ATIQAH melangkah laju ke gelanggang bola keranjang. Dari jauh
dia dapat lihat tiga susuk tubuh menanti kehadirannya di situ. Atiqah
menghampiri mereka dan mengucapkan salam sebelum melabuhkan duduk berhampiran
mereka bertiga. Masing-masing diam dan menunduk memandang lantai lagak menanti
hukuman bicara kes pembunuhan.
“Okaylah.
Semua dah ada dekat sini, kita start la tentang apa yang sepatutnya Atiq tahu,”
belum sempat Fiqry bersuara lanjut, Atiqah memotong bicaranya.
“Fif,
firstly aku nak minta maaf. Aku tak patut cakap macam-macam kat kau. Aku marah
gila semalam. Sebab tu aku keluarkan…”
“Tiq, aku
faham. Aku tak simpan dalam hati pun. Lagi pun bukan sehari dua kita baru
kenal,” Hafif menenteramkan perasaan teman karibnya itu. melihat senyuman di
bibir Atiqah, Hafif menganggukkan kepalanya tanda lega.
“Okay Atiq.
Now rise your case,” Hazri bersuara dengan gaya peguamnya untuk mematikan
suasana yang sangat asing pada mereka berempat.
“Macam yang
Fiq kata, aku Cuma nak tahu apa yang sepatutnya aku tahu,” balas Atiqah mudah.
Ketiga-tiga lelaki itu mengangguk tanda mengerti. Hafif mula bersuara.
“Sebelum kau
marah aku, aku nak buat pengakuan. Sebenarnya aku tahu benda ni dah lama Tiq.
Sejak kes Ipad aku tertinggal kat court dulu,” Hafif tarik nafas panjang. Dia
pandang Atiqah yang hanya buat muka tak beriak.
“Aku nampak
gambar kau dalam buku MPP yang dia dok kelek ke hulu ke hilir tu. Mula-mula aku
tak dapat tangkap gak sampailah dia bagitahu aku yang dia sukakan kau. Awalnya
aku ingat dia Cuma nak main-mainkan kau, tapi bila dia bagitahu yang dia
betul-betul syok dekat kau, aku terdiam. Dia memang suka gila dekat kau Tiq.
Boleh kata tiap hari dia akan tanya kat aku fasal kau sampai aku naik give up.
Dia ambil berat sangat fasal kau Tiq,” Hafif memandang Atiqah takut-takut.
Risau juga kalau temannya itu mengamuk macam semalam.
“Kau ingat
tak masa kau pengsan dekat court ni, kau tanya aku siapa hantar kau pergi
klinik kampus?” Hazri pula bersuara menarik minat Atiqah yang masih cuba
menghadam maklumat yang dia baru dengar dari Hafif itu. mendengar soalan Hazri,
Atiqah mengangguk perlahan.
“Sebenarnya
masa tu aku baru je balik library sebab nak siapkan assignment Dr. Raj. Tapi
aku dapat call dari Que bagitahu aku yang dia jumpa kau pengsan dekat court.
Dia bawa kau ke klinik kampus naik kereta dia. Kalau ikutkan dia, dia nak
tunggu kau tapi dia takut respons yang mungkin kau bagi pada dia. So dia decide
untuk tinggalkan aku jaga kau. Salah satu sebabnya kerana aku bawak kereta so
kau takkan suspicious tentang siapa hantar kau ke klinik dan macam mana kau
boleh sampai klinik,” Hazri bercerita membuatkan Atiqah tergamam. Air matanya
yang sudah kering sejak malam tadi mula mengalir semula.
“Fasal kes
kau diberhentikan dari jawatan dalam MPP. Tu semua rancangan Que, Tiq. Kami
bagitahu dia yang kau tak boleh stress sebab doktor tak bagi. Kau tak boleh
tertekan sebab kau berkemungkinan boleh pengsan lagi sekali. So Que buat
keputusan untuk gugurkan kau dari jawatan tu. Sebab dia bagitahu kami yang
kalau kau masih pegang jawatan tu, kau akan terus stress dengan kerja yang
menimbun dan dengan dia yang suka cari fasal dengan kau,” Fiqry bersuara
menyambung cerita dua rakannya. Atiqah menahan air mata yang mahu mengalir. Dia
memandang ketiga-tiga temannya dengan pandangan berbalam.
