LOVE

L : Love everything about your love one
O : Often show your love
V : Value the time you have together
E : Embrace the memories together

Saturday, 16 March 2013

Kau Bukan Untuk Aku :(



KAD jemputan kahwin atas meja aku tenung lama. Nama yang terukir cantik di atasnya membuatkan aku tersenyum lama. Tak sangka baru tiga bulan tak berjumpa, kawan baik aku ni dah nak kahwin dengan pilihan hatinya. Erm, makan nasi kendurilah aku nampaknya. Nak tunggu nasi kenduri aku, entah bilalah baru dapat merasa. Lamunan aku terhenti seiring dengan bunyi telefon bimbitku. Izzah! Kenapa pulak bakal pengantin ni?
                “Hello, Assalamualaikum,” sapaku lembut. Bimbir dah mula senyum dah ni.
                “Waalaikumussalam. Aku ganggu kau ke?” suara Izzah yang ceria membuatkan bibir aku yang sudah tersenyum makin melebar. Aku menggeleng perlahan sebelum menepuk dahiku sendiri. Aduh kau ni, Aisha! Bukannya Izzah tu nampak kau gelengkan kepala. Sengal betullah kau ni!
                Hello, anybody home?” gurau Izzah apabila taliannya aku biar sepi.
                Sorry lah. Rasa macam mimpi pulak bakal pengantin telefon aku malam-malam buta ni. Kenapa? Nak minta tips perkahwinan ke? Sorry lah cik Kak, aku belum melangkah alam bertunang pun lagi ye,” aku sengaja mengusik gadis comel itu. Suara Izzah ketawa jelas terdengar di talian sebelah sana.
                “Kau ni, mengarut je. Takkan lah aku nak minta tips dari kau. Aku cuma nak mintak satu pertolongan sebelum aku akhiri zaman bujang aku ni,” suara Izzah kedengaran kembali. Ha, ni tak lain minta aku jadi pengapitlah ni. Mentang-mentang aku sorang yang masih solo antara geng-geng aku, aku selalu kena jadi ‘mak sanggup’ dalam hal macam ni.
                “Apa dia?” soalku malas. Walau pun dah tahu sebenarnya tapi kenalah jugak pura-pura macam tak tahu. Aku dengar Izzah tergelak kecil.
                “Alah, kau janganlah macam ni. Special job for you lah, honey,” suara Izzah ceria.
                “Pengapit?” soalku kemudiannya. Terdengar suara Izzah yang makin meninggi aku confirm itulah ‘special job’ yang dia katakan tadi.
                “Eii… apa yang special sangat job tu? Asal korang kahwin je aku yang kena jadi pengapit. Aku tahulah aku ni still single and available lagi tapi tak payahlah buli sampai macam tu,” ujarku sedikit merungut. Suara tawa Izzah pecah lagi. Aku mula buat muka. Geram pulak dengan minah ni. Ish, kau ni Aisha, bukannya Izzah nampak muka lapan segi kau tu.
                “Ha, tu mesti dia dah start buat muka lapan segi dia tu. Alah, please lah… kau je harapan aku sekarang ni. Nak harapkan Huda, dah sibuk mengelek anak dia tu. Lisa dah jadi mak buyung. Matilah aku kena kerja dengan laki diorang kalau tau aku nak suruh wife tersayang diorang tu jadi pengapit. Please la…” suara merayu Izzah buat aku tak sampai hati.
                “Yelah-yelah. Nanti kata aku tak adil pulak. Weeding dua orang tu aku boleh jadi pengapit, takkan weeding my beloved best friend tak boleh pulak, kan?” Aku sedikit menyindir. Suara tawa Izzah kedengaran lagi. Eh mak cik ni, asyik ketawa pulak dia dari tadi. Naik rimas telinga aku.
                “Ni yang aku sayang kau lebih ni,” Izzah bersuara lagi. Aku mencebik.
                “Sekarang je la kau nak sayang aku pun. Lepas ni abang sayang dekat sisi, mana nak ingat kita lagi dah. Siapalah kita ni waktu tu, kan Cik Izzah Nadia?” aku sedikit memerli. Izzah ketawa lagi.
                “Kau ni, asyik ketawa dari tadi, saja nak buat aku geramlah tu. Aku cancel nanti jadi pengapit kau, baru kau tahu,” aku sedikit mengugut. Pasti muka Izzah dah bertukar cuak saat ini. Rindu pulak aku nak tengok muka tu. Hehehe.
                “Jangan, jangan, jangan… please lah… aku dah tak de orang lain yang boleh diharapkan. Nak diharapkan adik-adik aku, Nabila baru tingkatan tiga, yang lain lelaki. Mana aku nak cari pengapit lain ni,” Izzah sudah mula merayu. Dalam hati aku mula gelak jahat. Hihihi.. jahatkan aku ni. Suka-suki buli member kamceng sendiri.
                “Yelah. Aku cuma takut jadi macam cerita 27 dresses tu je,” balas aku bercanda.
                “Ish kau ni, apa pulak mengarut sampai macam tu. Kalau nak ikut cerita 27 dresses tu, alamatnya kau kena tunggu budak kelas kita habis kahwinlah baru kau kahwin. Itu pun kalau diorang nak guna khidmat kau sebagai pengapit diorang lah pulak,” serentak dengan itu, aku ketawa lepas tanpa dapat ditahan. Amboi dia ni, dapat sekali fire aku, hangus terus baginya.
                “Aku tak de hal. Anyway, buat masa ni aku still free from somebody call ‘someone’. Remember that,” aku membalas setelah tawaku reda. Izzah diam tidak membalas untuk seketika sebelum aku dengar dia lepaskan keluahan. Macam berat je. Apa lagi yang tak kena?
                “Kenapa?” soalku prihatin. Maklumlah, kawan kot.
                “Kau masih tak boleh lupakan dia?” Izzah soal berlapik. Aku terdiam seketika sebelum aku berpura-pura tergelak kecil.
                “Kau ni, mengarutlah. Benda yang lepas buat apa nak kenang lagi. Dia dah bahagia dengan orang lain dah. Tak payah aku nak sibuk-sibuk lagi. Cuma buat masa ni, jodoh aku belum sampai, takkan aku nak paksa pulak. DIA lebih tahu waktu yang tepat, berserah je lah pada-NYA,” balas aku mudah. Kemudian kami berdua seakan kematian idea untuk berbual. Pantas aku membuat janji untuk tidur di rumahnya seminggu sebelum majlis kahwinnya berlangsung sebelum kami sama-sama mematikan talian. Aku merenung siling. Memori lama bertapak kembali.

