“Hello,
Assalamualaikum,” sapaku lembut. Bimbir dah mula senyum dah ni.
“Waalaikumussalam.
Aku ganggu kau ke?” suara Izzah yang ceria membuatkan bibir aku yang sudah
tersenyum makin melebar. Aku menggeleng perlahan sebelum menepuk dahiku
sendiri. Aduh kau ni, Aisha! Bukannya Izzah tu nampak kau gelengkan kepala.
Sengal betullah kau ni!
“Hello, anybody home?” gurau Izzah
apabila taliannya aku biar sepi.
“Sorry lah. Rasa macam mimpi pulak bakal
pengantin telefon aku malam-malam buta ni. Kenapa? Nak minta tips perkahwinan
ke? Sorry lah cik Kak, aku belum melangkah alam bertunang pun lagi ye,” aku
sengaja mengusik gadis comel itu. Suara Izzah ketawa jelas terdengar di talian
sebelah sana.
“Kau
ni, mengarut je. Takkan lah aku nak minta tips dari kau. Aku cuma nak mintak
satu pertolongan sebelum aku akhiri zaman bujang aku ni,” suara Izzah
kedengaran kembali. Ha, ni tak lain minta aku jadi pengapitlah ni.
Mentang-mentang aku sorang yang masih solo antara geng-geng aku, aku selalu
kena jadi ‘mak sanggup’ dalam hal macam ni.
“Apa
dia?” soalku malas. Walau pun dah tahu sebenarnya tapi kenalah jugak pura-pura
macam tak tahu. Aku dengar Izzah tergelak kecil.
“Alah,
kau janganlah macam ni. Special job for
you lah, honey,” suara Izzah ceria.
“Pengapit?”
soalku kemudiannya. Terdengar suara Izzah yang makin meninggi aku confirm itulah ‘special job’ yang dia katakan tadi.
“Eii…
apa yang special sangat job tu? Asal korang kahwin je aku yang
kena jadi pengapit. Aku tahulah aku ni still
single and available lagi tapi tak payahlah buli sampai macam tu,” ujarku
sedikit merungut. Suara tawa Izzah pecah lagi. Aku mula buat muka. Geram pulak
dengan minah ni. Ish, kau ni Aisha, bukannya Izzah nampak muka lapan segi kau
tu.
“Ha,
tu mesti dia dah start buat muka lapan segi dia tu. Alah, please lah… kau je
harapan aku sekarang ni. Nak harapkan Huda, dah sibuk mengelek anak dia tu.
Lisa dah jadi mak buyung. Matilah aku kena kerja dengan laki diorang kalau tau
aku nak suruh wife tersayang diorang
tu jadi pengapit. Please la…” suara
merayu Izzah buat aku tak sampai hati.
“Yelah-yelah.
Nanti kata aku tak adil pulak. Weeding
dua orang tu aku boleh jadi pengapit, takkan weeding my beloved best friend tak boleh pulak, kan?” Aku sedikit
menyindir. Suara tawa Izzah kedengaran lagi. Eh mak cik ni, asyik ketawa pulak
dia dari tadi. Naik rimas telinga aku.
“Ni
yang aku sayang kau lebih ni,” Izzah bersuara lagi. Aku mencebik.
“Sekarang
je la kau nak sayang aku pun. Lepas ni abang sayang dekat sisi, mana nak ingat
kita lagi dah. Siapalah kita ni waktu tu, kan Cik Izzah Nadia?” aku sedikit
memerli. Izzah ketawa lagi.
“Kau
ni, asyik ketawa dari tadi, saja nak buat aku geramlah tu. Aku cancel nanti jadi pengapit kau, baru kau
tahu,” aku sedikit mengugut. Pasti muka Izzah dah bertukar cuak saat ini. Rindu
pulak aku nak tengok muka tu. Hehehe.
“Jangan,
jangan, jangan… please lah… aku dah tak de orang lain yang boleh diharapkan.
Nak diharapkan adik-adik aku, Nabila baru tingkatan tiga, yang lain lelaki.
Mana aku nak cari pengapit lain ni,” Izzah sudah mula merayu. Dalam hati aku
mula gelak jahat. Hihihi.. jahatkan aku ni. Suka-suki buli member kamceng
sendiri.
“Yelah.
Aku cuma takut jadi macam cerita 27 dresses
tu je,” balas aku bercanda.
“Ish
kau ni, apa pulak mengarut sampai macam tu. Kalau nak ikut cerita 27 dresses tu, alamatnya kau kena tunggu
budak kelas kita habis kahwinlah baru kau kahwin. Itu pun kalau diorang nak
guna khidmat kau sebagai pengapit diorang lah pulak,” serentak dengan itu, aku
ketawa lepas tanpa dapat ditahan. Amboi dia ni, dapat sekali fire aku, hangus
terus baginya.
“Aku
tak de hal. Anyway, buat masa ni aku still free from somebody call ‘someone’.
Remember that,” aku membalas setelah tawaku reda. Izzah diam tidak membalas
untuk seketika sebelum aku dengar dia lepaskan keluahan. Macam berat je. Apa
lagi yang tak kena?
“Kenapa?”
soalku prihatin. Maklumlah, kawan kot.
“Kau
masih tak boleh lupakan dia?” Izzah soal berlapik. Aku terdiam seketika sebelum
aku berpura-pura tergelak kecil.
“Kau
ni, mengarutlah. Benda yang lepas buat apa nak kenang lagi. Dia dah bahagia
dengan orang lain dah. Tak payah aku nak sibuk-sibuk lagi. Cuma buat masa ni,
jodoh aku belum sampai, takkan aku nak paksa pulak. DIA lebih tahu waktu yang
tepat, berserah je lah pada-NYA,” balas aku mudah. Kemudian kami berdua seakan
kematian idea untuk berbual. Pantas aku membuat janji untuk tidur di rumahnya
seminggu sebelum majlis kahwinnya berlangsung sebelum kami sama-sama mematikan
talian. Aku merenung siling. Memori lama bertapak kembali.
###
“EH Aisha, aku tengok abang
senior tu asyik pandang kau je dari tadi. Kenapa?” Lisa menyoal aku sebaik
sahaja kami melangkah masuk ke kelas. Aku menghantar pandangan ke arah Lisa.
Abang senior? Senior mana pulak dia ni? Jangan buat hal.
“A’ah
la, Sha. Aku pun perasan jugak. Dari masa orientasi dia asyik pandang kau,”
Huda pula menyambung kekeliruan di benak aku. Ah sudah minah dua orang ni,
senior mana? Punyalah ramai senior dekat sini, yang mana satu yang asyik
pandang aku tu?
“Senior
mana pulak kau ni?” aku bertanya bila keliru mula melanda aku. Aku mencuit bahu
Izzah yang sedang enak menyedut air Justea yang baru di belinya di kedai
berhampiran sebentar tadi. Izzah sekadar angkat bahu. Eh dia ni, tak tahu ke
tak nak ambil tahu?
“Tu,
abang senior yang pakai cap putih
baju hitam tu lah,” Huda menarik aku menuju ke pintu kelas. Tangannya
menunjukkan kelibat ‘abang senior’ yang diperkatakan oleh mereka berdua
sebentar tadi. Aku memandang Huda hairan.
“Korang
berdua ni betullah. Main serkap jarang je. Entah-entah, dia pandang orang lain
kot,” aku menafikan telahan dua sahabatku ini. Huda dan Lisa mula buat muka.
Aku pulak lebih kepada sikap tak tahu. Malas mahu menyerabutkan otak. Sudahlah
baru tiga bulan aku di sini, tiba-tiba pulak minah dua orang ni kata abang
senior tu pandang aku sejak dari orientasi lagi. Mahu tak sesak kepala?
“Lah,
mamat tu ke? Tak silap aku, aku nampak dia dengan geng dia waktu kita makan
dekat kedai dulu,” Izzah bagi satu kenyataan yang pada aku cukup pelik.
“So, kenapa? Kedai makan, memanglah ramai
orang. So tak mustahil dia dengan
geng dia ada dekat situ. Tak ada kena mengenalah dengan aku,” aku cuba
menidakkan lagi. Budak tiga orang ni aku tengok dah gaya macam nak makan orang
je.
“Aku
tak habis cakap kau dah potong. Lepas tu buat assumption sendiri,” marah Izzah. Aku sekadar tersengih.
“Kalau kau masih ingat, mamat tu
lah yang tegur kau dulu sebab makan comot. Lepas tu waktu kita nak balik, geng
dia tu pergi usik kau minta nombor. Waktu tu muka dia blushing and dia buat muka bengkek
(bengang) depan member-member dia. Kau ni lampi
(lambat pickup) betullah,” Izzah menyambung marahnya. Aku serta-merta teringat
kejadian di kedai makan itu. pantas aku menepuk dahi. Dah kenapa pulak mamat tu
dok skodeng aku? Tak de kerja ke?
Marahku dalam hati. Lamunan aku terhenti bila Madam Zila, pensyarahku melangkah
masuk.
“ASSALAMUALAIKUM,” satu sapaan
dari suara lelaki buatkan aku menoleh. Mamat ni… tak silap aku, kawan mamat cap putih tu. (Mamat cap putih tu, mamat yang skodeng aku tu.
Aku tak tahu nama dia, so aku panggil je lah mamat cap putih sebab dia rajin
sangat pakai cap putih tu.)
“Waalaikumussalam,”
balasku perlahan tapi rasanya dia kuat pendengaran kot nak dengar.
“Ada
apa-apa yang saya boleh tolong ke?” ucapku berbahasa. Maklumlah senior woii..
nanti tak fasal-fasal aku kena cop sombong pulak dok buat dunno (don’t know) je dengan senior.
“Saya
Irfan, kawan Rizal.” Aku mengangguk perlahan saat dia memperkenalkan diri.
Okay, aku kenal kau Irfan tapi… siapa Rizal? Agak-agak kalau aku tanya dia
terasa tak? Serentak dengan itu, aku dengar tawanya meletus. Dah pulak, kenapa
mamat ni?
“Sorry… sorry… mesti awak blur sapa Rizal, kan? Hadi tu kawan saya
yang tengah duduk atas motosikal tu,” waktu tu jugak dia angkat ibu jari dia
tunjuk dekat mamat cap putih yang tengah elok duduk menunggu atas moto sambil
muka dia menghadap ke jalan tar. Aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal.
Mamat ni, tak habis-habis nak mengganggu hidup aku.
“Kenapa
dengan kawan awak tu?” soalku teragak-agak.
“Saya
nak cerita pun jadi panjang lebar, so
saya pendekkan je la ye. Kawan saya tu dah lama minat dekat cik Aisha ni. Tapi
dia tu pemalu sikit. So, saya selaku
kawan dia ni cubalah untuk membantu. Boleh saya dapatkan nombor hand phone awak?” Irfan bertanya
selamba. Aku yang mendengar, tak yah tanyalah. Confirm tersentak! Aku mengalih
pandang ke arah mamat cap putih yang tengah sedap pandang aku dengan member dia
ni. Elok je aku pandang dia, dia terus tengok bawah. Uitt, pemalu lah pulak!
“Saya
minta maaf. Saya bukan tak nak bagi cuma kalau dia betul sukakan saya, dia akan
berusaha untuk dapatkan nombor saya sendiri. Saya balik dulu. Assalamualaikum,”
serentak dengan itu, aku melangkah pergi meninggalkan geng ‘abang senior cap putih’ tercengang-cengang. Aku pun
tak peduli sama ada salam aku bersambut atau tak. Yang penting hati aku mula
rasa lain macam bila dapat tahu yang mamat cap putih tu syok dekat aku.
Selama
hari ni aku cuma tengok dia je. Lepas tu ada satu hari tu, aku pergi klinik
temankan Lisa. Terserempak dengan diorang yang keletihan balik futsal. Waktu tu
aku tak tahu kenapa tapi aku rasa aku dah macam jatuh minat dekat mamat ni.
Muka dia waktu tu… lain. maybe sebab tu first
time dia tak pakai cap putih tu kot. Muka dia nampak…cute? Mungkin kot!
Sampai
je dalam bilik, diari biru aku ambil dari laci meja studi aku. Mula lah tangan
ni nak menconteng. Laju je idea aku mencurah untuk menconteng atas diari tu.
Date : 14 September
Time : 4.35 PM
Mood : In a dream… beautiful? Maybe!
Today is a weird day. Imagine that someone
you never know suddenly send his friend approaching you and ask for your phone
number? What a weird! And the most weird when his friend said that ‘someone’ is
admiring you when you are never ever talk or meet them! Can you believe that?
Okay, to be honest, that someone is ‘mamat cap putih’. His friend come and tell
me that ‘mamat cap putih’ want to get my phone number and.. admiring me? It’s
like a nonsense! I am admitting that from the day I companied Lisa to the
clinic and met them at the futsal court, I started to admire him too. But, I
just can’t believe that he admiring me? I mean... look at him! He had all the
characteristic that girls want and maybe crazy over him. But, why must me? Am I
that unreasonable or to egoistic to receive his intro? I don’t know! Oh dairy,
please help me out from this!!!
Selesai menulis, aku kembali
menyimpannya di tempat yang sama aku ambil sebentar tadi. Aku berbaring di atas
katil ku sambil mata memandang palang katil bahagian atas. Aku… buntu!
###
MATA aku membulat. Macam tak percaya
je yang aku dah sampai dekat Kuantan, rumah teman baik aku ni. Kalau nak
ikutkan bukanlah jauh mana KL tu dengan Kuantan, cuma sebab dah lama tak
jejakkan kaki dekat sini, jadi rasa macam tak percayalah pulak! Sebaik sahaja
aku nampak mak pengantin (hehehe… mak Izzah la, sapa lagi) aku terus datang
dekat. Mak Izzah ni atau pun aku panggil Ibu, terkejut jugak dia bila nampak
aku. Katanya, ingat aku dah lupa jalan datang Kuantan ni. Sebenarnya aku faham,
dia nak cakap yang aku dah lama tak muncul dekat rumah dia ni. Aku pun mula lah
beralasan, konon sibuk. Memang aku kerja mengalahkan perdana menteri nak bagi
jawapan macam tu.
Elok
je selesai bersoal jawab dengan Ibu, aku pun terus menginjakkan kaki ke dalam
rumah batu dua tingkat colour biru
langit ni. Mana lagi tempat aku tuju kalau bukan bilik mak cik Izzah ni la.. ni
lagi satu, naik bingit telinga aku dengar dia menjerit bila nampak aku depan
muka pintu. Dari mood manja-manja dengan bakal hubby terus letak phone semata-mata sebab aku sampai depan muka
pintu bilik dia. Ya ALLAH, minah ni. Aku pun tak faham macam mana Mr. Hubby a.k.a Nizar tu boleh tahan
dengan perangai minah ni? Main selamba dia je.
“Apasal
tak bagi tahu kau dah sampai. Kalau kau call aku boleh jemput dekat depan
rumah,” gurau Izzah. Aku mencebik.
“Setakat
depan rumah nak buat apa, cik Kak?? Lain lah kalau kau nak jemput aku dari
pekan Kuantan tu?” ejek ku. Izzah sekadar ketawa. Berseri-seri aku nampak muka
dia. Dulu masa Lisa dengan Huda kahwin pun aku rasa muka diorang berseri. Apa
orang cakap tu… hah! Seri pengantin! Tapi aku tak tahulah bila sampai masa aku
nak berseri macam tu. Tanpa aku sedar wajah aku berubah mendung.
“Kau
ni kenapa? Takkan nak gurau pun dah tak boleh dah?” Izzah menegur membuatkan
aku tersentak. Aku pandangnya aneh.
“Bukanlah!
Aku cuma cemburu tengok korang. Yelah, Lisa dah pregnant, Huda pulak dah ada anak. Kau… on the way nak kahwin. Aku ni? Entah bilalah dapat rasa macam ni.
Seronok aku tengok muka korang berseri,” balasku jujur. Kalau tipu pun,
bukannya Izzah tak tahu. Perbualan kami tamat bila Ibu mula panggil untuk makan
malam.
“SABARLAH. Sampai masa, kau akan ada
jodoh juga. Yakin pada-NYA, Aisha,” Izzah memberi nasihat bila aku buka cerita
fasal jodoh. Aku tersenyum hambar.
“Entahlah.
Aku bukan tak yakin dengan ketentuan-NYA. Cuma, aku tak rasa yang aku nak
bercinta lagi. Lepas apa yang berlaku, aku rasa cukuplah! Aku tak sanggup
dikecewakan lagi,” serentak dengan itu, bahu Izzah menjadi tempat aku
meletakkan kepala.
“Kesabaran
akan dibalas dengan ganjaran, Aisha. Kau ingat tak Ustaz Karim pernah pesan,
ALLAH takkan ambil sesuatu yang berharga dari kita melainkan DIA akan
menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik dan berharga. Insya-Allah,
setiap yang kau lakukan dengan merelakan dia pergi dari hidup kau akan dibalas
dengan lebih baik lagi. Mungkin jodoh kau dengan dia memang tak ditakdirkan.
Sebelum kau lebih kecewa, baik dia pergi dari sekarang,” panjang lebar Izzah
menasihatiku. Aku masih lagi tersenyum kelat.
“Lapan
tahun, Izzah. Lapan tahun aku dengan dia kenal, tu bukan satu tempoh masa yang
pendek. Aku sendiri tak tahu dekat mana silap aku sampai akhirnya perkenalan
kitorang jadi berantakan macam ni,” aku masih meluahkan rasa. Air mata yang aku
tahan mula bertakung. Sudahlah Aisha. Sampai bila kau nak menangis sebab
ingatkan dia? Aku menasihati diriku sendiri.
“Aku
tahu tu. Habis tu, kau nak salahkan dia? Atau kau nak salahkan diri sendiri? Ke
salah perempuan tu?” Izzah bertanya lembut. Bahu aku diusap perlahan.
“Semua
ni jadi bukan salah sesiapa. Rizal ada di tempat yang salah pada waktu yang
salah. Sedangkan mereka tak buat apa-apa pun. Cuma mungkin mereka dah memang
ditakdirkan macam tu,” Izzah kembali bersuara setelah tiada sebarang balasan
dariku. Ya, Rizal ditangkap berdua-duaan dengan majikannya di pejabat pada
waktu menghampiri malam. Rizal yang sedang menyiapkan kertas kerja langsung
terpaku kerana tidak tahu-menahu tentang apa-apa.
“Aku
tahu tu. Tapi, aku masih tak mampu nak terima yang Rizal bukan milik aku lagi,”
luahku jujur. Izzah masih setia mendengar luahan hatiku yang aku rasa terlalu
lama aku pendam. Parents aku sendiri tak tahu fasal perasaan hatiku. Biarlah.
Aku tak nak serabutkan mereka dengan masalah aku.
“Luahkan
semuanya, Aisha. Biar kau lega. Biar lepas ni kau jadi Aisha yang baru.
Menangislah sepuas hati kau,”
“Tapi
aku tak boleh terima dia tipu aku,” aku kembali bersuara bila esakanku mula
berkurang. Ya, Rizal tipu aku. Dia merahsiakan perkahwinannya hingga hampir
empat bulan. Sepanjang tempoh empat bulan itu, siapa aku padanya?
“Rizal
tak tipu kau. Dia cuma tak de keberanian untuk mengakuinya. Dia tak nak kau
sedih. Dia tak nak kau kecewa. Dia tahu kau simpan angan-angan untuk bahagia
dengan dia. Jangan salahkan dia bila dia tipu kau. Sedangkan dia sendiri tak
mampu nak terima kenyataan, ini pula kau!” di bahu seorang sahabat, aku
menangis meluahkan segala-galanya seperti anak kecil.
“Mungkin
ini balasan untuk aku yang terlalu simpan angan-angan untuk bahagia,”
“Aisha,
tak pernah ada sebarang balasan atau hukuman untuk orang yang mengimpikan
kebahagiaan. Percayalah Aisha, semua ini berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Hikmah yang kau tak pasti. Dan hikmah ini hanya akan muncul bila kau mula redha
dengan segala-galanya yang berlaku antara kau dan dia. Mungkin korang tak
ditakdirkan untuk bersama kerana kau memang bukan tercipta dari tulang rusuk
dia. Istikharah, Aisha. Dah kau akan dapat jawapan yang tepat. Jawapan untuk
semua masalah yang terbelenggu dalam fikiran kau,”
“Aisha,
aku ni pun bukannya baik sangat untuk nasihatkan kau. Cuma sebagai sahabat, aku
rasa aku patut ingatkan kau. Kau dah pernah janji dengan dia, dengan aku malah
dengan isteri dia yang kau dah maafkan mereka. Bila kau asyik mengeluh, kau
seolah masih mendendami mereka yang tak pernah melakukan kesalahan. Malah kau
mendendami orang yang pernah menyayangi dan mencintai kau setulus hati dan tak
pernah curang pada kau. Lupakan semua, Aisha. Jadilah gadis baru. Lupakan yang
kau pernah sakit sampai kau tak mampu mencintai insan lain,” panjang nasihat
Izzah. Aku terdiam seketika. Apa yang Izzah cakapkan memang benar.
Aku
masih lagi tidak mampu melelapkan mata. Minda aku kembali menerawang mengingati
detik indah antara aku dan Rizal.
###
“PENATLAH. Awak ni, dari dulu sampai
sekarang saya kejar susah betul nak dapat, kan?” Rizal bersuara sewaktu kami
mula melabuhkan duduk di kerusi batu berhampiran kolej kediaman. Air tin Revive
yang dibelikan untukku, di hulurkan setelah dibuka. Aku tersenyum. Rizal ni,
baik…
“Saya
tak pernah lari, kenapa awak kejar. Kan dah penat sendiri,” Aku membalas dengan
sindiran. Rizal menjeling aku geram. Aku sembunyikan senyum dengan berpura-pura
meneguk air tin yang dibukakannya untukku tadi.
“Saya
tak pernah cuba lari dari awak. Saya cuma nak tengok sejauh mana awak mampu
bertahan dengan saya. Tapi nampaknya macam awak dah give up je,” aku menyambung usikan. Rizal tersenyum sambil
menghantar pandangannya jauh ke hadapan.
“Saya
tak give up dan takkan give up sebelum saya dapat rebut cinta
awak. Cuma yang jadi tanda tanya sekarang ni, kenapa susah sangat awak nak
terima saya?” aku mengerutkan kening sebaik sahaja mendengar ucapan Rizal.
“Ops, don’t get me wrong. I don’t mean to
push you to accept me. Cuma…” Rizal seakan kematian kata. Aku tersenyum
sendirian.
“sebelum
ni saya tak pasti dengan hati awak. Sebab tu saya seakan main tarik tali dengan
awak,” mendengar ucapanku, Rizal pantas mengalihkan pandang menghadapku
menyebabkan aku pulak yang tertunduk malu. Eihh, Rizal ni kan…pandanglah tempat
lain… bentakku geram. Tapi dalam hati jelah..
“Habis
tu, sekarang ni?” Rizal seakan tak sabar dengan bicara aku. Aku tersenyum.
Bersungguh-sungguh nampaknya jejaka ini.
“Kalau
awak serius nak kawan dengan saya, awak kena dapatkan restu parents saya dulu,” aku membalas ringkas
tapi dapat aku kesan senyuman di wajah tenang itu.
“Bila
saya boleh jumpa parents awak?”
serentak dengan soalan itu, aku mengucapkan syukur. Doaku, biarlah
segala-galanya berlalu mudah.
TERNYATA mama dan ayah tak membantah
hasrat Rizal untuk berkenalan dengan aku dengan lebih rapat. Aku pun suka
jugak. Tiga tahun aku menghabiskan diploma di situ, aku ditemani dengan jejaka
yang cukup setia. Yang selalu ada saat aku hampir rebah. Lelaki yang tak pernah
mengambil kesempatan walaupun hanya dengan memegang tangan.
Setelah
tamat pengajian aku di UiTM Penang, aku di tawarkan program ijazah di UiTM Shah
Alam pula. Sekali lagi aku akan bertemu dia. Walau pun dia merupakan senior
aku, tapi aku tak kisah. Waktu di Shah Alam memang mencabar. Saat ini baru aku
perasan yang banyak mata mencemburui perhubungan kami. Bermacam-macam andaian
dan cerita buruk yang aku dengar. Bila aku cakap pada Rizal, dia Cuma berkata,
“As long as, kita tak buat benda
salah, awak percaya pada saya dan saya percaya pada awak, tu dah cukup bagi
saya. Saya kenal awak, awak kenal saya. Pedulikan mereka semua,”
Akhirnya,
percintaan kami mencecah usia tujuh tahun. Ramai yang terkejut bila tahu.
Lebih-lebih lagi saat itu, Rizal sudah mula bekerja tetap di sebuah syarikat
hartanah tempat dia melakukan praktikal dulu. Bermacam-macam andaian yang
mereka lemparkan. Siap kata Rizal akan kahwin belakang aku pun ada juga. Aku
buat bodoh je. Buat tak peduli. Aku lebih senang bertanya sendiri pada Rizal
dari terus cemburu buta. Masa konvokesyen Ijazah aku, Rizal datang dan ada
jugak dia ura-urakan pada ayah untuk masuk meminang aku. Ayah dengan mama
langsung tak de bantahan. Mereka setuju je. Dua adik aku pun sama, suka betul
diorang.
Tapi
bila aku sangka panas tu akan sampai petang, rupa-rupanya hujan pula melanda di
tengah hari. Awan putih yang meliputi langit bertukar menjadi kelabu. Berita
Rizal ditangkap berdua-duaan dengan majikannya, Cik Hanim ,di pejabat
benar-benar buat nafas aku sesak.
“Apa
awak cakap? Rizal, awak jangan main-main!” marah aku pada Rizal. Telefon yang
aku pegang aku rasa ingin saja aku baling ke dinding. Biar pecah berderai, biar
dia tak dapat hubungi aku lagi. Sebal sungguh perasaanku saat ini.
“Saya
tak main-main. Saya sendiri tak tahu macam mana dia ada di pejabat pada waktu
tu. Sedangkan selalunya, dia dah balik,” suara Rizal lemah. Dia sendiri bagai
tak mampu nak menjelaskan.
“Rizal…
I… I don’t know what to say,”
tergagap-gagap aku berkata.
“Saya
tahu saya salah. Saya tak kisah kalau awak nak anggap saya khianati cinta kita.
Tapi percayalah, dari hari pertama kita kenal sehingga kini, saya cuma sayang
dan cinta awak je, Sha. Sha, percayalah cakap saya,” Rizal memohon pengertian.
Aku cuba mengambil pemikiran positif.
“Berapa
lama dah awak kahwin?” Aku bersoal polos. Rizal terdiam.
“Empat
bulan,” jawab Rizal lemah. Waktu itu, aku rasa bagai ingin meraung sekuat hati
aku. Patutlah selama empat bulan ini payah benar untuk aku menghubunginya. Rupanya
ada rahsia besar yang dia sorokkannya.
“Rizal,
sampai hati awak. Selama empat bulan ni awak tipu saya. Awak buat saya macam
orang bodoh menunggu awak. Rupanya…” aku tidak mampu meneruskan kata. Air mata
aku dah mengalir macam air sungai.
“Saya
tak tipu awak. Saya cuma tak tahu macam mana cara terbaik untuk saya bagi tahu
awak,” Rizal mempertahankan diri.
“Kalau
saya tak telefon awak sekarang ni, agaknya sampai matilah kan saya tak tahu
yang awak dah berkahwin?” aku membalas pesimis. Tangan meraup kasar wajah yang
mula basah dengan air mata.
“Please, Sha. Forgive me. I know it’s all my
fault…” belum sempat Rizal menyambung katanya, aku memotong.
“Sudahlah
Rizal, benda dah nak jadi. Saya tak de hak nak salahkan awak 100%. Cuma saya
terkilan bila awak sanggup merahsiakan hal ini dari pengetahuan saya. Saya
doakan awak bahagia,”
“Sha,
saya minta maaf sebab tak mampu nak tunaikan janji saya pada awak dan keluarga
awak. Saya tahu saya lelaki yang paling jahat yang pernah awak kenal di muka
bumi ni. Tapi saya doakan awak agar awak bertemu dengan lelaki yang jauh lebih
baik dari awak. Lelaki yang lebih sempurna yang dapat melengkapkan hidup awak
dengan kegembiraan. Bukan dengan air mata macam yang saya lakukan,” Rizal
menuturkan tenang.
“Rizal,
percayalah. Walaupun pengakhiran kita tak indah tapi saya tetap bersyukur
dipertemukan dengan awak. Awak ajar saya erti cinta sejati, Rizal. Awak
satu-satunya lelaki yang berjaya ketuk pintu hati ni. Dan Rizal, saya mohon
untuk awak belajar cintai isteri awak. Jangan anggap dia sama macam saya,”
suara aku masih sebak. Air mata yang hampir berhenti menitis kembali.
“Sha,
kalau boleh saat ini jugak saya nak datang jumpa awak dan pinang awak, Sha.
Tapi saya tahu hati awak dah remuk hancur. Dan saya juga tahu yang keluarga
awak takkan mungkin mampu menerima saya selepas mereka tahu apa yang berlaku.
Mereka mungkin akan maafkan saya, Sha tapi untuk menerima saya sebagai menantu
mereka, saya tak rasa mereka sanggup lakukan itu,” Rizal bersuara membuatkan
aku sedikit tersenyum. Sampai saat ini pun, Rizal masih berharap untuk
menunaikan janjinya pada aku, ayah dan mama.
“Sudahlah,
Rizal. Mungkin kita cuma ditakdirkan untuk bercinta, buka berkahwin. Saya
terima dengan rela walaupun hati saya masih sakit dengan hakikat ini. Saya
harap awak maafkan saya atas segala kesalahan saya sepanjang tempoh perkenalan
dan percintaan kita. Maafkan saya, Rizal,” aku cuba lagi untuk menahan air mata
tapi rapuh benar hati gadis ini. Mudah benar mengalirkan air mata.
“Saya
yang patut minta maaf pada awak. Saya banyak bersalah pada awak. Tolong maafkan
saya. Percayalah, Sha. Saya langsung tak berharap untuk jadi begini,” suara
Rizal masih lagi tenggelam dengan perasaan bersalahnya. Aku cuba untuk
bertenang.
“sudahlah,
Rizal. Saya maafkan segala kesilapan awak dan saya mohon awak juga begitu.
Cintailah isteri awak Rizal. Dan jangan hukum dia atas kesalahan yang dia
sendiri tak pinta untuk terjadi,” itu ucapan terakhir aku padanya sebelum aku
dan dia meletakkan talian dan meletakkan noktah pada kisah cinta kami berdua.
Selamat tinggal, cinta. Moga kau bahagia.
HAMPIR seminggu juga aku mendiamkan
diri. Tidak lalu makan malah asyik melekat di dalam bilik. Sampai risau ayah
dan mama. Dengar juga bebelan mereka yang menyuruh aku bangkit dari segala-galanya.
Mereka tidak menyalahkan Rizal atas apa yang terjadi. Pada mereka segala yang
berlaku bukan salah sesiapa. Aku bersyukur yang keluarga aku mempunyai minda
yang positif bukannya hanya mahu menghukum. Kalau boleh aku tak mahu perpisahan
aku dan Rizal mempunyai sekelumit pun perasaan benci dan dendam di dalamnya.
Biarlah kami sama-sama rela dengan perpisahan yang tidak kami pinta ini.
Gambar-gambar
antara aku dan dia, nota-nota yang aku kumpul mengenai dia, teddy bear
pemberian dia dan bermacam-macam hadiah yang pernah dia beri aku simpan di
dalam sebuah kotak. Hendak buang, hati rasa tak sanggup. Mama kata, “Kalau Sha
tak sanggup nak buang, jangan paksa diri. Biar sahaja dulu. Sampai masanya
nanti baru Sha buang, ye sayang,”. Aku tahu kata-kata mama lebih kepada
menyedapkan hatiku sahaja. Kotak itu aku simpan di bawah katil aku dan langsung
tak pernah aku sentuhnya.
Aku
sangka selepas beberapa minggu atau bulan aku akan okay, tapi nampaknya sudah
hampir setahun, aku masih lagi seperti Sha yang dulu. Cuma aku tak pernah
maklumkan pada sesiapa pun tentang hal ini.
###
HARI ini aku nekad, biarlah semua
sampai di sini sahaja. Aku pernah doakan dia bahagia dengan isterinya, jadi
mengapa aku perlu lagi menyimpan perasaan sayang untuk dia? Kata-kata Izzah
sedikit sebanyak masuk ke dalam minda aku. Sekarang, sudah dekat sebulan Izzah
sah menjadi isteri kepada Dr. Nizar. Maksudnya sudah sebulan aku berfikir
tentang kata-kata Izzah pada aku. Akaun Facebook aku tutup. Di minda terlayar
gambar yang mempamerkan betapa bahagianya Izzah bersama suaminya sewaktu
honeymoon mereka. Erm, entah bilalah aku nak rasa semua tu. Aku tergelak
sendiri.
Tentang
Rizal, aku nekad untuk tidak pandang ke belakang lagi. Kotak yang menyimpan
memori aku dan dia aku buang berhampiran tong sampah. Biarlah sekejap lagi
kotak itu diangkut oleh Mr. DBKL. Cuma gambar aku dan dia taklah aku buang di
situ. Aku hidupkan api dan sekeping demi sekeping gambar itu aku bakar bersama
air mata. Aku janji, inilah air mata terakhir aku kerana dia.
Dua
adikku hanya menjadi pemerhati dari ambang pintu rumah bersama ayah dan mama.
Sekeping gambar terakhir itu aku tatap dalam-dalam. Wajah Rizal tersenyum lebar
sambil tangannya memegang tisu untuk mengelap mulut aku yang comot sewaktu
makan aiskrim. Sekali lagi air mata aku tumpah. Kini yang tinggal hanya
beberapa keping gambar konvokesyen ku yang di hadirinya yang terselit wajahnya.
Sayang pula hendak aku bakar. Kalau aku bakar, apa yang tinggal sebagai
kenangan konvokesyenku nanti?
###
“JOM, keluar shopping,” teman
serumahku, Lydia mengajak aku keluar. Aku memandangnya bosan. Minda aku
berfikir-fikir. Menarik juga tu, dari tengok tv langsung tak de siaran yang
menarik. Aku menganggukkan kepala. Di minda sudah terencana beberapa aktiviti
yang bakal kami lakukan bersama-sama. Aku dan Lydia pantas menukar pakaian
kami.
“Eii,
baju tu cantik!”
“Kalau
pakai kasut ni dengan baju yang kau beli hari tu mesti best,”
“Aku
rasa handbag hitam tu lagi menarik
kot,”
Bermacam-macam-macam benda yang aku
dan Lydia survey. Kata pun window shopping. Almaklumlah, aku
sekadar bekerja sebagai pembantu arkitek. Tak perlulah terlalu nak melawa atau
menonjol untuk ke pejabat. Lydia pula…entahlah. Dia ni secretary tapi aku tengok dia ni sempoi saja pergi kerja. Tak de
pun melaram macam secretary lain.
Kami
berjalan menuju ke kedai buku Popular yang terletak di pasar raya ini. Sejak
tinggal di Seremban ini, jarang untuk aku merayap ke tempat lain. di sinilah
destinasi aku untuk mencari novel kegemaran aku. Aku pun tak tahu macam mana
aku boleh berani datang ke tempat yang pernah menjadi sebahagian dari memori
aku dengan Rizal. Kalau nak tahu, Rizal berasal dari Seremban ni lah. Tapi aku
bersyukur sangat sebab buat masa ni belum pernah sekali pun aku berjumpa dengan
mana-mana ahli keluarga atau Rizal sendiri. Tapi kalau jumpa pun, aku hanya
mampu biarkan je lah. Dia bukan milik aku lagi. Penghijrahan aku dari kisah
cinta lama buat aku lebih tenang menjalankan hidup.
“Ops, sorry,” pohonku pada seorang wanita
bertudung di hadapanku. Salah aku juga, terlalu ralit memerhatikan novel sampai
tak perasan ada orang lain.
“Tak
pe,” balas wanita itu perlahan. Perutnya yang memboyot aku perhatikan.
Melihatkan raut wajahnya nampak masih muda lagi. Lebih kurang lingkungan umur
aku saja mungkin, tapi sudah mengusung perut. Aku ni boyfriend pun tak da lagi. Sabarlah Aisha, serahkan segala-galanya
pada-Nya.
“Datang
sorang je ke?” tanyaku berbahasa. Melihat senyuman yang terukir di wajahnya
buatkan aku teringin mengenalinya dengan lebih rapat. Entahlah, selalunya aku
bukan yang jenis begini tapi melihat raut wajahnya aku macam kenal tapi aku
sendiri tak pasti.
“Taklah.
Dengan suami. Dia ada cari buku sebelah sana. Saya Hanim,” mendengar nama itu,
aku tersentak. Ish, kenapa dengan kau ni Aisha? Bukan sorang je Hanim dalam
dunia ni. Dan kalau betul pun dia Hanim yang kau cari, apa kau nak buat? Kau
nak ganggu kebahagiaan diorang ke? Kau tak kesian kat baby dalam perut dia tu? Akal warasnya memarahi dirinya.
“Cik?
Cik?” mendengar panggilan itu, Aisha tersentak. Dia termalu sendiri.
“Nama
tu buat saya ingat dekat seseorang. Sorry.
Anyway, saya Aisha,” Hanim menyambut baik huluran tangan aku. Seketika kami
berbual-bual kosong. Hanim cakap muka aku nampak familiar. Eh dia ni, biar betul?
“Cik
adik oii, dah ke?” Lydia yang baru tiba melenyapkan perbualan kami. Lydia
sekadar tersenyum melihat wanita di hadapanku ini.
“Kejaplah.
Kau ni..” rungutku. Hanim tertawa kecil.
“Ini
office-mate saya, Lydia. Lydia ni
Puan Hanim,” aku memperkenalkan mereka berdua.
“Tak
payahlah panggil puan. Panggil Hanim je dah cukup,” Hanim membalas mesra.
Melihat mereka sibuk bertukar cerita, aku terus mencari novel yang ingin aku
beli. Lydia ni boleh tahan jugak peramahnya. Dari apa yang aku dengar dia tanya
office and macam-macam lagi lah. Lydia..Lydia..
“Sayang,
are you done?” sapaan suara garau yang
telah lama tidak aku dengar menyebabkan aku menoleh ke arah empunya suara itu.
bagai nak luruh jantung aku melihat wajah yang pernah bertakhta di hati aku
satu ketika dulu menggenggam erat tangan wanita yang telah sah menjadi
miliknya. Betullah jangkaan aku tadi. Nampaknya, dia macam tak perasan lagi
pada aku. Better I go off now. Aku
ingin mencuit Lydia yang sedikit jauh dari aku. Malangnya, novel yang berada di
genggaman aku terjatuh. Mungkin kerana aku menggeletar dengan kuat saat ini.
Maklumlah, setelah hampir setahun setengah, ini kali pertama aku bersua kembali
dengannya.
Novel
yang jatuh ke lantai membuatkan tiga pasang mata memerhatikan aku. Aku sekadar
menggigit bawah bibirku. Wajah Rizal aku lihat seperti terkedu. Aku tahu,
seperti aku dia tidak menjangkakan langsung akan berlakunya pertemuan ini.
Tangan yang masih menggeletar aku genggam kuat. Aku perasan Rizal melepaskan
pegangan pada jemari isterinya itu. Tapi aku tak perasan apa di hati Rizal.
“Abang!”
panggilan yang sedikit kuat dari bibir isterinya membuatkan aku dan Rizal
tersentak. Kami sama-sama mengalih pandang ke arah Hanim yang tertawa perlahan.
Aku dapat lihat wajah Lydia seakan meminta penjelasan dariku. Aku tahu dia
pasti dapat mengecam wajah lelaki yang di hadapan kami ini.
“Ini
Aisha dengan Lydia. Hanim baru kenal tadi,” Hanim memperkenalkan kami berdua.
Aku tersenyum kelat. Tangan mula menggaru kepala yang tidak gatal. Rizal
sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Lama
kita tak jumpakan? Tak sangka macam ni cara kita jumpa,” perlahan tapi masih
mampu telingaku menangkapnya. Rizal berpura-pura membelek buku di tangan. Aku
tahu dia tujukan soalan tadi untuk aku. Kalau tak mengingatkan janji aku pada
diriku sendiri yang aku takkan menangis kerana dia, pasti air mata aku mengalir
bagai hujan yang deras saat ini. Hanim aku lihat merenung wajah aku dan
suaminya silih berganti. Pelik barangkali. Baik aku cakap sebelum mamat tu
melalut lebih lagi.
“Saya…kawan…lama…Rizal,”
perlahan-lahan aku menyusun kata. Sesak dadaku dengan jawapan yang aku berikan
itu. Rizal aku lihat lebih kepada sikap berdiam diri.
“oh,
ye ke? Kalau macam tu, Tak pe lah, you
guys berbuallah dulu. Saya pergi bayar buku ni. Jom Lydia,” serentak dengan
itu, buku di tangan Rizal diambilnya. Lydia juga membuat perkara yang sama.
Mereka seperti memberi privasi kepada kami berdua. Aku terkedu. Perlahan-lahan
aku melangkah keluar dari bookstore
itu. Rizal mengikut dari belakang. Sementara menunggu Lydia dan Hanim, kami
berbual di kerusi berhadapan bookstore
itu.
“Awak
sihat?” serentak kami mengajukan soalan yang sama. Kami bertatapan seketika
sebelum aku menunduk sambil tersenyum nipis. Rizal membuat gaya supaya aku
menjawabnya dulu.
“Sihat.
Alhamdulillah. Dan saya tengok awak pun sihat,”
“Ya,
saya sihat. Saya cuba ikut nasihat awak. Dan saya harap awak dah jumpa atau
bakal jumpa lelaki yang lagi baik dari saya,” Rizal tersenyum hambar.
“Insya-Allah. One fine day,” aku membalas ringkas.
“Hanim
tahu fasal kita?” akhirnya terluah juga kebimbangan yang bersarang dibenakku
sedari tadi. Rizal menggeleng.
“Saya
harap awak tak cerita tentang hubungan sebenar kita sebelum ni. Saya tak nak
benda ni rosakkan hubungan yang terjalin antara awak dan Hanim. Biarlah Hanim
tahu yang saya sekadar kawan lama awak bukan seseorang yang pernah mendapat
tempat di hati awak satu ketika dulu. Hanim tu baik, saya tak mahu dia
terluka,” aku berbicara ikhlas. Rizal mengangguk pula. Aku lihat dia lebih
senang berbicara melalui gerak tubuh.
“Saya
harap kita akan kekal kawan sampai bila-bila,” Rizal akhirnya bersuara. Aku
tersenyum manis. Aku rasa inilah senyuman paling ikhlas yang aku tuju buatnya
sejak kami bertemu dari tadi lagi.
“Sure. Why not? We’re forgive each other,
right? Jadi tak de sebab untuk kita tak berkawan. Jaga Hanim and your baby baik-baik,” aku membalas mudah.
Rizal tersenyum lagi. Aku lihat langkah Hanim dan Lydia makin menghampiri.
“Saya
harap lepas ni kita akan jumpa lagi dan kalau boleh contact each other,” mendengar kata-kata Hanim liur yang ku telan
terasa kesat. Aku tersedar bila Lydia menyenggol bahuku dengan bahunya.
“Sure. Why not? Saya still pakai nombor yang sama,” Rizal mengangguk-angguk tanda faham.
Beberapa ketika kami berbual, aku dapat rasa yang aku tidak mengukir senyuman
seikhlas mungkin. Kemudian, mereka berpamitan meninggalkan aku dan Lydia di
kerusi yang aku dan Rizal duduki tadi.
“Betul
ke apa yang aku buat ni, Lyd? Aku was-was,” mendengar kata-kata aku, Lydia
memeluk bahuku lembut.
“Kalau
kau rasa tak yakin, serahkan pada ALLAH. DIA lebih tahu apa yang betul dan apa
yang salah. Doa supaya kau dapat petunjuk untuk buat benda yang betul,” Lydia
membalas lembut.
“Tapi
Lyd, satu benda yang aku pasti. Rizal bukan untuk aku. Dia bukan untuk aku,
Lyd,” aku mengucapkan sebak. Wajah Lydia aku renung sayu. Lydia turut seakan
bersimpati dengan diriku.
Aku memandang sayu kelibat sepasang
suami isteri yang masih tidak jauh dari kami. Dari gerak badan dan gaya
percakapannya, aku yakin mereka bahagia. Dan tak pernah terdetik walau seketika
untuk aku mengganggu kebahagiaan mereka. Rizal yang kini, bukan Rizal yang
dulu. Rizal yang kini milik Hanim bukan Rizal yang milik aku. Hanim memiliki
Rizal dan Rizal memiliki Hanim. Aku takkan mampu mengubahnya. Aku Cuma mampu
berdoa untuk mereka dan berdoa agar aku bertemu dengan seseorang yang mampu
membahagiakan aku satu hari nanti.
Langkah mereka yang makin menjauhi
kami aku pandang sayu. Melihat tautan tangan Rizal dan Hanim cukup untuk membuat
air mata aku jatuh sekali lagi. Rizal, kau bukan untuk aku.
~TAMAT~
ooh sedihnya writer 7 tahun kot...gud luck writer...
ReplyDeleteterima kasih.. cerita ni based on true story orang yang saya rapat.. :)
Delete<3 <3 <3