“Dia
sayangkan kau, Tiq. Dia buat semua ni sebab sayang. Dia merisik kau sebab dia
tak nak kau jatuh pada tangan orang lain. pada dia, untuk cakap face to face
tentang perasaan dia pada kau, tu bukan sesuatu yang logik. Sebab kau sendiri
tahu macam mana hubungan korangkan? 24/7 berperang, jadi macam mana kalau dia
bagitahu benda ni pada kau. Mesti kau mengamuk, kan? Dia buat tindakan ni sebab
dia nak kau jadi milik dia, Tiq. Tu je,” Hafif bersuara lembut menyedarkan
Atiqah pada realiti perasaan Que padanya. Atiqah tunduk memandang lantai simen
itu.
“Kalau betul
dia sayangkan aku, kenapa dia asyik cari gaduh dengan aku je?” Atiqah akhirnya
bersuara selepas apa yang didengarnya dapat dihadam dengan sebaik-baiknya.
“Sebab dia
nak tarik perhatian kau. Kalau dia tak buat macam tu, kau takkan bercakap
dengan dia,” Fiqry memberitahu rasional Que yang asyik mencari gaduh dengan
Atiqah.
“Tapi kenapa
aku? Kenapa bukan orang lain? kenapa aku yang berperwatakan tak serupa
perempuan ni yang dia minat?” Atiqah masih tidak mampu mempercayai apa yang
didengarnya. Wajah setiap temannya dipandang.
“Atiq,
setiap lelaki ada ciri-ciri perempuan yang dia suka. Mungkin kau berperwatakan
boyish tapi ada sesuatu dalam diri kau yang tak ada pada orang lain. tu yang buat
dia suka pada kau. Kau tak boleh nak menidakkan perasaan orang lain pada kau,
Tiq. Macam tu juga kau tak boleh nak menidakkan perasaan kau pada seseorang,”
Hazri tersenyum lembut memandang temannya yang jelas masih kebingungan.
“Habis tu
yang dulu dia cakap aku mainkan perasaan tu, aku mainkan perasaan siapa?” tanya
Atiqah polos. Temannya yang lain sudah mula kulum senyum.
“Kalau aku
kata hati dia, kau percaya tak?” tanya Fiqry tanpa dolak dalik. Atiqah kerut
kening.
“Dia cemburu
tengok kau dengan kitorang. Sebab tu dia ingat kau bakal mainkan hati dan
perasaan dia. Tapi masa tu dia lebih kepada syok sendiri sebab dia tak pernah
mengaku yang dia sukakan kau. Tapi hakikatnya dia takut kalau dia luahkan
perasaan dekat kau, kau akan hampakan dia. Dah dia risau dia akan terluka. Dia
takut dia dipermainkan,” Fiqry bersuara sekali lagi membuatkan Atiqah
menggelengkan kepala. Langsung tidak percaya tentang apa yang dia dengar saat
ini.
Hafif
keluarkan sampul surat yang berada di poket seluarnya sejak dari tadi. Sampul
surat itu dihulurkan pada Atiqah. Teragak-agak Atiqah hendak menyambutnya.
Wajah Hafif yang tersenyum manis di pandang bersama kerutan di wajah.
“Dia bagi
sebelum dia gerak balik pagi tadi,” beritahu Hafif. Atiqah membuka kertas itu
perlahan-lahan. Air mata yang ditahan dari tadi mengalir tiba-tiba sebaik saja
memandang isi surat itu.
Gambar dia
sedang duduk di meja kerja di bilik MPP bersama kerutan di wajah. Seingat
Atiqah, waktu itu Que sedang leka dengan telefon bimbitnya. Langsung dia tidak
menyangka yang lelaki itu mengambil gambarnya yang sedang leka memikir idea
untuk program mereka. Di belakang gambar itu tercatit sesuatu yang buat Atiqah
makin terkedu.
‘Everything
I do, I do it for you’
“Apa aku nak
buat ni?” soal Atiqah lebih kepada dirinya sendiri.
“Kau suka
dia?” tanya Hafif. Atiqah angkat bahu. Dia tak tahu.
“Kau sayang
dia?” soal Hazri pula. Atiqah angkat bahu lagi.
“Kau
cintakan dia?” giliran Fiqry pula bertanya. Sekali lagi Atiqah angkat bahu. Dia
tak tahu, dia buntu.
“Tiq, kau
kena ada jawapannya,” tegas Fiqry. Geram dengan jawapan yang diberikan Atiqah
kepada mereka bertiga.
“Aku… aku
tak tahu. Aku buntu. Aku… blur,” Atiqah bersuara tersekat-sekat.
“Don’t worry
Tiq. Kau ada 2 tahun untuk fikir jawapannya,” Hazri bersuara bersama kening
yang sengaja diangkat-angkat. Atiqah menunjukkan riak kurang faham.
“Que dapat
tawaran pertukaran pelajar ke State yang pihak universiti sarankan tu. So dia
akan habiskan Degree dia di State. Kalau kau dah tahu kau sayangkan dia, kau
boleh tunggu dia selama tu. Kalau tak, silalah move-on dan cari orang lain,”
selamba Hafif bersuara. Wajah blur Atiqah tiba-tiba bertukar monyok dan menarik
perhatian teman-temannya.
“Kenapa
Tiq?” Hazri pura-pura bertanya sedangkan dia tahu jawapannya.
“Lama kot 2
tahun tu,” mendengar ucapan Atiqah, 3 lelaki itu lepas gelak. Fiqry bangun
menuju ke beg galasnya yang diletakkan di hujung gelanggang.
“Disebabkan
dia tahu kau bakal rindukan dia, so…” sengaja Fiqry menjedakan ayatnya.
Tangannya masih disembunyikan di belakang badan.
“This is for
you,” anak patung beruang berwarna coklat dihulurkan membuatkan Atiqah
tergamam. Perlahan-lahan dia mengambil patung beruang itu dari tangan Fiqry.
Temannya yang lain mula bersorak gembira membuatkan Atiqah turut sama
mengukirkan senyuman.
“So kau ada
2 tahun untuk ubah penampilan kau,” ucap Hafif tiba-tiba. Atiqah pandang Hafif
dengan pandangan tak puas hati.
“Apa hal
pulak aku kena ubah penampilan. Kalau dia suka aku dia kena terima macam mana
perwatakan aku,” bidas Atiqah geram.
“Bukan ubah
100% Cuma kau perlu more to ladies la, cik adik oi. Cara jalan tu, belajarlah
lembutkan,” Hazri bersuara bersama gelak kecil yang membuatkan Atiqah menjeling
tajam.
###
2 TAHUN BERLALU
ATIQAH menggeliat malas. Teddy bear coklat yang terletak di tepi
katil dipandang bersama senyuman manis sebelum matanya beralih ke arah kalender
yang terletak di tepi beruang itu. Angka 21 yang dibulatkan dengan marker pen
berwarna merah membuatkan Atiqah tersenyum. Ini harinya! Atiqah yakin dengan
hatinya.
Melihat
telefonnya yang berkelip-kelip, Atiqah capai dan aplikasi WhatsApp dibuka.
Mesej dari group ‘BB Crazier’ di buka.
Ez Mr BB : Atiqqqq!!! Wake up!
Fiqryzz : Jangan lupa hari ni hari apa. Bangun Atiq!!
Ha_fyf : Tiqq, jangan lambat weiihh…
Ez Mr BB : Pakai cantik-cantik tau
Ez Mr BB : Barulah mata dia tak kelip pandang tempat lain nanti…
Ha_fyf : Woi, x boleh… Zina mata nanti
Atiqah tergelak
membaca pesanan dalam aplikasi WhatsApp miliknya itu. waktu diterima dilihat.
Mak ai, pukul 3.30 pagi mereka minta dia untuk bangun dan bersiap menunggu hari
ini? Gila ke apa? Atiqah mula menekan skrin telefonnya.
Atiq_ah : Agak-agaklah nak suruh aku bangun pun. Tengok pukul
berapa korang hantar mesej
Fiqryzz : Sorrylah.. kami ter ‘excited’. Tu dah siap ke?
Fiqryzz : Pukul 10 nanti Hafif ambil
Ha_fyf : Kau lambat, kau tinggal :/
Atiqah tergelak.
Jarum jam dipandang. Baru pukul 6.30 pagi. Atiqah tersenyum sebelum bangun dari
katilnya dan berlalu mengambil tuala sebelum meloloskan diri ke bilik mandi.
ATIQAH menanti dengan debaran di hati. Sudah habis segelas air
Milo suam diteguknya gara-gara nak menghilangkan debaran di hati. Kata Hafif,
Que meminta mereka menunggu di restoran itu sahaja. Katanya ada benda penting
yang dia hendak beritahu.
“Atiq, kau ni
kenapa tak reti berdiam ni?” Fiqry memandang gadis di hadapannya yang kelihatan
persis kucing hilang anak. Sekejap dia mengetuk meja dengan jari-jari halusnya,
seketika kemudian dia menghentak kakinya ke lantai. Hafif dan Hazri turut
kongsi pandangan pelik memerhatikan teman mereka itu.
“Aku takutlah.
Aku nak balik,” ucap Atiqah tiba-tiba buat mereka bertiga bulat mata.
“Kau dah gila ke?
Jangan nak mengada-ngada. Kejap lagi sampailah…”
“Assalamualaikum,”
belum sempat Hafif menghabiskan ayatnya suara garau yang sudah lama tak menyapa
telinga Atiqah kedengaran. Pantas dia menoleh ke arah suara itu. wajah lelaki
itu cukup manis dengan senyuman yang membuatkan Atiqah kembali tak keruan.
“Waalaikumussalam,”
balas tiga lelaki yang lain bersama senyuman manis. Seronok agaknya melihat
Atiqah yang tak keruan dengan keadaan yang berlaku saat ini.
“Meh la duduk
Que. Kenapa berdiri tegak je tu?” ajak Hazri sambil menarik kerusi kosong yang
betul-betul terletak di sebelah Atiqah. Que mengangguk. Dia melabuhkan
duduknya. Matanya memerhatikan gadis di sebelahnya. Atiqah? Lainnya rupa dia.
“Kau nak minum
apa?” soal Fiqry ramah, cuba mematikan suasana sunyi yang tiba-tiba menyerang.
“Err, aku…”
“Naqiu, sampai
hati you tak tunggu I,” mendengar suara mengada-ngada yang muncul dari arah
belakang mereka, Hazri yang sedang menyisip air Nescafe panas tersedak. Semua
mata tertumpu pada wanita yang baru muncul itu.
Hafif perhati
Atiqah. Atiqah tertunduk menekur lantai. Teman yang lain masih memerhatikan cik
ayu manis di hadapan mereka. Cantik memang cantik. Pakaian pun nampak sopan,
memang ciri-ciri perempuan idaman hatilah. Cuma yang tak boleh nak berkenan
adalah di sebabkan suaranya yang agak mengada-ngada dan dibuat-buat manja.
“Ops, sorry. You
guys ni mesti kawan-kawan Naqiu kan?” tanya gadis itu lembut. Tiga lelaki itu
dah macam three musketeers dah rupanya. Mengangguk bersama-sama sambil
tiga-tiga menunjuk ke arah gadis itu.
“Awak ni…” Hazri
cuba mencari ayat untuk bertanya tapi umpama tak dapat.
“Saya Halina,
Isma Halina. Saya ni…”
“Eh, sorry la aku
baru ingat aku ada appointment dengan Risa dekat klinik dia. Aku chow dulu la,”
tanpa menunggu kebenaran dari salah seorang yang berada di meja yang sama,
Atiqah berlalu pergi. Dia bukannya ada apa-apa temu janji pun sebenarnya tapi
dia saat ini lebih kepada ingin menghilangkan diri. Malu sungguh berjumpa
lelaki itu dengan harapan yang lelaki itu masih menyimpan perasaan padanya
sedangkan hakikatnya lelaki itu sudah pun berpaling hati mencari si cantik
manis yang lain.
Atiqah berlalu
laju. Langsung tidak menoleh ke belakang. Dia meninggalkan restoran itu sekali
gus meninggalkan shopping mall tempat mereka bertemu itu. air mata yang cuba
ditahan tak berhasil. Sebaliknya, air hangat itu mula menitis membasahi
pipinya.
ATIQAH duduk sendirian di Tasik Putrajaya. Matanya masih merah dan
berair gara-gara menangis sebentar tadi. Telinganya ditutup dengan headphone
gara-gara tidak mahu mendengar apa-apa gangguan dari luar. Lagu yang dimainkan
dari radio yang dia dengar sedikit sebanyak membantu dia meredakan kesedihan.
Did I lose my love to someone better…
And does she love you like I do, I do…
You know I really, really do…
Tiba-tiba saja
Atiqah terasa bagai mahu menghumban headphone yang dipakainya ke dalam tasik di
hadapannya. Lagu yang dimainkan bagai mahu mengutuk dirinya yang sudah
kehilangan cinta seseorang yang menyayanginya kepada orang lain. Atiqah
beristighfar sendiri. Itulah akibatnya bila mengharapkan lagu untuk meredakan
kesedihan berbanding dengan ayat-ayat suci Al-Quran, kan sudahnya diri sendiri
yang bertambah geram.
“Atiq…” suara
yang memanggil namanya membuatkan Atiqah tersentak. Tapi dia masih belum mahu
untuk memandang ke belakang. Lagipun melalui suara yang memanggilnya itu, dia
tahu lelaki itu Hazri.
“Kenapa Ez?”
tanya Atiqah tanpa nada. Dia hanya memandang tasik yang membiru di depannya
itu.
“Kau menangis?
Sabarlah Atiq,” Hazri bersuara bagai tiada idea untuk memujuk teman baiknya
itu.
“Mana yang lain?”
tanya Atiqah menukar topik perbualan. Dia rasa ada tubuh yang duduk di beberapa
jauh sedikit dari dia.
“Aku suruh
diorang tunggu dekat kereta. Kalau kau tak mahu aku pujuk, aku pass baton la
pada budak dua orang lagi tu untuk pujuk kau,” usik Hazri. Atiqah tergelak kecil.
“Nak pujuk
apanya? Bukan ada apa benda pun buat aku merajuk,” Atiqah bersuara sayu dan
perlahan. Air mata yang mahu menitik di lap dengan belakang tangan. Mata
dipejamkan rapat-rapat.
“Kenapa kau nak
nangis? Kau dah jumpa jawapan untuk soalan yang kitorang bagi 2 tahun lepas?”
tanya Hazri tiba-tiba. Atiqah tergelak sinis.
“Kalau aku ada
jawapannya pun, tak berguna Ez. Dia dah jadi milik orang lain, kan?” penuh
sinis suara Atiqah. Dia malas mahu melayan perasaan sedihnya lagi.
“Kau suka, sayang,
cintakan dia?” soal Hazri sedikit mendesak.
“Kenapa perlu
jawapan Ez? Benda tu dah tak penting dah. Dia milik orang,”
“Atiqah Amira,
aku nak jawapan. Bukan nak alasan,” Hazri makin menekan gadis yang masih duduk
bersedih di tepian tasik itu.
“Ya aku suka,
sayang, cintakan dia! Tapi di milik orang. Kau faham tak, Ez?” air mata yang
sudah mula hendak berhenti kembali menitis laju. Atiqah menekup mukanya dengan
tangan. Dia rasa lemah. Lemah selemah-lemahnya. Entah kenapa sejak dia
mempunyai niat untuk berubah menjadi lebih ladies, hatinya lebih sensitif.
Mudah tersentuh dan mudah menangis.
“Kalau suka,
kenapa tak berahsia? Kenapa tak minta penjelasan?” suara garau yang lain pula
menyapa telinga Atiqah. Laju dia menoleh ke belakang untuk memerhatikan si pemilik
suara. Bagai dalam mimpi dia melihat lelaki itu berdiri bersandar dengan kasual
sekali di penghadang titian.
“Pergilah Que.
Kan dah ada yang menunggu tu,” bentak Atiqah. Dia memandang tunak ke arah
lelaki yang masih selamba bersandar di situ.
“Atiqah, saya
sayangkan awak. dari dulu lagi perasaan saya tak pernah berubah. Hanya awak
yang mampu ubah hati beku saya, Atiqah. Saya hanya nak awak sebagai peneman
hidup saya,” penuh puitis bahasa yang digunakan Que. Atiqah geleng kepala laju.
“Saya tak nak
dengar Que. Dah ada yang menanti, jauh lebih cantik. Kenapa perlu pilih saya?
Saya yang banyak celanya?”
“Sebab kami haram
berkahwin,” gemersik suara halus menyapa pendengaran Atiqah. Atiqah mengalih
pandangan ke arah suara itu. gadis yang dilihatnya di restoran sebentar tadi.
Atiqah kerut kening. Apa maksudnya dengan haram berkahwin? Mereka adik
beradikkah?
Setahu Atiqah,
Que Cuma ada seorang adik-beradik perempuan dan Atiqah pernah jumpa dengan
gadis periang itu. atau ini salah satu komplot tiga sahabatnya dengan lelaki
ini. Atiqah pandang Que yang dah kulum senyum bersama senyuman sinis. Kutuk
akulah tu.
“Tulah, lain kali
belajar dengar penjelasan orang. Jangan buat kesimpulan sendiri. Halina ni adik
tiri saya tapi kitorang sebaya. Macam mana saya nak kahwin dengan adik saya
sendiri?” sinis bunyi suara itu. Atiqah menutup mukanya menahan malu.
“Naqiu jaga
Atiqah elok-elok. Kalau Ina tahu Naqiu sakitkan hati dia, siaplah Naqiu,”
gertak Halina. dia sukakan gadis itu. gadis itu nampak sesuai benar dengan
abangnya yang kayu kaku itu.
“Yes bos!” usik
Que bersama tabik hormat menyebabkan muka Atiqah yang sudah merah bertambah
merah. Dia turut mendengar bunyi siulan dari kejauhan yang tanpa perlu pandang
pun dia tahu siapa yang bersiul.
ATIQAh masih menggelengkan kepalanya. Tak sangka sungguh. Macam
novel pula jalan cerita cintanya. Malu yang bersarang akibat salah faham tadi
masih beraja dihatinya tapi dia buat tak tahu. Yang dia tahu sekarang ni dia
tengah berdating indah dengan Que di atas cruise Tasik Putrajaya ini. Macam
mana Que boleh dapatkan tiket, janganlah tanya dia. Dia langsung tak tahu sebab
Que memang langsung tak nak buka mulut cerita pada dia.
“Tak habis lagi
malu tadi?” usik Que mematikan kebisuan antara mereka.
“Malulah. Macam
mana saya nak jumpa Halina lepas ni. Semua awak punya fasal,” marah Atiqah. Que
langsung tak kisah dengan intonasi marah yang Atiqah gunakan sebaliknya dia
hanya tersenyum dan tergelak kecil.
“Apa pulak salah
saya. Macam Ina nak kenalkan diri tadi, tiba-tiba awak bangun cakap ada
appointment. Appointment konon, padahal membawa hati yang duka dekat tasik ni.
Mujurlah awak ke sini, kalau ke tempat lain, tak naya ke tiket cruise ni?”
balas Que. Cara bercakap macam mahu mula perang mulut saja. Atiqah pandang Que
dengan pandangan tajam.
“Manalah saya
tahu awak ada family tiri. Mana ada sesiapa pernah cerita. Entah-entah awak
saja komplot dengan budak tiga orang tu, kan? Saja je suruh Ina datang pada
awak. lepas tu masing-masing pura-pura macam tak pernah kenal Ina. Kan?” tebak
Atiqah. Matanya merenung lelaki itu meminta jawapan jujur. Que buat muka keras
tapi tak berjaya. Sebaliknya dia ketawa dan membuatkan Atiqah yakin apa yang
ditekanya itu benar belaka.
“Betullah kan?”
Atiqah masih lagi geram. Dia menjeling manja ke arah lelaki itu.
“Tak sangka pula
girlfriend saya ni pakar ahli nujum,” mendengar perkataan ‘girlfriend’, muka
Atiqah yang sudah hilang merahnya kembali memerah.
“Siapa girlfriend
awak? ikut suka dan dia je,” gerutu Atiqah. Que gelak bahagia.
“Saya buat semua
ni sebab saya nak tahu hati awak. awak ingat tak dulu, awak mengamuk sakan bila
saya hantar rombongan meminang. Saya tak nak pisang berbuah dua kali. Walaupun
Ez, Fif dengan Fiq bagitahu yang awak memang cintakan saya tapi saya tak nak
ambik risiko. Saya nak dengar dulu dari mulut awak. tapi untuk suruh awak terus
terang dengan saya, memang mustahillah awak nak buat. So kitorang rancang trick
untuk awak mengaku tanpa paksaan. Dan yang menariknya awak tak pernah
dikenalkan dengan Halina. So another bonus for me sebab tak payah cari pelakon
when my sister can be the one,” panjang lebar Que menerangkan pada Atiqah.
Atiqah memuncungkan wajahnya. Geram sungguh dengan idea teman-teman karibnya
dan pujaan hatinya ini.
“Atiqah, jangan
marah ya? Saya sayang awak. tak nak yang lain dah. Kalau awak marah, habislah
saya. Dah tak ada pengganti. Awak lainlah, ramai yang menanti,”
“Eh, siapa pula
yang menanti saya?” bidas Atiqah geram. Dahlah fasal tadi tak habis marah lagi,
ni ada pula idea nak bagi dia bertambah marah ni.
“Saya dapat
report yang orang tu sejak-sejak pandai bergaya ni, banyak mata yang memandang.
Sampaikan lecturer pun ajak keluar tengok wayang. Sakitnya hati mendengar.
Dahlah kita jauh dekat negara orang,” mendengar rungutan Que, Atiqah tergelak
sendiri. Tak boleh pakai punya kawan-kawan. Aku suruh rahsiakan, dia boleh
pulak jadi wartawan cerita semua pada orang jauh seberang lautan.
“Bukannya saya
layan pun,”
“Sebab tu saya
berani yakin yang awak ni dah bagi hati pada saya,”
Atiqah tersenyum
manis. Dia membiarkan angin tasik meniup wajahnya. Lega sungguh rasanya. Dapat
meluahkan apa yang dirasa dan dapat bersama dengan si dia.
“Family awak
macam mana?” tanya Atiqah takut-takut. Mana taknya, diakan pernah menolak lamaran
keluar mereka. Mana tahu kalau-kalau namanya sudah disenaraihitamkan.
Melepaslah dia.
“Mereka tengah
tunggu greenlight dari awak untuk masuk merisik sekali lagi,” Atiqah tersenyum
bahagia. Alhamdulillah, ya ALLAH.
“Awak bertambah
cantik bila jadi ladies macam ni. Saya rasa insecure pula,”
###
ALHAMDULILLAH, segala-galanya telah selesai. Tepat jam 2.30
petang tadi, Atiqah selamat menjadi hak milik Que.
“Sayang,”
panggil Que lembut. Que menegur isterinya yang duduk di buaian di belakang
rumah. Masing-masing berdebar menunggu hari persandingan esok hari.
“Kenapa?”
Atiqah bersuara malu-malu. Masih belum biasa dengan panggilan romantis yang
digunakan Que.
“Esok jangan
make-up tebal sangat ye. Awak tak sesuailah nak pakai macam opera cina. Simple
je dah okay dah. Lagi cantik. Macam sekarang ni,” Que bersuara lembut. Atiqah
tergelak kecil. mahunya tidak Que panggil dia opera cina. Pagi tadi, Halina
menyolekkan dia dengan solekan yang tebal sehingga berubah rupa parasnya.
Sampaikan Que pun nyaris-nyaris tak kenal. Nasib baik Kak Linda, sepupunya ada
di situ. Dialah yang membetulkan balik make-up adik sepupunya itu.
“Esok Kak
Linda yang make-up. Dia tahu cita rasa saya,” beritahu Atiqah bersama senyuman.
“Oi
pengantin, jom balik homestay. Esok baru awak duduk sini,” usik Puan Noriah.
Que garu depan rambutnya. Dia tersenyum lemah. Atiqah pula hanya mengukir
senyuman manis.
“5 minutes,
ma,” pinta Que. Masih belum puas berduaan dengan isterinya. Puan Noriah
mengangguk sebelum berlalu ke depan.
Melihatkan
keadaan yang sudah clear, Que merapati isterinya yang sudah bangun berdiri di
sebelahnya. Atiqah kerut kening tapi masih tidak bersuara. Dia takut dia tak
mengenali suaranya sendiri.
“Terima
kasih sebab Atiqah sudi terima saya dalam hidup Atiqah. Saya sayangkan awak.
dan saya berdoa moga jodoh kita dipanjangkan sehingga ke Jannah. Terima kasih
kerana melengkapkan kehidupan saya yang tak sempurna. Terima kasih sebab sudi
terima lelaki yang suka cari gaduh dengan awak,” ucap Que penuh perasaan.
Atiqah mula menitiskan air mata namun cepat-cepat diseka Que. Dahi isterinya
dikucup lembut sebelum dia berpaling menuju ke pintu untuk ke kawasan hadapan.
Atiqah cepat menarik tangan suaminya. Que kembali menghadap gadis pujaannya.
“Saya pun
nak ucap terima kasih kat a…abang sebab sudi terima saya sebagai isteri abang.
Saya tak perfect tapi abang buat saya rasa saya sempurna. Moga kita sama-sama
dapat melengkapkan hubungan kita hingga ke Jannah. Abang bimbinglah saya supaya
kita sama-sama menggapai redha-NYA,” wajah Que berubah sayu. Dia mengangguk
kepalanya sebelum menarik Atiqah ke dalam pelukan. Hatinya tersentuh dengan
panggilan abang yang digunakan. Dia tahu Atiqah masih malu hendak membahasakan
‘abang’ kepada dirinya tapi dia bangga Atiqah berjaya walaupun pada mulanya
gadisnya itu sedikit tergagap.
Que menarik
tangan Atiqah untuk menuju ke hadapan. Dia sudah diarahkan untuk pulang ke
homestay walaupun hatinya sudah separuh tertinggal di sini. Que sekadar
tersenyum bila saudara maranya dan Atiqah giat mengusik saat melihat tautan
erat tangan mereka berdua.
Atiqah
menghulurkan tangan untuk mencium tangan suaminya. Que tersenyum. Tangan Atiqah
dicapai dan dia membiarkan Atiqah menyalami dan mengucup tangannya.
“I love
you,” Atiqah membisikkan kata-kata hikmat itu ke telinga suaminya. Que senyum
bersama mata yang berkaca. Tak pernah menyangka Atiqah akan mengucapkannya
dengan cara begitu.
“I love you
too,” ucap Que sebelum berpamitan dengan isterinya. Melihat langkah Que yang
sudah menghampiri kereta dan beredar dari perkarangan rumahnya, Atiqah
melangkah masuk ke dalam. Telefon bimbitnya yang berkelip menandakan ada mesej
yang masuk. Que! Dia menghantar Audio melalui aplikasi WhatsApp. Sebaik saja
butang ‘play’ ditekan, suara merdu Bryan Adam kedengaran.
Look into my eyes – you will see
What you mean to me.
Search your heart, search your soul
And when you find me there you'll search no more.
Don't tell me it's not worth tryin' for.
You can't tell me it's not worth dyin' for.
You know it's true:
Everything I do, I do it for you.
Look into your heart – you will find
There's nothin' there to hide.
Take me as I am, take my life.
I would give it all, I would sacrifice.
Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
You know it's true:
Everything I do, I do it for you, oh, yeah.
There's no love like your love
And no other could give more love.
There's nowhere unless you're there
All the time, all the way, yeah.
Look into your heart, baby...
Oh, you can't tell me it's not worth tryin' for.
I can't help it, there's nothin' I want more.
Yeah, I would fight for you, I'd lie for you,
Walk the wire for you, yeah, I'd die for you.
You know it's true:
Everything I do, oh, I do it for you.
Everything I do, darling.
You will see it's true.
You will see it's true.
Yeah!
Search your heart and your soul
You can't tell it's not worth dying for
I'll be there
I'd walk the fire for you
I'd die for you
Oh, yeah.
I'm going all the time, all the way.
What you mean to me.
Search your heart, search your soul
And when you find me there you'll search no more.
Don't tell me it's not worth tryin' for.
You can't tell me it's not worth dyin' for.
You know it's true:
Everything I do, I do it for you.
Look into your heart – you will find
There's nothin' there to hide.
Take me as I am, take my life.
I would give it all, I would sacrifice.
Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
You know it's true:
Everything I do, I do it for you, oh, yeah.
There's no love like your love
And no other could give more love.
There's nowhere unless you're there
All the time, all the way, yeah.
Look into your heart, baby...
Oh, you can't tell me it's not worth tryin' for.
I can't help it, there's nothin' I want more.
Yeah, I would fight for you, I'd lie for you,
Walk the wire for you, yeah, I'd die for you.
You know it's true:
Everything I do, oh, I do it for you.
Everything I do, darling.
You will see it's true.
You will see it's true.
Yeah!
Search your heart and your soul
You can't tell it's not worth dying for
I'll be there
I'd walk the fire for you
I'd die for you
Oh, yeah.
I'm going all the time, all the way.
Mesej di bawah Audio dibaca dengan
perasaan terawang-awangan.
Na_Que :
Everything I do, I do it for you sayang
Na_Que : Forever
will always be my love
Na_Que : Thank
you for loving me like I love you
Atiqah tergamam. Romantis sungguh
cara Que melayannya. Memikirkan itu Atiqah menaip sesuatu khas buat suaminya
Atiq_ah :
Cinta bukan sesuatu untuk dijual beli. Bukan sesuatu yang boleh ditukar ganti.
Cinta antara dua hati yang rela menyintai dan menyayangi tanpa ada perasaan
berbelah bahagi. Terima kasih kerana memilih untuk menyintai dan menyayangi
saya selepas ALLAH dan Nabi Muhammad serta Mama dan Ayah. Terima kasih kerana
sanggup terus setia menyayangi saya tanpa batasan. In shaa ALLAH, walaupun saya
tak secantik Zulaikha, saya mungkin juga tak setabah Fatimah, apatah lagi untuk
sehebat Aishah dan setaqwa Khadijah tapi saya berusaha untuk menjadi isteri
solehah hanya buatmu, wahai suamiku. Moga ALLAH merahmati rumah tangga kita dan
menjadikan aku bidadarimu di Syurga Jannah kelak. I love you.
Butang send ditekan. Atiqah
tersenyum puas. Doanya dalam hati moga cinta yang terjalin bertambah mekar dan
utuh menghadapi badai dan kekal hingga ke Jannah-NYA. In shaa ALLAH.
*TAMAT*
p/s : Ini adalah satu2nya cerita (buat masa ni) yang di rasakan tak sampai hati nak letak penamat. Rasa macam nak tulis, tulis, dan tulis lagi biar bertambah panjang dan makin merepek (hehehe)... Macam x puas pula penamatnya macam ni.. xpe la, apa2 yang rasa tak menarik tu harap maaf dan silalah murah hati untuk letakkan komen.. komen anda amat di hargai.. Terima kasih in advance
Thumbs up for writer :)
ReplyDeleteKeep it up, sis!
In shaa ALLAH.. terima kasih ats komen.. sy baru lg belajar menulis.. :)
DeleteSaya sangat suka dengan gaya penulisan sis...
ReplyDeleteSELAMAT MAJU JAYA! Saya doakan untuk sis :)
In shaa ALLAH.. terima kasih atas doa.. seronok ada yg suka dgn cerita sy.. ;)
Delete