###

“EH Aisha, aku tengok abang senior tu asyik pandang kau je dari tadi. Kenapa?” Lisa menyoal aku sebaik sahaja kami melangkah masuk ke kelas. Aku menghantar pandangan ke arah Lisa. Abang senior? Senior mana pulak dia ni? Jangan buat hal.
                “A’ah la, Sha. Aku pun perasan jugak. Dari masa orientasi dia asyik pandang kau,” Huda pula menyambung kekeliruan di benak aku. Ah sudah minah dua orang ni, senior mana? Punyalah ramai senior dekat sini, yang mana satu yang asyik pandang aku tu?
                “Senior mana pulak kau ni?” aku bertanya bila keliru mula melanda aku. Aku mencuit bahu Izzah yang sedang enak menyedut air Justea yang baru di belinya di kedai berhampiran sebentar tadi. Izzah sekadar angkat bahu. Eh dia ni, tak tahu ke tak nak ambil tahu?
                “Tu, abang senior yang pakai cap putih baju hitam tu lah,” Huda menarik aku menuju ke pintu kelas. Tangannya menunjukkan kelibat ‘abang senior’ yang diperkatakan oleh mereka berdua sebentar tadi. Aku memandang Huda hairan.
                “Korang berdua ni betullah. Main serkap jarang je. Entah-entah, dia pandang orang lain kot,” aku menafikan telahan dua sahabatku ini. Huda dan Lisa mula buat muka. Aku pulak lebih kepada sikap tak tahu. Malas mahu menyerabutkan otak. Sudahlah baru tiga bulan aku di sini, tiba-tiba pulak minah dua orang ni kata abang senior tu pandang aku sejak dari orientasi lagi. Mahu tak sesak kepala?
                “Lah, mamat tu ke? Tak silap aku, aku nampak dia dengan geng dia waktu kita makan dekat kedai dulu,” Izzah bagi satu kenyataan yang pada aku cukup pelik.
                So, kenapa? Kedai makan, memanglah ramai orang. So tak mustahil dia dengan geng dia ada dekat situ. Tak ada kena mengenalah dengan aku,” aku cuba menidakkan lagi. Budak tiga orang ni aku tengok dah gaya macam nak makan orang je.
                “Aku tak habis cakap kau dah potong. Lepas tu buat assumption sendiri,” marah Izzah. Aku sekadar tersengih.
               “Kalau kau masih ingat, mamat tu lah yang tegur kau dulu sebab makan comot. Lepas tu waktu kita nak balik, geng dia tu pergi usik kau minta nombor. Waktu tu muka dia blushing and dia buat muka bengkek (bengang) depan member-member dia. Kau ni lampi (lambat pickup) betullah,” Izzah menyambung marahnya. Aku serta-merta teringat kejadian di kedai makan itu. pantas aku menepuk dahi. Dah kenapa pulak mamat tu dok skodeng aku? Tak de kerja ke? Marahku dalam hati. Lamunan aku terhenti bila Madam Zila, pensyarahku melangkah masuk.


“ASSALAMUALAIKUM,” satu sapaan dari suara lelaki buatkan aku menoleh. Mamat ni… tak silap aku, kawan mamat cap putih tu. (Mamat cap putih tu, mamat yang skodeng aku tu. Aku tak tahu nama dia, so aku panggil je lah mamat cap putih sebab dia rajin sangat pakai cap putih tu.)
                “Waalaikumussalam,” balasku perlahan tapi rasanya dia kuat pendengaran kot nak dengar.
                “Ada apa-apa yang saya boleh tolong ke?” ucapku berbahasa. Maklumlah senior woii.. nanti tak fasal-fasal aku kena cop sombong pulak dok buat dunno (don’t know) je dengan senior.
                “Saya Irfan, kawan Rizal.” Aku mengangguk perlahan saat dia memperkenalkan diri. Okay, aku kenal kau Irfan tapi… siapa Rizal? Agak-agak kalau aku tanya dia terasa tak? Serentak dengan itu, aku dengar tawanya meletus. Dah pulak, kenapa mamat ni?
                Sorry… sorry… mesti awak blur sapa Rizal, kan? Hadi tu kawan saya yang tengah duduk atas motosikal tu,” waktu tu jugak dia angkat ibu jari dia tunjuk dekat mamat cap putih yang tengah elok duduk menunggu atas moto sambil muka dia menghadap ke jalan tar. Aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal. Mamat ni, tak habis-habis nak mengganggu hidup aku.
                “Kenapa dengan kawan awak tu?” soalku teragak-agak.
                “Saya nak cerita pun jadi panjang lebar, so saya pendekkan je la ye. Kawan saya tu dah lama minat dekat cik Aisha ni. Tapi dia tu pemalu sikit. So, saya selaku kawan dia ni cubalah untuk membantu. Boleh saya dapatkan nombor hand phone awak?” Irfan bertanya selamba. Aku yang mendengar, tak yah tanyalah. Confirm tersentak! Aku mengalih pandang ke arah mamat cap putih yang tengah sedap pandang aku dengan member dia ni. Elok je aku pandang dia, dia terus tengok bawah. Uitt, pemalu lah pulak!
                “Saya minta maaf. Saya bukan tak nak bagi cuma kalau dia betul sukakan saya, dia akan berusaha untuk dapatkan nombor saya sendiri. Saya balik dulu. Assalamualaikum,” serentak dengan itu, aku melangkah pergi meninggalkan geng ‘abang senior cap putih’ tercengang-cengang. Aku pun tak peduli sama ada salam aku bersambut atau tak. Yang penting hati aku mula rasa lain macam bila dapat tahu yang mamat cap putih tu syok dekat aku.
                Selama hari ni aku cuma tengok dia je. Lepas tu ada satu hari tu, aku pergi klinik temankan Lisa. Terserempak dengan diorang yang keletihan balik futsal. Waktu tu aku tak tahu kenapa tapi aku rasa aku dah macam jatuh minat dekat mamat ni. Muka dia waktu tu… lain. maybe sebab tu first time dia tak pakai cap putih tu kot. Muka dia nampak…cute? Mungkin kot!
                Sampai je dalam bilik, diari biru aku ambil dari laci meja studi aku. Mula lah tangan ni nak menconteng. Laju je idea aku mencurah untuk menconteng atas diari tu.
            Date : 14 September
            Time : 4.35 PM
            Mood : In a dream… beautiful? Maybe!
Today is a weird day. Imagine that someone you never know suddenly send his friend approaching you and ask for your phone number? What a weird! And the most weird when his friend said that ‘someone’ is admiring you when you are never ever talk or meet them! Can you believe that? Okay, to be honest, that someone is ‘mamat cap putih’. His friend come and tell me that ‘mamat cap putih’ want to get my phone number and.. admiring me? It’s like a nonsense! I am admitting that from the day I companied Lisa to the clinic and met them at the futsal court, I started to admire him too. But, I just can’t believe that he admiring me? I mean... look at him! He had all the characteristic that girls want and maybe crazy over him. But, why must me? Am I that unreasonable or to egoistic to receive his intro? I don’t know! Oh dairy, please help me out from this!!!
Selesai menulis, aku kembali menyimpannya di tempat yang sama aku ambil sebentar tadi. Aku berbaring di atas katil ku sambil mata memandang palang katil bahagian atas. Aku… buntu!


###

MATA aku membulat. Macam tak percaya je yang aku dah sampai dekat Kuantan, rumah teman baik aku ni. Kalau nak ikutkan bukanlah jauh mana KL tu dengan Kuantan, cuma sebab dah lama tak jejakkan kaki dekat sini, jadi rasa macam tak percayalah pulak! Sebaik sahaja aku nampak mak pengantin (hehehe… mak Izzah la, sapa lagi) aku terus datang dekat. Mak Izzah ni atau pun aku panggil Ibu, terkejut jugak dia bila nampak aku. Katanya, ingat aku dah lupa jalan datang Kuantan ni. Sebenarnya aku faham, dia nak cakap yang aku dah lama tak muncul dekat rumah dia ni. Aku pun mula lah beralasan, konon sibuk. Memang aku kerja mengalahkan perdana menteri nak bagi jawapan macam tu.
                Elok je selesai bersoal jawab dengan Ibu, aku pun terus menginjakkan kaki ke dalam rumah batu dua tingkat colour biru langit ni. Mana lagi tempat aku tuju kalau bukan bilik mak cik Izzah ni la.. ni lagi satu, naik bingit telinga aku dengar dia menjerit bila nampak aku depan muka pintu. Dari mood manja-manja dengan bakal hubby terus letak phone semata-mata sebab aku sampai depan muka pintu bilik dia. Ya ALLAH, minah ni. Aku pun tak faham macam mana Mr. Hubby a.k.a Nizar tu boleh tahan dengan perangai minah ni? Main selamba dia je.
                “Apasal tak bagi tahu kau dah sampai. Kalau kau call aku boleh jemput dekat depan rumah,” gurau Izzah. Aku mencebik.
                “Setakat depan rumah nak buat apa, cik Kak?? Lain lah kalau kau nak jemput aku dari pekan Kuantan tu?” ejek ku. Izzah sekadar ketawa. Berseri-seri aku nampak muka dia. Dulu masa Lisa dengan Huda kahwin pun aku rasa muka diorang berseri. Apa orang cakap tu… hah! Seri pengantin! Tapi aku tak tahulah bila sampai masa aku nak berseri macam tu. Tanpa aku sedar wajah aku berubah mendung.
                “Kau ni kenapa? Takkan nak gurau pun dah tak boleh dah?” Izzah menegur membuatkan aku tersentak. Aku pandangnya aneh.
                “Bukanlah! Aku cuma cemburu tengok korang. Yelah, Lisa dah pregnant, Huda pulak dah ada anak. Kau… on the way nak kahwin. Aku ni? Entah bilalah dapat rasa macam ni. Seronok aku tengok muka korang berseri,” balasku jujur. Kalau tipu pun, bukannya Izzah tak tahu. Perbualan kami tamat bila Ibu mula panggil untuk makan malam.

“SABARLAH. Sampai masa, kau akan ada jodoh juga. Yakin pada-NYA, Aisha,” Izzah memberi nasihat bila aku buka cerita fasal jodoh. Aku tersenyum hambar.
                “Entahlah. Aku bukan tak yakin dengan ketentuan-NYA. Cuma, aku tak rasa yang aku nak bercinta lagi. Lepas apa yang berlaku, aku rasa cukuplah! Aku tak sanggup dikecewakan lagi,” serentak dengan itu, bahu Izzah menjadi tempat aku meletakkan kepala.
                “Kesabaran akan dibalas dengan ganjaran, Aisha. Kau ingat tak Ustaz Karim pernah pesan, ALLAH takkan ambil sesuatu yang berharga dari kita melainkan DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik dan berharga. Insya-Allah, setiap yang kau lakukan dengan merelakan dia pergi dari hidup kau akan dibalas dengan lebih baik lagi. Mungkin jodoh kau dengan dia memang tak ditakdirkan. Sebelum kau lebih kecewa, baik dia pergi dari sekarang,” panjang lebar Izzah menasihatiku. Aku masih lagi tersenyum kelat.
                “Lapan tahun, Izzah. Lapan tahun aku dengan dia kenal, tu bukan satu tempoh masa yang pendek. Aku sendiri tak tahu dekat mana silap aku sampai akhirnya perkenalan kitorang jadi berantakan macam ni,” aku masih meluahkan rasa. Air mata yang aku tahan mula bertakung. Sudahlah Aisha. Sampai bila kau nak menangis sebab ingatkan dia? Aku menasihati diriku sendiri.
                “Aku tahu tu. Habis tu, kau nak salahkan dia? Atau kau nak salahkan diri sendiri? Ke salah perempuan tu?” Izzah bertanya lembut. Bahu aku diusap perlahan.
                “Semua ni jadi bukan salah sesiapa. Rizal ada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Sedangkan mereka tak buat apa-apa pun. Cuma mungkin mereka dah memang ditakdirkan macam tu,” Izzah kembali bersuara setelah tiada sebarang balasan dariku. Ya, Rizal ditangkap berdua-duaan dengan majikannya di pejabat pada waktu menghampiri malam. Rizal yang sedang menyiapkan kertas kerja langsung terpaku kerana tidak tahu-menahu tentang apa-apa.
                “Aku tahu tu. Tapi, aku masih tak mampu nak terima yang Rizal bukan milik aku lagi,” luahku jujur. Izzah masih setia mendengar luahan hatiku yang aku rasa terlalu lama aku pendam. Parents aku sendiri tak tahu fasal perasaan hatiku. Biarlah. Aku tak nak serabutkan mereka dengan masalah aku.
                “Luahkan semuanya, Aisha. Biar kau lega. Biar lepas ni kau jadi Aisha yang baru. Menangislah sepuas hati kau,”
                “Tapi aku tak boleh terima dia tipu aku,” aku kembali bersuara bila esakanku mula berkurang. Ya, Rizal tipu aku. Dia merahsiakan perkahwinannya hingga hampir empat bulan. Sepanjang tempoh empat bulan itu, siapa aku padanya?
                “Rizal tak tipu kau. Dia cuma tak de keberanian untuk mengakuinya. Dia tak nak kau sedih. Dia tak nak kau kecewa. Dia tahu kau simpan angan-angan untuk bahagia dengan dia. Jangan salahkan dia bila dia tipu kau. Sedangkan dia sendiri tak mampu nak terima kenyataan, ini pula kau!” di bahu seorang sahabat, aku menangis meluahkan segala-galanya seperti anak kecil.
                “Mungkin ini balasan untuk aku yang terlalu simpan angan-angan untuk bahagia,”
                “Aisha, tak pernah ada sebarang balasan atau hukuman untuk orang yang mengimpikan kebahagiaan. Percayalah Aisha, semua ini berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Hikmah yang kau tak pasti. Dan hikmah ini hanya akan muncul bila kau mula redha dengan segala-galanya yang berlaku antara kau dan dia. Mungkin korang tak ditakdirkan untuk bersama kerana kau memang bukan tercipta dari tulang rusuk dia. Istikharah, Aisha. Dah kau akan dapat jawapan yang tepat. Jawapan untuk semua masalah yang terbelenggu dalam fikiran kau,”
                “Aisha, aku ni pun bukannya baik sangat untuk nasihatkan kau. Cuma sebagai sahabat, aku rasa aku patut ingatkan kau. Kau dah pernah janji dengan dia, dengan aku malah dengan isteri dia yang kau dah maafkan mereka. Bila kau asyik mengeluh, kau seolah masih mendendami mereka yang tak pernah melakukan kesalahan. Malah kau mendendami orang yang pernah menyayangi dan mencintai kau setulus hati dan tak pernah curang pada kau. Lupakan semua, Aisha. Jadilah gadis baru. Lupakan yang kau pernah sakit sampai kau tak mampu mencintai insan lain,” panjang nasihat Izzah. Aku terdiam seketika. Apa yang Izzah cakapkan memang benar.
                Aku masih lagi tidak mampu melelapkan mata. Minda aku kembali menerawang mengingati detik indah antara aku dan Rizal.

###

“PENATLAH. Awak ni, dari dulu sampai sekarang saya kejar susah betul nak dapat, kan?” Rizal bersuara sewaktu kami mula melabuhkan duduk di kerusi batu berhampiran kolej kediaman. Air tin Revive yang dibelikan untukku, di hulurkan setelah dibuka. Aku tersenyum. Rizal ni, baik…
                “Saya tak pernah lari, kenapa awak kejar. Kan dah penat sendiri,” Aku membalas dengan sindiran. Rizal menjeling aku geram. Aku sembunyikan senyum dengan berpura-pura meneguk air tin yang dibukakannya untukku tadi.
                “Saya tak pernah cuba lari dari awak. Saya cuma nak tengok sejauh mana awak mampu bertahan dengan saya. Tapi nampaknya macam awak dah give up je,” aku menyambung usikan. Rizal tersenyum sambil menghantar pandangannya jauh ke hadapan.
                “Saya tak give up dan takkan give up sebelum saya dapat rebut cinta awak. Cuma yang jadi tanda tanya sekarang ni, kenapa susah sangat awak nak terima saya?” aku mengerutkan kening sebaik sahaja mendengar ucapan Rizal.
                Ops, don’t get me wrong. I don’t mean to push you to accept me. Cuma…” Rizal seakan kematian kata. Aku tersenyum sendirian.
                “sebelum ni saya tak pasti dengan hati awak. Sebab tu saya seakan main tarik tali dengan awak,” mendengar ucapanku, Rizal pantas mengalihkan pandang menghadapku menyebabkan aku pulak yang tertunduk malu. Eihh, Rizal ni kan…pandanglah tempat lain… bentakku geram. Tapi dalam hati jelah..
                “Habis tu, sekarang ni?” Rizal seakan tak sabar dengan bicara aku. Aku tersenyum. Bersungguh-sungguh nampaknya jejaka ini.
                “Kalau awak serius nak kawan dengan saya, awak kena dapatkan restu parents saya dulu,” aku membalas ringkas tapi dapat aku kesan senyuman di wajah tenang itu.
                “Bila saya boleh jumpa parents awak?” serentak dengan soalan itu, aku mengucapkan syukur. Doaku, biarlah segala-galanya berlalu mudah.

TERNYATA mama dan ayah tak membantah hasrat Rizal untuk berkenalan dengan aku dengan lebih rapat. Aku pun suka jugak. Tiga tahun aku menghabiskan diploma di situ, aku ditemani dengan jejaka yang cukup setia. Yang selalu ada saat aku hampir rebah. Lelaki yang tak pernah mengambil kesempatan walaupun hanya dengan memegang tangan.
                Setelah tamat pengajian aku di UiTM Penang, aku di tawarkan program ijazah di UiTM Shah Alam pula. Sekali lagi aku akan bertemu dia. Walau pun dia merupakan senior aku, tapi aku tak kisah. Waktu di Shah Alam memang mencabar. Saat ini baru aku perasan yang banyak mata mencemburui perhubungan kami. Bermacam-macam andaian dan cerita buruk yang aku dengar. Bila aku cakap pada Rizal, dia Cuma berkata, “As long as, kita tak buat benda salah, awak percaya pada saya dan saya percaya pada awak, tu dah cukup bagi saya. Saya kenal awak, awak kenal saya. Pedulikan mereka semua,”
                Akhirnya, percintaan kami mencecah usia tujuh tahun. Ramai yang terkejut bila tahu. Lebih-lebih lagi saat itu, Rizal sudah mula bekerja tetap di sebuah syarikat hartanah tempat dia melakukan praktikal dulu. Bermacam-macam andaian yang mereka lemparkan. Siap kata Rizal akan kahwin belakang aku pun ada juga. Aku buat bodoh je. Buat tak peduli. Aku lebih senang bertanya sendiri pada Rizal dari terus cemburu buta. Masa konvokesyen Ijazah aku, Rizal datang dan ada jugak dia ura-urakan pada ayah untuk masuk meminang aku. Ayah dengan mama langsung tak de bantahan. Mereka setuju je. Dua adik aku pun sama, suka betul diorang.
                Tapi bila aku sangka panas tu akan sampai petang, rupa-rupanya hujan pula melanda di tengah hari. Awan putih yang meliputi langit bertukar menjadi kelabu. Berita Rizal ditangkap berdua-duaan dengan majikannya, Cik Hanim ,di pejabat benar-benar buat nafas aku sesak.
                “Apa awak cakap? Rizal, awak jangan main-main!” marah aku pada Rizal. Telefon yang aku pegang aku rasa ingin saja aku baling ke dinding. Biar pecah berderai, biar dia tak dapat hubungi aku lagi. Sebal sungguh perasaanku saat ini.
                “Saya tak main-main. Saya sendiri tak tahu macam mana dia ada di pejabat pada waktu tu. Sedangkan selalunya, dia dah balik,” suara Rizal lemah. Dia sendiri bagai tak mampu nak menjelaskan.
                “Rizal… I… I don’t know what to say,” tergagap-gagap aku berkata.
                “Saya tahu saya salah. Saya tak kisah kalau awak nak anggap saya khianati cinta kita. Tapi percayalah, dari hari pertama kita kenal sehingga kini, saya cuma sayang dan cinta awak je, Sha. Sha, percayalah cakap saya,” Rizal memohon pengertian. Aku cuba mengambil pemikiran positif.
                “Berapa lama dah awak kahwin?” Aku bersoal polos. Rizal terdiam.
                “Empat bulan,” jawab Rizal lemah. Waktu itu, aku rasa bagai ingin meraung sekuat hati aku. Patutlah selama empat bulan ini payah benar untuk aku menghubunginya. Rupanya ada rahsia besar yang dia sorokkannya.
                “Rizal, sampai hati awak. Selama empat bulan ni awak tipu saya. Awak buat saya macam orang bodoh menunggu awak. Rupanya…” aku tidak mampu meneruskan kata. Air mata aku dah mengalir macam air sungai.
                “Saya tak tipu awak. Saya cuma tak tahu macam mana cara terbaik untuk saya bagi tahu awak,” Rizal mempertahankan diri.
                “Kalau saya tak telefon awak sekarang ni, agaknya sampai matilah kan saya tak tahu yang awak dah berkahwin?” aku membalas pesimis. Tangan meraup kasar wajah yang mula basah dengan air mata.
                Please, Sha. Forgive me. I know it’s all my fault…” belum sempat Rizal menyambung katanya, aku memotong.
                “Sudahlah Rizal, benda dah nak jadi. Saya tak de hak nak salahkan awak 100%. Cuma saya terkilan bila awak sanggup merahsiakan hal ini dari pengetahuan saya. Saya doakan awak bahagia,”
                “Sha, saya minta maaf sebab tak mampu nak tunaikan janji saya pada awak dan keluarga awak. Saya tahu saya lelaki yang paling jahat yang pernah awak kenal di muka bumi ni. Tapi saya doakan awak agar awak bertemu dengan lelaki yang jauh lebih baik dari awak. Lelaki yang lebih sempurna yang dapat melengkapkan hidup awak dengan kegembiraan. Bukan dengan air mata macam yang saya lakukan,” Rizal menuturkan tenang.
                “Rizal, percayalah. Walaupun pengakhiran kita tak indah tapi saya tetap bersyukur dipertemukan dengan awak. Awak ajar saya erti cinta sejati, Rizal. Awak satu-satunya lelaki yang berjaya ketuk pintu hati ni. Dan Rizal, saya mohon untuk awak belajar cintai isteri awak. Jangan anggap dia sama macam saya,” suara aku masih sebak. Air mata yang hampir berhenti menitis kembali.
                “Sha, kalau boleh saat ini jugak saya nak datang jumpa awak dan pinang awak, Sha. Tapi saya tahu hati awak dah remuk hancur. Dan saya juga tahu yang keluarga awak takkan mungkin mampu menerima saya selepas mereka tahu apa yang berlaku. Mereka mungkin akan maafkan saya, Sha tapi untuk menerima saya sebagai menantu mereka, saya tak rasa mereka sanggup lakukan itu,” Rizal bersuara membuatkan aku sedikit tersenyum. Sampai saat ini pun, Rizal masih berharap untuk menunaikan janjinya pada aku, ayah dan mama.
                “Sudahlah, Rizal. Mungkin kita cuma ditakdirkan untuk bercinta, buka berkahwin. Saya terima dengan rela walaupun hati saya masih sakit dengan hakikat ini. Saya harap awak maafkan saya atas segala kesalahan saya sepanjang tempoh perkenalan dan percintaan kita. Maafkan saya, Rizal,” aku cuba lagi untuk menahan air mata tapi rapuh benar hati gadis ini. Mudah benar mengalirkan air mata.
                “Saya yang patut minta maaf pada awak. Saya banyak bersalah pada awak. Tolong maafkan saya. Percayalah, Sha. Saya langsung tak berharap untuk jadi begini,” suara Rizal masih lagi tenggelam dengan perasaan bersalahnya. Aku cuba untuk bertenang.
                “sudahlah, Rizal. Saya maafkan segala kesilapan awak dan saya mohon awak juga begitu. Cintailah isteri awak Rizal. Dan jangan hukum dia atas kesalahan yang dia sendiri tak pinta untuk terjadi,” itu ucapan terakhir aku padanya sebelum aku dan dia meletakkan talian dan meletakkan noktah pada kisah cinta kami berdua. Selamat tinggal, cinta. Moga kau bahagia.

HAMPIR seminggu juga aku mendiamkan diri. Tidak lalu makan malah asyik melekat di dalam bilik. Sampai risau ayah dan mama. Dengar juga bebelan mereka yang menyuruh aku bangkit dari segala-galanya. Mereka tidak menyalahkan Rizal atas apa yang terjadi. Pada mereka segala yang berlaku bukan salah sesiapa. Aku bersyukur yang keluarga aku mempunyai minda yang positif bukannya hanya mahu menghukum. Kalau boleh aku tak mahu perpisahan aku dan Rizal mempunyai sekelumit pun perasaan benci dan dendam di dalamnya. Biarlah kami sama-sama rela dengan perpisahan yang tidak kami pinta ini.
                Gambar-gambar antara aku dan dia, nota-nota yang aku kumpul mengenai dia, teddy bear pemberian dia dan bermacam-macam hadiah yang pernah dia beri aku simpan di dalam sebuah kotak. Hendak buang, hati rasa tak sanggup. Mama kata, “Kalau Sha tak sanggup nak buang, jangan paksa diri. Biar sahaja dulu. Sampai masanya nanti baru Sha buang, ye sayang,”. Aku tahu kata-kata mama lebih kepada menyedapkan hatiku sahaja. Kotak itu aku simpan di bawah katil aku dan langsung tak pernah aku sentuhnya.
                Aku sangka selepas beberapa minggu atau bulan aku akan okay, tapi nampaknya sudah hampir setahun, aku masih lagi seperti Sha yang dulu. Cuma aku tak pernah maklumkan pada sesiapa pun tentang hal ini. 

###

HARI ini aku nekad, biarlah semua sampai di sini sahaja. Aku pernah doakan dia bahagia dengan isterinya, jadi mengapa aku perlu lagi menyimpan perasaan sayang untuk dia? Kata-kata Izzah sedikit sebanyak masuk ke dalam minda aku. Sekarang, sudah dekat sebulan Izzah sah menjadi isteri kepada Dr. Nizar. Maksudnya sudah sebulan aku berfikir tentang kata-kata Izzah pada aku. Akaun Facebook aku tutup. Di minda terlayar gambar yang mempamerkan betapa bahagianya Izzah bersama suaminya sewaktu honeymoon mereka. Erm, entah bilalah aku nak rasa semua tu. Aku tergelak sendiri.
                Tentang Rizal, aku nekad untuk tidak pandang ke belakang lagi. Kotak yang menyimpan memori aku dan dia aku buang berhampiran tong sampah. Biarlah sekejap lagi kotak itu diangkut oleh Mr. DBKL. Cuma gambar aku dan dia taklah aku buang di situ. Aku hidupkan api dan sekeping demi sekeping gambar itu aku bakar bersama air mata. Aku janji, inilah air mata terakhir aku kerana dia.
                Dua adikku hanya menjadi pemerhati dari ambang pintu rumah bersama ayah dan mama. Sekeping gambar terakhir itu aku tatap dalam-dalam. Wajah Rizal tersenyum lebar sambil tangannya memegang tisu untuk mengelap mulut aku yang comot sewaktu makan aiskrim. Sekali lagi air mata aku tumpah. Kini yang tinggal hanya beberapa keping gambar konvokesyen ku yang di hadirinya yang terselit wajahnya. Sayang pula hendak aku bakar. Kalau aku bakar, apa yang tinggal sebagai kenangan konvokesyenku nanti?

###

“JOM, keluar shopping,” teman serumahku, Lydia mengajak aku keluar. Aku memandangnya bosan. Minda aku berfikir-fikir. Menarik juga tu, dari tengok tv langsung tak de siaran yang menarik. Aku menganggukkan kepala. Di minda sudah terencana beberapa aktiviti yang bakal kami lakukan bersama-sama. Aku dan Lydia pantas menukar pakaian kami.
                “Eii, baju tu cantik!”
                “Kalau pakai kasut ni dengan baju yang kau beli hari tu mesti best,”
                “Aku rasa handbag hitam tu lagi menarik kot,”
Bermacam-macam-macam benda yang aku dan Lydia survey. Kata pun window shopping. Almaklumlah, aku sekadar bekerja sebagai pembantu arkitek. Tak perlulah terlalu nak melawa atau menonjol untuk ke pejabat. Lydia pula…entahlah. Dia ni secretary tapi aku tengok dia ni sempoi saja pergi kerja. Tak de pun melaram macam secretary lain.
                Kami berjalan menuju ke kedai buku Popular yang terletak di pasar raya ini. Sejak tinggal di Seremban ini, jarang untuk aku merayap ke tempat lain. di sinilah destinasi aku untuk mencari novel kegemaran aku. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh berani datang ke tempat yang pernah menjadi sebahagian dari memori aku dengan Rizal. Kalau nak tahu, Rizal berasal dari Seremban ni lah. Tapi aku bersyukur sangat sebab buat masa ni belum pernah sekali pun aku berjumpa dengan mana-mana ahli keluarga atau Rizal sendiri. Tapi kalau jumpa pun, aku hanya mampu biarkan je lah. Dia bukan milik aku lagi. Penghijrahan aku dari kisah cinta lama buat aku lebih tenang menjalankan hidup.
                Ops, sorry,” pohonku pada seorang wanita bertudung di hadapanku. Salah aku juga, terlalu ralit memerhatikan novel sampai tak perasan ada orang lain.
                “Tak pe,” balas wanita itu perlahan. Perutnya yang memboyot aku perhatikan. Melihatkan raut wajahnya nampak masih muda lagi. Lebih kurang lingkungan umur aku saja mungkin, tapi sudah mengusung perut. Aku ni boyfriend pun tak da lagi. Sabarlah Aisha, serahkan segala-galanya pada-Nya.
                “Datang sorang je ke?” tanyaku berbahasa. Melihat senyuman yang terukir di wajahnya buatkan aku teringin mengenalinya dengan lebih rapat. Entahlah, selalunya aku bukan yang jenis begini tapi melihat raut wajahnya aku macam kenal tapi aku sendiri tak pasti.
                “Taklah. Dengan suami. Dia ada cari buku sebelah sana. Saya Hanim,” mendengar nama itu, aku tersentak. Ish, kenapa dengan kau ni Aisha? Bukan sorang je Hanim dalam dunia ni. Dan kalau betul pun dia Hanim yang kau cari, apa kau nak buat? Kau nak ganggu kebahagiaan diorang ke? Kau tak kesian kat baby dalam perut dia tu? Akal warasnya memarahi dirinya.
                “Cik? Cik?” mendengar panggilan itu, Aisha tersentak. Dia termalu sendiri.
                “Nama tu buat saya ingat dekat seseorang. Sorry. Anyway, saya Aisha,” Hanim menyambut baik huluran tangan aku. Seketika kami berbual-bual kosong. Hanim cakap muka aku nampak familiar. Eh dia ni, biar betul?
                “Cik adik oii, dah ke?” Lydia yang baru tiba melenyapkan perbualan kami. Lydia sekadar tersenyum melihat wanita di hadapanku ini.
                “Kejaplah. Kau ni..” rungutku. Hanim tertawa kecil.
                “Ini office-mate saya, Lydia. Lydia ni Puan Hanim,” aku memperkenalkan mereka berdua.
                “Tak payahlah panggil puan. Panggil Hanim je dah cukup,” Hanim membalas mesra. Melihat mereka sibuk bertukar cerita, aku terus mencari novel yang ingin aku beli. Lydia ni boleh tahan jugak peramahnya. Dari apa yang aku dengar dia tanya office and macam-macam lagi lah. Lydia..Lydia..
                “Sayang, are you done?” sapaan suara garau yang telah lama tidak aku dengar menyebabkan aku menoleh ke arah empunya suara itu. bagai nak luruh jantung aku melihat wajah yang pernah bertakhta di hati aku satu ketika dulu menggenggam erat tangan wanita yang telah sah menjadi miliknya. Betullah jangkaan aku tadi. Nampaknya, dia macam tak perasan lagi pada aku. Better I go off now. Aku ingin mencuit Lydia yang sedikit jauh dari aku. Malangnya, novel yang berada di genggaman aku terjatuh. Mungkin kerana aku menggeletar dengan kuat saat ini. Maklumlah, setelah hampir setahun setengah, ini kali pertama aku bersua kembali dengannya.
                Novel yang jatuh ke lantai membuatkan tiga pasang mata memerhatikan aku. Aku sekadar menggigit bawah bibirku. Wajah Rizal aku lihat seperti terkedu. Aku tahu, seperti aku dia tidak menjangkakan langsung akan berlakunya pertemuan ini. Tangan yang masih menggeletar aku genggam kuat. Aku perasan Rizal melepaskan pegangan pada jemari isterinya itu. Tapi aku tak perasan apa di hati Rizal.
                “Abang!” panggilan yang sedikit kuat dari bibir isterinya membuatkan aku dan Rizal tersentak. Kami sama-sama mengalih pandang ke arah Hanim yang tertawa perlahan. Aku dapat lihat wajah Lydia seakan meminta penjelasan dariku. Aku tahu dia pasti dapat mengecam wajah lelaki yang di hadapan kami ini.
                “Ini Aisha dengan Lydia. Hanim baru kenal tadi,” Hanim memperkenalkan kami berdua. Aku tersenyum kelat. Tangan mula menggaru kepala yang tidak gatal. Rizal sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya.
                “Lama kita tak jumpakan? Tak sangka macam ni cara kita jumpa,” perlahan tapi masih mampu telingaku menangkapnya. Rizal berpura-pura membelek buku di tangan. Aku tahu dia tujukan soalan tadi untuk aku. Kalau tak mengingatkan janji aku pada diriku sendiri yang aku takkan menangis kerana dia, pasti air mata aku mengalir bagai hujan yang deras saat ini. Hanim aku lihat merenung wajah aku dan suaminya silih berganti. Pelik barangkali. Baik aku cakap sebelum mamat tu melalut lebih lagi.
                “Saya…kawan…lama…Rizal,” perlahan-lahan aku menyusun kata. Sesak dadaku dengan jawapan yang aku berikan itu. Rizal aku lihat lebih kepada sikap berdiam diri.
                “oh, ye ke? Kalau macam tu, Tak pe lah, you guys berbuallah dulu. Saya pergi bayar buku ni. Jom Lydia,” serentak dengan itu, buku di tangan Rizal diambilnya. Lydia juga membuat perkara yang sama. Mereka seperti memberi privasi kepada kami berdua. Aku terkedu. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari bookstore itu. Rizal mengikut dari belakang. Sementara menunggu Lydia dan Hanim, kami berbual di kerusi berhadapan bookstore itu.
                “Awak sihat?” serentak kami mengajukan soalan yang sama. Kami bertatapan seketika sebelum aku menunduk sambil tersenyum nipis. Rizal membuat gaya supaya aku menjawabnya dulu.
                “Sihat. Alhamdulillah. Dan saya tengok awak pun sihat,”
                “Ya, saya sihat. Saya cuba ikut nasihat awak. Dan saya harap awak dah jumpa atau bakal jumpa lelaki yang lagi baik dari saya,” Rizal tersenyum hambar.
                “Insya-Allah. One fine day,” aku membalas ringkas.
                “Hanim tahu fasal kita?” akhirnya terluah juga kebimbangan yang bersarang dibenakku sedari tadi. Rizal menggeleng.
                “Saya harap awak tak cerita tentang hubungan sebenar kita sebelum ni. Saya tak nak benda ni rosakkan hubungan yang terjalin antara awak dan Hanim. Biarlah Hanim tahu yang saya sekadar kawan lama awak bukan seseorang yang pernah mendapat tempat di hati awak satu ketika dulu. Hanim tu baik, saya tak mahu dia terluka,” aku berbicara ikhlas. Rizal mengangguk pula. Aku lihat dia lebih senang berbicara melalui gerak tubuh.
                “Saya harap kita akan kekal kawan sampai bila-bila,” Rizal akhirnya bersuara. Aku tersenyum manis. Aku rasa inilah senyuman paling ikhlas yang aku tuju buatnya sejak kami bertemu dari tadi lagi.
                Sure. Why not? We’re forgive each other, right? Jadi tak de sebab untuk kita tak berkawan. Jaga Hanim and your baby baik-baik,” aku membalas mudah. Rizal tersenyum lagi. Aku lihat langkah Hanim dan Lydia makin menghampiri.
                “Saya harap lepas ni kita akan jumpa lagi dan kalau boleh contact each other,” mendengar kata-kata Hanim liur yang ku telan terasa kesat. Aku tersedar bila Lydia menyenggol bahuku dengan bahunya.
                Sure. Why not? Saya still pakai nombor yang sama,” Rizal mengangguk-angguk tanda faham. Beberapa ketika kami berbual, aku dapat rasa yang aku tidak mengukir senyuman seikhlas mungkin. Kemudian, mereka berpamitan meninggalkan aku dan Lydia di kerusi yang aku dan Rizal duduki tadi.
                “Betul ke apa yang aku buat ni, Lyd? Aku was-was,” mendengar kata-kata aku, Lydia memeluk bahuku lembut.
                “Kalau kau rasa tak yakin, serahkan pada ALLAH. DIA lebih tahu apa yang betul dan apa yang salah. Doa supaya kau dapat petunjuk untuk buat benda yang betul,” Lydia membalas lembut.
                “Tapi Lyd, satu benda yang aku pasti. Rizal bukan untuk aku. Dia bukan untuk aku, Lyd,” aku mengucapkan sebak. Wajah Lydia aku renung sayu. Lydia turut seakan bersimpati dengan diriku.
Aku memandang sayu kelibat sepasang suami isteri yang masih tidak jauh dari kami. Dari gerak badan dan gaya percakapannya, aku yakin mereka bahagia. Dan tak pernah terdetik walau seketika untuk aku mengganggu kebahagiaan mereka. Rizal yang kini, bukan Rizal yang dulu. Rizal yang kini milik Hanim bukan Rizal yang milik aku. Hanim memiliki Rizal dan Rizal memiliki Hanim. Aku takkan mampu mengubahnya. Aku Cuma mampu berdoa untuk mereka dan berdoa agar aku bertemu dengan seseorang yang mampu membahagiakan aku satu hari nanti.
Langkah mereka yang makin menjauhi kami aku pandang sayu. Melihat tautan tangan Rizal dan Hanim cukup untuk membuat air mata aku jatuh sekali lagi. Rizal, kau bukan untuk aku.
~TAMAT~








2 comments:

  1. ooh sedihnya writer 7 tahun kot...gud luck writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. cerita ni based on true story orang yang saya rapat.. :)
      <3 <3 <3

      Delete