kau takut kau rampas dia dari abang, kan? Tapi lepas ni, bila abang dah
tak ada, kau kahwin dengan dia, ye dik? Abang tau permintaan abang ni mengarut
dan mungkin melawan takdir ALLAH tapi abang minta jodoh korang berdua dikuatkan
dan dipanjangkan.
Kalau ditakdirkan tak ada jodoh kau dengan Leeya, abang harap kau
dapat pastikan anak abang dapat ayah yang baik dan Leeya dapat suami yang boleh
membahagiakan dia. Dan untuk kau, doa abang tak pernah putus, moga kau dapat
isteri yang solehah yang dapat membetulkan wayar-wayar kau yang tak berapa nak
bersambung tu. Hehehe…
Fasal anak abang, jaga dia macam kau jaga anak sendiri. Sayang dia
macam mana kau sayang bakal anak-anak kau. Please Fiq… Abang tak rasa abang
sempat tengok dia membesar. Abang Cuma berharap pada kau je. Tolong jaga dia
dan Leeya. Jaga mereka dengan penuh kasih sayang. Abang harap sangat, dik.
Abang harap kau mampu tunaikan permintaan abang dan tak rasa terbeban.
Tu je yang abang nak tulis. Terima kasih dik. Satu perkara yang
kau tak pernah tahu dari abang. Abang sayang kan kau sangat-sangat. Terima
kasih sebab lepaskan perempuan yang kau cintai untuk abang kau. Terima kasih
untuk pilih jaga hati abang, dari fikirkan perasaan kau. Abang tak mampu nak
balas semua tu dik. Terima kasih sangat- sangat.
Dik, abang sayang kau. Kau satu-satunya adik abang dunia dan
akhirat (memang abang tak de adik lain pun). Abang berharap sangat permintaan
ni tak membebankan kau.
Salam sayang dari satu-satunya abang kau,
Izral Rizal
Aleeya
menghampiri suaminya dengan wajah yang berbalam dengan air mata. Rafiq mengukir
senyuman nipis. Pipi isterinya diusap lembut.
“Saya tak mungkin
mampu jadi sebaik abang tapi saya janji, saya janji saya akan jaga, sayang dan
cintakan awak selagi saya bernafas,” ucap Rafiq syahdu. Aleeya menyembamkan
mukanya ke dada suaminya. Syahdu dia mendengar ucapan yang keluar dari bibir
Rafiq.
“Awak memang tak
sebaik dia tapi awak one and only lelaki yang berjaya buat saya hidup semula.
Awak lelaki terbaik untuk saya. Macam-macam yang pernah saya cakapkan pada awak
tapi awak masih setia di sisi saya. Terima kasih, Rafiq. Saya sayangkan awak.
saya cintakan awak. terima kasih kerana sedarkan saya pada realiti itu. Terima
kasih kerana pegang pada amanah arwah Rizal. Kalau bukan sebab awak, entah apa
yang jadi saat ni,” Aleeya bersuara dalam tangisan. Rafiq turut sama berair
matanya. Dia tersenyum manis memandang isterinya.
Ya, syukur
pada-MU Ilahi. ALLAH bukakan pintu hati mereka berdua untuk menerima kebenaran.
Kebenaran yang mereka saling mencintai dan saling memerlukan.
Aleeya merenung
wajah suaminya yang masih leka memandang wajahnya yang sudah lencun dengan air
mata. Ya ALLAH, kekalkanlah kebahagiaan dan kegembiraan rumah tangga ini. Jika
benar dia jodohku, janganlah KAU pisahkannya setelah kau satukan hati kami. Aku
sayang dia, Ya ALLAH. Aku yakin dengan aturan-MU. KAU ambil Rizal dari aku dan
KAU gantikan dengan lelaki yang lebih menyayangi aku tanpa aku sedari. KAU
hadiahkan aku kebahagiaan, kegembiraan dan kesetiaan dari seorang lelaki yang
tak berbelah bagi dan pernah ku benci. Terima kasih Ya ALLAH. Sungguh, aku
sayangkan dia!
Ya ALLAH, aku
bukan sehebat Sayidina Ali untuk mengimpikan isteri setulus Saidatina Fatimah.
Aku jua tidak setampan Nabi-MU Yusuf A.S untuk mendapatkan isteri secantik
Zulaikha. Aku tidak seteguh dan seutuh Rasul-MU Nabi Muhammad S.A.W untuk
mendambakan isteri semulia Saidatina Khadijah dan sekuat Saidatina Aisyah . Aku
hanya lelaki biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Terima kasih ya ALLAH
kerana menghadiahkan aku, dia sebagai isteriku. Kuatkanlah aku untuk membimbing
dia ke jalan-MU dan keredhaan-MU. Tabahkan aku untuk mengemudi bahtera keluarga
ini. Lengkapkan kekurangan aku dengan kelebihan yang dimilikinya. Dengan
bantuan-MU, KAU bantulah aku, ya ALLAH. Tulus doa Rafiq dalam keheningan malam.
Dahi isterinya dikucup lembut. Lama dia biarkan bibirnya di situ.
Tanggungjawabnya sudah bertambah dan bahteranya sudah semakin besar.
Tanpa cinta,
manusia tidak sempurna. Tanpa kasih, manusia hilang arah. Tanpa hati, manusia
bisa mati. Tapi cinta, hati dan kasih mampu mencipta kehidupan yang sempurna
untuk manusia. Berlandaskan kasih sayang yang hakiki pada Pencipta-NYA, manusia
mampu hidup dalam hidup yang penuh harmoni.
-TAMAT-
best sngt...troskn bkat mnulisny writer..kipidap.. ;)
ReplyDeleteIn Shaa ALLAH.. Terima kasih atas sokongan.. :)
Deletebest...
ReplyDeleteterima kasih.. :)
DeleteHow do I make money from playing games and earning
ReplyDeleteThese are https://septcasino.com/review/merit-casino/ the febcasino three most popular forms of gambling, wooricasinos.info and are explained in a very concise and concise manner. The most หาเงินออนไลน์ common forms 바카라 사이트 of gambling are: