LOVE

L : Love everything about your love one
O : Often show your love
V : Value the time you have together
E : Embrace the memories together

Saturday, 5 September 2015

Menunggu Cinta - Part 2

ATIQAH melangkah laju ke gelanggang bola keranjang. Dari jauh dia dapat lihat tiga susuk tubuh menanti kehadirannya di situ. Atiqah menghampiri mereka dan mengucapkan salam sebelum melabuhkan duduk berhampiran mereka bertiga. Masing-masing diam dan menunduk memandang lantai lagak menanti hukuman bicara kes pembunuhan.
            “Okaylah. Semua dah ada dekat sini, kita start la tentang apa yang sepatutnya Atiq tahu,” belum sempat Fiqry bersuara lanjut, Atiqah memotong bicaranya.
            “Fif, firstly aku nak minta maaf. Aku tak patut cakap macam-macam kat kau. Aku marah gila semalam. Sebab tu aku keluarkan…”
            “Tiq, aku faham. Aku tak simpan dalam hati pun. Lagi pun bukan sehari dua kita baru kenal,” Hafif menenteramkan perasaan teman karibnya itu. melihat senyuman di bibir Atiqah, Hafif menganggukkan kepalanya tanda lega.
            “Okay Atiq. Now rise your case,” Hazri bersuara dengan gaya peguamnya untuk mematikan suasana yang sangat asing pada mereka berempat.
            “Macam yang Fiq kata, aku Cuma nak tahu apa yang sepatutnya aku tahu,” balas Atiqah mudah. Ketiga-tiga lelaki itu mengangguk tanda mengerti. Hafif mula bersuara.
            “Sebelum kau marah aku, aku nak buat pengakuan. Sebenarnya aku tahu benda ni dah lama Tiq. Sejak kes Ipad aku tertinggal kat court dulu,” Hafif tarik nafas panjang. Dia pandang Atiqah yang hanya buat muka tak beriak.
            “Aku nampak gambar kau dalam buku MPP yang dia dok kelek ke hulu ke hilir tu. Mula-mula aku tak dapat tangkap gak sampailah dia bagitahu aku yang dia sukakan kau. Awalnya aku ingat dia Cuma nak main-mainkan kau, tapi bila dia bagitahu yang dia betul-betul syok dekat kau, aku terdiam. Dia memang suka gila dekat kau Tiq. Boleh kata tiap hari dia akan tanya kat aku fasal kau sampai aku naik give up. Dia ambil berat sangat fasal kau Tiq,” Hafif memandang Atiqah takut-takut. Risau juga kalau temannya itu mengamuk macam semalam.
            “Kau ingat tak masa kau pengsan dekat court ni, kau tanya aku siapa hantar kau pergi klinik kampus?” Hazri pula bersuara menarik minat Atiqah yang masih cuba menghadam maklumat yang dia baru dengar dari Hafif itu. mendengar soalan Hazri, Atiqah mengangguk perlahan.
            “Sebenarnya masa tu aku baru je balik library sebab nak siapkan assignment Dr. Raj. Tapi aku dapat call dari Que bagitahu aku yang dia jumpa kau pengsan dekat court. Dia bawa kau ke klinik kampus naik kereta dia. Kalau ikutkan dia, dia nak tunggu kau tapi dia takut respons yang mungkin kau bagi pada dia. So dia decide untuk tinggalkan aku jaga kau. Salah satu sebabnya kerana aku bawak kereta so kau takkan suspicious tentang siapa hantar kau ke klinik dan macam mana kau boleh sampai klinik,” Hazri bercerita membuatkan Atiqah tergamam. Air matanya yang sudah kering sejak malam tadi mula mengalir semula.
            “Fasal kes kau diberhentikan dari jawatan dalam MPP. Tu semua rancangan Que, Tiq. Kami bagitahu dia yang kau tak boleh stress sebab doktor tak bagi. Kau tak boleh tertekan sebab kau berkemungkinan boleh pengsan lagi sekali. So Que buat keputusan untuk gugurkan kau dari jawatan tu. Sebab dia bagitahu kami yang kalau kau masih pegang jawatan tu, kau akan terus stress dengan kerja yang menimbun dan dengan dia yang suka cari fasal dengan kau,” Fiqry bersuara menyambung cerita dua rakannya. Atiqah menahan air mata yang mahu mengalir. Dia memandang ketiga-tiga temannya dengan pandangan berbalam.
            “Dia sayangkan kau, Tiq. Dia buat semua ni sebab sayang. Dia merisik kau sebab dia tak nak kau jatuh pada tangan orang lain. pada dia, untuk cakap face to face tentang perasaan dia pada kau, tu bukan sesuatu yang logik. Sebab kau sendiri tahu macam mana hubungan korangkan? 24/7 berperang, jadi macam mana kalau dia bagitahu benda ni pada kau. Mesti kau mengamuk, kan? Dia buat tindakan ni sebab dia nak kau jadi milik dia, Tiq. Tu je,” Hafif bersuara lembut menyedarkan Atiqah pada realiti perasaan Que padanya. Atiqah tunduk memandang lantai simen itu.
            “Kalau betul dia sayangkan aku, kenapa dia asyik cari gaduh dengan aku je?” Atiqah akhirnya bersuara selepas apa yang didengarnya dapat dihadam dengan sebaik-baiknya.
            “Sebab dia nak tarik perhatian kau. Kalau dia tak buat macam tu, kau takkan bercakap dengan dia,” Fiqry memberitahu rasional Que yang asyik mencari gaduh dengan Atiqah.
            “Tapi kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? kenapa aku yang berperwatakan tak serupa perempuan ni yang dia minat?” Atiqah masih tidak mampu mempercayai apa yang didengarnya. Wajah setiap temannya dipandang.
            “Atiq, setiap lelaki ada ciri-ciri perempuan yang dia suka. Mungkin kau berperwatakan boyish tapi ada sesuatu dalam diri kau yang tak ada pada orang lain. tu yang buat dia suka pada kau. Kau tak boleh nak menidakkan perasaan orang lain pada kau, Tiq. Macam tu juga kau tak boleh nak menidakkan perasaan kau pada seseorang,” Hazri tersenyum lembut memandang temannya yang jelas masih kebingungan.
            “Habis tu yang dulu dia cakap aku mainkan perasaan tu, aku mainkan perasaan siapa?” tanya Atiqah polos. Temannya yang lain sudah mula kulum senyum.
            “Kalau aku kata hati dia, kau percaya tak?” tanya Fiqry tanpa dolak dalik. Atiqah kerut kening.
            “Dia cemburu tengok kau dengan kitorang. Sebab tu dia ingat kau bakal mainkan hati dan perasaan dia. Tapi masa tu dia lebih kepada syok sendiri sebab dia tak pernah mengaku yang dia sukakan kau. Tapi hakikatnya dia takut kalau dia luahkan perasaan dekat kau, kau akan hampakan dia. Dah dia risau dia akan terluka. Dia takut dia dipermainkan,” Fiqry bersuara sekali lagi membuatkan Atiqah menggelengkan kepala. Langsung tidak percaya tentang apa yang dia dengar saat ini.
            Hafif keluarkan sampul surat yang berada di poket seluarnya sejak dari tadi. Sampul surat itu dihulurkan pada Atiqah. Teragak-agak Atiqah hendak menyambutnya. Wajah Hafif yang tersenyum manis di pandang bersama kerutan di wajah.
            “Dia bagi sebelum dia gerak balik pagi tadi,” beritahu Hafif. Atiqah membuka kertas itu perlahan-lahan. Air mata yang ditahan dari tadi mengalir tiba-tiba sebaik saja memandang isi surat itu.
            Gambar dia sedang duduk di meja kerja di bilik MPP bersama kerutan di wajah. Seingat Atiqah, waktu itu Que sedang leka dengan telefon bimbitnya. Langsung dia tidak menyangka yang lelaki itu mengambil gambarnya yang sedang leka memikir idea untuk program mereka. Di belakang gambar itu tercatit sesuatu yang buat Atiqah makin terkedu.
            ‘Everything I do, I do it for you’
            “Apa aku nak buat ni?” soal Atiqah lebih kepada dirinya sendiri.
            “Kau suka dia?” tanya Hafif. Atiqah angkat bahu. Dia tak tahu.
            “Kau sayang dia?” soal Hazri pula. Atiqah angkat bahu lagi.
            “Kau cintakan dia?” giliran Fiqry pula bertanya. Sekali lagi Atiqah angkat bahu. Dia tak tahu, dia buntu.
            “Tiq, kau kena ada jawapannya,” tegas Fiqry. Geram dengan jawapan yang diberikan Atiqah kepada mereka bertiga.
            “Aku… aku tak tahu. Aku buntu. Aku… blur,” Atiqah bersuara tersekat-sekat.
            “Don’t worry Tiq. Kau ada 2 tahun untuk fikir jawapannya,” Hazri bersuara bersama kening yang sengaja diangkat-angkat. Atiqah menunjukkan riak kurang faham.
            “Que dapat tawaran pertukaran pelajar ke State yang pihak universiti sarankan tu. So dia akan habiskan Degree dia di State. Kalau kau dah tahu kau sayangkan dia, kau boleh tunggu dia selama tu. Kalau tak, silalah move-on dan cari orang lain,” selamba Hafif bersuara. Wajah blur Atiqah tiba-tiba bertukar monyok dan menarik perhatian teman-temannya.
            “Kenapa Tiq?” Hazri pura-pura bertanya sedangkan dia tahu jawapannya.
            “Lama kot 2 tahun tu,” mendengar ucapan Atiqah, 3 lelaki itu lepas gelak. Fiqry bangun menuju ke beg galasnya yang diletakkan di hujung gelanggang.
            “Disebabkan dia tahu kau bakal rindukan dia, so…” sengaja Fiqry menjedakan ayatnya. Tangannya masih disembunyikan di belakang badan.
            “This is for you,” anak patung beruang berwarna coklat dihulurkan membuatkan Atiqah tergamam. Perlahan-lahan dia mengambil patung beruang itu dari tangan Fiqry. Temannya yang lain mula bersorak gembira membuatkan Atiqah turut sama mengukirkan senyuman.
            “So kau ada 2 tahun untuk ubah penampilan kau,” ucap Hafif tiba-tiba. Atiqah pandang Hafif dengan pandangan tak puas hati.
            “Apa hal pulak aku kena ubah penampilan. Kalau dia suka aku dia kena terima macam mana perwatakan aku,” bidas Atiqah geram.
            “Bukan ubah 100% Cuma kau perlu more to ladies la, cik adik oi. Cara jalan tu, belajarlah lembutkan,” Hazri bersuara bersama gelak kecil yang membuatkan Atiqah menjeling tajam.

###

2 TAHUN BERLALU

ATIQAH menggeliat malas. Teddy bear coklat yang terletak di tepi katil dipandang bersama senyuman manis sebelum matanya beralih ke arah kalender yang terletak di tepi beruang itu. Angka 21 yang dibulatkan dengan marker pen berwarna merah membuatkan Atiqah tersenyum. Ini harinya! Atiqah yakin dengan hatinya.
            Melihat telefonnya yang berkelip-kelip, Atiqah capai dan aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej dari group ‘BB Crazier’ di buka.
Ez Mr BB : Atiqqqq!!! Wake up!
Fiqryzz : Jangan lupa hari ni hari apa. Bangun Atiq!!
Ha_fyf : Tiqq, jangan lambat weiihh…
Ez Mr BB : Pakai cantik-cantik tau
Ez Mr BB : Barulah mata dia tak kelip pandang tempat lain nanti…
Ha_fyf : Woi, x boleh… Zina mata nanti
            Atiqah tergelak membaca pesanan dalam aplikasi WhatsApp miliknya itu. waktu diterima dilihat. Mak ai, pukul 3.30 pagi mereka minta dia untuk bangun dan bersiap menunggu hari ini? Gila ke apa? Atiqah mula menekan skrin telefonnya.
Atiq_ah : Agak-agaklah nak suruh aku bangun pun. Tengok pukul berapa korang hantar mesej
Fiqryzz : Sorrylah.. kami ter ‘excited’. Tu dah siap ke?
Fiqryzz : Pukul 10 nanti Hafif ambil
Ha_fyf : Kau lambat, kau tinggal :/
            Atiqah tergelak. Jarum jam dipandang. Baru pukul 6.30 pagi. Atiqah tersenyum sebelum bangun dari katilnya dan berlalu mengambil tuala sebelum meloloskan diri ke bilik mandi.

ATIQAH menanti dengan debaran di hati. Sudah habis segelas air Milo suam diteguknya gara-gara nak menghilangkan debaran di hati. Kata Hafif, Que meminta mereka menunggu di restoran itu sahaja. Katanya ada benda penting yang dia hendak beritahu.
            “Atiq, kau ni kenapa tak reti berdiam ni?” Fiqry memandang gadis di hadapannya yang kelihatan persis kucing hilang anak. Sekejap dia mengetuk meja dengan jari-jari halusnya, seketika kemudian dia menghentak kakinya ke lantai. Hafif dan Hazri turut kongsi pandangan pelik memerhatikan teman mereka itu.
            “Aku takutlah. Aku nak balik,” ucap Atiqah tiba-tiba buat mereka bertiga bulat mata.
            “Kau dah gila ke? Jangan nak mengada-ngada. Kejap lagi sampailah…”
            “Assalamualaikum,” belum sempat Hafif menghabiskan ayatnya suara garau yang sudah lama tak menyapa telinga Atiqah kedengaran. Pantas dia menoleh ke arah suara itu. wajah lelaki itu cukup manis dengan senyuman yang membuatkan Atiqah kembali tak keruan.
            “Waalaikumussalam,” balas tiga lelaki yang lain bersama senyuman manis. Seronok agaknya melihat Atiqah yang tak keruan dengan keadaan yang berlaku saat ini.
            “Meh la duduk Que. Kenapa berdiri tegak je tu?” ajak Hazri sambil menarik kerusi kosong yang betul-betul terletak di sebelah Atiqah. Que mengangguk. Dia melabuhkan duduknya. Matanya memerhatikan gadis di sebelahnya. Atiqah? Lainnya rupa dia.
            “Kau nak minum apa?” soal Fiqry ramah, cuba mematikan suasana sunyi yang tiba-tiba menyerang.
            “Err, aku…”
            “Naqiu, sampai hati you tak tunggu I,” mendengar suara mengada-ngada yang muncul dari arah belakang mereka, Hazri yang sedang menyisip air Nescafe panas tersedak. Semua mata tertumpu pada wanita yang baru muncul itu.
            Hafif perhati Atiqah. Atiqah tertunduk menekur lantai. Teman yang lain masih memerhatikan cik ayu manis di hadapan mereka. Cantik memang cantik. Pakaian pun nampak sopan, memang ciri-ciri perempuan idaman hatilah. Cuma yang tak boleh nak berkenan adalah di sebabkan suaranya yang agak mengada-ngada dan dibuat-buat manja.
            “Ops, sorry. You guys ni mesti kawan-kawan Naqiu kan?” tanya gadis itu lembut. Tiga lelaki itu dah macam three musketeers dah rupanya. Mengangguk bersama-sama sambil tiga-tiga menunjuk ke arah gadis itu.
            “Awak ni…” Hazri cuba mencari ayat untuk bertanya tapi umpama tak dapat.
            “Saya Halina, Isma Halina. Saya ni…”
            “Eh, sorry la aku baru ingat aku ada appointment dengan Risa dekat klinik dia. Aku chow dulu la,” tanpa menunggu kebenaran dari salah seorang yang berada di meja yang sama, Atiqah berlalu pergi. Dia bukannya ada apa-apa temu janji pun sebenarnya tapi dia saat ini lebih kepada ingin menghilangkan diri. Malu sungguh berjumpa lelaki itu dengan harapan yang lelaki itu masih menyimpan perasaan padanya sedangkan hakikatnya lelaki itu sudah pun berpaling hati mencari si cantik manis yang lain.
            Atiqah berlalu laju. Langsung tidak menoleh ke belakang. Dia meninggalkan restoran itu sekali gus meninggalkan shopping mall tempat mereka bertemu itu. air mata yang cuba ditahan tak berhasil. Sebaliknya, air hangat itu mula menitis membasahi pipinya.

ATIQAH duduk sendirian di Tasik Putrajaya. Matanya masih merah dan berair gara-gara menangis sebentar tadi. Telinganya ditutup dengan headphone gara-gara tidak mahu mendengar apa-apa gangguan dari luar. Lagu yang dimainkan dari radio yang dia dengar sedikit sebanyak membantu dia meredakan kesedihan.
Did I lose my love to someone better…
And does she love you like I do, I do…
You know I really, really do…
            Tiba-tiba saja Atiqah terasa bagai mahu menghumban headphone yang dipakainya ke dalam tasik di hadapannya. Lagu yang dimainkan bagai mahu mengutuk dirinya yang sudah kehilangan cinta seseorang yang menyayanginya kepada orang lain. Atiqah beristighfar sendiri. Itulah akibatnya bila mengharapkan lagu untuk meredakan kesedihan berbanding dengan ayat-ayat suci Al-Quran, kan sudahnya diri sendiri yang bertambah geram.
            “Atiq…” suara yang memanggil namanya membuatkan Atiqah tersentak. Tapi dia masih belum mahu untuk memandang ke belakang. Lagipun melalui suara yang memanggilnya itu, dia tahu lelaki itu Hazri.
            “Kenapa Ez?” tanya Atiqah tanpa nada. Dia hanya memandang tasik yang membiru di depannya itu.
            “Kau menangis? Sabarlah Atiq,” Hazri bersuara bagai tiada idea untuk memujuk teman baiknya itu.
            “Mana yang lain?” tanya Atiqah menukar topik perbualan. Dia rasa ada tubuh yang duduk di beberapa jauh sedikit dari dia.
            “Aku suruh diorang tunggu dekat kereta. Kalau kau tak mahu aku pujuk, aku pass baton la pada budak dua orang lagi tu untuk pujuk kau,” usik Hazri. Atiqah tergelak kecil.
            “Nak pujuk apanya? Bukan ada apa benda pun buat aku merajuk,” Atiqah bersuara sayu dan perlahan. Air mata yang mahu menitik di lap dengan belakang tangan. Mata dipejamkan rapat-rapat.
            “Kenapa kau nak nangis? Kau dah jumpa jawapan untuk soalan yang kitorang bagi 2 tahun lepas?” tanya Hazri tiba-tiba. Atiqah tergelak sinis.
            “Kalau aku ada jawapannya pun, tak berguna Ez. Dia dah jadi milik orang lain, kan?” penuh sinis suara Atiqah. Dia malas mahu melayan perasaan sedihnya lagi.
            “Kau suka, sayang, cintakan dia?” soal Hazri sedikit mendesak.
            “Kenapa perlu jawapan Ez? Benda tu dah tak penting dah. Dia milik orang,”
            “Atiqah Amira, aku nak jawapan. Bukan nak alasan,” Hazri makin menekan gadis yang masih duduk bersedih di tepian tasik itu.
            “Ya aku suka, sayang, cintakan dia! Tapi di milik orang. Kau faham tak, Ez?” air mata yang sudah mula hendak berhenti kembali menitis laju. Atiqah menekup mukanya dengan tangan. Dia rasa lemah. Lemah selemah-lemahnya. Entah kenapa sejak dia mempunyai niat untuk berubah menjadi lebih ladies, hatinya lebih sensitif. Mudah tersentuh dan mudah menangis.
            “Kalau suka, kenapa tak berahsia? Kenapa tak minta penjelasan?” suara garau yang lain pula menyapa telinga Atiqah. Laju dia menoleh ke belakang untuk memerhatikan si pemilik suara. Bagai dalam mimpi dia melihat lelaki itu berdiri bersandar dengan kasual sekali di penghadang titian.
            “Pergilah Que. Kan dah ada yang menunggu tu,” bentak Atiqah. Dia memandang tunak ke arah lelaki yang masih selamba bersandar di situ.
            “Atiqah, saya sayangkan awak. dari dulu lagi perasaan saya tak pernah berubah. Hanya awak yang mampu ubah hati beku saya, Atiqah. Saya hanya nak awak sebagai peneman hidup saya,” penuh puitis bahasa yang digunakan Que. Atiqah geleng kepala laju.
            “Saya tak nak dengar Que. Dah ada yang menanti, jauh lebih cantik. Kenapa perlu pilih saya? Saya yang banyak celanya?”
            “Sebab kami haram berkahwin,” gemersik suara halus menyapa pendengaran Atiqah. Atiqah mengalih pandangan ke arah suara itu. gadis yang dilihatnya di restoran sebentar tadi. Atiqah kerut kening. Apa maksudnya dengan haram berkahwin? Mereka adik beradikkah?
            Setahu Atiqah, Que Cuma ada seorang adik-beradik perempuan dan Atiqah pernah jumpa dengan gadis periang itu. atau ini salah satu komplot tiga sahabatnya dengan lelaki ini. Atiqah pandang Que yang dah kulum senyum bersama senyuman sinis. Kutuk akulah tu.
            “Tulah, lain kali belajar dengar penjelasan orang. Jangan buat kesimpulan sendiri. Halina ni adik tiri saya tapi kitorang sebaya. Macam mana saya nak kahwin dengan adik saya sendiri?” sinis bunyi suara itu. Atiqah menutup mukanya menahan malu.
            “Naqiu jaga Atiqah elok-elok. Kalau Ina tahu Naqiu sakitkan hati dia, siaplah Naqiu,” gertak Halina. dia sukakan gadis itu. gadis itu nampak sesuai benar dengan abangnya yang kayu kaku itu.
            “Yes bos!” usik Que bersama tabik hormat menyebabkan muka Atiqah yang sudah merah bertambah merah. Dia turut mendengar bunyi siulan dari kejauhan yang tanpa perlu pandang pun dia tahu siapa yang bersiul.

ATIQAh masih menggelengkan kepalanya. Tak sangka sungguh. Macam novel pula jalan cerita cintanya. Malu yang bersarang akibat salah faham tadi masih beraja dihatinya tapi dia buat tak tahu. Yang dia tahu sekarang ni dia tengah berdating indah dengan Que di atas cruise Tasik Putrajaya ini. Macam mana Que boleh dapatkan tiket, janganlah tanya dia. Dia langsung tak tahu sebab Que memang langsung tak nak buka mulut cerita pada dia.
            “Tak habis lagi malu tadi?” usik Que mematikan kebisuan antara mereka.
            “Malulah. Macam mana saya nak jumpa Halina lepas ni. Semua awak punya fasal,” marah Atiqah. Que langsung tak kisah dengan intonasi marah yang Atiqah gunakan sebaliknya dia hanya tersenyum dan tergelak kecil.
            “Apa pulak salah saya. Macam Ina nak kenalkan diri tadi, tiba-tiba awak bangun cakap ada appointment. Appointment konon, padahal membawa hati yang duka dekat tasik ni. Mujurlah awak ke sini, kalau ke tempat lain, tak naya ke tiket cruise ni?” balas Que. Cara bercakap macam mahu mula perang mulut saja. Atiqah pandang Que dengan pandangan tajam.
            “Manalah saya tahu awak ada family tiri. Mana ada sesiapa pernah cerita. Entah-entah awak saja komplot dengan budak tiga orang tu, kan? Saja je suruh Ina datang pada awak. lepas tu masing-masing pura-pura macam tak pernah kenal Ina. Kan?” tebak Atiqah. Matanya merenung lelaki itu meminta jawapan jujur. Que buat muka keras tapi tak berjaya. Sebaliknya dia ketawa dan membuatkan Atiqah yakin apa yang ditekanya itu benar belaka.
            “Betullah kan?” Atiqah masih lagi geram. Dia menjeling manja ke arah lelaki itu.
            “Tak sangka pula girlfriend saya ni pakar ahli nujum,” mendengar perkataan ‘girlfriend’, muka Atiqah yang sudah hilang merahnya kembali memerah.
            “Siapa girlfriend awak? ikut suka dan dia je,” gerutu Atiqah. Que gelak bahagia.
            “Saya buat semua ni sebab saya nak tahu hati awak. awak ingat tak dulu, awak mengamuk sakan bila saya hantar rombongan meminang. Saya tak nak pisang berbuah dua kali. Walaupun Ez, Fif dengan Fiq bagitahu yang awak memang cintakan saya tapi saya tak nak ambik risiko. Saya nak dengar dulu dari mulut awak. tapi untuk suruh awak terus terang dengan saya, memang mustahillah awak nak buat. So kitorang rancang trick untuk awak mengaku tanpa paksaan. Dan yang menariknya awak tak pernah dikenalkan dengan Halina. So another bonus for me sebab tak payah cari pelakon when my sister can be the one,” panjang lebar Que menerangkan pada Atiqah. Atiqah memuncungkan wajahnya. Geram sungguh dengan idea teman-teman karibnya dan pujaan hatinya ini.
            “Atiqah, jangan marah ya? Saya sayang awak. tak nak yang lain dah. Kalau awak marah, habislah saya. Dah tak ada pengganti. Awak lainlah, ramai yang menanti,”
            “Eh, siapa pula yang menanti saya?” bidas Atiqah geram. Dahlah fasal tadi tak habis marah lagi, ni ada pula idea nak bagi dia bertambah marah ni.
            “Saya dapat report yang orang tu sejak-sejak pandai bergaya ni, banyak mata yang memandang. Sampaikan lecturer pun ajak keluar tengok wayang. Sakitnya hati mendengar. Dahlah kita jauh dekat negara orang,” mendengar rungutan Que, Atiqah tergelak sendiri. Tak boleh pakai punya kawan-kawan. Aku suruh rahsiakan, dia boleh pulak jadi wartawan cerita semua pada orang jauh seberang lautan.
            “Bukannya saya layan pun,”
            “Sebab tu saya berani yakin yang awak ni dah bagi hati pada saya,”
            Atiqah tersenyum manis. Dia membiarkan angin tasik meniup wajahnya. Lega sungguh rasanya. Dapat meluahkan apa yang dirasa dan dapat bersama dengan si dia.
            “Family awak macam mana?” tanya Atiqah takut-takut. Mana taknya, diakan pernah menolak lamaran keluar mereka. Mana tahu kalau-kalau namanya sudah disenaraihitamkan. Melepaslah dia.
            “Mereka tengah tunggu greenlight dari awak untuk masuk merisik sekali lagi,” Atiqah tersenyum bahagia. Alhamdulillah, ya ALLAH.
            “Awak bertambah cantik bila jadi ladies macam ni. Saya rasa insecure pula,”

###

ALHAMDULILLAH, segala-galanya telah selesai. Tepat jam 2.30 petang tadi, Atiqah selamat menjadi hak milik Que.
            “Sayang,” panggil Que lembut. Que menegur isterinya yang duduk di buaian di belakang rumah. Masing-masing berdebar menunggu hari persandingan esok hari.
            “Kenapa?” Atiqah bersuara malu-malu. Masih belum biasa dengan panggilan romantis yang digunakan Que.
            “Esok jangan make-up tebal sangat ye. Awak tak sesuailah nak pakai macam opera cina. Simple je dah okay dah. Lagi cantik. Macam sekarang ni,” Que bersuara lembut. Atiqah tergelak kecil. mahunya tidak Que panggil dia opera cina. Pagi tadi, Halina menyolekkan dia dengan solekan yang tebal sehingga berubah rupa parasnya. Sampaikan Que pun nyaris-nyaris tak kenal. Nasib baik Kak Linda, sepupunya ada di situ. Dialah yang membetulkan balik make-up adik sepupunya itu.
            “Esok Kak Linda yang make-up. Dia tahu cita rasa saya,” beritahu Atiqah bersama senyuman.
            “Oi pengantin, jom balik homestay. Esok baru awak duduk sini,” usik Puan Noriah. Que garu depan rambutnya. Dia tersenyum lemah. Atiqah pula hanya mengukir senyuman manis.
            “5 minutes, ma,” pinta Que. Masih belum puas berduaan dengan isterinya. Puan Noriah mengangguk sebelum berlalu ke depan.
            Melihatkan keadaan yang sudah clear, Que merapati isterinya yang sudah bangun berdiri di sebelahnya. Atiqah kerut kening tapi masih tidak bersuara. Dia takut dia tak mengenali suaranya sendiri.
            “Terima kasih sebab Atiqah sudi terima saya dalam hidup Atiqah. Saya sayangkan awak. dan saya berdoa moga jodoh kita dipanjangkan sehingga ke Jannah. Terima kasih kerana melengkapkan kehidupan saya yang tak sempurna. Terima kasih sebab sudi terima lelaki yang suka cari gaduh dengan awak,” ucap Que penuh perasaan. Atiqah mula menitiskan air mata namun cepat-cepat diseka Que. Dahi isterinya dikucup lembut sebelum dia berpaling menuju ke pintu untuk ke kawasan hadapan. Atiqah cepat menarik tangan suaminya. Que kembali menghadap gadis pujaannya.
            “Saya pun nak ucap terima kasih kat a…abang sebab sudi terima saya sebagai isteri abang. Saya tak perfect tapi abang buat saya rasa saya sempurna. Moga kita sama-sama dapat melengkapkan hubungan kita hingga ke Jannah. Abang bimbinglah saya supaya kita sama-sama menggapai redha-NYA,” wajah Que berubah sayu. Dia mengangguk kepalanya sebelum menarik Atiqah ke dalam pelukan. Hatinya tersentuh dengan panggilan abang yang digunakan. Dia tahu Atiqah masih malu hendak membahasakan ‘abang’ kepada dirinya tapi dia bangga Atiqah berjaya walaupun pada mulanya gadisnya itu sedikit tergagap.
            Que menarik tangan Atiqah untuk menuju ke hadapan. Dia sudah diarahkan untuk pulang ke homestay walaupun hatinya sudah separuh tertinggal di sini. Que sekadar tersenyum bila saudara maranya dan Atiqah giat mengusik saat melihat tautan erat tangan mereka berdua.
            Atiqah menghulurkan tangan untuk mencium tangan suaminya. Que tersenyum. Tangan Atiqah dicapai dan dia membiarkan Atiqah menyalami dan mengucup tangannya.
            “I love you,” Atiqah membisikkan kata-kata hikmat itu ke telinga suaminya. Que senyum bersama mata yang berkaca. Tak pernah menyangka Atiqah akan mengucapkannya dengan cara begitu.
            “I love you too,” ucap Que sebelum berpamitan dengan isterinya. Melihat langkah Que yang sudah menghampiri kereta dan beredar dari perkarangan rumahnya, Atiqah melangkah masuk ke dalam. Telefon bimbitnya yang berkelip menandakan ada mesej yang masuk. Que! Dia menghantar Audio melalui aplikasi WhatsApp. Sebaik saja butang ‘play’ ditekan, suara merdu Bryan Adam kedengaran.
Look into my eyes – you will see
What you mean to me.
Search your heart, search your soul
And when you find me there you'll search no more.

Don't tell me it's not worth tryin' for.
You can't tell me it's not worth dyin' for.
You know it's true:
Everything I do, I do it for you.

Look into your heart – you will find
There's nothin' there to hide.
Take me as I am, take my life.
I would give it all, I would sacrifice.

Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
You know it's true:
Everything I do, I do it for you, oh, yeah.

There's no love like your love
And no other could give more love.
There's nowhere unless you're there
All the time, all the way, yeah.

Look into your heart, baby...

Oh, you can't tell me it's not worth tryin' for.
I can't help it, there's nothin' I want more.

Yeah, I would fight for you, I'd lie for you,
Walk the wire for you, yeah, I'd die for you.

You know it's true:
Everything I do, oh, I do it for you.

Everything I do, darling.
You will see it's true.
You will see it's true.
Yeah!
Search your heart and your soul
You can't tell it's not worth dying for
I'll be there
I'd walk the fire for you
I'd die for you
Oh, yeah.
I'm going all the time, all the way.

            Mesej di bawah Audio dibaca dengan perasaan terawang-awangan.
Na_Que : Everything I do, I do it for you sayang
Na_Que : Forever will always be my love
Na_Que : Thank you for loving me like I love you
            Atiqah tergamam. Romantis sungguh cara Que melayannya. Memikirkan itu Atiqah menaip sesuatu khas buat suaminya
Atiq_ah           : Cinta bukan sesuatu untuk dijual beli. Bukan sesuatu yang boleh ditukar ganti. Cinta antara dua hati yang rela menyintai dan menyayangi tanpa ada perasaan berbelah bahagi. Terima kasih kerana memilih untuk menyintai dan menyayangi saya selepas ALLAH dan Nabi Muhammad serta Mama dan Ayah. Terima kasih kerana sanggup terus setia menyayangi saya tanpa batasan. In shaa ALLAH, walaupun saya tak secantik Zulaikha, saya mungkin juga tak setabah Fatimah, apatah lagi untuk sehebat Aishah dan setaqwa Khadijah tapi saya berusaha untuk menjadi isteri solehah hanya buatmu, wahai suamiku. Moga ALLAH merahmati rumah tangga kita dan menjadikan aku bidadarimu di Syurga Jannah kelak. I love you.
            Butang send ditekan. Atiqah tersenyum puas. Doanya dalam hati moga cinta yang terjalin bertambah mekar dan utuh menghadapi badai dan kekal hingga ke Jannah-NYA. In shaa ALLAH.

*TAMAT*

p/s : Ini adalah satu2nya cerita (buat masa ni) yang di rasakan tak sampai hati nak letak penamat. Rasa macam nak tulis, tulis, dan tulis lagi biar bertambah panjang dan makin merepek (hehehe)... Macam x puas pula penamatnya macam ni.. xpe la, apa2 yang rasa tak menarik tu harap maaf dan silalah murah hati untuk letakkan komen.. komen anda amat di hargai.. Terima kasih in advance

4 comments:

  1. Thumbs up for writer :)
    Keep it up, sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa ALLAH.. terima kasih ats komen.. sy baru lg belajar menulis.. :)

      Delete
  2. Saya sangat suka dengan gaya penulisan sis...
    SELAMAT MAJU JAYA! Saya doakan untuk sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa ALLAH.. terima kasih atas doa.. seronok ada yg suka dgn cerita sy.. ;)

      Delete